こんにちは
おげんき ですか?
Okay, kalau nak tau apa maksud bahasa jepun dekat atas, sila tanya encik google ye. Haha. 😂
Malam ni aku nak cerita pasal rezeki. Bak kata org jawa, rejeki.
Kadang-kadang kita rasa macam tak cukup. "Alaa, dia ada tu, dia ada ni". First thing kau kena buat en, kau kena bersyukur walau apa apa pun. Trust me. Even kau cam tak berapa suka. Letakkan hatimu kepada kepercayaan pada Tuhan sepenuhnya.
Mudah je nak murah rezeki, macam semua orang tahu, kau kena selalu memberi (sedekah) dan pastikan ikhlas. Hee. Dan jgn lupa begitu juga bagi aku, lakukan solat dhuha, berdoa dan jgn lupa solat. Even kau mcm mana pun, even aku mcm mana pun. Kadang kadang aku ni leka juga.
Kalau kau perasan la, rezeki setiap org berbeza. Bagi org susah, rezekinya pada anak yg ramai. Bagi org senang, rezekinya pada harta.
Setiap kali hati cuba utk merungut, cuba kau duduk diam seketika. Fikir balik org yg takde rezeki yg kau ada. Haruskah kau berdukacita?
Semua tu perlukan usaha, penat lelah. Kalau kau tak dapat apa kau nak, cuba fikir, kau ada buat salah dekat siapa siapa tak, takpun ada la tu kenapa kau tak dapat. Semua berhikmah.
Aku nak cerita sikit pasal hikmah. Hampir semua, HAMPIR semua yg kadang kadang jadi dekat aku berhikmah tu, aku jumpa hikmah (jawapan) disebaliknya. Cuma lambat atau cepat. Tu kau kena pandai fikir sendiri kaitkan sendiri. Okay?
Thank you!