Pages

Friday, October 19, 2012

Fuhhh blog berabuk...

Lama sangat dah tak update blog lagi2 masa cuti-cuti kat Malaysia dekat 2 bulan sejak puasa/raya aritu.

Internet lembab sangat kat Msia sampai takde mood nak berblog terus!

Apepun, 'Happy 2 years Blogku!', 16 October aritu...

Tengah nak kasi panaih enjin dan amik mood kasi mai balik utk update blog.

Lastly, nak update skit je;

Luqman dah berjaya meniarap dengan rasminya pada 13/10/2012, genap 4 bulan 11 hari. Klau ikut lebih awal tapi ni rasmi sebab bole meniarap dan baring balik sendiri :)

P/S Sorry byk2 pada reader yang comment tapi tak sempat balas...will get back to you all soon!

Wednesday, July 04, 2012

Little Hisiq @Sebulan

Pejam celik pejam celik, Luqman dah pun sebulan. Alahai...rasa cepatnya masa berlalu. Rasa baru je lahirkan Luqman, teringat perasaan kekok pegang bayi yang masih kecil dan seakan tak percaya kehadiran si kecil ni di depan mata selepas lebih 9 bulan dalam kandungan. Macam masih baru tapi yang pasti baby memang cepat membesar. Terasa rindu usap perut yang dulu membesar. Yang pasti, Luqman sudah lahir dan membesar bagaikan johan ;)

Saya dah masuk 1 bulan Ibu!

Berat Luqman naik tiap-tiap minggu sejak lahir. Alhamdullilah ada rezeki Luqman dapat membesar dengan susu Ibu. Hari ke-27, berat Luqman naik sebanyak 1.145kg, purata 300g setiap minggu :). Ibu memang happy! Berat hari ke-27 (masa check up minggu ke-4), berat Luqman dah menjangkau 3.77kg. Panjang pun meningkat dari 48cm ke 52cm. Berat Luqman turun beberapa hari selepas lahir dan terus naik macam roket hampir setiap minggu. Syukur walaupun agak susah untuk susukan Luqman pada awalnya terutama minggu pertama. Mulut Luqman masih kecil dan belum pandai menghisap. Ibu pun belum dapat keluarkan susu yang banyak masa tu tak termasuk sakit untuk menyusu sebab Luqman belum pandai hisap dengan cara yang betul.Tapi Alhamdullilah selepas seminggu, Luqman dah mula biasa, Ibu pun dan mula selesa. 

Carta berat Luqman bulan pertama

So far Luqman sihat, Alhamdullilah ...cuma Luqman susah sikit nak 'Burp' lepas susu. Ibu dah gelar Luqman 'Mat Kentut'! Hahaha... Tak boleh keluar angin kat atas, keluar ikut bawah la...janji angin keluar Luqman ye :). Kentut kalah org besar! Jgn terkejut klau dengar nanti :p. Nurse kata okay kalau tak burp asal kentut. Kentut memang tak terkira banyaknya. Burp je yang susah. Setakat ni, boleh kira berapa kali Ibu berjaya buat Luqman burp. Yang lain tu, Ayah je yang uruskan.

1 month 'young'. Feveret shot Ibu!

Luqman dah pandai ape? Kalau Ayah jawab : Dah pandai buat Ayah Ibu tak tidor malam ;). Standardlah kan baby bangun setiap 2 jam nak susu atau tukar diaper. Kadang2 angin baik, luqman minum susu banyak dan tidor lama dekat 3-4jam. Ada sekali, angin Luqman baik tido 4 jam straight :). Dapat ibu lena panjang skit. Selain itu, tak padan dengan keciknya Luqman dah angkat kepala especially bila buat 'Tummy Time' dengan Ayah. ibu pernah kira, 10 kali Luqman angkat kepala bila buat tummy time. Kalau time burp pun kepala dah tak payah pegang, bukan main suka free kepala tu dok tegak :). Hari ke-33, bila Nenek dukung dia kepala dah tegak sendiri taknak sandar dah...

