20 October 2011

19.10.2011 - Selamat Hari Jadi My ♥

Assalamualaikum semua. Ehem! 19.10.11. Cantik tak tarikh tu? Cantik tak??? Sila cakap cantik okay! Hehehe. Semalam adalah hari yang bermakna buat saye. Sebab semalam adalah hari jadi Teman or Kekasih or Sayang or Cintaku yang ke- Teeeeeettttt!. *macam hari jadi aku pulak kan*. Hahaha. Hari ni baru dapat post sebab semalam tak online.

Entri kali nie KHAS buat si Dia, kesian tak pernah sambut besday sebelum kite bertemu. Dengan saye baru kamu sambut besday kan? Hehehe. Tahun lepas saye dah buat suprise untuk kamu. Tak sangka plan saye menjadi. Tahun nie plak sanggup saye mintak cuti nak spend time dengan kamu. 

Saye tahu kite masing-masing sibuk. Jumpe pun bersebab. Takde mase nak keluar dating sane dating sini. Kalau ade pun tiap hari rabu je lah pun. Hurm. Tapi kamu kene ingat, "Hanya Kamu di Hatiku". Tak boleh cakap lebih-lebih di sini. Malu. Hehehe. Bace dalam kad saje okay!. (^_^) 
Hadiah yang saye bagi tu takde lah mahal, Tapi cukuplah seikhlas hati saye. Tak sangka kamu suke. Kalau kamu suke, saye lagi lah suke. Hehehe.

Kami sempat berjalan di Ikea. Rasenye dah lame kot tak berjalan ke sini. Semalam baru kesampaian nak berjalan ke sini. Habis juling mate tengok barang-barang kat Ikea nie. Semua cantik-cantik. Mulalah berangan nak hias rumah sendiri nanti. hohoho!. 
Kalau dah sampai kat Ikea nie takkan lepaskan peluang makan Meatball nie. Dah lame tak makan Meatball. Dengan tamaknye saye mintak sampai 10 Meatball. Hahaha!.
Tengah berjalan terjumpe pulak lampu tido. Dah lame saye mintak kamu belikan lampu tido. Akhirnya dapat jugak. Yeay!.
Disebabkan semalam tak gaji lagi so saye pilih yang paling murah je. Tapi cute kan? Hehehe. Bile tutup lampu 1 bilik warne merah. Seram pun ade. Tak jadi nak bukak lampu tido malam semalam. Hehehe. 
Selamat Hari Kelahiran buat kamu Encik Apong (nama panggilan dengan kawan-kawan) Semoga kamu panjang umur, di murahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Dan yang paling penting. Semoga hubungan yang terjalin antara kita akan kekal hingga ke jinjang pelamin dan bersama selamanya. Amin :)

p/s : Hari ni hari jadi abang saye, sepupu saye dan anak die Farish!. Kebetulan 3 orang hari nie tau. Selamat hari jadi buat kamu semua. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin :D

LoVe ElyN =)

25 August 2011

Bila ego menguasai diri.


Salah satu dari kelemahan manusia adalah ketidakmampuannya menguasai diri menyebabkan manusia sering tidak mampu mengawal perasaan. 

LoVe ElyN =)

21 July 2011

Trip To Bukittinggi, Indonesia (PART 3) ♥ - AKHIR

Assalamualaikum semua. Hari ni saye nak habiskan cerita nie terus. Sebab esok dah takde mase nak update-update belog lagi. Esok pagi-pagi lagi dah kene pegi KL, Ade pemilihan peserta group Kior!. Bile lagi kite nak menSUMBANGkan suara nie kan. Hahaha!

Hari Keempat

Tak puas hari kedua dan ketiga kami shopping sambung lagi pada hari keempat. Ini hari yang terakhir yang ade untuk kami shopping. Esok pagi-pagi dah balik. Flight pukul 8.30 pagi. So kesempatan yang terakhir kita gunakan dengan sebaik mungkin.

Disebabkan semalam tak puas berjalan di Pasar Atas Bukittinggi, hari ni kite pergi lagi sekali. Semalam ade barang yang sudah disenaraikan belom jumpe lagi sebab asyik dok tawar menawar dengan orang sane terus tak sempat nak beli yang lainnya.

