Monday, April 26, 2010

CANCER 26 APRIL 2010



The stars are going to inspire you great self-confidence, which will allow you to achieve feats in more than one field. It'll also be the moment to undertake some delicate steps. Concerning love, you'll flee mediocrity and routine. If you're looking for an ideal partner, you might meet this one in a million persons. Check your blood pressure regularly; you could get high blood pressure just from one day to the next; it would be advisable to buy an autotensiometer indicating systolic-diastolic pressure and heart rates.


Wednesday, April 21, 2010

Aku yang di dalam dilema...

Di dalam dilema.. antara logikal dan kata hati aku sendiri..
Mak oih, bertentangan...

Mana satu yang patut aku ikut ni? Pening-pening...

Hati ni keliru... macam "Ditelan mati Ibu, Diluah mati Bapak"...!

Please la... sejak semenjak dua menjak ni, bercelaru je minda ini..

Dah buat solat hajat minta ditenangkan fikiran..
Solat Iskthikarah mintak petunjuk.. dah segala usaha dibuat..

Tetapi fikiran ni.. tetap bercelaru jugak...!

Sekarang.. just boleh sabar dan sabar....
Ya Allah, kuatkanlah semangat hambamu ini...

Friends...
Aku rasa, nak bawa diri la.. cuti panjang gi berkurung dalam gua.. Ok tak? haha..




Tuesday, April 20, 2010

Sibuk weh...

Wasai....minggu yang sangat busy!
Setiap hari ada meeting.. tension giler!...
Nak kena buat minit mesyuarat, aku ni dah la kureng bab2 minit mesyuarat ni...
Luar bidang weh..!
Haiyooo... tak faham apa yang diorang sibuk bincangkan dalam mesyuarat tu..
Camner ni..? Ada sesiapa boleh tolong aku ?



Saturday, April 17, 2010

Seseorang... 'Apsal la kacau hidup aku..?"

Another lonely weekend..

Membuatkan aku dengan tak semena-mena teringat kat seseorang..
Seseorang yang pernah hadir dalam hidup ini...
Geram tul.. Suka sangat Muncul dalam kehidupan seharian aku...
Time weekend pun nak kacau otak aku gak..
Kekadang, sampai menyelinap masuk dalam mimpi aku..
Dok syok-syok mimpi pasal JERRY F4, Tang tu jugak muka dia muncul!..
Ayoyo.. lihatlah betapa "berkuasanya" dia dalam hidup aku ni..

Opss.. Ni bukan paksa rela r.. MINDAku sendiri yang kacau.. Tak berkaitan ngan dia..

Ish ish ish.. ZAZA......

Stop dulu la...

Ops.. Time ni la jugak lagu "NOBODY" yang Wonder Girl nyanyi tu berkumandang kat LAPPY aku ni.....

"i want nobody, nobody 'bout you....."


Thursday, April 15, 2010

Sedih dan Rindu.. Pilu di hati..

Hari ni aku sedih sesangat..
Actually, sejak semalam lagi sebenarnya..

IMAH, adik praktikal aku last hari ni selepas 5 bulan bersama ngan aku...
Huhu.. sangat tak suka perpisahan ini...

Ini merupakan Kali ketiga aku berpisah ngan adik-adik praktikal..

Kali pertama..
WINLLY.. sedih bukan tak sedih..
Tapi, tak lama.. sebab masa dia last day hari tu.. dah ada NUR JIE..
(WINLLY dan JIE sempat bersama selama 3 Bulan.)




Kali kedua, NUR JIE.. sedih sesangat sebab 6 bulan dia bersama aku... dah anggap dia macam adik.. boleh kongsi-kongsi apa saja.. termasuk masalah personal ataupun kerja sekalipun...!.. Lama la gak aku merasakan ketiadaan dia..

And IMAH...



Aku sangat merasakan perpisahan ini..

