Wednesday, December 07, 2005

Entry for December 07, 2005

Hmm.. aku tak tahu macam mana aku nak mulakan entry blog aku ari ni.Apa yang aku tahu.. aku dah frust buat kali kedua.. disini.Semangat aku nak keje.. dah ilang buat beberapa ari ni.. akibat insiden hari yang lepas.Kenapa laa dorang buat aku macam ni.Kalau dah ditakdirkan aku tak dapat.. just let me know.Kenapa perlu seksa aku sampai ari aku perlu lapor diri.. but aku tak di panggil.Sekurangnya.. aku dapat prepare diri aku.Hmm.. lately ni.. aku tak banyak lekat kat opis.. probably.. aku dah tak tahan.. tengok bebudak2 baru yang masuk.. minta di ajar itu ini.Maybe setahun yang lalu aku boleh bersabar.. but kali ni tidak rasanya.. maybe perlu bagi masa utk aku.. terima.. redha apa yang terjadi.Dalam kepayahan dan kesukaran.. alhamdulillah.. sekurangnya ada someone yang menceriakan idup aku.. walaupun.. aku dihujani masalah.. aku masih boleh tersenyum.Thanx.

Insyallah.. bak member2 aku kata.. rezeki tu tak kemana.So far nampak ada jalan di Ipoh and KL.Maybe rezeki aku disana.Walauapapun.. aku bersyukur.. kerana masa yang Allah Taala berikan pada aku, aku manfaatkan secukupnya.. disini.. banyak benda yang aku pelajari sendiri tanpa.. bantuan insan2 disini.Lau ada masalah. aku settle and figure out sendiri.Walaupun aku aku terpaksa.. datang sebelah malam.. utk settle kan.. problem.. and aku tahu.. aku tak leh claim apa apa.. but since aku minat benda tu.. aku sanggup.. buat benda.. walaupun tak dipaksa.

Aku stop sini dulu.. otak aku tak leh nak pk dah.. chow

Thursday, December 01, 2005

Entry for December 01, 2005


Dah 1st Dec.Right now aku menunggu masa utk aku downkan Chempaka I and upkan Chempaka II E-learning portal.Alhamdulillah.. so far dah siap semua.. taklimat di Pusat Pengajian tu masih belum abis.So lepak laa jap di blog ni.Memblog apa apa yang difikirkan di dalam pala otak aku ni.On Tuesday hari tu.Aku blah awal skit.. utk mencari blazer.susah jugak nak mencari blazer yang suit.Afterall.. im not comfortable dressing2 macam ni.Aku lebih prefer jeans n probably T-shirt.But.. apa boleh buat.. dlm dunia skang.. perlu bergaya.. and you have to look convincing.

Ahh itu aku tak brapa kisah sgt.. coz mulanya aku ingat.. im going to be working in the background and i dont like to involve and mix something that is out of my power,knowledge and imagination.Cukup laa sekadar aku buat part aku and get da money.Bab nak title,nak nama.. just go ahead.. i dun give a damn.hmm.. dulu penah jugak experience benda macam ni.Ntah la maybe time tu... aku tak dapat berfikir secara rasional and probabably pemikiran aku pun belum matang.Aku amik situation tu secara serius lak.

Gila sungguh.. buat tungkus lumus.Time Perasmian.. dem aku tak dijemput.But aku pegi gak that day.. with all the people yang smart2 ari tu dgn Blajer.. dressing mau.. selamba jer aku dgn jeans and T-shirt duk blakang.. tengok dorang rasmi something yang aku buat.Yang best.. bila rasmi.. nama aku tak naik instead orang yang aku tak kenal naik.Ingat lagi time tu.. punya panas.. sampai aku tak leh nak driving.. sampai umah cuba nak baring tido kan diri.. still panas.Citer citer lama.. biarkan ia lalu sebagai pengalaman.. dan juga panduan utk aku truskan.. sisa idup aku ni yang.. masih jauh.

Aku pun tak sangka.. yang aku perlu present ari tu infact masuk kedalam.. enviroment macam tu.Just that diaorang perlukan aku.. utk back up dari Technical aspect.. bila diaorang tanya pasal technical.Fuh.. memang berpeluh.Aku rasa macam mimpi jaa bila the next day datang keje..aku tanya diri aku lagi "err aku pi umah dia smalam...biar betul,aku kena bantai time aku elaborate and explain pasal technical issue.. biar betul..?".So far nampak benda ni still boleh go with the flow.Insyallah .. rezeki aku.

