Tuesday, December 21, 2010

TERKUNCI DALAM LINGKARAN KELIRU

Aku yang sadis. Kadang-kadang bila fikir, macam menghukum diri la pula kan. Aku memang jenis pantang sarapan selain dari buah-buahan kalau di luar Kelantan akan sakit perut serta merta. Anehnya kalau sarapan di Kelantan, makanlah apa pun, perutku takkan meragam..aish. Halangan itulah yang menyebabkan aku amat jarang sekali mengambil sarapan. Cuba bayangkan kalau klinik terlajak sampai 1pm lebih dan pukul  150pm harus ada untuk klinik jam 2pm. Jadi, insiden terlajar waktu makan memang menjadi mainan hidup. Kesiannya perut aku yang terseksa.

Kejadian hari ini pula, sebenarnya JPA aku tak masuk lagi, jadi dengan malasnya aku pergi me’rompak’ ATM untuk mengeluarkan saki-baki duit sem lepas untuk membeli hanya makanan. Cuba bayangkan betapa sakitnya hati aku yang cuba membajetkan makanan kurang dari rm5 setiap hari apabila di’kapak’ oleh mak cik kafe yang tidak mengendahkan poket aku yang nyawa-nyawa ikan. Boleh kau bayangkan???

Aku ambil coleslaw sebagai sayur, ikan kecil dan telur rebus untuk protein, sambal sebagai penambah selera dan nasi putih. Hidangan lengkap untuk orang kurang zat macam aku ni (sampaikan seorang kawan aku cakap: tambahkan berat badan sebelum kau mengandung, aku kesian tengok orang kurus pregnant, dahla nutrien sendiri pun tak cukup, nak bagi anak lagi, alahai teman yang prihatin!) Apabila dia cakap rm3.80 dengan muka tak bersalah, aku menyumpah dalam hati, nak untung dengan aku yang kering giler dah ni.

Dan, kesannya aku tak membeli makanan malam, aku melantak biskut je, bahana bajet yang lari di tengah hari. Lapar? Perut kosong? Peduli apa, asal bajet aku tak lari. Aku marah. Marah sangat!

Nak jimat, esok dan hari-hari seterusnya, aku nak beli  nasi ayam, nasi separuh rm2.50 dan petangnya bubur telur rm2. Boleh jimat 50sen kan? Biarlah muak pun, ni namanya disiplin menguruskan duit..haha

Padahal aku baru je baca artikel cara-cara menaikkan berat badan. Iaitu tambahkan kalori anda. Aku pulak sibuk restrict makanan. Memang takkan naik la.

Kalau mak aku tahu aku berjimat sampai macam ni , mesti dia marah. Baginya, tiada lagi kes anak dia tiada duit sampai tak boleh beli makanan, namun apakan daya, aku dah berjanji tak nak melangkau lebih rm5 untuk beli makanan setiap hari. Lebih rm1.20-boleh beli roti, tapi perut aku memang jenis eksklusif, pandang roti sebelah mata je, tak masuk dalam hati pun, baik jangan beli. Silent reader aku yang dua orang tu, sila jangan bagitau ma ye (aku baru lepas telefon ma tadi, Kelantan tengah hujan).

Aku pun bagitau ma, Kuantan pun hujan jugak, kadang-kadang kena hujan waktu nak pergi dan balik kelas. Tapi aku tak tau sama ada ma dengar ke tak ayat yang aku macam nak demam dah ni, asyik sakit kepada je. Tapi, takpa. Aku dah tau jawapan ma. Tak makan ubat? Tu je.

Ok. Cerita dentistry antara seorang pelajar pergigian dan kerjaya glamor seorang doktor gigi.

Tahun dua, belajar dengan phantom head-mostly conservative-tampal gigi secara ideal. Masuk ke dalam mulut phantom head (aku membuat hiperbola)  semata-mata untuk dapat clear view ialah perkara biasa. Menangis dalam hati angkara zink polycarboxylate yang degil tidak melekat ialah perkara biasa. Rutinnya satu sesi demo dan satu sesi praktikal. Aku dulu kerja sorang-sorang, sekarang disebabkan tak cukup dental chair, junior kerja partner. Practise 4-handed dentistry.

Kemudian masuk lab untuk prostho-buat gigi palsu guna model. Satu sesi demo dan satu sesi praktikal. Menangis dan stay up semata-mata untuk menyiapkan kerja lab ialah perkara biasa. Untuk gigi palsu ada 6 visits termasuk review. Setiap 1 sesi klinik, ada satu sesi lab yang tiada dalam jadual. Jadi, curi-curi je la mana masa yang ada. Kebiasaannya jam 5pm-6pm menjadi pilihan.

Doktor gigi yang aku tau sebelum ambil course ni ialah tampal gigi, cabut gigi dan buat gigi palsu. Aku tak pernah tau yang pelajar pergigian kerja jadi technician juga. Kena buat semua kerja lab.

