Monday, June 29, 2009

Rumah di Puncak Jalil, Upacara Pecah Tanah.



Setelah bertekak bertarung dgn agent.. at last dapat jugak kunci untuk rumah ni.Memang kecewa dapat agent ni.. serabut aku dibuatnya.Syukur Alhamdulillah semua dah selesai. Insyallah ini laa rumah aku akan duduk lepas aku dah settledown nanti.So petang ni aku datang dgn tunang aku and adik aku naim.. untuk check rumah, check segala facilities dalam rumah apa semua then aku clear kan rumput2/lalang di halaman rumah. Kira Consider upacara pecah tanah la tanam pokok.. :). Location still being develop. So far satu kedai dah bukak. Aku nanti akan berjiran dgn zubir member ex HP dulu since dia pun beli kat area sini jugak :). Hmm aku nak kena buat kunci rumah, beli padlock baru,buat wiring lampu untuk blakang rumah.


Single storey house


Clearkan lalang2 depan rumah


Gali lubang untuk tanam pokok


mem merasmikan menanam pokok :)

Sunday, June 28, 2009

Putrajaya Critical Mass 26 June D day



Finally setelah 2 bulan aku miss Critical mass. At last dapat gak aku join malam tadi.Lama siot tak join kayuh dengan geng2 kat critical mass.. since kadang2 aku ada oncall belah malam support belah malam. Dapat text from Bro Azizan Fixie.. tanya aku pegi ke tak.. aku cakap on jer.. :). So belah malam.. pack bike aku dalam kereta.. this time aku ajak adik aku bagi dia merasa Critical Mass kayuh beramai2 since dia first time.



masing2 berkumpul menunggu masing2 setup bike



So far aku terpegun dengan mamat ni nyer bike.. ala2 tbolt

Kayuh start pukul 9.30 aku sampai dalam pukul 9.00 park depan Palace of Justice. Tengok ramai dah sampai.Semua duk sibuk setting bike masing2. Ni laa first time join depan Palace of Justice. Last aku join semua dekat double trouble. Kali ni .. aku tak ride kasi can adik aku kayuh beramai2. Biar dia merasa kayuh beramai2 malam2 macam ni.



Start agak lewat tapi no hal.. maybe masih menunggu kawan2 yang belum sampai. Daoh pulak duk distribute loceng.. utk 50 -100 early bird. So aku berpeluang dapat jugak haha. Loceng sponsor by Kedai Basikal TBFooksang.Thanks again.



Freebies for early bird.. loceng SUKA HATI!!! ( Doraemon voice)




Time aku tengah setup bike utk adik aku ride, tetiba someone tegur aku dari blakang. "Aku tengok kereta ni dari jauh dah tau sapa punya" haha.. skali geng lama PMC Protonmania Club Lee fiore. Fuh.. sapa sangka dari zaman melayan kereta at last skang melayan kayuh. Makin fit dia skang dari layan MTB dah jadi roadies skang. Selain tu... aku perasan azizan fixie baru sampai hehe.. memang kagum aku tengok dia ni.. mana tak.. biasa tengok orang angkut beskal dgn kereta.. pakai bike rack... dia pulak pakai motor dia angkut beskal.. dengan DIY bike rack dia.. hehe Zizan.. apa lagi. .kasi howto laa macam mana nak sangkut beskal kat motor.. hehe..



Azizan fixie sedang menunjukkan demonstrasi bagaimana nak angkut beskal pakai motor



Azizan.. hang kena buat howto ni dlm cyclefriday ahaha memang sempoi. Rugi tak amik video :)

Acara bermula masing2 dah gerak.. aku tengok adik aku macam semangat kayuh beramai2. So aku melepak dgn lee depan Palace of Justice tu.. lama dah tak berborak. Belek2 Roadbike Bianci dia.. sambil tu aku test drive. Waktu yang aku sama aku nampak si Haitsan patah balik.. "amacam", aku bertanya... "cannot go laa tak brapa sihat selsema". Dahsyat demam2 pun melayan kayuh gak. Aku suggest suh dia rest jaa.. melepak borak2.. tinggal kami bertiga kat situ berserta mak2, anak2 yang bermain2 kat situ menunggu ayah2 dorang2 melayan nafsu kayuhan haha.







Dalam duk mengetest roadbike lee skali si lee fiore sound aku.. " nak test ride .. go ahead laa" erkk.. apa lagi.. orang dah pelawa.. hantam saja laa.. " err lee aku test ride jap.."