Kali ni, aku dah takde "Someone" yang akan sharing segalanya ngan aku..
"Someone" yang menemani aku time aku sedih..
"Someone" yang akan memujuk aku in whatever case. ...
"Someone" yang menelefon aku saban waktu semata-mata nak menghiburkan aku..
"Someone" yang akan kalut sama bila aku mengadu apa-apa..
"Someone" yang menemani aku berbual waktu aku ngantuk time drive nak balik umah...
"Someone" yang selalu SMS tanya khabar aku..
"Someone" yang sangat bermakna di hatiku..
"SOMEONE".. "SOMEONE" & "SOMEONE" yang waktu ni.. aku sangat-sangat rindukan dia...

Budak praktikal baru akan masuk tengah bulan 5..
(Tu pun, kalau ada yang dihantar ke unit aku.,..!)
Means, sebulan la aku akan keseorangan di ofis aku..
Takde kawan.. takde assistant..
Huhu... Tolong............!!!!!!!!!!!!!!!



Thursday, April 8, 2010

P.E.N.A.T- Mood hadpet hampir mencecah angka zero...!

P.E.N.A.T.....

Actually, kat ofis, sibuk ngan keja.. sibuk sesangat..

PLUS...

Kalau tak sibuk pun...

2-3 hari ni, demam FB la plak..
Buka FB, chatt ngan kekawan..
Sampai lupa nak jengok BELOG aku yang comel cam aku ni..
Wakaka..
-> Comel ke..?


Lagi satu, otak dah released.... jadi malas la plak nak berhadpet.!
Sebelum ni, masalah bertimbun, selalu je luahkan kat BELOG aku ni..

Sekarang...
Dah hepi hepi je..
MALAS la plak nak buat N3..
N3 yang lama-lama yang tak berapa best tu .. dah pun aku delete!..
-> Rahsia kita-kita je tau.. eheh

So, apa cite kekawanku sume? Ada ok? Sihat?..


Sunday, April 4, 2010

Being SINGLE is OK!...

Being Single is OK?

Betul jugak kan..?

Time single ni la aku bebas bergerak secara solo..
Aku boleh bertindak tanpa perlu fikirkan pasal "seseorang" tu nak rasa cemburu ke... apa ke..

Tak perlu pandang kiri dan ke kanan.. tak perlu toleh ke belakang.. just, move forward je...
Ikut kata hati nak buat apa, selagi ianya tak melampaui batas dan adat Islam.

Sekarang..aku rasa sangat "COOL"..
Walaupun pernah ada TSUNAMI yang melanda, semuanya dapat dihadapi dengan tenang!
Syukur... di sebalik setiap kejadian.. ku pasti, sudah tentu ada hikmahnya!
Allah Maha Penyayang..

P/s:

In love as well as in friendship, don't let yourself be blindly carried away by a certain taste for adventure and exoticism; the awakening might be brutal if you did not take necessary precautions in time....

Semoga ALLAH S.W.T jodohkan aku dengan sebaik-baik insan...
Amin...

Saturday, April 3, 2010

muhammad akhil & danish arwisy





SALAM..

KEPADA IBU/BAPA KEDUA ANAK DIATAS TU...

SILA KONTEK SAYA DAN BAGI SEMULA ALAMAT DAN NO PHONE KORANG YE...

ADA MASALAH SKET DALAM PENGHANTARAN HADIAH..

THANKS.



Kembali ke pangkal jalan.. eh, berblogging la!.. hehehe

Yuhuu.. I'm back!

3 hari tak buat N3..sibuk giler!..
Cuti, ingatkan boleh melaram ke sana sini.. Tapi, semuanya hancus!..
Ada kerja URGENT kat Ofis aku!..

Nak mengelat, tak boleh pulak...
Kesian nanti kat bos-bos aku tu!..2 hari baru la siap semua tu..
Sampai 2-3 pagi kat Ofis ko.. (Kalau dapat claim kan best? huhu)
Tersangat la mencabar kesabaran kitorang!...
Ngantuk ko.. aku mana biasa tidur lewat sangat?!

Tetapi,
Akhirnya, hasil kerjasama semua , semuanya lancar tanpa sebarang masalah!...
Bangga gak boleh tolong sampai camni!..

Hmm.. pendek je N3 kali ni..

Nak keluar makan ni.. Karang nak online lagi!..yeay.