Selamat datang ke blog rasmi Kota Damansara Catering (KDC)...
Sekiranya anda tercari-cari hidangan melayu asli
untuk disajikan kepada para tetamu anda di majlis yang istimewa, di sinilah tempatnya.
Kami berpengalaman hampir 10 tahun di dalam mengendalikan
majlis Perkahwinan, Pertunangan, Tahlil, Doa selamat, Seminar, Hari Keluarga, Harijadi dan dll.
Dari majlis rasmi ke santai, sama ada dalam dewan atau konsep gerai di laman.
KDC bersedia merealisasikan majlis impian anda.....


Photobucket

*** Kepada para pelanggan yang dihormati,
Buat masa ini kami HANYA menerima minimum order sebanyak 150pax.
Kami tidak dapat menerima kurang daripada jumlah tersebut.
Segala kesulitan amat dikesali
Harap maaf ***



ORDER FORM

*** Order form dibawah ini hanya untuk memudahkan pelanggan survey harga, harga sebenar akan dicapai setelah perbincangan terakhir dilakukan dengan pelanggan, harap maklum ***

Sila quote harga kepada saya bagi senarai menu / peralatan di bawah :
Nama:
No Telefon
Email Address:
Tarikh Majlis
Tempat Majlis
Bilangan Tetamu
Menu yang dikehendaki
Memerlukan peralatan katering? Ya
Tidak
Peralatan yang diperlukan: cth: Nyatakan peralatan yg dikehendaki serta kuantiti
Pertanyaan lain:

Thursday, May 26, 2011

Majlis Makan Malam Mesra Industri

Assalamualaikum...

Lama sangat tidak update blog ini
Bukan bermakna kami tiada tempahan
Tapi kekangan masa sebenarnya membataskan update terbaru di sini

Rezeki kami untuk tahun 2011 bermula dengan sambutan tahun baru Di I-City
Dan selepas itu pelbagai tempahan yang kami terima
Tidak menang tangan untuk menerima segala tempahan apatah lagi untuk mencatat sesuatu yang baru di sini.

Sekiranya ada di antara tuan -tuan dan puan-puan tempahannya yang terpaksa kami tolak, mohon maaf sangat-sangat, bukan kami menolak rezeki yang datang, tapi faktor masa, kelengkapan, kakitangan dan pengangkutan membataskan kami menerima banyak tempahan dalam satu-satu masa.

Begitu juga dengan pengirim email yang tidak sempat kami balas... Mohon maaf daripada pihak kami. Untuk berurusan dengan cepat dan mudah.. kami sarankan call kami terlebih dahulu...

Job terbaru kami, Program Mesra Industri telah berlangsung pada 22 May 2011 di Dewan Sivik MBPJ. Kami berasa amat berbesar hati dan bertuah kerana diberi kepercayaan sekali lagi untuk mengendalikan Jamuan Program Mesra Industri buat kali ke-2 ini. Dan yang lebih membanggakan, julung-julung kalinya katering kami memasuki dewan yang berprestij di Petaling Jaya. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada pihak MBPJ kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada kami mengendalikan majlis besar seperti ini. Syukur Alhamdulillah

Di sini serba sedikit gambar-gambar yang sempat kami rakamkan semasa majlis jamuan makan malam Mesra Industri berlangsung...


PARA TETAMU JEMPUTAN

IMG_2840



IMG_2838



IMG_2835





BELAKANG TABIR : SETTING TABLE SEBELUM MAJLIS

IMG_2824




IMG_2818




IMG_2812




IMG_2811




IMG_2826_2




IMG_2827




BELAKANG TABIR : PENYEDIAAN MAKANAN

IMG_2833




IMG_2829




IMG_2831




IMG_2832




IMG_2830



Masih banyak lagi kelemahan yang kami sedari terutama dari segi kelengkapan dan servis. Kami dari Kota Damansara Katering mengucapkan terima kasih di atas pujian yang diberikan dan dalam masa yang sama juga kami ingin momohan maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan kami di dalam menguruskan jamuan makan malam ini. Kami berjanji akan melakukan penambahbaikkan dari masa ke semasa untuk mencapai tahap yang memuaskan hati pelanggan kami.... I'Allah....






Tuesday, December 7, 2010

Job : MBPJ @ Laman Budaya 3 & program warga emas

Salam Maal Hijrah 1432 buat semua pengunjung blog.
Tahun baru. Azam baru. Semangat baru
Mudah-mudahan segala perancangan yang akan dan bakal kita dilakukan mendapat rahmat dariNya.... InsyaAllah.
Bagi KDC, untuk tahun baru Hijrah ini, moga-moga kami akan maju lagi selangkah ke hadapan
dengan mutu, kualiti dan perkhidmatan yang cemerlang.