Hmm smalam bebudak opis lepas gian lagi.. aku pun turut merasa kegianan tak hayun bola bowling.Smalam ujan lebat tidak menghalang aku sampai ke bowling alley tu.Hmm.. dah ketagih.. nak wat camner.After opis hour.. cam biasa dgn baju opis lagi laa.Sampai Bos bowling centre tu.. kenal laa aku datang jer.. dia kata aku nak ilang stress at office.. arghh demm.Smalam aku sampai dulu.. get glass of hot milo and ubat naga and play one game dulu.. since member2 lain tak datang lagi.

Then razif came.aftwards .. shah datang bawak wife dia.. and Lan lak.. bawak Bee,His gurl.Aku sound laa dgn razif."arghh mana aci semua bawak supporter" they all sengih cam kerang busuk.Quite happening last night.Ntah aku pun tak tau.. napa laa dorang jadi gila smalam.. gelak tak hingat.. tak brenti brenti.. aku wat lawak skit,dah picit2 perut budak2 pompuan dorang 2.Wife shah pun leh tahan gak.. sengih smalam.. gelak.Siap nyakat wife dia yang orang pantai dalam."hmm.. cuba sebut ayaq skit.." bila dia sebut tu.. cam lawak jer.. yela laa bila someone yang tak biasa sebut sure jadi lain.. and everyone laughs smalam :).Hmm bagus laa camtu.. biar laa dorang nampak aku cam separuh gila as long.. dorang bahgia.Senyum jer aku smalam.. tengok gelagat2 dorang :).

Dah kul 4.24.. still havent got any news from them.. aku dah keboringan .. isk.. sok sambung projek migration plak.. tapi tak tau laa camna.. coz dapat call from kak asnah.. mintak aku pergi ker transkrian tommorow.'sigh' claim pun tak leh buat.. since aku tak tetap.. kena plak pegi.Tengok laa macam mana sok.Huh.. chow dulu.. stop here.. nak gi naga jap.. naga lain duk panggil dah..

au revoir




Tuesday, November 29, 2005

Entry for November 29, 2005



Pertandingan Menembak Antara Jabatan/Pusat Pengajian USM ( SUKJAP). 26/11/05

Hmm dlm tahun ni aku terlibat dlm dua sukan.Satu menembak, satu lagi bowling.Fuh.. aku main utk zon.. rasa gak pressure tu.Aku team dgn Abg azmi,Kak leen and Abg amran.Bos aku pun participate gak.main kategori individual.Razif pun main individual jugak ari tu.

Hmm so far hanya dapat sampai ker suku akhir.Di suku akhir bertemu zon sendiri lak.. cam tak best jer.. hehe.. but at least our team zon dapat 2nd.Tu pun dah cukup bagus.Lama dah tak menembak.dulu time sukma.. aku cuma pakai Sports air rifle.Bukan actual rifle.Dulu main pun tak ada rasa rifle kick.But ni laa first time rasa rifle kick balik kat bahu.Huh time main ari tu tak terasa lansung sengal kat bahu.But bila dah bangun pagi.. the next day tu.. aduhh.. nak angkat lengan memula.. rasa cam cram jer.. heh.. bila bukak baju nak mandi.. baru nampak lebam kat bahu tu.Tapi so far memang puas ati dapat merasa M16.Reload magazine,fire few rounds.. memang totally different dgn air rifle yang aku guna dulu time sukma.Mana taknya.. live ammo lagi.Hopefully next year.. lau ada rezeki.. aku nak try lagi.Aduh.. aku duk perati from tingkap umah aku.. jiran sederet umah aku.. nak siapkan khemah susun kusi sorang2 pak dia duk wat keje.. kene gi bantu jap.Chow

Monday, November 28, 2005

Entry for November 28, 2005


11:07

At opis settle kan server LMS server@Chempaka II.Hmm sapa pun takder.. man pun takder.. rasa gi tesco kot .. takpun balik umah dia jap.Aku datang tadi dlm lepas isyak nak settlekan once and for all issue with Sybase+PHP yang tak leh connect ker sybase DB.N alhamdulillah dah settle pun.. heppi giler tadi.. siap layan lagu gaban lagi..jerit sensorang tadi.. sib baik takder orang.Ngah duk layan lagu gaban, dapat kol from che un.Rupanya member dah ada kat bawah.Gi jemput dia kat bawah.. dia bawak mai pc dia yang tak leh nak register XP ori dia tu.. pergh Workstation lawa sungguh.. cam engine 4G91 dia hehe.So dia lepak dgn aku kat opis ni.Siap bawak lagu Steve Vai.memang layan sungguh goreng blues gitar Steve Vai ni thanx brader Che un for the songs.Hmm ni pun duk lepak dengan dia.. layan lagu Steve Vai while waiting Pc dia buat reinstallation balik.