Aku tak pernah tau juga yang dr gg ni ada on call sebab emergency kes head & neck memang bidang dr gg. Macam cerita seorang specialist ni: saya dok jahit bahagian muka patient ni, siap saje saya suture, patient passed away due to splenic rupture. Owh...

Maknanya semasa tahun 3, belajar bersungguh la General Medicine General Surgery tu, biarpun kena panggil check area head & neck, buat juga quick check up generally. Jangan ulang kes di atas.

Dah namanya Dr, kena tau prescribe ubat. Contohnya prescribe antibiotics untuk infection. Patient datang sakit gigi, tapi sebab ada infection, maka gigi tu tak boleh cabut lagi la. Alasan? Masa kita inject ubat bius, LA tu tak berkesan sebab inflammed area tu acidic, so sakit la nanti. Kalau patient tu pregnant atau breastfeed, ubat mana yang kena prescribe kena tahu la course tak nak bagi kesan buruk kat baby tu.

Right dose, right amount dan yang penting right medication.

Tahun dua phantom head, tahun 3 dah start treat patient under supervision of supervisor merangkap specialist. Pertama kali tampal gigi, baru tau nak buat kaviti tak ada la susah sangat, buat kat gigi plastic tu sangat susah berbanding kat gigi betul. Terkejut la tengok kalau lubang besar, hitam macam kawah gelap pula tu. Mula-mula rasa loya juga, nasib baik pakai mask. Lama-lama terbiasa la.

Masalah dengan tampal ialah saliva. Tampalan takkan bertahan lama kalau tercemar dengan saliva. Cara nak isolate guna cotton roll/rubber dam convensional/ Optra Dam. Saliva juga bermasalah masa aku cabut gigi geraham bawah hari tu. Patient ada HPT, tapi check BP normal je. So, proceed dengan LA (ubat bius) ID block. Masa nak cabut, access aku dah limited dengan blood campur saliva sampai terpaksa guna saliva ejector. First time aku cabut gigi guna saliva ejector.

Tu tampal, kalau cabut gigi? Mula-mula boleh cabut satu je sekali sesi. Masakan tidak, ambil history, tunggu turn x ray, check extra oral dan intraoral dan pelbagai test hinggalah diagnosis kan memakan masa tu. Lama-kelamaan ok la sikit. Pengalaman aku cabut gigi ialah learn, unlearn & relearn.

Macam seorang Dr pernah cakap, kalau dah keja nanti, mana apply pun apa yang belajar unless basic things, buat ikut keselesaan sendiri je. Jadinya mana cabut guna forcep, guna je Warwick, Cryer atau Coupland. Memang senang, terutama 3rd molar. Guna forcep memang cukup susah sebab anatomy gigi tu dah la nak perpendicular to the long axis pun susah, nak grip apatah lagi, so macam mana nak cabut?

Antara complication lepas cabut gigi ialah infection dekat soket tu. Biasanya patient complain swelling & rasa pus (nanah) dalm socket tu. So, curet je la dan presribe analgesic (painkiller) dan antibiotics (not necessarily).

Belajar dengan Pengalaman?

Mula-mula nak buat bite block seminggu pun tak siap, tapi dah ada patient ni semalam pun boleh siap. Hebat transformasi kan?

Ok. Habis cerita cons & prostho &oral surgery (cabut gg). Masuk cerita paed-kanak-kanak pula.

Patient partner aku umur 5 tahun, sangat comel dan sangat patuh. Cuma dia sering tutup mulut saat-saat kita memerlukan dia buka seluas mungkin. Masa tolong pegang saliva ejector, aku dan beberapa kali pegang pipi dia.  Lepas je buat ART (teknik tampal gigi tanpa guna high speed low speed), aku peluk dia sepuas hati. Dan rindu terhadap anak-anak saudara pun mengapung.

Patient aku yang lain, aku dok perati kening dia. Adik-beradik mereka memang kening lentik giler. Haha. Aku dah tersasar dari tujuan. Tapi, sungguh, kening diorang memang tak jemu dipandang.

Perio pula.

Cerita scaling untuk gingivitis (tahun3) dan root planing untuk periodontitis (tahun4). Periodontitis tu maknanya gigi tu mungkin mobile disebabkan masalah gusi. Ada juga disebabkan oleh kencing manis. Kesian tengok mak cik ni, good oral hygiene, tapi DM (kencing manis) punya hal, CAL (Clinical attachment loss) dia sampai 9mm. Memang sangat severe. Tak ada caries, few restoration,tapi recession .

Kalau nak buat partial denture pun, tak boleh buat chrome-cobalt la sebab abutment dia tak cukup kuat untuk support framework kalau patient ada periodontitis, jadi kena guna acrylic la.

DPH-dental public health

Preventive dentistry. Eg fissure sealent & bagi OHI (oral hygiene instruction). Flouride therapy in case patient tak guna flouridated toothpaste/caries risk high (missing due to caries/new lesion ). Banyak bermain dengan statistics & oral health promotion. Buat poster lebih kurang la.

