Rabu,31 Julai 2013 : Satu majlis penyampaian sumbangan oleh wakil guru SK Kinabutan Tawau untuk pelajar Tahfiz Madrasah Darul Hidayah kampung Sg Imam Tawau telah diadakan secara ringkas di dewan terbuka Sk Kinabutan Tawau sekitar pukul 9.30pagi tadi.Sumbangan berbentuk bahan makanan seperti beras,gula,tepung,minyak masak,mee kuning dan lain-lain telah diterima oleh wakil AJK Madrasah Darul Hidayah,sdr Aqmal Ridwan.

Sdr Aqmal Ridwan(wakil Madrasah Darul Hidayah)
 menerima sumbangan daripada wakil guru Sk Kinabutan
Difahamkan sumbangan ini dibuat hasil kutipan derma yang diperolehi daripada kalangan guru-guru SK Kinabutan sendiri.Sdr Aqmal Ridwan yang mewakili AJK Madrasah Darul Hidayah dan para pelajar Tahfiz madrasah tersebut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan yang diberikan ini.Moga Allah memberikan ganjaran pahala yang berganda kepada semua yang telah menghulurkan derma untuk para pelajar Tahfiz di Madrasah Darul Hidayah.
Mudir&guru serta pelajar-pelajar Tahfiz Madrasah Darul Hidayah Sg.Imam
 bergambar dengan barang-barang sumbangan guru-guru SK Kinabutan Tawau.

Assalamualaikum ww,
Rasanya bertahun juga aku tidak menulis sesuatu di Mat Bulan ini...sejak aku aktif di Muka Buku,Mat Bulan ini sudah tidak lagi aku pedulikan...dan aku pun tak pasti mahu mula dari mana...aku juga sangat pasti tiada siapa lagi yang mengikuti blog ini...so aku ambil keputusan untuk mengaktifkan kembali blog ini sebagai tempat aku mencatat diari kehidupan...catatan perjalanan hidup kami sekeluarga sepanjang beberapa tahun ini...cerita tentang suka dan duka....cerita tentang derita dan airmata...cerita tentang aku dan Farhana...

Damailah engkau "di sana "anakku....bermainlah sepuasmu di Syurga sana sebagai "hadiah" daripada Allah atas kesabaranmu menahan kesakitan dan derita sepanjang 2 tahun lalu dengan redha dan sabar...Allah sangat menyayangimu... abi,umie,kakak chada,sangat merinduimu....moga Allah mempertemukan kita kembali di Syurga sana...sementara itu,abi akan terus bercerita tentang dirimu di sini...sebagai tanda kasih abi padamu yang tak pernah pudar hingga akhir hayat ini...ya Allah berikan kami sekeluarga kekuatan untuk terus istiqomah di jalanMU, serta tetap terus dapat bertahan menghadapi ujian kecil ini dengan keimanan yg teguh...

aku akan cuba menceritakan kembali kisah farhana ditulisan akan datang...bukan untuk meraih simpati kepada sesiapa saja yang mungkin terjumpa blog ini...tetapi aku hanya ingin berkongsi kesedihan yang tak mampu aku tanggung sendirian... sekurang-kurangnya dadaku sedikit lapang bila aku luahkannya di sini..

salam 21 Ramadan 1434H....


Posted on Tuesday, July 12 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

ArtikelPetikan merdekareview.com

... Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!

Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.


Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"


Nota:
Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.

Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.

*Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011. MerdekaReview akan memilih beberapa lagi tulisan untuk diterjemahkan, dan mengalu-alukan tulisan daripada pembaca. Sila email kepada editorial_bm@merdekareview.com. Terima kasih.

Sumber: MerdekaReview

JANGAN LEKA!!

Assalamualaikum.....terlalu lama rasanya aku tinggalkan MATBULAN ini...aku pun tak pasti samada Blog ini masih ada pengunjungnya ataupun tiada...kesibukan dengan tugasan dan berbahas di FB menyebabkan Blog ini seakan dibiarkan mati..arghh..

Kawasan,Pemuda & Muslimat kawasan Tawau sudahpun selesai mengadakan mesyuarat Agungnya...para perwakilan telahpun memilih barisan pimpinan yang dirasakan layak dan boleh memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan...Ramai muka-muka baru yang diangkat untuk mengemudi bahtera kepimpinan bagi sesi 2011-2013...Kepada yang terpilih Takziah diucapkan,amanah dan tanggungjawab sedang menanti di hadapan...JANGAN LEKA!!..jawatan bukan untuk dimegahkan...tapi ianya satu pertanggungjawaban..

Pada yang tidak lagi dipilih TAHNIAH diucapkan kerana telah menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin...jangan pula berhenti untuk menabur bakti...kerja harus diteruskan..jawatan hanyalah sementara dan hanya simbol semata...tapi apa yang penting adalah gerak kerja yang berterusan...apalah gunanya memegang jawatan yang hebat tapi tidak melakukan apa2 sumbangan dan gerak kerja.

JANGAN LEKA Kawan!!...PRU 13 sudah semakin hampir...kita teruskan kerja...ada jawatan ataupun tidak..itu tidak penting...kita bekerja dan beramal kerana ALLAH...bukan kerana orang, nama atau jawatan...

Sebenarnya ada benda nak ku kongsikan pada kalian semua...aku berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena...semacam berlakunya satu gerakan yang terancang dan penuh berstrategi....penyusupan masuk kelompok orang2 kecewa dan menyertai kita baru2 ini amat mencurigakan...kalau kita tidak berawas...kita akan berhadapan dengan masalah.....mereka menyertai kita setelah mereka gagal mendapat sebarang tempat dalam pemilihan di "Rumah lama" mereka dulu yang kebetulannya jiran dan rakan baik kita...mereka menyertai kita kerana kecewa bukan kerana kefahaman...sebab itu aku bimbang...ya..kita memang diminta untuk sentiasa bersangka baik..tapi aku rasa tidak juga menjadi dosa besar sekiranya kita punyai perasaan was2 terhadap sesuatu perkara..kerana ianya akan membuatkan kita lebih berhati-hati...JANGAN LEKA kawan...jangan leka...

;;