Trus aku shoot lalu jalan geng2 tadi kayuh.. mantap roadbike ni.. since aku memang tak penah layan makin lama kayuh.. makin jauh plak.. duk kejar geng2 tadi.. skali depan aku ada dua geng duk kayuh berdua.. sambil kayuh sambil sembang.. last2 skali.. rupanya member lama zaman IRC dulu si aremet haha.. sapa sangka kan.. at last jumpa jugak ko ek..

Last2 sedar2 aku dah sampai balik Palace of Jusctice whoaa.. baik punya layan test drive.. hehe.. apa2pun thank lee kasi aku melayan bike hang.. memang sempoi :). On that night.. ramai member2 yang aku jumpa.. lee fiore, Azizan fixie, Adi audio, haitsan, sam( tokey kedai beskal panel aku pun kayuh skali) ramai lagi yg tak terlist. :)


Adik aku dengan sluar skinny merah..


Adimang and da geng :)




fixie bike

Friday, June 26, 2009

Putrajaya Critical Mass - 26 June 2009




Date: Friday, 26 June 2009
Venue: Palace of Justice (Istana Kehakiman), Putrajaya
Meeting time: 9.00 PM
Ride time: 9.30 PM
Distance: About 20km
Ride speed: 15-25km/h


What do you have to do?
Be the first 50 to come (sharp!) and register with us.
Once you got your cute bike bell, take a picture with us with your bike and a cool post.
So come with your coolest outfit! Spot on a Pink Floyd or your Devo tee and jeans and sneakers or whatever than your lycras and tights!
We're putting it on our blog! (Ramai anonymous kecik hati gambar tak masuk kan? kan? Haha!)

Thursday, June 25, 2009

Trip to Sungai Chilling memang Chill!



Lama aku tak update blog ni. agak sengal and serabut lately. Last 2 weeks aku berkesempatan ke Sungai Chilling. Actually tunang aku pelawa aku join dia punya company punya outing. So since aku pun serabut sgt dgn office keje apa semua. Aku decided why not join dorang ke Sg Chilling dah lama aku tak melayan mandi air terjun melayan sungai melayan jungle trekking. So aku pun ajak laa adik aku si naim pun join sekali trip tu. Tunang aku drive Kenari dia pagi tu menghala ke Selayang stop dekat Petronas dekat Giant bawah flyover sampai tengok semua geng2 opis dia dah sampai memang sah kami kantoi terlambat akibat aku sedap terbongkang haha.

So ari tu dalam 5 biji kereta.Semuanya ofismate tunang aku. So kami bergerak menuju ke Sungai Chilling yang terletak di Kuala Kubu Baru. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam juga. Melalui selayang.. rawang time ni teringat macam nak balik Penang ikut jalan
lama .. lama aku tak balik penang hmm..


View My Saved Places in a larger map





Sebelum sampai ke Sungai Chilling dorang stop kejap dekat empangan kalau tak silap aku. Masing2 melayan ambil gambar. One of opismate tunang aku baru angkat SLR so melayan menembak laa mamat tu. Masyallah indah betul pemandangan kat situ..



Aku pulak ambil peluang ni untuk berkenal kenalan dan juga beramas ramas mesra dengan opismate2 tunang aku.



Aku suka gambar ni. Ini adalah kesan2 apabila overdose tido dalam kereta




Sempat posing before meneruskan perjalanan. Aku tengelam di belakang sibuk duk tengok bawah geram tak bawak rod mancing confirm Toman bermaharajalela.



Akhirnya sampai. First time aku sampai sini. Dari pemerhatian aku.. tempat tu takde area parking lot main redah ja parking tepi jalan. Entrance masuk pula berada betul2 di tepi jalan.



Entrance ini betul2 terletak di tepi jalan. So dari sini kita perlu berjalan menyusuri denai menuju ke pintu masuk Santuari Ikan Sungai Chilling.



Menuju ke Pintu Masuk aku rasa jaraknya 100 meter dari entrance gerbang tadi




Akhirnya sampai ke pintu masuk Sungai Chilling. Boleh nampak memang betul2 ada pintu pagar so memang bukan boleh sesuka hati saja boleh masuk.



Beberapa larangan sewaktu aku sampai di Pintu masuk. Since tempat tu pun Santuari Ikan memang dilarang keras memancing.