Antara barang yang belom dibeli lagi adalah :-

1.   Barang-barang Doorgift untuk majlis kawen kakak saye nanti
2.   Ole-Ole untuk kawan-kawan. 
3.   Beg tambahan
4.   Pengukus
5.   Baju T-shirt 
6.   Minyak angin 

Masa yang diberi sampai jam 12 tengah hari je. Lepas dari sini Tuan rumah nak bawak kiteorang pegi jalan-jalan tempat yang menarik. Ape lagi. Kelam-kabut dibuatnya. Dah la pagi tadi gerak lambat siket sebab singgah rumah kawan-kawan dan sedara-mara Ayah. Nasib lah semuanya berjalan dengan lancar. Benda yang dicari pun jumpe.

Perjalanan dari rumah ke rumah. Hehehe

Barang first yang dicari untuk hari ni. Pengukus. Haha!

Tunggu dengan sabar. Diorang dah habis shopping saye dengan family je yang tak habis-habis. Hehehe. Maklum lah first time datang sini kan. Mereka tu dah kali ke 2. So tak heran sangat.

Sampai lagi sekali kat tempat nie. Hahaha!

 Di sebabkan line telifon kat sane tak berape nak bagos, so kiteorang plan awal-awal dengan Tuan rumah tu. Berkumpul kat sini. Sebab die nak bawak kiteorang melintasi bukit-bukit. Excitednyer!

Seperjalanan kami  menikmati pemandangan sawah padi, bukit-bukau, gunung-ganung. Sangat cantek. Keadaan jalan yang bengkang-bengkok memeningkan kepala saye. 

Tadaaaaa! Dah sampai! Gile cantek pemandangan kat sini. Dah la tinggi. Sejuk pulak tu. Bestnyer... Rase nak pergi lagi!

Cantek kan?

Zoom lagi dekat.

Ade kucing tersesat!!! Ke orang bela kucing kat sini?

Cukup kami berenam!

Mak dan Ayah pun nak bergambar jugak. Lepas dari sini kami ke tempat lain pulak. Dah name pun ade driver kan. Kiteorang follow je.

Di sini terdapat pemandangan yang menarik. Nama tempat ni Pondok Flora. Kami singgah makan di sini dahulu.


Kat kedai makan nie ade seekor burung. Sangat jinak Burung hantu nie. Takut-takut saye nak pegang. Huhuhu. Lepas makan kami pun meneruskan perjalanan ke................. Istana Pagar Ruyung.

Dah sampaiiii! Sangat terpesona bile sampai sini. Suke tengok bentuk bangunan nie.

Harus bergambar dulu buat kenang-kenangan.

Dalam Rumah minangkabau tu takde pape pun lagi. Baru nak upgrade sebab terbakar dulu.

Yang ni bersebelahan dengan rumah minang tadi. Tempat nie memang besar. Time ni tak ramai sangat orang. So boleh la lompat cenggini. Kalau tidak jangan harap. Hik!

Dah puas di sana kiteorang pun kembali ke pangkal jalan. Perjalanan agak jauh jugak lah. Dari tengah hari sampai lewat petang jugak la mase pegi dan balik. Sebelom sampai rumah kite beli kerepek dulu. Bawak balik untuk makan-makan kat opis nanti.

Semua orang shopping. Termasuklah Ayah saye nie. Hehehe.

Kemain lagi Umi dan Ayah nie.

Saye pun shopping jugaaaaaakkk!

Destinasi terakhir sebelum sampai rumah. Kite singgah makan Sate Minang dulu. Kalau nak tau. Satey ni paling sedap yang saye penah makan. Kalau kat Malaysia saye tak makan pun Satey Minang sebab banyak perot dari isi.

Dah kenyang kami berangkat pulang. Malam terakhir di Bukittinggi. Habis 1 ruang tamu rumah tu barang kiteorang je. Dah siap packing-packing barang baru lah boleh tido. Tido pun kejap je pukul 3 dah di kejut suruh bangun. Takut lewat sampai Airport.

Dah sampai di Airport Padang. Banyak gilak barang kami kan? Hehehe. Penatnye tak payah cakap lah. Dah la tak muat kereta. Terpaksalah balik rumah naik bas dari LCCT. Huhuhu. Kesian.