Tadi after opis hour got a call.Check handset aku.. uish is from my Ex schoolmate,Nuziana."A'kum rezal,pree ke tak tue..? jom laa gi minum, Arfah pun ada skali...lau jadi tunggu kat bawah".Aku pun dah pening dgn server ni.So Stop laa jap.. kuar dgn dorang.. log out apa2 yang patut yang server2 then turun bawah.Looks like dorang bawak keta.Whoa Arfah bawak kancil dah skang.. ntah kemana laa waja pak dia yang cun tu.Naik laa aku dgn dorang.Lama tak merasa.. awek2 ni driving.. slalu aku jer yang duk drive aweks2 ni heh.Duk blakang tadi.. mata kuyu jaa tadi.. rasa best lak.. apa bebudak dua orang yang duk depan tu sembang pun aku dah tak dengar.. bila dorang tanya.. pusing blakang tengok aku.. aku pun wat wat jaga laa gak.. heh.Lepak minum kat area vistana.. kat Kayu Nasi kandar.Hmm cam biasa laa once dah jumpa ex schoolmate.. cerita bout member-member skolah bukak laa balik.Dengar yang tu kawin yang ni kawin.. yang tu dah jadi pegawai kastam.. yang ni.. jadi mat romeo.. huh macam macam.Then.. citer pasal opis stuff.. luahan perasaan.. bout work.. hmm.. aku hanya mendengar.. dan.. senyum jer dapat diberikan.Bagus laa dorang dah paham.. isu keje ni camner.. how to cope with stress,office politics.. hmm.. sometimes.. bagus mendengar.. dari bercakap.. lots you can learn from listening .. aku naga jer.. sambil dengar.. heh.

hmm dah kul 12.02 tengok workstation che un cam ada prob je lagi.ntah laa suh dia bawak balik dulu.. probably reinstall kat umah dia.. then later come to my place to activatekan.. XP dia yang ori tu.hmm.. sok after opis aku akan ker alor setar.. ada laa rezeki sket dari yang Maha Besar dan Pemurah.requirement kena pulak pakai blazer nak buat presentation.tadi cari gak member2 kot kot ada blazer.nampak cam takder rezeki.tengok laa camner sok.. nampak kedai photo kat alor setar ker.. bayar 10 ringgit ker pinjam blazer dia.Huh.. ada apa laa sgt blazer tu.. aku pun tak brapa reti sgt.. dressing dressing camni.Probably.. office shirt,and tie should be enough.Xpe laa dah requirement macam tu.Takkan nak melawan lak.Lau takder.. lantak lah.. at least dah mencuba.. layan jer.. hmm.. rasa cam taknak balik jer malam ni.. feel giler.. tgh2 malam.. layan gitar camni.. masyuk jer..

okeh.. rezdrake signing off

Friday, November 25, 2005

Entry for November 25, 2005


Morning morning... hmm pagi ni cam biasa pagi layan lagu heavy jap Rammstein,Cromok,Metallica,Ghost ship OST - Mudvaine,HIM-Beyond redemptio.. dgn headfon kat kepala.Rasa cam kat studio jer layann.Semangat skit nak wat keje.Hmm hari ni.. nak figure out how to connect to sybase so that dia boleh automatically enroll student from other sybase db masuk ke Mysql db.aduh.. srabut pala nak figure out.So far manage to compile Sybase support into PHP.Just that still having error on sybase connection.Arghh demmm.Hmm currently listening to Incubus-Talk shows on mute .. slow and easy.. jerr.Hmm perhaps need to setup another Sybase server running on linux... so that aku leh pipeline ker actual Sybase db server kat luar.Srabut lak meja aku tuu hmm.. hopefully ari ni ni takder emergency case lagi.. so that aku leh focus on this stuff.Demm.. need to figure it out.. before 1st dec.Server nak guna on that date.Wish me luck.. like someone use to say Chaiyo chaiyo.. have no idea.. arghhh chow chow..


