Everything About Us~

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 3, 2010

Hepy Anniversary~

Alhamdulillah.Akhirnya genap sudah setahun pernikahan saya dan en husben yang dikasihi, Mohd Khairul Mat Ali. Sepanjang setahun menempuh alam bahagia banyak sudah yang kami telah pelajari n terokai bersama.Manis, pahit n segalanya kami tempuh dengan jayanya.Sepanjang setahun, kami saling mengingatkan akan tugas dan tanggungjawab. 

Alhamdulillah, suamiku tetap seperti insan yang aku kenali semenjak 6 tahun yang dulu. Tetap insan yang sama, kasih n cintanya tetap teguh untukku. Terima kasih buat En Husben yang banyak membimbing diri ini agar jadi isteri yang terbaik. Janjiku, hanya engkau dihatiku sampai nyawa ini terpisah dari diri.Hanya itu yang ku mampu berikan utk insan yang bergelar suami, iaitu dirimu. Terima kasih kerna sudi hadir di hati ini, menghiasi taman hati dengan penuh kasih sayang, cinta, kesabaran dan pengorbanan.Insyaallah.Akan ku hiasi mahligai cinta yang terbina seindah mungkin dan itulah janjiku padamu sayang~

Walaupun kita tidak dapat meraikan keindahan malam perkahwinan seperti tahun lalu, insyaallah tahun depan kita raikannya bersama, sebuah keluarga bahagia.


Nota kaki: Bahagia milik kita~