Ortho-interceptive clinic.

Tau harga untuk  buat braces? Rm 4K. Ortho dalam dentistry ialah orthodontics dalam ortho dalam medical ialah orthopaedics.

Ok. Aku ada study group ni. Jumpa lagi lain lembaran.  

Wednesday, December 15, 2010

PUISI PENDEK 9 MUHARAM

Cinta
Sulit sekali untuk aku menterjemah erti
Saat terungkap dengan emosi
Kubaja diri dengan rindu


Namun, bungamu enggan mekar
Lantas terkapar aku
Dan
Membiarkan diri terus dimamah keliru

Thursday, December 9, 2010

KENANGAN YANG TERTINGGAL DI HALAMAN SEMALAM


AKU DAN TV

Si Kecil Mengenyit-Nur Amanina
Di rumah aku tidak wujud tv-semenjak dari rumah dulu (masak nasi guna kayu api) sampai waktu sekarang (masak nasi guna periuk elektrik), sejak arwah abah ada sampai hampir 2 tahun arwah abah dipanggil kembali, rumah kami tetap kosong tanpa tv.


Niat aku, kalau punya rumah sendiri, aku takkan membeli tv. Kata abang aku kepada anak saudara aku (yang sering keluar ke kedai makan untuk menonton perlawanan bola), kalau kita beli tv jangan bagi dia tengok-saat aku berkata kepadanya : jangan beli tv!  Bukan sebab kami tiada duit, tapi ada beberapa alasan kepada aku tidak suka rumah kami punya tv.
Dulu, arwah abah pantang kami tengok tv. Alasannya-tv punca maksiat. Lantas, untuk keep up to date dengan berita, abah beli radio dan jua suratkhabar jawi (yang membuatkan aku lancar baca jawi). Dan aku paling kagum dengan abang aku yang semasa dia belajar di sekolah arab dulu, terjemahannya ditulis jawi sedangkan aku hanya menulis dalam rumi. Kemudian akhbar jawi mula lupus dan sekarang hanya sekadar jadi sisipan seminggu sekali. Amat menyedihkan kerana gagalnya pembacaan jawi melambangkan kelemahan membaca al-Quran.
Maryamah Karpov-Kata Bonda-Maryamah Karpov tu seorang penulis puisi-aha (nama ciptaan adik aku)
Rumah lama dulu(kami terpaksa pindah sebab tapak rumah tu dibuat jalan dan duitnya ma dan abah guna untuk ke Mekah meninggalkan kami adik-beradik buat sebulan kot (aku dah lupa-long term memory lost aha)), saat kami adik-beradik nak tengok tv, kami pergi ke rumah jiran sebelah (yang garang). Kami pun bersusun beratur mengadap kaca tv terutama cerita hindustan haha.


Kadang-kadang punggung tak panas pun lagi, dengar saja enjin motor abah, kami terus melompat turun. Abah pantang kalau anak-anak dia ‘derak’ masa dia ada di rumah. Dia pantang kami bersenang sedangkan ma bersusah payah jaga anak dan urus rumah tangga. Duduk di rumah, tiada tv, apa saja yang kami buat?
Kalau abah tiada di rumah pergi mengajar, aku dan adik ke rumah Liana-bermain congkak. Kalau di rumah, kami korek tanah dan letak tempurung. Habis hujung kuku dipenuhi tanah dan saat hujan tiba-tiba datang, lubang congkak kami pun musnah. Kami korek lagi, biasanya 7 lubang dan gunakan buah getah sebab guli yang kami kumpulkan tidak cukup-tiada duit untuk beli guli dan papan congkak.
Tak Kurang Hebat
Itu permainan perempuan. Kalau lelaki, (maksudnya permainan abang dan kawan-kawan lelaki) kami masuk hutan depan rumah. Demi mencari buah getah bola-yang bulat dan kecil comel yang biasanya kukuh berbanding buah getah yang besar dan lonjong dan juga mudah didapati, kami masuk jauh ke dalam hutan (dahla ma dan abah tak tau). Balik ke rumah, teruk kami dimarah. Masakan tidak, hutan itu amat berbahaya dengan hidupan liarnya.


Permainannya ialah dua buah getah dilagakan. Buah getah yang tidak pecah dikira menang (dipukul guna tangan). Disebabkan buah getah aku tak pecah-pecah, abang aku bersekongkol dengan kawan lelaki dia (nama Zakri kot) main tipu. Mereka menggunakan batu dan akhirnya buah getah aku pecah. Mentang-mentanglah aku ni lurus bendul, enteng saja kena tipu..huhu
Kat USM
Sampai sekarang, ada lagi buah getah yang aku kumpul. Yang ni masa aku ikut ma pergi menoreh getah. Nak tau satu kisah lucu?


