Pixajoy

Saturday, December 23, 2017

Aryan Nufael 18 Bulan



Adik oii cepatnya besar. 18 haribulan genap Aryan 1 tahun 6 bulan. Semalam pergi checkup, cucuk dan jumpa doktor untuk check perkembangan. Punya la aktif tak reti duduk diam. Berat Aryan 12.8 kg..tak larat dah ibu nak dukung. Time cucuk behave..langsung tak nangis lepas cucuk siap senyum wey.haha..

Bagi kartun diam la kejap sementara ibu isi M Chart Abang Aiman pantau adik. 

Kak Pia ikut abah balik Johor kami outing bertiga.

Adik yang sentiasa tersenyum tapi tak suka bergambar


Aryan sejenis yang pemakan. Dia suka makan segala benda macam orang besar.huhu. Umur 18 bulan ni nampak Aryan dah semakin pandai cakap. Dah pandai mengajuk kita banyak perkataan. Selama ni pandai sebut abah je..now dah pandai sebut ibu.. ball..Perkataan yang dia selalu sebut..das (pedas), nas ( panas ), nak nenen.

Sekarang dah faham arahan..kita cakap apa pun dah boleh faham. Minta tolong ambilkan barang dah boleh diharap juga..ehh bila tanya siapa nama Aryan up hand..mesti angkat tangan dengan senyuman manis. Senyuman dia memang selalu meltingkan ibu.




Monday, December 04, 2017

Resepi Brownies Milo 3 Bahan



Makin hari makin liat nak update blog ni apa kes.haha. Betul la laman sosial dah bertindak merampas keterujaan para blogger mengupdate. Sekarang ni ramai lebih selesa dan mudah upload gambar bercerita dalam facebook dalam Instagram. Aku pun sama.huhu

Apa pun kita sapu habuk sikit kasi update resepi.haha. Ni resepi mudah macam kek oreo viral jugak. Kalau jenis renyah aku pun tak kuasa nak buat.

Resepi Brownies Milo

2 cawan milo + 2 sudu susu pekat + 3 biji telur, blend sampai sebati, griskan loyang tuang dan bakar dalam oven api atas bawah.

Aku punya versi pemanggang ajaib sebab besi oven tu Aryan bawak main mana ntah malas cari.

Not bad rasanya. Musy try boleh la buat lepas tekak kalau teringin nak makan brownies or lapaq teruk takda benda nak makan. Musim cuti sekolah musim hujan ni lapar je kejanya kan.

Rupa sebelum bakar aku tabur chocholate rice ada baki sikit kat rumah tu habiskan je.


Nanti free aku update blog lagi. Sayang aku kat blog ni tapi tu la orang kata kalau sayang tinggal-tinggalkan.hahaha




Saturday, November 18, 2017

Resepi Kek Oreo Susu Coklat Dutch Lady Viral



Disebabkan aku ni pencinta oreo, aku dah terjebak dengan kek viral ni. Dok lalu lalang ja kat wall fb, kat IG menggoda sangat tau. Pulak tu dengan dua bahan je dapat hasilkan kek yang sedap menjilat jari. Tunjuk ja kat en suami dan dan suruh buat. Over dari aku nampknya. Kalau ikut aku, macam boleh je pending lagi nafsu.hahaha

Dua bahan ni je. Oreo plus Susu dutch lady coklat

Nampak tak sapa lagi teruja. 

Kebetulan kat Tesco offer sepeket Oreo RM 2. Wahhh apa lagi borong la. Malam tadi balik dari Tesco terus kerah bini masuk dapur buat kek. Tak menyabaq gila.hahaha

Let me share my version.

Resepi Kek Coklat Oreo : 

2 peket oreo + 1 cawan air susu dutch lady coklat or ( 1 kotak kecil susu) , blend  together tuang dalam loyang yang dilancer dengan marjerin pastu kukus dalam 20 minit. Dah sejuk boleh tuang topping coklat. Tanpa topping pun dah sedap bangat.

Tada..siap! aku tabur dengan chocholate rice yang memang dah sedia ada kat rumah baki buat kuih raya tempohari.

En suami tak mau coklat, so potong dulu untuk aku pastu baru tabur Coklat Nips. Isk padan je nak berenti makan takut aiskrim cair kalau tak dah beli 3 tapaware aiskrim makan ngan kek coklat ni mantap jugak..Yummy!

Topping coklat tu lupa la pulak nak grab coklat masakan..serbuk koko pun takda kat rumah..so dengan kreatifnya aku blend susu coklat + oreo masak atas api dengan sedikit marjerin dan susu cair. Wallah sedap jugak.

Hari ni buat lagi 1 adunan tapi versi cawan. Yang ni tanpa topping tapi kat tengah meleleh macam coklat larva tu..Lagi nikmat tak terkata.huhu..

1 cawan ni untuk sepeket oreo. Memang sekali dua kali ngap je licin..so kalau nak buat better dua peket terus.

Ni rupanya sebelum letak topping yang memula tadi kalut sangat nak makan sampai lupa snap kejadian sebelum letak topping.

Tada..sumpah sedap.hahaha

Ok tu je resepinya dah bagi. Rasa dia just nice tak manis..lemak2 gitu. Sila buat jangan malas. Kalau dua bahan ni malas lagi tak tau nak kata apa..jangan jadi orang la..jadi bawang.hahaha..




Thursday, November 02, 2017

Pendaftaran Afia ke Pra Sekolah




Hari ni ibu dan Afia ke taklimat dan pendaftaran sekolah untuk Afia ke pra tahun depan. Abah meniaga adik aryan hantar sekejap ke mak pengasuh..bawa dia nanti haru biru pulak jadinya. Yes kami buat pilihan hantar Afia ke pra senang tak payah dah nak fikir tadika apa nak hantar. Lagipun dengan silibus dari kementerian dan cikgu terlatih berpengalaman harap Afia dapat yang terbaik kat sana. Senang lagipun sekali hantar Aiman dan Afia sekolah sama.

Malam tadi ibu duty malam pagi lepas hantar Abang Aiman sekolah pakat tumbang 3 beranak lena..jaga je kalut la bersiap. Laju-laju snap sementara Afia tengah excited dan masih dalam mood molek.haha..





Dia kalut suruh hantar dia dulu pi sekolah pastu ibu hantar la adik Aryan. Kemain lagi confident ya..tunggu first day nanti camna.huhu. secara ringkas guru besar bagi ucapan dan penerangan pasal pakaian..pasal peruntukan pra dan sebagainya. Dengar tadi cikgu kata total 40 orang sahaja budak pra. Cikgu 2 orang dan 2 orang pembantu. Ada 10 lagi kekosongan, 2 kelas setiap kelas ada 25 pelajar..5 dan 6 tahun campur.



Orang belum mula taklimat lagi dia dah kalut hangat pastu nak buka tudung. Sekolah nanti nak pakai tudung camna Kak Pia oi.huhu


Dalam sejam lebih je habis la acara. Sebelum balik macam biasa la singgah kedai demand aiskrim. Hari-hari aiskrim budak ni.



Aishh tak sangka sungguh la bambam ibu ni cepat sangat besaq..dah nak sekolah tak lama lagi. Moga diberi kemudahan diterangkan hati menerima pelajaran disenangi cikgu dan kawan-kawan. Rajin - Rajin belajar jadi anak solehah hendaknya.