Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Tuesday, March 31, 2009

Gathering bersama Hana Kanazawa

Venue 1 - Jaya Jusco, Wangsa Maju


Semalam adalah hari yg sangat menyeronokkan, first time dpt kumpul ngan kawan2 blogger masak2 ni hehehe. Time nak pegi JJ tu aku dok numpang Kak Ina KL, maklum ler aku ni tak ada lesen nak bawak kereta. Nak dijadi kan cerita, jadi 'mak datin' ler aku sekejap duduk kat belakang... bila lagi kan hahaha. Terima kasih ya K.Ina sudi tumpangkan CT. Terima kasih juga pada Hana yang sudi gak jumpa ngan K.CT ni kan. Hana ni datang nun jauh dari Jepun sana. Hubby Hana ni dok balik cuti sebulan di Malaysia... tu yang dpt datang utk melepaskan rindu ngan kawan2 blogger semua, termasuk lah aku, Dr Inahar, Fiza Nordin, K.Ina KL, K.Intan, K.Ham dan juga Niza. Memang happy sangat2 sampai tak sedar hari dah petang kitaorg dok lepak kat situ. Dah penat dok berbual, ketawa dan makan2... apalagi sesi bergambo lah pulak. Snap sana, snap sini tak peduli dah orang keliling hahaha. Sebelum balik dapat cenderahati dari Hana dan Dr Ina... Tq so much muahhh!!






Venue 2 - Di Teratak CT


Sewaktu nak balik tu pulak, K.Ina KL, Hana dan Fiza kata nak singgah kat umah aku pulak. Maklumlah, aku menumpang naik kete K.Ina. Terlanjur dia nak hantar aku balik, aku pelawalah dorang singgah umah aku kejap. Fiza ikut sekali tapi last minute tak dapat nak singgah masuk sebab anak bujang dia dah hanyut dibuai mimpi. Tak ada apa yang dapat aku hidangkan buat K.Ina dan Hana sebab langsung tak prepare apa-apa, hanya sekadar air oren dan kuih cakar ayam jer. Mintak maaf lah ya... lain kali kalau dtg bertandang lagi boleh ler CT masak yang sedap2. Serangkap pantun utk Hana.. Kalau Ada Sumur Di Ladang, Boleh Saya Menumpang Mandi. Kalau Ada Umur Yang Panjang, Boleh Kita Berjumpa Lagi. InsyaAllah.



Nukilan:

M8 - Kalau Roboh Kota Melaka



Kalau Roboh Kota Melaka
Papan Di Jawa Hamba Dirikan
Kalau Sungguh Bagai Dikata
Badan dan Nyawa Hamba Serahkan


Apa yg sungguh bagai dikata? Apa yg badan dan nyawa nak diserahkan?? Hehe.. tafsirlah sendiri yer. Yang pasti, itulah antara dialog Tun Teja dan Hang Tuah, lagenda melayu yg tersohor itu.





Lepas jer makan-makan tu, kami berkunjung ke Perigi Hang Tuah sebelum semuanya pulang ke destinasi masing-masing. Ini adalah kunjungan pertama CM ke sini. Selain berpeluang melihat sendiri perigi yg sering diperkatakan itu, dapat juga melihat Rumah Tradisional Melayu Melaka yg terkenal dengan anak tangganya yg cantik itu. Kunjungan ke Melaka bersama 'sahabat-sahabat' CM kali ini sangat berbeza pengalamannya dan suasananya dengan kunjungan sendiri yg berkali-kali sebelum ini. Sehinggakan anak CM si Amir Daniel tu pun tanya kat CM dalam perjalanan balik.. "Ayah, cuti bulan doblas nanti pegi dgn Mesetblok lagi eh?".. CM jawab.. "Yer.. Kenapa? Amir suka ker?".. Daniel terus menyeringai tersengih lebar sambil mengangguk dan berkata "Ha'ah! Pegi dgn dorang best!".



P/S - Tanpa disedari, ikatan silaturrahim yg rapat bersama 'sahabat-sahabat' Msjbox kami ni dah semakin erat bermula daripada CM/CT menurun hingga ke anak-anak kami semua.

Nukilan:

M7 - Tak Lekang Dek Panas



Tah apa ke nama tempat nie. Tapi masa menghampiri jer gerai-gerai nie, pandangan barang-barang yg bergantungan berpayung dibawah sinar terik matahari yg tak lekang dek panas tu semakin menyerlahkan pandangannya yang berwarna-warni. Segala macam kraf ada dijual disini termasuklah cencalok dan belacan! Ghau-ghau sungguh bau dier hehe.




