lama menyepi bukan beerti lupa
rasa hidup mengejar seakan tak berkesempatan hendak singgah sini
banyak berlaku yang tak dicerita
bukan bermaksud terus lupa dan hilang
dalam berkejaran dengan arus hidup
masih sering menoleh ke belakang dan mengintai yang ditinggalkan
tercicir dalam jalinan waktu
tapi tak pernah dilupa
rasa hendak dicerita semuanya
tapi tiada satu pun jiwa yang mampu memahami
mampu berkongsi rasa dan masa
mampu mengerti lirik mata
mampu mentafsir keluh nafas
tiada kejumpaan
mungkin di selekoh selepas ini?
atau mungkin sudah tertinggal di belakang?
di simpang yang tidak diambil?
maka tinggallah di situ
sampai satu masa
hidup mahu pertemukan kita
ada yang cuba mencari buatku
cuba-cuba meyelami hati ini
namun tiada yang bisa bertahan pada kedalamannya
ketumpatan dan arusnya
rasa aku sendiri terkalahkannya
padahal waktu bergilir pada paksi yang sama
masakan tidak pernah sekali jalinan bertemu?
biar terkusut bersama dan hentikan waktu
jadi kami punya ruang buat duduk dan bicara
alangkah indah andai bisa kita atur hidup sendiri
namun kuasa ALLAH melebihi segalanya
maka aku dan kamu terusan berharap
terusan perbaiki hati
supaya nanti saat jalinan bertemu
kusut yang terhasil tidak memeritkan
lantas boleh dirungkai dan dijalin dengan lebih indah lagi
itu harapanku