Sayalah mummy
Jadual rutin harian saya sudah berubah semenjak Ayeesha Arwa menjengah dunia
6.45am
Saya pergi ke kerja seawal 645 pagi
Dihantar diambil oleh Encik Suami
Bertuah kerana mak mertua tidak mengizinkan Ayeesa Arwa dihantar ke nursery
Maka Ayeesha Arwa dipeluk Opah setiap pagi
Kuranglah kerisauan
Kuranglah kebimbangan
8.30am
Tiba di pejabat kerja bertimbun sudah disisi
Pusing sana pusing sini
Makin banyak yang selesai, makin banyak pula yang menanti
Sedar tak sedar Encik Suami sudah mahu mengajak pulang
Kembali ke teratak tercinta, ya sayang?
5.30am
Rutin kota yang sentiasa begini
Kereta penuh setiap hari
Mengadap sesak hari-hari adalah pasti
7.00am
Tiba di teratak, jika awal haruslah memasak
Selalunya bersilat lah kami suami isteri
Isteri pegang kuali, suami pegang anak
12.00am
Saya tidur setiap malam apabila jam hari sudah masuk tarikh baru
Sebelum tidur, terlalu banyak perkara harus diselesaikan
Tapi sgt bersyukur Encik Suami sgt membantu meringankan bebanan yg perlu
Tidur pun tidaklah selena dahulu
Setiap 3 jam, Ayeesha Arwa mahu menyusu
Kdg-kdg senang sgt menidurkan dia semula
Namun kdg-kdg membuatkan saya panas 1 kepala
Saya tidak merungut
Saya tidak merasa beban
Apa yang saya buat, semuanya pahala
Pahala pada suami
Pahala pada anak
Moga-moga satu hari
Apabila tiba masa
Saya pula dianugerahkan syurga
Duhai Suami
Duhai Anak
Maafkan saya jika saya bukan sesempurna yang diimpi..
Maafkan saya jika saya bukan sehebat yang diingini..
=)