Masa tu heboh dengan kisah abang besar (gajah) dan pak belang (harimau) memunculkan diri di kawasan kebun getah kami. Habis takung getah yang terisi cuka getah diterbalikkannya. Namun, disebabkan waktu tu harga getah ok, ma pun bertekad untuk pergi menoreh.
Iklan jap.
Kat Santai-Birthday Nisa
     Ada seorang Siam yang melalui sebatang jalan di Malaysia melihat papan tanda ini


DILARANG MEMOTONG
Dan dia seorang penoreh getah. Dengan kalut, dia memberitahu kawannya: Habis la kita. Kawannya bertanya kenapa: kita tak leh motong dah (kalau Siam, motong tu maksudnya menoreh ) hehe
3+2=5
Ok. Sambung balik. Aku dan adik beradik pun membuat rombongan Che Kiah ke kebun getah. Tugas ma menoreh, aku dan adik mengutip getah yang sudah keras dalam plastik atau cawan getah yang berwarna hitam tu (disebabkan susu keluar banyak, plastik lagi sesuai berbanding cawan yang kecil) dan abang aku menebas guna mesin. Getah tu boleh tahan juga la baunya..hehe. tapi, kalau getah segar yang baru keluar, memang syok tengok, putih ‘sepo’ bak kata orang Eropah.


Tugas aku kutip getah ikut laluan yang telah ma tetapkan (kebun tu semakin membukit, cuba bayangkan nak heret guni getah tu betapa payah) dan juga berhati-hati sebab ada kemungkinan getah yang tidak beku akan membasahi muka dan bahkan ada kes rambut terpaksa dipotong sebab getah tu mencium rambut secara tidak sengaja.
Kalau kutip getah cair-yang segar baru ditoreh, kutip dalam baldi. Ni kena lebih berhati-hati sebab kalau tersadung akar, memang rugi. Aku pun tak bolah nak rehat lama-lama, nanti kena sound aha. Getah tu akan dibekukan dengan cuka getah dan dijadikan getah keping-harganya mahal berbanding getah beku sebab getah beku tu ada kulit pokok yang ditoreh. Sebab tu kalau jual getah akan ada peratusan yang dibasi (dipotong). Eg jual dapat 10 kg, basi 2%-so kira 8kg je la.ok. aku tak tahu la pula sekarang ni kedai tu basi berapa peratus.
rm24=SARATHAI
 Ok. Jalan ke kebun tu kena merentas 1 sungai besar sama ada mengharung kalau airnya setakat paha maksimun atau guna rakit kalau air empangan dilepaskan. Kebun getah ni sebenarnya di selang seli dnegan pokok buah rambai, petai (yang mati sebaik abah dipanggil ke dunia akhir), duku, dokong,langsat, manggis dan juga durian.


Kemudian ada dua lagi sungai kecil yang perlu dilalui sebelum sampai ke kebun. Kami melalui 2 ‘retak’ (jambatan kecil).  Kalau ma pergi menoreh seorang dia kata dia akan membaca surah Yasin dan jarak ke kebun ialah sekali baca Ya-Sin.
Kerabu Mangga
Aku yang paling hebat, ma pakai kasut dengan stokin, siap sembur ridset lagi. Aku rileks je pakai selipar jepun tanpa stokin. Balik nanti, aku pulang dengan beberapa ekor pacat yang kenyang. Jentik je, terus jatuh.


Al kisahnya, kami tengah syok buat kerja masing-masing kat kebun. Kemudian, ma yang dipuncak bukit, sementara aku di tengah-tengah. Ma tiba-tiba melihat pokok-pokok tiba-tiba bergerak semacam ada makhluk. Lantas, dalam diam dia mengajak kami pulang dan kami terus berlari. Ma sampai meninggalkan bekalan beg sekolahnya.
Kailan
Tiba-tiba, kami mendengar suara familiar memanggil dari belakang saat kami dah dekat dengan retak kedua. Rupanya abah yang datang tanpa memberitahu. Teruk kami dimarah, anehnya aku gelak tak hanti-henti. Hahaha


Nak gelak? Jom baca ni
Ada seorang pak cik yang tak pernah jumpa Dr Gigi. Ni kali pertama. Jumpa pelajar pergigian dan disuruh mengunyah disclosing tablet (tablet sebesar panadol 500mg berwarna pink). Disclosing tablet tu dalam dappen glass berwarna hijau muda yang cantik.
BiHuN SuP
Arahan: Encik kunyah benda ni yea-sambil menunjuk ke arah dappen glass.


Yang tu? Diulang beberapa kali dengan penuh ragu.
Ya, kunyah je. Rasa dia macam strawberi. Kemudian pelajar tu berpaling ke belakang.
Doktor, tak lut nak ‘kerkah’ ni
Hah? Alangkah-pak cik tu bukan kunyah tablet tu, sekali dengan gelas tu masuk ke mulut. Ya Allah
Alahai, lain kali kena bagi arahan betul-betul untuk pak cik-pak cik
Nampak je besar, isi 'celeh; je-sotong celup tepung
Ok. Habis cerita tu. Ni pula cerita pasal rumah lama. Kenderaan kami ialah motor. Abang aku kreatif, basikal dibaikinya dengan brek menggunakan wayar yang disambungkan. Kesannya, tayar akan lebih haus berbanding brek basikal biasa. Kemudian dia guna dinamo untuk menyalakan lampu (abang aku ni sepanjang hayatnya tak pernah masuk sekolah).