Kepala Luqman dah kuat. Dah boleh angkat dah dia masa buat tummy time :)


2/3 hari lepas Luqman dah pandai golek sendiri mengiring ke kanan dan ke kiri. Selalu Ibu atau Ayah kena letakkan posisi mengiring dan tukar posisi kanan ke kiri. Nanti asik ngiring sebelah je, habis penyek cuping telinga Luqman. Kali ini Luqman sendiri golek2 dan mengiring. Kelmarin pulak, pagi2 lepas susu sebelah Ibu, terus Luqman meniarap sendiri!! Wahhh terkejut Ibu Luqman dah pandai meniarap sendiri masuk umur sebulan! Walaupun tangan tersepit tapi satu pencapaian lah jugak ;) Bak kata Mama Tok & Nenek, Luqman ni semua nak cepat! Keluar dari perut pun tak sabar2 dah tak sampai 1/2 jam Ibu meneran :)

 Seminggu

 2 minggu

 3 minggu

4 minggu

Ibu pun ada catat milestone Luqman dalam website babycenter.com. Saja nak catat apa yang Ibu ingat tentang perkembangan hidup Luqman supaya ada memori bila nak ingat balik. So far ni lah pencapaian Luqman dalam sebulan. Ibu mana tak bangga kalau anaknya achieve dari satu ke satu perkembangan sihat bayi. Luqman dah boleh angkat kepala during Tummy time walaupun baby umur 2 bulan yang sepatutnya boleh buat. Dan Luqman dah boleh lihat objek ke kiri dan ke kanan bila Ibu letak toy depan mata Luqman. Ibu dan Ayah happy dengan perkembangan Luqman. 

Milestone Luqman bulan pertama


Selain itu, pencapaian lain; Luqman dah pun dapat passport antarabangsa masa umur 26 hari. Belum pun sebulan dah ada passport sendiri ;). Ini kes tak sabar nak balik Malaysia lah! Sekarang cuma tunggu nak buat permit je lagi sebelum boleh balik Malaysia.

Tak sampai sebulan umur, si kecik ni dah ada passport. Jauh Ayah buat passport Luqman sampai ke London ;)

Masa amik gambar untuk Swedish resident permit.

Alhamdullilah...moga Luqman membesar dengan sihat dan kuat :). Minggu depan masuk 6 minggu Luqman akan dapat vaccination pertama. 

Apepun, doakan Luqman menjadi anak yang sihat, cerdas, bijak dan soleh...amin...


Thursday, June 28, 2012

Big THREE Day

Hari ini genap seminggu bergelar si wanita 30-an. Ya! Cepat betul masa berlalu...akhirnya boleh ucap selamat tinggal zaman 20-an....zaman muda mudi :).

Alhamdullilah...setiap tahun saya memang menyambut hari lahir. Sudah menjadi tradisi keluarga meraikan hari lahir adalah satu kemestian. Syukur, Allah masih memanjangkan usia, untuk masih menghirup udara di bumi ini.

Tahun ini tidak seperti tahun2 yang lain. Lebih istimewa kali ini untuk 'Big THREE Day'. Nak sebut 30 tu macam takut ye cik kak? Hahaha....Kalau tahun lepas tawaran PhD dari Sweden merupakan hadiah yang istimewa, tahun ini Allah anugerahkan sesuatu yang paling indah. Tidak terkata syukurnya...

Untuk kali pertamanya dapat menyambut hari lahir bersama suami tersayang selepas 11 tahun bersama. Kalau sebelum ini, kami hanya mengirim hadiah/ucapan dari jauh atau belated celebration bila bertemu kembali. Tahun ini sempena angka 30, encik suami berada disisi di hari yang penuh bahagia.

Bukan itu sahaja, Mak dan Mama juga dapat bersama dan sempat kami sambut di restoran Jepun :). Selamat hari lahir untuk Mama yang jatuh hanya selang sehari.