Sebenarnya masa nie mood CM dah merudum sebab kepala tengah berdenyut. Kalau ikut plan asal CM dah nak balik terus tapi bila dipujuk2 oleh Lin supaya ikut sekali utk makan Asam Pedas dan kemudian berkunjung ke Perigi Hang Tuah, CM turutkanlah juga. Bila dah sampai kat tempat makan tu, En Sabar suami Lin gesa CM utk makan sekali walaupun selera CM dah drop dek sakit kepala. Tapi En Sabar ni memang terer la. Dia cadang hirup Sup panas-panas utk redakan sakit kepala. Tak lama lepas tu dia bawak, hah engkau.. gearbox kete mercedes...hahaha..

P/S - Thanks En. Sabar utk minyak balm serai wangi dan sup gearbox yg meredakan sedikit kepala saya yg berdenyut2 tu.

Nukilan:

Monday, March 30, 2009

M6 - Ikan Di Laut, Asam Di Gunung



Ikan Di Kolam Setapak, Asam Di Bukit Indah, Di Kuali Melaka bertemu juga. Miahaha.. Simbolik jer tu. First time jumpa En Sabar (suami Lin) masa raya puasa tahun lepas dia agak pendiam sket. Lepas tu masa jumpa kat Msjbox Camping dia dah semakin ramah. Last nie jumpa kat Msjbox Melaka nie, dia semakin sporting. Impresif! hehehe..





Sambungan dari aktiviti pada hari Sabtu, lebih kurang pukul 10 pagi, hari Ahad keesokan harinya kami dah check-out. Maklumlah hari perpisahan dah menjelang, jadi sebelum meninggalkan Kota Melaka, adalah lebih baik kami meronda-ronda dulu. Tapi..matahari tersangatlah terik masa tu. Selesai jer meronda, kepalaku mula berdenyut. Pain Killer plis!




P/S - Nantikan sambungan story-morry di M7 & M8 esok kalau kebizian tidak melanda.

Nukilan:

M5 - Jonker Walk



Jonker Walk @ Jonker Street ni nama asalnya adalah Jalan Hang Jebat. Tempat ni adalah salah satu daya tarikan utama kat Melaka ni. Kalau nak cari cenderahati berkaitan Negeri Melaka, haaa memang kat sinilah tempatnya.




Di Jonker Walk nie, selain kepelbagaian barangannya, harganya pun tersangat sangatlah berpatutan. Tempat makan yg kami nak pergi tu terletak ditengah-tengah laluan Jonker Street ni. Jadi, sementara nak sampai kesana dapatlah kami membeli sambil membelah dompet duit kami. Sungguh mengujakan hingga tak sedar yg kami rupanya dah sampai ke Tranquerah Bistro tu. Yang best tentang tempat makan ni ialah sambil menjamu selera dapat pula berkaraoke secara percuma. Tapi sempat juga aku berdoa supaya hujan tak turun. Hujan?? Kenapa ek?? Wahahahaha..




Keseronokan malam itu semakin bertambah dengan advance birthday surprise 'party' utk Yana (anak Lin). Dan Yana juga bertambah lagi seronok sebab secara tidak sengaja artis Fauziah Ghaus turut 'memeriahkan' birthday Yana kat situ.

P/S - Happy birthday Yana! Semoga panjang umur dan murah rezeki yer!

Nukilan:

M4 - Pelayar Malam



Pelayar Malam??? Wahaha.. apa kenanya tajuk entri ni dgn event Msjbox ek. Yang sebenarnya saja je bagi tajuk tu sebab kami semua merambu waktu langit dah gelap dan ada pulak enterframe gambar kapal. So, sesuai kan? hehe..





Masa tu kami semua dah habis meronda-ronda dalam Mahkota Parade. Malam tu kan ada simbolik event Earth Hour, so bila jam dah pukul 8-30 lampu-lampu kat dalam soping kompleks mula dipadam beransur-ansur. Sebelum bergelap terus, baik kami cabut dulu hehe (yg sebenarnya, bukan semua kedai bergelap pun).





Dalam perjalanan ke Tranquerah Bistro, kami merambu sekejap di Dataran Sungai Melaka. First time sampai situ. Best melayan tiupan angin laut waktu malam kat situ sambil berfoya-foya sakan mengambil gambar.

P/S - Santai sungguh suasana kat Dataran Sungai Melaka ni. I likeeee!

Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More