Diwarnakan basikal itu pink (malar dalam ingatan ) dan aku guna basikal tu pergi kedai beli telur. Untuk mengelakkan telur pecah, aku gunakan tangan kiri untuk pegang telur. Kebiasaan mengguna sebelah tangan untuk memegang handle kekal sampai sekarang. Seringnya aku bawa moto sebelah tangan, bukan ‘agas’, namun terbiasa.
susun nombor-ada macam2 teknik nak main
 Abah pantang sekolah kebangsaan (orang lama-lama). Kakak aku pun ma curi-curi hantar sekolah. Abang aku tak pernah belajar menulis rumi-dia sekolah tahfiz di Golok dan dia tahu bahasa siam sikit-sikit. Dialah yang memperkenalkan aku pada orang berjalan -‘walkman’. Tapi, itulah mukjizat Quran. Saat Quran mengisi dada, percayalah, Allah takkan membiarkan dirimu sendirian. Abang aku belajar banyak benda tanpa sekolah formal.


Umpamanya: kekreatifan tahap pertama. Dia bekerja di Sawmill-kilang kayu dekat rumah. Aku jadi tukang masak dia saat ma pergi menoreh. Seringnya nasi putih dan ikan goreng kunyit yang mampu aku hidangkan. Ada satu hari tu, tak ada orang kat rumah. Nak tau macam mana dia goreng ikan? Dia bubuh pewarna kuning dan garam instead of kunyit. Aku gelak sampai nak pecah perut.haha.
Ada kayu yang tak digunakan dia bawa balik dan membina speaker besar. Dalam bilik dia, saat radio dibuka, rasa macam gempa bumi rumah ni. Tapi, tu saat abah tiada di rumah. Dengar je enjin moto semua masuk berkurung dalam bilik masing-masing-sepi bagai baru dilanggar garuda. Kata abang aku: dah masuk kandang? Haha
Kemudian, dia bawa balik plywood untuk membina peti rahsia, tau apa isinya. Ehm2..dia membeli tv dan dikunci dengan satu mangga kecil . Soundnya diubah supaya suara boleh didengar melalui earphone. Saat abah keluar mengajar malam-malam dengan abang yang dibawa bersama, kami akan ke biliknya dan mencari kunci yang biasanya diletakkan dalam kopiah atas peti keramat atau dalam kotak ubat giginya yang digantung tepi dinding.
Kami akan memastikan kunci tu diletakkan ditempat asal untuk mengelakkan dimarah (biasanya ma nak tengok berita jam 8pm ja) dan kami akan menggunakan alasan : ma yang nak tengok untuk mengelakkan kepala ‘diliku’ atau telinga ‘dipulas’. Abang aku ni baran gak. Dengar je enjin motor dia, kami adik-beradik yang bergaduh pun akan berhenti untuk mengelakkan dia membuat hukuman keluar rumah di tengah malam.
yang tersisa di kamar semalam ialah hanya kenangan
Kemudian, tv tu musnah dikenyit oleh kilat dan kami pun sampai sekarang rumah ini sepi tanpa tv. Abah pantang anak dia tidur lewat, namun kegilaan kami memang gila. Tau tak, aku dan abang seharian bermain saidina. Berhenti waktu solat-kiranya semua solat dan kemudian sambung selepas solat.


Lagi? Main susun no-istilah untuk permainan SPM domino. Kemudian, saat kewujudan laptop, abang aku main  macam-macam permainan dalam laptop (huh, tak padan dengan jadi laki orang).
Abah aku paling garang. Dulu, kalau tayar bocor, dia akan tampal sendiri. Ingat lagi, dia rendam tiub tu dalam besen berisi air dan akan ada buih-buih menandakan di situ tempat bocor. Kalau dah beberapa kali tampal, baru tukar tiub. Aku ni dah beberapa kali tayar tu bocor, rm16 sekali tukar. Aduhai
Saat aku disuruh pegang semasa dia pam (pam dulu mana ada macam pam sekarang yang tak perlu pegang pun), aku menggigil takut aku bergerak semasa dia pam. Punya la takut.
Kalau baca Quran, mata tak berkelip. Hati berdebar tak terkira. Silap sikit, habis. Petua dia senang je-mata kena pergi dulu sebelum mulut. Barulah lancar baca Quran. Hidup kami diseimbang antara ma yang tak garang dan abah yang sangat garang.
OK la untuk cerita mengimbau memori silam. 

Wednesday, December 1, 2010

RETAK CERMIN USIAKU, SIAPAKAN MAMPU MENGERTI?