Thursday, November 24, 2005



Entry for November 24, 2005

Hmm.. the day before aku dapat mail from Bos.Kena pulak pergi ke another cawangan yang belum siap lagi di Bertam.Goin to be Campus Pergigian.Tertulis dalam mail pukul 7.30 pagi.Arghh satu masa yang cukup mamai bagi aku lagi.Slalu aku datang pukul 8.30 then balik lewat.Kira as long as aku keje cukup jam.. tu dah cukup.Tapi memang slalu drag pun.8.30 malam balik.Kadang datang juga opis sebelah malam check on the logs and server.Ntah laa napa aku minat keje2 Server administration ni.So far takder plak aku merungut kenapa perlu aku datang malam malam.. sedangkan.. overtime tak diberikan.Bagi aku.. biarlah aku dapat menimba ilmu dan mencari pengalaman utk future aku.Hmm.. kalau ikutkan kerja2 yang aku lakukan sekarang alhamdulillah.. berkat aku study sendiri benda2 ni.

Ingat lagi dulu when first time aku explore linux,takder tempat nak bertanya.Just rely on documentation yang aku print from the website.Then from there bermula laa exploration aku dengan linux.From there.. aku dah mula join groups,forum and dari situ laa kenal member2 virtual yang mempunyai minat yang sama.Dari situ laa juga berlaku information exchange dan knowledge sharing antara member2.Hmm bila aku lihat member2 aku di beri training free,rasa bertuah la diaorang.Masa aku dulu.. jgn harap laa nak dapat training,spoonfeed ni semua.Terkapai kapai tanpa arah.. kadang configure benda.. sampai buntu.. tak tau nak tanya sapa.. sampai e-mail author yang dah berjaya configure itu ini.. nak tunggu email pulak..belum tentu 2,3 hari.Tertunggu2 yang buat tak tahan tu.Aku pulak jenis slagi benda tu tak boleh.. aku duk pikir jer.

Sepatutnya aku masuk kelas ari ni.. banyak kali skip dah.. nak wat camner.. duty calls jap emergency kena gi sana .. kena gi sini.Mujur laa ada moto rizman.Sedap skit merempit dlm kawasan .Senang nyer menyelit celah bas sampai pun cepat.Ngaco awek pun leh hahah.. sempat hon dua tiga awek yang tunggu kat bas stop.. sengih cam kerang busuk kat dorang rasa cam Azroy lak.. dlm gila gila remaja .. "dah kawin lom..? blyerrrrr?" demm hehe.

Hmm time kat bertam tadi so far ok jer.. gi setup and configure Anti virus Server utk Satu tempat tu.. semua client connect ke server tu.Then check network connection,buat Security checking kat server clinic so far ok jer.. coz ada complains bout slow connection dekat sana.. it seems like it was causing by virus.. banyak client yang takder Anti virus.yang ada pun tak update.Hmm alhamdulillah cepat laa settle gak.Hmm aku pegi dgn bos,and 3 other staff.

Balik pulak.. ada jamuan raya.Hmm bagus laa gak pagi tadi..trus jer gi bertam.. breakfast pun tak sempat.Even naga pun tak jadi lagi smalam.. Sampai kat opis.. gi lepak jap kat gua naga tepi tangga exit tu.. nagakan diri jap.Ilang laa srabut jap.Since aku still duk pkkan.. Sybase server yang aku ngah configure on linux.PHP still tak leh compile with sybase-ct for open client nak connect ker existing sybase server.Lepas jamuan sambung keje balik settle kan prob tu.Sampai kul 7.30.Member2 lak duk racun ajak gi bowling plak.. hmm aku suruh dorang gi dulu.Sedar2 dapat msg.. dorang duk tunggu kat tempat bowling.Arghh demm khuysuk sgt.Solat dulu then trus gi tempat bowling kat sunshine dgn baju opis.Aku main pun cam hampeh jer malam tadi.score pun 117,113,114.'sigh' badan di bowling pala di opis isk isk..

au revoir





Thursday, October 27, 2005

Entry for October 27, 2005



10:01 am : Morning beb.hmm masuk opis lambat today.. kul 9 baru masuk.Hmm still duk mamai.Smalam lepas terawih went to the office ada kerja skit.Server Bos utk demo dia on 10th lepas raya ni belum siap lagi.Aku pun dapat last minute jer.Mula2 nampak macam dia yang setup server tu since aku duk tengok dia keluar masuk opis aku datang mintak segala cd Win2k Server.Petang smalam.. phone kat meja aku lak menjerit ntah brapa kali.Nak dekat dekat raya ni macam macam orang duk kol ke opis problem itu ini ahh aku layankan jer.. small matter beb.sampai jer last call bos aku lak on da phone hmm.. suh masuk bilik dia.Bos duk tanya soalan2 teknikal lak pasal partition pasal reinstallation.. hmm rupanya dia duk settlekan server dia sendiri.. last last mintak tolong aku.. settlekan server tu.. aku tengok banyak gak virus dalam server tu.. connection status pun.. bytes sent lebih tinggi compare to bytes received.