Namun, hadiah paling bermakna tahun ini semestinya dengan kehadiran LUQMANUL HAKIM yang lahir 19 hari awal dari hari lahir ibunya. Bergelar seorang ibu menjelang umur 30 merupakan hadiah teristimewa. Luqman penghias hidup kami :).... Alhamdullilahhh....melihat Luqman membesar dengan sihat dari hari ke hari adalah sesuatu yang paling bermakna untuk seorang Ibu.

Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaan-Mu...rezeki yang dilimpahkan, kebahagiaan yang berterusan dan usia dipanjangkan..Syukur...



Sunday, June 10, 2012

Little Hisiq

Syukur....syukur..Ya Allah. Tiada lain yang dapat diucap selain rasa syukur segalanya dipermudahkan. Setelah mengharungi 6 minggu sendiri dan sarat mengandung, suami tersayang akhirnya pulang ke pangkuan. Seminggu selepas itu, Mak dan Mama akhirnya sampai di bumi Sweden. Setelah puas menyendiri, hati kini berbunga bahagia ditemani yang tersayang yang akan menyambut kehadiran insan baru dalam hidup kami.

Hari pertama kelahiran

Kini seminggu berlalu. Tanggal 2 Jun 2012, hari Sabtu di Lund University Hospital, Sweden tepat jam 5.23 pagi  telah mencatatkan satu detik bersejarah dalam hidup kami suami isteri dan juga keluarga. Akhirnya 'little hisiq' lahir ke dunia setelah berada dalam kandungan selama 38 minggu 2 hari. Alhamdullilah, lahirnya penyeri hidup kami dalam keadaan sihat, dan sempurna sifatnya. Syukur tidak terkata. Tiada yang dapat digambarkan perasaan ketika itu. Tidak terungkap rasa terharu akhirnya si kecil ini selamat dilahirkan. Kandungan yang diusap setiap hari kini tiada. Rasa rindu juga mengendong perut ke sana ke mari.

Tepat seminggu sebelum bersalin (26 May 2012) @ 37 minggu 2 hari.

Segalanya berlaku terlalu pantas. 1 Jun, hari Jumaat sememangnya hari terakhir bekerja iaitu genap kandungan 38 minggu. Baru bercadang nak bawa Mak & Mama yang baru 3 hari tiba di bumi Sweden berjalan-jalan sekitar bandar2 terdekat. Hajat tak kesampaian bila Jumaat malam itu juga sekitar jalan 11-12 malam buat kali pertamanya mengenali apa itu contraction. The first ever real contraction.

Mak & Mama selepas temankan ke ultrasound appoinment. Sehari sebelum bersalin.

Sememangnya saya tak pernah tahu macam mana rasanya contraction. Setengah ibu-ibu mengandung sudah dapat merasai beberapa minggu sebelum due date. Yang pernah saya rasa hanya keras di perut tapi tidak sakit. Pernah saya bertanya macam mana rasa contraction ketika di antenatal class. Juga sewaktu makan malam berborak dengan Mak & Mama tentang contraction yang belum diketahui bagaimana rasanya. Tidak disangka selepas makan malam hari Jumaat tu, sudah terasa sakit di pinggang, agak sakit. Lepas makan malam, terus berehat dan tidur sementara tunggu waktu isyak. Jam 11 lebih malam rasa perut agak sakit hingga terpaksa solat duduk. Masih belum terfikir yang akan tiba waktunya. Ingatkan cuma sakit perut biasa. Selepas isyak cuba untuk tidur tetapi contraction sudah mula dan semakin kuat. Sakit tidak terkata dan sememangnya inilah dia rupanya rasa contraction sebenar. Dari contraction yang pendek hingga semakin kerap dan lama. Terus suruh encik suami rekodkan time contraction samada masih dalam latent phase atau sudah masuk active phase. Kalau masuk active phase sudah boleh call hospital untuk bersalin. Sempat encik suami selak nota dari kelas antenatal untuk kepastian.

Day 2 - Luqman pakai baju Ibu beli sebelum MSc graduation 2011.