Hidup ini
lasagna santai

·         ada cinta yang tak bersambut
·         ada lelah yang tak terbayar
·         ada persoalan yang tak terjawab
·         ada laluan yang takkan ditempuhi
·         ada rindu yang tak terlunas
·         ada dendam yang tak terlerai
·         ada impian yang tak tercapai
·         ada rancangan yang tak terpenuhi
·         ada ego yang tak putus
    dan
·         ada pelbagai rasa yang sukar dimengertikan


HUJUNG SEM
SAAT MENJADI WANITA, SAAT SESEORANG MENJAWAT TAKLIFAN IBU

Dia di hadapanku, menghulurkan sikat jua getah rambut. ** (panggilan untukku), tolong ikat rambut. Ikat itu bukan bermaksud ikat tocang dua @ ekor kuda. Aduhai sayang, ibumu ini di IPT tiada pernah didedahkan dengan kursus dandanan rambut anak-anak. Mahu apakan sikat dan getah sudah ditangan? Perahu sudah di air, dayung sudah ditangan, mahu tunggu apa lagi.

Hakikatnya, bukan dandanan kreatif yang didambakan. Mereka sekadar mahu menikmati kasih yang mengalir dan perhatian yang tercurah. Aku memeluknya dengan kasih yang melimpah. Dia darah dagingku yang baru mengenal dunia dan aku bertanggungjawab memberi obor untuk dia menentukan laluan manakah yang wajar ditempuhi.

Pesanku untuknya: andainya suatu hari tulisan ini kau menatapnya, ketahuilah harapanku hanya satu. Aku tidak berkeinginan untuk menyaksikan kau menjadi apa melainkan seorang khalifah yang penuh ilmu agama di dada. Aku tidak mahu kau isikan mindamu dengan hanya ilmu dunia sedang kemarau dari petunjuk Ilahi tanpa iman dan taqwa.

Ketahuilah puteriku: bukanlah seorang itu bahagia dengan nikmat yang melimpah ruah dibaluti emas seluruhnya dan dipuja insan seluruh alam maya. Bahagia itu saat kau berjaya menjadi hamba yang memenuhi janji mengabdikan diri kepada-Nya dan andai seluruh dunia membencimu, itu tidak mengapa. Tidak mengapa puteriku asalkan di mata Penguasa Alam kau menjadi yang taat.

Kau puteriku,amanah dari Pencipta Alam dan akulah dipertanggungjawabkan untuk mencorak masa depanmu. Pada tanganku ialah pelangi masa depanmu, puteriku. Kasihku padamu meliputi seluruh ciptaan-Nya, namun takkan mampu merubah janji Tuhan. Justeru, puteriku, aturlah langkah menuju redha-Nya biarpun dunia membencimu. 

KARI ROSAKKAN WARNA TAMPALAN

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my (kosmo-kesihatan)


ANTARA perkara lazim yang dilakukan oleh pakar gigi untuk mengelakkan gigi daripada terus diserang karies ialah membuat tampalan pada gigi tersebut.
Tampalan dapat melindungi bahkan menyelamatkan gigi daripada dibuang. Selalunya jangka hayat tampalan ditentukan oleh jenis tampalan dan bahan yang digunakan.
Menurut pensyarah Jabatan Periodontologi, Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Masfueh Razali, bahan tampalan ada yang sama warna dengan gigi dan sebaliknya.
“Tampalan yang mempunyai warna seakan gigi adalah menggunakan komposit yang kandungan utamanya ialah methyl methacrylate dan silika,” katanya.
Bagaimanapun, jelas Masfueh, komposit tersebut hanya sesuai digunakan bagi tampalan gigi hadapan.
“Amat jarang ia digunakan bagi tampalan gigi belakang kerana ia tidak begitu kuat untuk menampung daya kunyahan dan otot muka,” ujarnya.
Bahan komposit lazim digunakan oleh pakar gigi kerana hasilnya pesakit tidak dapat membezakan antara tampalan dengan gigi yang asli.
Selain itu, komposit tersebut melekap pada gigi secara mekanikal dan sesetengahnya secara kimia.
Namun, komposit tersebut tidak sesuai untuk lubang gigi yang besar kerana ia akan mengecut ketika proses pengerasan.
Ini mendedahkan gigi tersebut kepada bakteria di dalam mulut sekali gus menambah risiko berlakunya karies gigi atau gigi menjadi lebih sensitif.
Bukan itu sahaja, tampalan ini turut berubah warna selepas beberapa waktu dan pelunturan warna tersebut boleh dilihat dengan jelas di pinggiran tampalan.
“Tetapi dengan penjagaan gigi yang sempurna di samping menjauhi kafein, teh dan kari, ia mampu bertahan selama lima tahun,” beritahunya sambil menjelaskan, purata gantian semula tampalan tersebut adalah dua tahun jika terdapat masalah.
Masakan kari yang popular di serata dunia sememangnya sudah lama diketahui memberi kesan kepada warna gigi.
Komposit
Selain bahan komposit tersebut, pesakit juga boleh memilih simen ionomer kaca sebagai bahan tampalan.
Dikenali juga sebagai GIC, bahan tersebut amat berguna jika gigi berlubang itu terletak di bahagian akar atau leher gigi.
GIC akan mengeluarkan fluorida secara terus-menerus dalam jumlah yang sedikit bagi melindungi bahagian yang terjejas.
“Meskipun begitu, penghasilan fluorida tersebut tidak akan mengganggu sistem tubuh. Ia juga melekat pada permukaan gigi secara kimia dan tidak mudah tertanggal,” kata Masfueh.
Tampalan tidak sewarna gigi yang paling biasa digunakan ialah amalgam, iaitu aloi dengan campuran utamanya ialah argentum, stanium, dan merkuri serta beberapa bahan lain.
Bahan ini amat kuat dan lazim digunakan bagi tampalan di bahagian gigi belakang kerana kadar risiko pecah yang sangat rendah.
Bagi penggunaan amalgam, risiko kebocoran merkuri daripada tampalan tersebut boleh berlaku pada bila-bila masa.
Namun, beberapa kajian yang dijalankan mendapati merkuri di dalam amalgam tidak bocor sepanjang tampalan berada di dalam mulut.
“Jika ada, bilangannya amat kecil dan tidak menyebabkan penyakit lain seperti yang sering digembar-gemburkan.
“Malah, di Sweden dan Jepun, amalgam dilarang memandangkan rakyat negara itu sudah pun terdedah kepada merkuri iaitu daripada hasil laut yang mereka makan,” tegas Masfueh.
Justeru, katanya, semua tampalan yang biasa digunakan oleh pakar gigi di negara ini adalah selamat dan jika berlaku masalah, ia lebih kepada pesakit yang alah terhadap logam.
Dalam pada itu, untuk kawalan dan memanjangkan hayat sesuatu tampalan, pesakit harus menjaga kebersihan mulut seperti memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
“Berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan berkala akan memudahkan pakar mengenal pasti gigi yang berlubang dan mengelakkannya daripada menjadi semakin besar.
“Pengambilan gula harus dikawal kerana ia merupakan faktor utama berlakunya karies gigi,” ungkap Masfueh.

