Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan!
Aku ingat lepas SPM ni nak buat tu lah ni lah.
Tapi, Ya Allah..
Lamanya nak tunggu sampai result SPM keluar tu haa.
Tambah pula PLKN tak dapat.
Bagi aku, PLKN merupakan 'free gym'.
Dan kenapa budak yang dapat, tak nak pergi?
Mohon nangis.
Nasihat kepada budak-budak yang umur kurang dari umur aku:
-Belajarlah selagi masa masih ada.
-Kau nak lepak? Lepas SPM boleh lepak 24/7 *atas keizinan ibubapa atau penjaga*.
-
Masa makin berdetik dan berdetik seperti biasa,
Mana ada takut pula aku kan nak keluar result SPM. ._.
Kalau memang rezeki aku lah kan, lepas SPM nak sambung matrikulasi.
Aku harap sangat dapat begitu juga kawan-kawan serta saudara-saudara aku. Amin.
Semua kawan-kawan aku mempunyai hala tuju yang tersendiri.
Aku juga mempunyai hala tuju sendiri.
Ke mana agaknya kami semua selepas ini?
Aku memang tak inginkan mengikut kawan.
Tapi perkara membimbangkan aku kelak ialah 'pengaruh rakan yang negatif'.
Aku memang tak nak ikut sama sekali.
Berkata pasal sekolah pula
Aku sangat rindu alam persekolahan.
Jika diberi peluang sekali lagi, inginku jejak kaki ke alam persekolahan.
Aku semakin hampir dengan alam kedewasaan.
Bertemu pelbagai rakan yang lain.
Cara pemikiran juga akan lain.
Yaa teman-teman.
Aku rindu dengan Cikgu-cikgu.
Aku indu berbual-bual ataupun usrah bersama rakan-rakan.
Rindu nak bermain 'Rounders' pada setiap hari khamis waktu PJK.
Alah, senang kata semuanyalah.
Pelbagai kenangan yang tercipta bersama.
Baik yang buruk, ataupun yang baik.
Sebagai konklusinya, sentiasa berlaku baik agar hidup di rahmati oleh Allah.
Thank you!