Malam tu memang kami berdua tak dapat tidur lena. Dari jam 11-12 malam hingga ke 4 pagi, contraction silih berganti bersulam sedikit lelap. Bermula contraction beberapa saat hingga contraction panjang ke beberapa minit. Akhirnya dalam sekitar jam 4.30 pagi, air ketuban pecah diiringi sakit yang tidak terungkap. Rasa sakit yang hampir separuh sedar. Mak & Mama waktu itu sudah bangun subuh. Encik suami pantas menelefon teksi yang sungguh pantas tiba dalam masa 5 minit. Pihak hospital sudah maklum. Memang kena papah keluar untuk ke teksi. Dengan keadaan separuh sedar dalam sakit yang tak tertahan sempat mengerang sakit dan mengeluh "Cepatlahh....". Rasa macam tak boleh berjalan disebabkan satu tekanan besar di bawah perut. Rasa macam kaki terseret sambil badan 100% bergantung tenaga pada encik suami. Turun lif akhirnya selamat masuk ke teksi. Tak sampai 5 minit sampai ke hospital.

Day 3 - Baru pulang dari hospital

Di pintu hospital yang selalunya automatik, pintu tidak terbuka sebab jam baru hampir ke pukul 5 pagi. Setelah menekan interkom, baru pintu terbuka dan nurse meluru dengan kerusi roda. nasib bilik delivery tidak jauh. Terus di angkat ke katil. Midwife segera check keadaan baby dengan ultrasound yang terlilit diperut. Sakit sudah tidak terkira. Saya mengerang sambil menolak seluar tidur ke bawah dan berkata : "He is coming out!!". Sememangnya midwife terkejut kerana kepala baby sudah kelihatan. Memang dari pintu rumah dan pintu hospital dah terasa sesuatu desperately nak keluar.

Day 4 - Suka tidur mengiring

Terus midwife kedua datang dan bergegas untuk menyambut kelahiran baby. Encik suami sempat confirmkan yang kepala baby dah nampak kelihatan. Mak dan Mama yang juga dibenarkan berada di dalam bilik bersalin masing2 teruja serta bertanya beberapa kali seakan tidak percaya dibenarkan untuk menyaksikan kelahiran cucu mereka. Sempat menjeling jam di dinding yang beberapa minit lagi ke pukul 5 pagi.  Midwife terus bersedia untuk menyambut baby yang sudah tidak sabar untuk keluar. Sejurus selepas terasa contraction, midwife suruh push. Push kali pertama kepala sudah mula keluar. Contraction seterusnya, memang terasa ada satu tekanan mula keluar yang agak kuat. Kepala baby dah keluar separuh untuk push kedua. Push kali ketiga dan terakhir, yang berlaku sepantas kilat....maka keluarlah satu tekanan besar yang seperti tidak sabar mahu keluar.  Terasa lega....

Day 5 - Sleepyhead

Alhamdullilah...tepat jam 5.23 pagi, maka lahirlah bayi yang dikandung selama 38 minggu 2 hari ini.  Dengan proses bersalin yang mengambil hanya ~ 20 - 25 minit, terasa semuanya berlaku terlalu pantas. Sepantasnya bayi ini lahir seperti ditarik keluar selepas meneran kali ketiga. Tanpa ubat tahan sakit, laughing gas atau epidural. Syukur Allah permudahkan urusan bersalin. Sakit memang sakit tapi dalam beberapa jam dari mula contraction dalam lebih kurang 4-5 jam (11-12 malam ke jam 4 pagi sebelum pecah air ketuban) ke ~ 25 minit proses bersalin, terasa seperti berada dalam separuh sedar. Seperti diberi ubat penenang dan tahan sakit. Alhamdullilah, mungkin inilah mujarabnya ayat-ayat suci Al-quran yang sering diperkatakan terutama Surah Maryam yang dikatakan dapat memudahkan kelahiran. Walaupun tak sempat mengkhatamkan Al-quran yang masih ada 2 juzuk lagi sebelum bersalin, insyaAllah selepas habis nifas, hajat untuk khatamkan 30 juz akan diteruskan untuk insan baru dalam hidup kami, LUQMANUL HAKIM BIN MOHAMAD IQBAL.