So nak tak nak aku kena settlekan malam tu juga pasal team yang nak standby load segala data or prepare segala system dorang nak demo balik on 10th mana sempat.Datang laa aku malam tadi settlekan server tu.. update patched segala security issue hmm alhamdulillah settle laa gak dalam kul 2.30 pagi.. mamai dah aku time tu.. sepanjang aku kat opis.. Rizman,opismate aku temankan.. ntah duk layan cd aper ntah yang dia beli kat BJ smalam.

Arini masuk keje Alhamdulillah mamai tu dah ilang skit.sampai kat office desk aku, capai headphone,trus layan november rain Guns n Roses.So far this band tak penah mengecewakan aku.Dengan kemerduan Gorengan gitar Slash yang mendayu dayu dlm this songs.. buatkan aku betul2 feel dgn lagu ni.Even lagu ni pun memang its a sad songs.Aku layan lagu ni maybe becoz ada Hadiah di Hari Raya utk aku.Thats what Mem boss aku yang cakap smalam.Alhamdulillah aku bersyukur dgn PemberianNya.Sesuatu yang lama tertunda,lama tertangguh akhirnya aku dapat berita yang menyenangkan hati aku.

Yup.. aku keje sampai sehari sebelum raya.Aku amik cuti after raya.Biar laa orang lain beraya dulu.Semua mood raya kat sini.. ntah brapa kali lagu mp3 kat meja meja kak kak kat opis ni layan lagu Raya.Hmm tak sure lagi dlm opis aku sapa lagi yang keje sama dgn aku ari tu..? ntah ntah aku sorang kat opis heheh.Hmm server2 kat opis ni baru selamat migrate dari IP jaring ker IP TMnet.Smalam settlekan segala server2 and contact TMnet service center utk activatekan segala domain yang server2 aku pegang.ada laa lagi few server yang aku nak settlekan before Raya ni since after raya dorang dah nak start using portal tu.Aku nak kena setup optimize server tu so that it can caters few thousand user.Hmm regarding to Sybase on Linux tu, still dlm RnD mode its a quite good project since Sybase is giving a free Version of their Sybase server apps. Normal laa tu.. lama skit comercial balik.

Hmm nak raya ni teringat aku time aku kecik2 dulu.Aku ni pantang nampak bunga api mercun jer.Asal pak aku gi pekan jer.. aku sure beli macam-macam mercun.Well time tu.. mercun still available lagi.. takder sekatan.Terkilan gak time aku tu.. aku tak merasa penangan Meriam buluh.Maybe tempat aku takder laa macam kampung sgt.. compare tu yang duk dalam dalam skit.Umah tok aku leh kira dah dekat laa dgn Pusat Bandar.Aku main mercun dulu slalu merapu,zaman skang ni orang kata Di Enhanced,Extreme modified,Second edition,Limited edition nyer mercun.. asal apa mercun jer mula laa aku merapu.. mix itu ini.. letak dlm pasu bunga umah tok aku,dalam peti surat umah jiran arghh ingat lagi masa tuu.. aku teringin sgt nak beli mercun katak kaler ijau tu.. tapi duit takder tok aku lak suh aku gi kedai beli cabai kering dgn nyok kelapa.Setibanya aku kat kedai tu.. benda yang aku nampak, nuuu kat atas peti ais kedai abg tu.. tersedia berbagai juadah mercun.. ntah camner.. aku dapat amnesia.. tetiba sampai umah, dlm tangan aku cuma ada segenggam mercun katak.Apa lagi melenting laa tok aku abis duit tu aku layan beli mercun tu.. tak pasal pasal ari tu.. aku kena tibai dgn tokwan.. pergh.. ingat ingat balik.. macho sungguh aku time tu.. dgn basikal Tua tokwan aku.. ke tadika.. budak budak lain dulu gila BMX takpun basikal yang tayar kaler biru tu.. pink,merah pun ada.Tapi aku tak dapat basikal tu.. layan laa basikal tokwan aku tu.. perghh rasa cam naik virago tuuu.. tapi heran awek tadika tak pandang aku langsung.. maybe Virago aku banyak kurap kot.. karat laa katakan.