BERSIHKAN MULUT SELEPAS MENYUSU

genre-ilmiah akademik paed
sumber asal-Harian Metro 
Oleh Siti Zarinah Sahib

ARYANA baru berusia tiga tahun, tetapi hampir keseluruhan gigi hadapannya sudah rosak dan berwarna hitam. Kadangkala apabila makan makanan manis, dia mengadu sakit gigi namun tiada apa yang boleh dilakukan doktor selain meminta Aryana mengurangkan makanan manis dan menunggu sehingga gigi kekalnya tumbuh apabila dia berusia lima tahun.

Masalah dilalui Aryana mungkin dilalui ramai kanak-kanak lain. Sebahagian kanak-kanak pada usia tiga tahun menghadapi masalah kerosakan gigi serta gigi reput yang disebabkan kurangnya penjagaan.


Menurut Pakar Perunding dan Pensyarah Kanan Pergigian Pediatrik, Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Alida Mahyuddin, kerosakan gigi susu sering berlaku pada awal usia kanak-kanak disebabkan faktor pemakanan mereka.

ELAK...usah biarkan anak tidur dengan botol susu di mulut kerana ia juga boleh menyebabkan kerosakan gigi.

Namun sekiranya ibu bapa mengawal jumlah pengambilan makanan manis, gigi susu berkenaan akan kekal cantik sehingga diganti gigi kekal.

Menurut Dr Alida, gigi susu ialah gigi yang mula tumbuh ketika bayi berusia enam bulan ke atas dan akan diganti dengan gigi kekal bermula pada umur kanak-kanak lima hingga enam tahun.

Menjelang umur kanak-kanak tiga tahun, gigi susu akan lengkap tumbuh sepenuhnya, sebanyak 20 batang.
Bagi gigi kekal pula, menjelang umur kanak-kanak 13 tahun, jumlah gigi kekal adalah sebanyak 28 batang. Gigi geraham bongsu hanya akan tumbuh untuk sesetengah orang selepas umur 18 tahun.

Gigi susu mempunyai beberapa peranan yang penting. Antaranya membolehkan kanak-kanak mengunyah dengan baik (bagi memastikan kanak-kanak mendapat zat yang secukupnya untuk tumbesaran), terbabit dalam perkembangan pertuturan dan membantu gigi kekal tumbuh dengan lebih teratur.

Gigi yang sihat akan menjadikan kanak-kanak lebih berkeyakinan daripada segi mental, fizikal dan sosial.
Justeru, sangat penting bagi ibu bapa memastikan anak-anak mendapat penjagaan gigi sepenuhnya bermula ketika lahir iaitu sebelum gigi tumbuh.

"Setiap kali selepas bayi menyusu, bersihkan dalam mulut bayi menggunakan sapu tangan atau kain bersih yang lembap. Apabila gigi mulai tumbuh, gunakan berus gigi lembut khas untuk bayi," katanya.