Day 6 - Bonding time with Ayah

Sejurus selepas lahir, Luqman diletakkan di dada. Luqman kecil dan sejuk. Matanya sudah terbuka beberapa minit selepas kelahiran. Terdengar sedikit tangisan. Terharu dan tersenyum melihat Luqman di dada. Luqman mula mencari susu. Pertama kali menyusukan Luqman terasa satu perasaan halus meresap masuk dalam diri. Kini saya seorang Ibu. Encik suami mengazan dan iqamat di telinga Luqman.  Terasa sungguh bahagia. Kini encik suami bergelar Ayah. Syukur Alhamdullilah.....tiada lain yang dapat diucap atas nikmat yang Allah kurniakan. Bersama suami, Mak dan Mama berada disisi menyambut kehadiran Luqman...



Kini sudah seminggu Luqman menghiasi hidup kami. Luqman anak yang baik dan tak banyak kerenah. Alhamdullilah...semoga Luqmanul Hakim menjadi anak yang soleh, taat perintah Allah dan ayah ibu,  mempunyai akhlak yang terpuji dan dikurniakan akal fikiran yang bijaksana. Sebijak namanya....Amin...





Monday, May 21, 2012

Cabaran 6 minggu.....

Iye, 6 minggu kalau ikutkan taklah lama. Untuk pasangan suami isteri yang selalu PJJ, 6 minggu tu kira so-so lah! Kalau ikutkan saya dan encik suami pernah PJJ hampir 5-6 bulan. Untuk para suami2 yang bekerja di lautan, si isteri rasanya dah biasa kira bulan (bukan hari lagi dah sebab banyak sangta nak kire ;P), tunggu kepulangan suami tersayang. Dulu masa saya kerja di Holland dan encik suami di serata laut, memang lepas satu bulan masuk ke bulan baru rasa macam boleh tarik nafas lega....pengalaman dan feeling rasanya tak terluah nak cakap. Kalau tulis kat sini 3 hari 3 malam pun tak habis rasanya ;)

Tak sabar untuk berdua (+1) kembali.....;)

Alhamdullilah, cabaran 6 minggu hampir tamat. Encik suami baru dapat tiket flight hari ni. InsyaAllah bakal pulang lusa bertolak dari Vigra, Norway ke Copenhagen. Bakal ibu & baby tersenyum riang. 'Kami' tak lagi sendirian dan kesepian. Ayah dah nak balik! Iye, siapa yang tak gumbira? Untuk bakal ibu yang sarat masuk 37 minggu, perasan yang tak dapat digambarkan bila akhirnya berjaya juga mengharungi 6 minggu bersendirian dengan si kecil di kandungan. Belum termasuk kejadian panik 'hidung berdarah' pagi tadi! Pertama kali dalam hidup melihat darah sebanyak itu. Bila sendirian, lagi 2 di tengah malam, hanya dapat berharap kalau encik suami berada disisi di saat getir sebegini. Alhamdullilah, tiada yang serius, cuma rasa cuak dan lega lebih2 lagi belum tiba masanya untuk bersalin...

Sujud syukur, setiap hari berdoa memohon perlindungan dan kudrat dari Allah supaya tabah menghadapi cabaran ini. Jika nak cerita pengalaman dan perasaan bersendirian di minggu-minggu terakhir kandungan; sunyi, sepi, sedih, sayu, selera hilang dan senyuman semakin lama semakin terhakis. Mungkin sindrom kemurungan adalah paling tepat sekali. Dan akhir sekali dah tiada perasan.....Tiap hari tengok kalendar mengira minggu....(itupun sudah rasa seksa!).