Gambar selebihnya ada di FACEBOOK

Ohhhhkay! Dah habis dah. Mau pulang...
Daaa korang (^_^)

LoVe ElyN =)

20 July 2011

Trip To Bukittinggi, Indonesia (PART 2) ♥

Salam semua. Hari ni kurang sehat. Dari semalam sampai ke hari ni perut asyik memulas je. Kene keracunan makanan keh? Adeyh! Dah penat nak pergi jumpe Mrs Tan dari tadi. Terus sehari dua ni jadi BFF. #tetibe. Jom kite sambung balik cerita. Nanti-nanti takut takde mase pulak nak sambung cerita. Macam-macam hal pulak karang.

Hari Ketiga

Memandangkan semalam berjalan tak cukup masa, so kiteorang keluar pagi jugak. Ingatkan nak keluar awal-awal. Tapi ade pulak tetamu yang datang. So terpakselah duduk melayan dulu. Lepas dari tu baru lah keluar.



Kali ni kami keluar sendiri. Tuan rumah sibuk. So tak dapat nak temankan kiteorang shopping. Kami tunggu Kijang (Teksi) kat jalan depan rumah. Ade lah dalam 10-15 minit baru lah nampak Kijang (Teksi). Kami naik dari rumah pergi ke tempat yang seterusnya. Aur kuning kiteorang tak pergi lagi dah. Kali ni kami pergi kat Pasar Atas, Bukittinggi. Kat sane pun ada pelbagai jenis barang. Semua yang kite nak beli boleh dapatkan di sana. Lagi-lagi Baju-baju T-shirt, Kemeja, Blouse, Kasut, Cadar-cadar, Barang-barang dapur, Periuk-periuk, Doorgift, semua ade. Dah nama pun pasar kan. Dan yang paling penting kat sane murah. Boleh tawar menawar. Kalau pandai cakap boleh dapat separuh dari harga yang diberi tau!

Ni lah namanye Kijang. Kat sini destinasi terakhir kalau naik Kijang. Kalau kat Malaysia macam kat Central Market lah lebih kurang.


Kat sini kami bergerak dari Pasar Bawah ke Pasar Atas. Start sini dah ramai orang menjual. Tak sampai atas lagi. Rambang mata wehhhhh!


Okay! Kat sini baru boleh shopping. Ni pun tak sampai atas lagi tau. Baru separuh jalan. Huhuhu.


Makanan yang paling famous di Bukittinggi ni Nasi Kapau lah! Nasi putih dan lauk buffet. Orang tu ambilkan. Kite cume cakap je kite nak lauk ape. Macam nasi lauk kampung lah jugak.

Bile dah sampai Pasar Atas kiteorang lepak kat sini pulak. Dah lepak nak buat ape lagikan. Posing lah manjang. Kat sini dah macam kat Dataran. Ramai sangat orang. Tempat ini di beri nama Jam Gadang!

Mak saye dan Umi (mak sedara) pun nak bergambar jugak kan. Tengah lepak Umi suruh naik Kereta Kuda. Besh Besh!

Comelkan? Tak pernah nampak kuda diperbuat seperti ni. Huhuhu


Taknak lepaskan peluang. Kiteorang pun nak try naik jugak. Die bawak pusing-pusing Bukittinggi. Dalam 3km jugak lah jauhnya. Tambangnya pun tak mahal sangat. Dalam RM50,000 je.

Dalam perjalanan nampak banyak pemandangan yang menarik. Bentuk bangunan Minangkabau menarik pandangan saye.
 

Kat sini ade diberi 2 pilihan. 1 nyer korang boleh lalu Pasar Bawah naik ke Pasar atas. 1 lagi boleh naik saje tangga sampai lah ke atas. Kat sini macam short cut lah jugak. Korang tau berapa bilangan tangga yang ade kat sini? Hehe. Kat sini ade 144 tangga. Tak tinggi sangat. Tapi semput jugak la kot kalau naik!

Cuaca pada hari itu pun hujan renyai-renyai. Boleh di katakan setiap petang lah hujan. Tapi Alhamdulillah, sampai jugak ke rumah naik Kijang. Huhuhu.

Bersambung!