Menurut Dr Alida, kanak-kanak perlu didedahkan dengan kaedah memberus gigi yang betul sejak mereka tumbuh gigi yang pertama bagi membiasakan mereka dengan berus gigi.

Ketika mula tumbuh gigi sehingga umur lima tahun, ibu bapa perlu memberus gigi kanak-kanak. Selepas umur ini, kanak-kanak boleh cuba untuk melakukannya sendiri, tetapi hendaklah sentiasa dipantau ibu bapa supaya terjamin kebersihannya.

"Ketika kanak-kanak masih bayi sehingga umurnya dua tahun, lebih mudah jika ibu bapa meriba anak-anak mereka dan gigi diberus dari arah belakang.

"Dengan ini, kepala anak-anak mereka dapat diampu atau disokong pada dada ibu bapa ketika gigi diberus. Lebih mudah sekiranya dibuat mengadap cermin.

"Untuk kanak-kanak prasekolah, tidak disyorkan teknik memberus gigi yang tertentu kerana tahap kemahiran motor halus mereka adalah rendah.

"Memadai dengan memastikan semua gigi diberus dengan baik," katanya yang menasihati ibu bapa supaya memilih berus gigi berkepala kecil serta berbulu lembut manakala pemegang berbatang yang besar lebih memudahkan kanak-kanak mengawal berus gigi.


Menurutnya, terdapat pelbagai faktor menyebabkan kerosakan gigi. Secara amnya, gigi rosak, berlubang dan berkaries disebabkan bakteria tertentu di dalam mulut yang berupaya menghasilkan asid daripada gula dan karbohidrat yang dimakan.

Asid ini akan melarutkan lapisan luar gigi. Selepas jangka masa tertentu dan proses perlarutan ini berlaku berulang kali, kaviti, lubang, dan karies pada gigi akan terbentuk.

GIGI SIHAT...gigi kanak-kanak yang sihat tersusun cantik tanpa masalah karies gigi
"Karies gigi adalah adalah satu penyakit kronik. Walaupun berlaku hanya pada gigi, ia boleh mempengaruhi kualiti hidup kanak-kanak.

"Mereka yang mengalami kerosakan gigi yang teruk mungkin mengalami kekurangan berat badan, menjejaskan tumpuan belajar, mengganggu persekolahan dan membuatkan kanak-kanak tidak mempunyai keyakinan diri.
"Justeru, pencegahan karies dapat dilakukan dengan memberi anak-anak diet seimbang serta mengehadkan pengambilan makanan manis dalam waktu makan utama saja.

"Untuk mengurangkan risiko berlakunya karies gigi, kekerapan penghasilan asid oleh bakteria penyebab karies perlu dihadkan.

"Tidak salah memakan makanan manis, tetapi hadkan pengambilan makanan itu pada waktu makan saja iaitu sebagai pencuci mulut.

"Contohnya selepas makan nasi, boleh makan coklat. Elakkan makan makanan manis di luar waktu makan utama atau menggunakan ia sebagai snek. Selepas makan makanan manis, berus gigi atau sekurang-kurangnya kumur mulut dengan air kosong selepas makan," jelasnya.


Selain itu, berus gigi dua kali sehari dari waktu tumbuhnya gigi menggunakan air. Bermula daripada umur dua tahun, ibu bapa boleh menggunakan ubat gigi kanak-kanak berflorida. Jangan berkumur, memadai dengan meludah keluar saja ubat gigi.

Berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali membantu mengatasi gigi rosak. Lawatan pertama berjumpa doktor gigi seharusnya bermula dari masa tumbuhnya gigi susu yang pertama atau selewat-lewatnya menjelang umur setahun.

Ini membolehkan doktor gigi memberi nasihat tabiat penjagaan gigi yang betul serta memantau daripada berlakunya kerosakan gigi. Kanak-kanak yang dibawa berjumpa doktor gigi dari awal akan mempunyai tingkah laku positif terhadap rawatan pergigian.


Menurut Dr Alida, kebanyakan ibu bapa tidak tahu kerosakan gigi kanak-kanak adalah disebabkan menyusu ketika tidur. Ini kerana bakteria penyebab karies gigi berupaya menghasilkan asid daripada gula (laktosa) yang terkandung di dalam susu dan membentuk karies. Lebih-lebih lagi ketika tidur, rembesan air liur akan berkurangan. Air liur mengandungi komponen yang berupaya meneutralkan asid yang dihasilkan bakteria.


"Justeru, jangan biarkan anak-anak tidur dengan botol susu di mulut. Galakkan anak-anak meminum susu menggunakan cawan bermula umur 12 bulan atau 14 bulan," katanya.


Tambahnya, ada ibu bapa beranggapan ada makanan yang boleh menguatkan gigi namun sebenarnya semua makanan boleh dimakan cuma hadkan pengambilannya saja. Ini kerana gigi sudah terbentuk sejak dalam kandungan lagi, justeru, penting bagi ibu mendapatkan kalsium secukupnya ketika mengandung.