Bagi saya, bab makanlah yang paling mencabar sekali. Dikurniakan dengan keluarga yang besar dan meriah, bila makan bersendirian rasanya hanya cukup untuk mengalas perut. Tapi, sekarang makan perlu jaga, kalau makan pun sebab si kecil dalam perut. Walaupun terpaksa menelan nasi, semua untuk kesihatan bayi dalam kandungan. Setiap hari pening memikirkan menu untuk mengisi perut. Tiap kali masak, mesti upload gambar di Fb. Bukan sebab nak show off tapi cuma rasa itulah hiburan ketika makan...tersenyum melihat komen kawan2 di FB yang mengatakan sedap dan terliur. Walau diri sendiri taklah punya selera untuk menelan....namun, komen teman2 di Fb menaikkan selera. yelah kalau dah 10 org komen sedap...sedap lah agaknya tu ;). Makan jelaaah! Tersenyum akak yang mulanya tak selera makan....

Zaman selera membuak2. Encik suami curi2 snap dan cakap  mak buyung makan macam KungFu Panda!

Tiap kali check-up, midwife sedikit complain sebab berat tak naik sangat. Baby pun taklah besar, lagi-lagi bayi Europah terkenal dengan saiz-saiz 'giant baby'. Range 4kg dianggap normal, 5kg baru dianggap besar. Apa lagi, mak buyung ni tiap kali balik check up selalu rasa down ;(. Lagi-lagi bila encik suami takda...Pernah nangis teresak-esak bila encik suami call cerita pasal midwife cakap baby sangat kecil (masa tu midwife belum boleh menerima hakikat yang kami ni range size orang Asia). Stress jangan cakaplah! Bila pergi kelas Antenatal untuk bakal parents pulak, banjir ayaq mata bila tengok video kelahiran baby. Encik suami pun takda juge...lagi2 bila majority peserta lain datang dengan pasangan masing2x. Hati rasa sayu...


Anak-anak Eropah yang comel-comel belaka!

Peserta antenatal class bersama pasangan masing-masing. Sesi belajar mengurut...

Minggu pertama kena tinggal masih mampu tersenyum. Bila masuk minggu ke-2, homesick sampai tak bermaya. Mujur cuaca ketika itu makin baik, cerah, musim bunga benar-benar tiba. Matahari membawa rahmat. Alhamdullilah...selepas mingu ke-2, minggu ke-3 dan ke-4 rasa berlalu pantas. Bila hujung minggu, ambil angin menghilangkan rasa sunyi dengan menikmati keindahan alam semulajadi. SubhanAllah, bila tinggal di negara 4 musim, perubahan alam sekitar berlaku dengan pantas sekali. Hari ini dan esok, boleh nampak daun berputik, bunga berkembang. Perbezaan 1-2 hari itu seperti keajaiban.





Si Ibu yang gembira melihat bunga-bunga...

Namun, takla semua pengalaman buruk2 belaka. Ada juga orang yang prihatin disini. SV sangat2 concern lagi tentang kesihatan. bertuah dapat SV semua perempuan belaka. Senang cerita, mereka lebih berpengalaman dan baik hati. Nak datang kerja lewat atau nak buat kerja dirumah, terpulang pada diri sendiri dan sangatlah flexible. Tiap hari bertanya khabar, bukan saja SV malah 2-3 orang kawan rapat di ofis yang sentiasa mengambil berat. Asyik tanya bila nak start cuti. Juga siap offer nak belikan groceris sebab mereka tahu, berat barang2 nak bawak bila shopping barang2 dapur. Alhamdullilah, syukur ada yang prihatin. Yang offer kereta, offer teman, offer call anytime & anywhere. Syukur teramat sangat. Selalu membalas offer mereka dengan senyuman terharu. Alhamdullilah setakat ini masih mampu menguruskan diri sendiri walaupun kawan baik sorang ni selalu berkata "You don't have to prove to yourself. Take it easy!" . "Please call us anytime". Sememangnya terharu namun, ibu & baby masih mampu berdikari. Syukur kepada Allah kerana memberikan kudrat untuk meneruskan hidup dan tidak menyusahkan orang lain...

 Si kecil @ 35 minggu
Makin susah nak scan sebab baby makin besar ;)

Setakat ini  perkembangan baby baik sekali. Walaupun taklah terjangkau graf baby Europe tapi dari hasil scan, baby membesar berkadaran. Yang pasti, tiada masalah setakat ini, alhamdullilah. Walaupun ibu terpaksa berkayuh ke hospital, bila dapat melihat sikecil membesar tiap kali check-up dah cukup buat hati gembira. Masih juga bersyukur masih mampu berbasikal dengan kandungan masuk 37 minggu. Alhamdullilah....walaupun tenaga seakan rasa tinggal bersisa. Syukur Ya Allah atas kudrat ini...


