Ada kegilaan baru. Mataku tak mampu menatap baju blouse
beserta peplum yang cantik. Penasaran dowh! Jadinya, impian baru aku selain
dari mahu menjadi penulis abadi, aku mahu jadi pereka fesyen, menjahit sendiri
baju yang tersarung di tubuh. Darah seni itu mengalir dari ibuku. Cumanya, aku
sekadar mampu menjahit tepi dan bawah, jarang-jarang dibenarkan untuk memotong
baju.
Berguru dengan bonda, waduh serius dan telitinya yang amat.
Seumpama dalam dunia belajarku yang mengambil berat 1mm, dia amat mengambil
berat urusan cm incinya. Garang yang amat. Dahulunya, aku merajinkan diri
menjahit pakaian baju kurung kanak-kanak. Sewaktu itu dia sibuk mengikuti
kursus menjahit baju melayu sesudah mengikuti kursus menjahit langsir.
Katanya mahu menjahit langsir baru sempena majlis kahwinku
nanti (harus grad ini menjadi suatu kewajipan nampaknya, aduhai) dan aku pula
sibuk mengganggu tumpuannya dengan bertanya berapa inci dan dia sibuk mengira
bahagi tambah sedangkan dia punya kelas baju melayunya.
Bonda, kalau sudah mengadap
kain, usah diganggu, lapar pun tidak dipedulikan seumpama aku yang terjumpa
naskah buku dan tenggelam dalam dunia itu dan mudah melupakan segalanya.
Aku yang punya darah muda yang mudah mengelegak inipun
angkat bendera putih. Haha. Kakakku pun pernah berguru dengan bonda dan
menyerah sesudah itu. Ampun, garangnya saat mengajar yang amat. Saat aku
memberitahu kepada bonda, dia hanya senyum. Padanlah aku garang, ada dalam
genetic rupanya..haha. Belajar menjahit mata lalat, belajar menjahit lubang
butang namun semuanya tak berkesudahan. Sekarang, punya impian menjahit baju
kanak-kanak dan juga menjahit langsir. Bab memasak, maaf hatiku belum terbuka,
aku lebih minat menjahit ye.
Cuti ini punya banyak impian. Mahu merencana majlis
pertukaran status (10%), mahu menyiapkan sebuah novel (60%) dan juga mahu
belajar menjahit baju blouse (30%) untuk diri sendiri berdasarkan rekaan yang
aku minat. Punya seribu impian yang aku gantung di dada langit. Aku mahu
berlari, biar peluhku menjadi bukti, kakiku tak pernah henti berlari.
Sekadar bercerita status sekarang. Masih di bangku sekolah,
sweet 17..haha. sekarang sudah minggu ke8. Final year block 4 sekadar 8minggu.
Punya revision week 3 minggu dan exam teori selepasnya. Bakal exam praktikal
prostho Rabu ini dan sudah exam cons sesudah balik mengundi hari itu. Khamis
ini ada temuduga SPA ye.
Cerita pasal fixed prostho ye. Anterior crown aku share
dengan 4orang. Prep saja dah 2 visit. Visit ke3 baru boleh ambil impression.
Hantar lab pula paling awal 2minggu boleh ambil. Harga rm200 per unit.
Urutannya begini ye:
·
Present case (kena pilih pt yang compliance-ni
untuk mana-mana kes pun dan yang mampu bayar, kalau dia tak mampu, alamak rabak
la poket membayar, tak mengapa asal aku grad..huhu)
·
Kalau lulus (oral hygiene kena maintain, BPE
kena ok,ada cukup interocclusal space,kalau restoration besar sangat eg margin
subgingival mungkin kena buat elective endo dulu…hmm.kalau molar RCT, nengung
jugak la jawabnya..huhu)
·
Sebelum lulus, kena pastikan occlusion dia
stable, kena buat semua restoration yang perlu, kalau tak pun yang lubang besar
semua kena tampal dulu
·
Ok.dah setel, Dr dah lulus, semua cavity dah
fill cantik-cantik, boleh start ambil impression untuk study model dan working
cast
·
Dalam klinik kena present RCP,ICP,PCP,right and
left lateral excursion
·
So, start prep atas working cast. Sebelum tu
kena wax up gigi untuk buat temporary
crown, alah bentukkan cantik-cantik guna wax biru tu
·
Dah lulus prep atas cast, boleh start panggil pt
untuk prep..tangan keras macam aku ni 2 visit baru siap..huhu
·
Visit ke3 ambil impression guna heavy body dan
light body. Jangan lupa letak retraction cord impregnated with adrenalina (aku
guna double 00 dengan ferric sulphate as hemostasis agent). Ambil bite guna
wax/exabite. Ambil shade guide dan ambil impression untuk articulation juga
·
Hantar lab dan tunggu la untuk isu
·
Antara problem masa isu-short,rocking,high bite
dan macam-macam lagi, so hantar balik untuk repair
·
Cement guna GIC luting
cement/multilink/variolink
·
Pumice dulu sebelum cement
Aku dah berjaya issue cantilever bridge, dah review pun.
Tapi posterior crown tak sampai-sampai lagi dari lab. Anterior crown hantar
sendiri lab PJ,esok insya Allah dapat. 130rm per unit. Dah 2minggu sesi fixed
kosong sebab crown tak sampai lagi. Tadi issue denture exam. Esok nak issue
lagi dan examnya pagi Rabu.
Cerita pasal anterior crown. 2minggu lepas cadangnya nak
ambil impression. Dengan tunggu turn nak ambil barang, hmm..terpaksa dibuat
Rabu. Selasa tu 1st time balik 615pm kot sebab protem buat hal,
temporary asyik tak jadi. Rabu tu pun balik 615pm, burn sesi GDP..huhu.
Khamis panggil pagi, jadi habis 2pm. Huhu. Fixed pros yang
menguji kesabaran. Jadi GDP sudah terlewat seminggu dari jadual. Alamak! Lab tu
hantar PJ. Harapnya boleh issue dengan jayanya. Insya Allah.
Minggu lepas pula bagai nak gila menyiapkan presentation ortho
(isnin) perio (khamis) dan cons (jumaat) sambil menyiapkan kerja lab. Tidur jam
2am, bangun jam 5am. Tidur jam 11am dan bangun jam 3am. Mahu tersengguk sewaktu
buat bekerja di lab yang semacam peti sejuk itu dan nyaris-nyaris aku tidur
dalam lab itu kalau tidak kerana malu kerana itu ialah open lab. Huhu
Alhamdulillah juga sekarang musim cuti sekolah. Dapatlah aku
menyiapkan case complete untuk pead. Rasa sangat bersyukur dapat membantu
anak-anak menjaga kebersihan mulut sewaktu gigi kekal masih belum sepenuhnya
tumbuh. Harap-harap mereka mampu mengekalkan kebersihan itu sepanjang hidup.
Pesan
detik kepada diri
Meski
riang meski duka
Akukan
terus berdetik
Sesaat pun
takkan mungkir
Meski
bahagia meski sengsara
Akukan
terus berlalu
Dengan
lagu sendu dan rindu
Semuanya..pasti
berakhir
Antara
kesedihan dan kegembiraan
Akukan
mengakhiri dan memulakan hitungan
Antara
senyum dan tawa
Antara
cinta dan benci
Antara
harapan dan putus asa
Aku pasti
berlalu