LoVe ElyN =)

19 July 2011

Trip To Bukittinggi, Indonesia (PART 1) ♥

Assalamualaikum semua. Selamat petang. Baru lah nyaman siket. Kalau tidak ade je yang memanggil. Tak senang nak bercerita panjang sebab ade je gangguan sane sini. *ehem! kene selesaikan kerje dulu baru bole berblog. Nak bercerita pun dah sangkut-sangkut. Lame-lame cerita pun dah jadi basi kan. #gelengkepala

Okeh! Berbalik pada tajuk. Kemain bercerita sane sini. Tup-tup balik orang mintak ole-ole. #tepukdahi belikan ole-ole. Alohhh. Bukan ape sangat pun. Tanda peringatan je. Kalau nak lebih-lebih korang tatap je lah gambar. Hohoho!

Tempat yang menjadi pilihan kami adalah di Bukittinggi, Indonesia. Bukan Bukit Tinggi, Klang. Dan bukan juga di Bukit Tinggi, Pahang. 2 tempat tu saye dah penah pegi dah. Bukittinggi, Indonesia ni lah baru dapat jejak. Hehe

Perjalanan kami memakan masa SEJAM dari LCCT Sepang ke Padang, Indonesia. Saye naik AirAsia je. Kalau nak naik MAS kene tunggu orang belanje. hik! 

Passport dan tiket saye. Time ni dah excited dah. Maklumlah baru nak merasa naik kapal terbang. Kesian.

Sila Masuk. kami sedang menuju ke Padang, Indonesia. Ehem!

Dah macam dalam bas pun ade kan. Hehe. Lantak lah!

 Part kat sini lah yang saye geram nie. Tak celik mata tuh. Bataknye lah hai. hehehe.

Cantek kan pemandangannya? Saye suke gile tengok dari atas macam nie. 

Di sini lah airport Padang, Indonesia.

Yeay! Dah sampai dah.

Ade seorang budak sesat di situ. Opssss!


Sampai saje di sana macam biasa lah, kene lah jumpe imegrasion dulu. Kat situ kami lah orang yang terakhir dapat keluar sebabnye pramugari tu salah bagi dokumen untuk isi. So kene lah isi semula baru lah bole lepas. Grrrrrrr!


Dalam perjalanan dari Padang ke Bukittinggi makan masa 4 jam. Gile lama! Sebabnye, masa kami balik tu pun dah petang. So ade banyak kenderaan. Kalau tidak dalam kurang 2 jam je dah sampai.

Kalau nak tahu air minuman nie yang paling popular kat situ tau. Nama air nie Apokat

Selepas makan kami meneruskan perjalanan sampai ke rumah. Sampai pun dah malam. Tunggu pulak hari esok.

Hari Kedua

Seawal pagi lagi kiteorang dah keluar berjalan. Nasib baik lah ade orang yang sudi nak bawak pusing-pusing kat sane. Takde la kiteorang naik Kijang (Teksi). Kat sane ade 1 tempat tu namanya Aur Kuning. Di situlah jugak tempat kalau nak shopping. Sebabnye kat situ murah. Dan macam-macam ade di jual di sana. Baju-baju, Kain-kain, Telekong, semua tu murah kalau beli kat Aur Kuning. Tak payah la pegi kat butik. Mahal. Padahal same je barangnya.


Pelik kan. Macam di conteng-conteng je kan? Ini bas diorang la kottt! Saye tak naik pun.

Dah sampai kat Aur Kuning mula lah kami bershopping! First sekali kiteorang cari telekung. 

Lepas telekung cari kain Pelikat dan Batik.

Macam-macam colour ade kan. Cantik-cantik pulak tu. Rambang mata dibuatnye. Kat sini sebenarnye carikan kain lace untuk majlis kakak saye nanti. Yang di cari dah jumpe Yang tak dicari pun terjumpe jugak. Opssss!
Kami berjalan kat Aur Kuning tu dari pagi sampai ke petang. Cuaca mendung dan hujan rintik-rintik. Lagi lah bertambah sejuk kat situ. Sebelum pulang kiteorang singgah tengok rumah-rumah kampung kat sane. Pemandangannya pun cantek. Sawah padi yang sangat luas.

Tanah tumpah darah ku. Kemain suke lagi orang tua ku. 

Sebelom matahari terbenam kami pulang. 
Menanti hari keesokannya.

Bersambung!

LoVe ElyN =)