Lama tidak updated blog ini.
baru hari ini ada kesempatan melakukannya.
Ini antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kami sekitar majlis yang berlangsung.

laman budaya
Majlis : Laman Budaya 3
Tempat : Taman Jaya, Petaling Jaya
Tarikh : 20 November 2010
Kuantiti Order : 1000 orang ( makan pagi, tengahari dan minm petang)


warga emas
Majlis :Program Warga Emas
Tempat : Dewan Serbaguna Kelana Jaya
Tarikh : 2 Disember 2010
Kuantiti Order : 500 orang ( makan pagi dan makan tengahari)




Terima kasih kepada pihak MBPJ kerana masih lagi mempercayai kami untuk mengurus dan mengendalikan urusan makan dan minum untuk program-program dibawah anjuran mereka.
Semoga jalinan kerjasama yang baik ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Terima kasih ya ; )

Thursday, October 28, 2010

Job : MBPJ @ Program Mesra Industri

Tarikh : 23 Oktober 2010 ( Sabtu )
Masa : 8 Malam
Event : Majlis Makan Malam & Penyampaian Hadiah Program Mesra Industri
Tetamu : 200 orang
Menu : Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Kari Daging, Dalca, Acar Rampai, Papedom. Oren, Air Sunquik


Terima kasih kepada MBPJ kerana memberi kami peluang mengendalikan
urusan makan dan minum pada malam tersebut.
Kami berusaha memenuhi segala permintaan dan bersungguh-sungguh
memastikan hanya yang terbaik dari segi makanan, dan service.
Terima kasih banyak-banyak.

Mari kita layan gambar....


dome

walaupun majlis bermula pukul 8 malam, pihak kami turun padang pukul 3 untuk setting table dan buat arrangement bagi memastikan majlis berjalan dengan sempurna.

Antara tetamu VIP yg hadir... Datuk Bandar MBPJ sentiasa meluangkan masa dengan program2 sebegini


dome1

Antara tetamu-tetamu yg hadir... kebayakkannya merupakan pemenang pada malam itu.

Artis yg menghiburkan tetamu pada malam itu... Maya Matahari


DSC00526

sempat lagi bergambar tengah sibuk2 tu... hehehehe


DSC00514

"Kami komited!!!:

Team kerja pada malam itu... separuh lagi lagi tiada dalam gambar... lain kali kita tangkap gambar ramai2.. kita jadikan gambar besar letak kat atas blog ni e ya, baru adil kan... hehehehe ; )



Wednesday, October 13, 2010

Job @ Kota Emarald, Rawang


Salam.....
kita layan lagi gambar...
Job dekat Kota Emarald, Rawang pada 10.10.10
Sebenarnya ini returning customer kami yang telah mengahwinkan anak perempuan beliau di Saujana Putra dulu ( please check entry terdahulu). Kali ini anak saudaranya pula.

Menu pada majlis yg dihadiri 1000 tetamu ini adalah;
Nasi putih, rendang ayam, masak lemak nangka + perut, Sambal tumis ikan bilis + petai, paru goreng berembah, rojak buah, buah-buahan dan air sirap limau.

memang kena menu mereka selepas open house sini sana.
dah naik jemu asik makan nasi beriani , nasi minyak masa open house...
sekali menu kampung macam ni... semua tetamu betul2 selera menikmati juadah yang kami sediakan.

Dengar cerita... masak lemak nangka + perut kami menjadi perbualan hangat. Ramai yang berulang2 dok ratah macam tu saja, lagi2 tuan rumah....
Ramai gak yang berhajat nak buat kenduri nak masak lemak nangka macam tu jugak.
dont worry... tukang masak dia orang yang sama. Kualiti akan tetap sama.
rojak buah kami pun laku... tak menang tangan dok potong buah, buah2 fresh tau... potong kat tempat majlis gak.. hampir 10 besen gaklah laku.... tengokla sape yang potong ( tukang tulis blog..huhuhu ) sebenarnya...kuah die yang sedap n terangkat...

Terima kasih tuan rumah... jangan lupa panggil kami lagi kalau nak buat kenduri ; )

ps: terima kasih juga kepada Tuan Haji Ya'kub kerana menempah makanan dgn KDC untuk majlis pertunangan anak perempuan beliau pada 09.10.10. tq so much

Job : MBPJ @ Open House



Salam semua...
Walaupun Syawal telah berakhir, tapi admin nak jugak tepek
gambar job yang kami terima di saat2 terakhir dibulan syawal.
Majlis Rumah terbuka Jabatan Kesenian dan Kebudayaan MBPJ ini telah diadakan pada 6 Oktober 2010 pada pukul 8 malam.
Meriah sungguh majlis yang dihadiri oleh staff2 MBPJ ini,
siap ada sesi nyanyian dari artis2 MBPJ.

Menu malam itu turut meriah.
Menu yang ditempah daripada pihak kami ;
nasi impit, lemang, rendang ayam, kuah kacang,sambal sotong, dan soto.
menu dari beberapa orang katerer yang lain, nasi lemak, satay, kambing golek, young tau foo, sup tulang, dan roti jala. meriah kan?
perasan tak... kalau MBPJ order dari kami...SOTO mesti tak tinggal...
kenapa, hanya mereka yang dah rasa saja yang tahu... betul tak?
bak kata sorang customer kami... " tak pernah jumpa sedap macam nie punya masak"
em.. rasa macam boleh jadi slogan pulak kata2 customer ni.

Oh ye, kepada customer yang telah membuat tempahan dengan kami, tetapi tiada gambar atau story di masukkan di blog ini... minta maaf byk2... sesungguhnya kami amat berterima kasih kerana membuat tempahan dengan kami, banyak gambar2 yang tidak sempat masukkan di sini, tapi tidak bermakna kami tidak menghargai anda.

terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada kami.

ps: ini ada satu permintaan dari semua staff KDC utk big boss...(bukan dari tukang tulis blog ni je), open house sudah, kerja kawin pun sudah, job makin hari makin banyak yang masuk, pujian demi pujian dari customer pun boleh tahan (sampai tak larat boss nak senyum)... apa kata..... masuk tahun depan semua staff tukar baju baru....? murah rezeki boss......

salam ; )