InsyaAllah 2 hari lagi, cabaran ini akan berakhir....syukur...


Sunday, May 20, 2012

Good luck to us! Moms-to-be ;)

Dalam sejam yang lalu baru dapat berita tentang bestie+partner in crime+geng sekoridor+teman makan sepinggan dan tidor sekatil  semasa study master di Holland yang bakal melahirkan anak sulung ;). Oh sangat excited dan berdebar. Kami sama2 pregnant yang cuma beza beberapa hari. Kami dapat tahu sama-sama pregnant pun, cuma selang beberapa hari....rezeki!

Izan, kini  mengandung 37 minggu 1 hari, manakala aku 36 minggu 3 hari. Jarak yang sangat dekat. Orang kata kadang-kadang baby nak together-gather macam ibu-ibunya juge ;). Izan yang baru saja pecah air ketuban mesej geng ibu mengandung yang kat Sweden ni. Melompat happy. excited, berdebar dan terharu!!

Kenangan terindah : Zaman main lompat-lompat dan panjant-panjat ;)


Tahniah Ameen & Izan, bakal jadi mummy & daddy!!

Ya, kami bakal jadi Ibu! Rasanya baru je main lompat-lompat sama2 dulu macam kanak-kanak riang. Kini kami bakal melahirkan anak-anak comel yang bakal memeriahkan hidup kami.

Walaupun jauh dan tidak dapat bersama, doa yang tak putus moga Izan selamat melahirkan dan dipermudahkan....Amin....Ya Allah mudahan semuanya selamat...

We are strong mommy! We can do it!!!

Love,
Mom-to-be in Sweden



Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu : Haramkah?

Hari ini ramai ibu-ibu yang tersenyum. Kerana bagi yang menyambutnya, hati mereka pasti berbunga-bunga.

Keluarga saya tak terlepas dari menyambut semua keraian yang ada. Termasuk setiap hari lahir ahli keluarga tak kira umur dan bilangannya. Kalau 5/6 orang menyambut hari lahir pada bulan tersebut, tidak dinafikan, 5-6 buah kek pasti terhidang :). Sangat meriah dikurniakan keluarga yang besar, bila berkumpul meriah seperti'parti besar' bersama adik beradik, ipar-duai dan anak buah. Selain hari lahir, dan sambutan anniversary Mak&Abah yang menjadi agenda penting setiap tahun, Hari Ibu juga tidak terkecuali.

Setelah hampir 3 dekad hidup di dunia ini, mungkin 2 dekad yang lalu saya sudah mengenali apa itu 'Hari Ibu'. Namun baru akhir-akhir ini, terdengar ustaz dan alim ulama mengatakan sambutan hari tersebut adalah 'haram' Apakah berdosa selama hari ini kami sekeluarga menyambutnya?

Dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa mencari peluang untuk berkumpul, keraian seperti ini adalah antara hari yang tidak ketinggalan untuk disambut. Walaupun dengan sepotong kek, sekuntum bunga, kad atau hadiah, saya yakin hati ibu mana yang tidak tersentuh dan gembira melihat anak cucu berkumpul bersama menghargai kehadirannya.

Tidak dinafikan kita boleh menunjukkan kasih sayang kepada orang tua bila-bila masa dan itu sebaiknya. Tetapi hari penting seperti hari lahir, ulangtahun perkahwinan mereka dan hari ibu/bapa bukanlah hadir setiap hari. Di hari-hari tersebut, mereka lebih rasa istimewa dan dihargai. Kalau layanan 1st class itu datangnya setiap hari, maka sudah tidak ada istimewanya dan bezanya untuk hari esok dan lusa atau akan datang.