Ahhh aku dah melalut panjang.. gonna do my work.. chow

Tuesday, October 18, 2005

Entry for October 18, 2005


1:22: Ari ni dah masuk 5 ari kot aircon still ada problem.. berkuap jugak bilik ni tambah.. dgn opismate2 lain dlm bilik yang dalam masa yang sama.. produce body heat.Alhamdulillah aku still leh bersabar.. continue doin my work.Malu ahh aku kat brader brader yang keje kontrak buat simen bina rumah,Posmen2 yang sehari suntuk tanpa aircon.Sometimes duk dlm aircon ni.. pun tak brapa ok gak... tekak lebih cepat kering.Badan ni pun tak leh dimanjakan sgt.. ari ari mau aircon.. kena duk tempat panas dah tak tahan.Hari ni ok jaa hmm.. time ni semua slow skit.. member aku brader rizman tu pun dah berlayar ntah ke Benua mana .. tambah2 lak.. aku layan Kenny G time lunch hour ni.. kena penangan light and easy saxaphone mind aku pun relax laa jap.So far ari ni alhamdulillah..keje semua ok.Pagi tadi ntah camner aku leh terjumpa my working cap.. lama dah ilang cap biru HP ni.. slalu lau pakai cap ni semangat jer keje.. heh.. so bawak laa gi opis pakai.Aku just pakai kat opis desk aku jer.. aku tak ronda merata2 pakai.. cap ni.. gila paa office shirt,dgn cap :).

Hmm hari ni pepagi sampai aku on kan server Peti Ais HP ML370 Proliant G3 server.Still can figure out how to install linux on that box since..Hard tak leh nak detect.Aku suspek some drivers for Raid controller or maybe ScSI controller drivers is needed.Aku try boot up kernel using adaptec.s still tak leh nak write or edit partition table.Hmm.. tengah aku duk godek server ni,One of the staff masuk bilik aku.. inform bos nak jumpa.huh..? apa bos nak lak pepagi.ni.. takkan nak tanya pasal Server Pusat Racun ni.. mana siap lagi.. baru jer abis Training and at the same time settlekan server PPSK arghh.. then cabut cap aku.. perbetul rambut yang serabai ni gi bilik dia.Dicuss nyer discuss,kena wat troubleshooting lak.. aduhh server Backup one of the Owner for the Project tu.. hardisk cam corrupted jer.then bos mention pasal Server Pusat Racun tu.. KIV sat.Perghh lega laa jap.So pagi tadi settlekan Server Backup tu..sekarang aku ngah menunggu data yang ditransfer ker Hardisk lain.. alang alang menunggu tu.. aku layan laa jap blog thru YM ni.Hmm nampak cam convenient jaa all in one place..photos,blogs,groups RSS feed pun leh layan.. senang aku nak keep track any news on exploits or security stuff.

wokeh.. chow jap.. nak gi nengok server installation tu sat

Monday, October 17, 2005

copy from 360 blog

Entry for October 17, 2005

Hmm.. lama sungguh aku dah tinggalkan zaman blogging aku.Maybe time aku study dulu aku rajin blogging.. normally banyak blogging aku melibatkan RnD2 yang related to Computer stuff,security,linux.. so everytime aku jumpa any kind of Software,application or OS.Then aku start to document everything yang aku dah buat dengan segala benda benda tu.Acctually aku dah ada blog before this.. tapi hampehnyaa tempat aku ni dorang block page aku.. reason yang best, pornography content.. ahh suxx.. Fortinet Guard Software tak configure filter properly laa tu.

This morning.. woke up as usual took a bath.. pagi ni ntah camner achik, kuching aku yang bongsu ni.. tetiba time aku pakai socks.. duk menyendeng tepi aku.. tak penah penah dibuat buang tebiat per.Aku pun layan kan jer laa dukung jap.Then capai kunci keta aku..gi warm up enjin jap.. ngah duk tunggu engine tu panas.. aku perati jer keta buruk aku tu.. lahai.. tak bagi mandi lagi.. body keta dah serupa keta rally.. deba berkati kati.. aku rasa lau kucing yang putih gebu ngedeng keta aku tu.. confirm tuka kaler :).

Hmm sampai kat opis.. parking blakang.. since memang aku dah bajet.. ari ni nak kena bagi training utk staf2,lecturer2 PPPJJ kat opis aku.Dekat skit lau aku melalui pintu blakang. memang jumpa trus makmal 5 tu.Sampai jer pintu nak masuk class tu.. ada meja laa plak.. awek mana ntah 2 orang duk kat meja depan pintu masuk tu.Duk sengih sengih.. cam kerang busuk pepagi ni.Aku bagi laa salam sedekahkan senyum beruang aku ni kat dorang.. then masuk makmal.masuk jer makmal.. aku prasan dua tiga kepala.. dari blakang monitor.. kat makmal tu.. rupanya kak ayu,kak zila n kak sabariah dah sampai dulu.. setting apa apa yang patut before ngajar.sampai jer aku gi bukak pc kat blakang tu.. connect ke server LMS yang nak digunakan utk ngajar tu.. arghh.. aku lupa lak something yang aku kena buat opis aku.. so aku kluar jap.. gi bilik aku.. sampai jer aku blur jap.. tetiba jaa ada awek dlm opis aku.. berbaju kurung biru lak.. setahu aku.. bilik tempat aku keje tu semua laki.. aku mimpi ker.. then aku reverse balik.. tutup pintu.. pastu bukak balik.. Okeh.. confirm aku tak ngigau.. rupanya Zam n abg azhar from modular .. hmm maybe ada meeting kot.Aku pun buat kali kedua.. sengih laa kat Zam,salam Abg azhar tu.. then gi ke meja aku.. gi shutdown server PPSK yang aku plan nak test utk stability.

Then baru aku prasan.. ada disebalik cd cd aku tu.. tersorok lak.. surat memorandum pasal meeting smartcard.. arghh camner aku leh lupa.. ada lak.. team lain aku nak kena handle server dorang.. to make sure server tu running properly during the training.. and also to test the stability and the performance of the server before nak deploy utk Student PPPJJ registration tak lama lagi.Takpe laa im sure member2 aku yang lain gi meeting tu.. after all memang they all yang 100% libatkan diri with project ni.Nak tunggu aku.. ada jer projek lain duk masuk.Kadang emergency case kena gi buat troubleshooting.. lahaiii tu laa idup aku.

Hmmm.. so far Alhamdulillah class went well.. semua aku nengok cam paham jer.. adala dlm 9 orang jer.. yang bertitle DR,PROF ni.

Alhamdulillah,Server PPSK dah settle.. just tinggal nak buat Hardening jer.Skang kat tepi meja aku.. yang bising bingit dgn bunyi PC ni.. server PRN pulak.. server bukan main besar... mau naik semput gak nak ngangkat sorang ke meja aku.Server ni PRN mintak aku install Linux dorang nak implement E-learning portal.. most of the server yang aku jaga pun banyak melibatkan.. Learning portal using Linux as the based for the running the Application.Musykil lak..somehow Scsi controller semua detect.. but bila nak partition.. write protected lak.

Whoaa goin to stop right now.. balik bukak posa..

Neway.. Selamat Berpuasa to everyone

Saturday, August 06, 2005

Outstation - Kelantan here we come


Hmm the day before.. dapat call from bos.. as usual panggil masuk bilik dia.. and with 2 other staff kak zila and kak ayu.Bos inform aku,kak zila and kak ayu kena gi Usm Kubang kerian jadi fasilitator for Bengkel Moodle.Aduhh.. aku bab nak ngajar orang ni fail skit.. dulu penah tolong handle class mak aku kat skolah pun.. abis lari bebudak.But kali ni aku ngajar lecturer and our staff PPKT kat sana.Kak zila and Kak ayu incharge dalam training utk guna Moodle Application and aku more to setting up server using Linux+php+mysql+moodle and also some talk about security hardening for the server.



Went there for two days. Kali ni aku drive Keta kebal aku pi kelantan.. ni laa first time challenge utk keta kebal aku jalan jauh.. fuh.. cover filter aku bukak.. memang mengaum enjin sohc 1.3 aku hehe..Awal pagi aku gi seberang, amik kak ayu dulu, then baru amik kak zila..Sepanjang penjalanan.. kak ayu memang tak tido.. so ada laa teman while driving.. kak zila kat blakang perghh rasa dah sampai tanzania kot.So ada laa melalui few places yang aku rasa quite interesting.. especially.. tasik banding.. nice view.. but too bad.. i didnt bring my digicam. Fuh sampai sana .. we all stayed at rumah tamu.Hmm quite nice compare tu.. rumah tamu in penang ni.Kak zila and kak ayu duk sebilik. Aku solo.. haha.. memang terbuka slalu laa balcony tu.. bermaharajalela sambil macho mengconfig segala configuration utk presentation and traiining yang aku nak kena bagi sok.