Cuma luahan rasa kerana bagi saya, setiap anak yang menyambutnya, niatnya hanya satu. Yang tidak ada kena mengena dengan asal-usul sejarah hari ibu tersebut. Dan langsung tidak tahu menahu akan penyebab ia menjadi 'haram' hukumnya. Niatnya satu: suci dan murni. Meluahkan rasa kasih, mendoakan dan cuba membahagiakan hati seorang insan bernama ibu. Dan berapa ramaikah wanita yang bergelar ibu itu yang tidak tersenyum, tersentuh, terharu dan gembira pada hari ini bilamana anaknya cuba menunjukkan rasa kasihnya pada mereka?

Adakah niat ikhlas untuk mengembirakan hati orang tua itu boleh jatuh 'haram' jika tidak tidak punya niat lain bila selain dihari itu kita hanya mahu membahagiakan mereka?

Ibu, engkau tetap ratu hatiku...

Luahan rasa anak rantau dan bakal seorang ibu,
Bumi Sweden

Monday, April 30, 2012

Pulangnya Semangat....

"Semangat yang hilang, kita cari pulang....". Itu macam lirik lagu, tapi janganlah tanya tajuk atau artisnya. Tak kiranya artis tempatan atau luar negara. Sama je, lemah sikit bab2 ni...

Apapun, beberapa hari yang lepas, emosi agak tak stabil. Mendung je macam cuaca kat luar tuh...sedih duka lara jangan cakaplah. Banjir Lund ni haaa tak pernah pernah sebanyak tuh. Amboi akak ni, boleh pulak buat lawak ye, aritu teriak bukan main :P

Masa ni mood baru nak naik...

Alhamdullilah, dah berwarna warni dah perasaan ni balik. Syukur Ya Allah, kerana memberikan ketenangan dalam hati yang sunyi lagi sepi. Si kecil dalam perut pun setakat ini, menendang-nendang kuat nak menunjuk kehadiran dia menemani ibunya ;). Lagi-lagi bila jalan-jalan keluar dengan cuaca yang semakin baik, udara yang segar dan pemandangan yang cantik...tenang rasanya.






Bila duduk diluar negara yang berempat musim ni, rasanya bila cuaca baik dan matahari dah tak segan keluar menjengah, akan terdetik betapa nikmatnya hangat bahang mentari tu, yang tak pernah dihargai bila di tanah air sendiri. Perasaan dan mood pun cerah seiring dengan cuaca.

Setakat ini, keadaan semakin baik, bila hati agak tenang dan gembira, pengambilan pemakanan pun meningkat sikit. Bukan senang nak makan sorang2x. Selera pun surut, kadang turut surut idea nak masak apa lagi2 untuk makan sorang2x.. Nak taknak layan internet tengok gambar-gambar biar kasi terliur, sebab bila terliur petanda baik yang mak buyung ada selera. Bila ada selera adalah usaha untuk memasak yang sedap2x. Bila masak sedap2x, makan sedap2x, hati pun happy dan yang penitng, hati lebih happy sebab makan untuk kesihatan baby dalam perut.


Sajian hidangan makan di luar:
Fried Yakiudon Seafood

Sotong Sichuan dan Green Tea

Sushi. Wakame Salad dan Miso Soup

Home made Mee Kungfu

Kalau ikut bukan senang bila duduk sorang2x. Masa bulan-bulan pertama duduk di Belanda 4 tahun lepas,
8kg turun macma tu je, tak selera makan. Duduk sorang makan pun yang entah apa2 entah. Dahla berat senang turun, tapi senang jugak naik bila hati happy selera pun bukan main meninggi ;)

Tergelak sendiri melihat telatah  dan kebahagaian satu keluarga menikmati keindahan musim bunga/panas.

Apepun, mudahan ketenangan hati yang kini kembali berterusan walaupun menyendiri. Moga Allah kurniakan ketabahan dan kekuatan sehingga encik suami pulang ke pangkuan.....Amin...3 minggu sudah berjaya dicapai, 3 minggu lagi untuk digagahi. InsyaAllah ibu & sikecil pasti BOLEH!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...