So far training went well.. risau gak aku lau dorang tak leh follow.So far ramai yang leh follow since aku provide skali dgn manual yang aku preprare the night before(last minute punya keje). Malam aku bawa dua dua kak aku tu.. gi ronda ronda dlm town .. ntah explore punya explore skali terlepas ke airport.. dah laa certain jalan tu gelap gelap.. ada gak jalan yang gelap2 tetiba rasa cam tak konfiden patah balik hahaha.. kak zila nyer keja laa ni.. ape daa aku melalut no mood to write.. chow.

Saturday, June 04, 2005

Selamat Pengantin Baru Azizol & Wati




Fuh.. memang tricky nak ke Kota sarang semut.. aku sesat.. di YAN.. mula mula jalan biasa.. skali cam nak masuk utan punya jalan.. fuhh.. pengalaman yang.. tak dapek ku lupakan .Overall nice view di rumah pengantin pompuan.Depan blakang sawah padi.. sejuk mata memandang.Aku ikutkan convoi dgn Kak ayu, Aina, and Aida bolly devgan.. but aku lambat skit since aku singgah opis jap.. check on the Server yang majuk dgn aku 2,3 ari nie.We all bertolak around 11.30. Aku layan test keta.. 160kmh leh pi.. tak dapat nak layan top speed banyak keta on da road.



Wednesday, June 01, 2005

Melayan Blues until 2 AM and PPPJJ Registration - Day 2



Hmm.. sok pagi nak kena setup for second Photo Capturing Session at PJJJ.Hmm staff teknikal aku lagi dua orang can't make it.. sorang induksi, sorang honeymoon kat KL kot hehe.So tinggal laa aku sorang memprepare data utk every pc di pagi ari.. mujur abg rizman ada duk layan anime pepagi .so ada laa teman.. lau tak confirm kecut perut gua nak duk opis.Dulu skali "BENDA" tu duk main main lampu.Bila aku tegur.. dia on balik lampu.. pergh.. hantu awek kot.. dia sayang kat aku.. maybe nak ilangkan ngantuk aku.Once dah finish.. pekena.. jap sebatang.. then balik.





Balik umah plak.. gua lepak kat daput jap.. bagi makan kucing2 aku.aku pun sembang laa dengar dorang.Last last lepas makan dorang belah.. binawe tul.. bukan nak dengar masalah gua.. majuk laa tu.. pasai aku lambat bagi makan.


Monday, May 30, 2005

PPPJJ Registration - Photo Capturing Session - Day 1




That day.. have to in charge on setting up Photo Capturing Session.Early in the morning me and ruzaimi prepare all the equipment and brought to dewan.So went with my car to Pusat Komputer and borrowed USM Pajero to angkut all the PC.Damn lots of PPPJJ student that day.Setup every PC and Camera at each dewan.Dewan Kuliah H,W,S and DTSP.DTSP had 2 PC, DK H had 1, DK W 1 Pc and DK S also 1 PC.2 of the Modular staff Zam and Aida were there to assist us.Fuhh.. guess what? while we're bz with the registration, there is one incident happened whereby one tree have fallen onto 2 cars near to the Post Office.I were there.. at that time so i took some picture.The car was badly damaged.Perghh.. damn tireddddddd on this day.. so many things to cover..

Tuesday, May 24, 2005

Teh Halia Session di hari hujan @ Chowrasta





It was raining heavily that night.After class,stop by at mamak stall at chowrasta for a hot drink.Pergh.. the Teh halia was damn.. spicy.. did ask the mamak..bout the Teh halia he made.Told me that.. he put other things such as jintan manis,rempah ratus yada yada in the teh halia.No wonder aku rasa pedas sgt.Then took one bungkus of nasik lemak.. seat back n enjoy the food sambil melihat hujan yang turun dengan tenang skali



Friday, May 20, 2005

Configuring IBM OpenPower@EServer

Today,had to work in Boss's office since the new OpenPower server from IBM has arrived.Whoaa the box is damn too big and the server is black.. .So far so good ive managed to install Redhat AS enterprise Distro which comes together with the Machine.This machine uses PowerPC architecture and im supposed to do a benchmark on this server.One of the vendor were there to assist me.. since for the first time theres some slight difficulty on booting the OS and detecting the SCSI hardisk.And afterall the problem was because there is no OS being preinstalled on the server.But according to the Sticker on the Redhat AS CD, it says that it has preinstalled Linux on that box F#@#$k IBM.

Overall is nice.. havent done any benchmarking yet.. soonn.. mari melenjangkan server iniii.. no mercy beb no mercy



Gedabak...


the first appearance...


the first bootup screen.. cun ehh


vendor pun blurrr.. hahah


Redhat AS