Setiba di pintu masuk, kami diminta untuk mendaftar nama kami berserta IC dan juga no telefon just incase kalau something happen sesat tak jumpa jalan ker .. so ada laa nanti rescue party on da way. Selepas mendaftar masing2 duk warmup.. since tempat yang ditujui masih jauh lagi. Ada beberapa member opismate tunang aku yang dah pernah sampai so dorang tau la.Bagi aku.. pergh lama gila aku teringin nak melayan jungle trekking.Jauh dari hiruk piruk kota.. jauh dari phone yang berdering2 dengan segala bermacam2 critical issue yang serabut mabut malam2 jauh dari asap2 kenderaan yang berhamburan asap2 yang terpaksa aku menyedut.





Kami meneruskan perjalanan selepas perut dah diisi bagi memperkuatkan tenaga untuk berjalan.Kami melalui titi ini. Titi entrance untuk menuju ke Air terjun itu. Aku pun mula2 heran apasal Pakcik guard tu cakap cuma boleh lalu 4 orang dalam satu masa. Rupanya takut runtuh pulak jambatan tu. Tambah2 pulak muatan aku ni pun dah boleh kira macam 2 orang punya lalu haha. Aku tengok jambatan ni... teringat Penang Bridge haha.. dengar jer air sungai.. pooooffff ilang tensen ilang serabut pala kejap.. dengan bau hutan..






Kami meneruskan perjalanan. Rata2 perjalanan mengambil masa 30 min - 1 jam. Memang serius single trail.Di kelilingi hutan. Memang kiri kanan tak nampak ada trail lain




Denai2 pun agak lecah memang time ni.. kasut abis basah belasah jaa macam laa tak biasa layan MTB pun sama saja. Tapi aku kagum dalam duk redah2 selut dengan lopak2 air ni. Takde pulak lintah dgn pacat.So aku rasa ok laa sgt sapa2 yang nak datang. Pegi dan balik memang lintah takde satu pun yang menyedut darah aku.






Setelah penat berjalan akhirnya kami sampai ke satu river crossing either way memang kami kena lalui laluan ini untuk ke Air terjun tu. So far the first river crossing ni memang takde hal. Memang sampai betis jer. Aku dah garu pala dahconfirm beku telur aku kena air.




Then meneruskan perjalanan kembali.. dalam waktu perjalanan memang banyak betul obstacles pokok jatuh.. ada yang lalu celah2 pokok ada yang lalu celah2 batu.



Sampai ke river crossing yang kedua. memang banyak betul river crossing. pergh.. sejuk telur.



Kelihatan salah seorang dari anggota expidisi cuba untuk mencari ikan untuk di buat asam pedas





Lalu kami masih meneruskan perjalanan kami.





Kami tiba lagi ke satu lagi river crossing. Kali ni agak mencabar jugak since arus deras. Arus yang deras membuatkan badan tak brapa balance.






Then river crossing yang terakhir. Memang dalam betul. Sampai paras pinggang dah. Air memang sejuk gila.Arus deras betul time ni. Memang rasa tak brapa nak balance. Beg masa tu pun memang kena angkat tinggi kalau tak memang confirm basah.Memang banyak river crossing sebelum sampai ke air terjun Chilling. Aku rasa 6 kali jugak merentas sungai untuk ke sini.



Alhamdulillah finally sampai. Masyallah memang tinggi betul air terjun tu. 100 meter ada kot dengan bunyi air terjun yang kuat. Pergh memang teruja time ni. rasa nak londeh semua pi terjun trus. Tapi memandangkan aku bukan berseorangan, tabiat dan tabii aku perlulah dijaga. Kalau aku sorang confirm kanak ribena dah..




Memang ramai orang time tu. Tempat dia tertumpu disitu saja. Memang tak boleh ramai laa sgt dalam satu masa. Air jangan cakap.. memang sejuk teramat.. aku tengok ramai terketar2 time tu. ada yang mandi kejap pastu give up trus naik atas haha.



Aku paling suka swim menuju ke tempat air terjun.Sapa2 datang try laa dulu. Gila kuat arus.. aku punya laa swim.. ke situ. Tak sampai2 tensen aku. Pastu aku tengok pakcik tua selamba jer sampai situ sentuh batu tu. Pergh.. tercabar jugak time tu.. umur dia pun aku rasa dalam 50an pun steady jaa belah arus.. aku keep on mencuba dan mencuba tak boleh2.. last2 pakcik tu tegur aku.. " You jangan try surface cuba dive.... bawah current not strong at all.. " aduh.. nape aku tak fikir pasal tu patut laa dia dive jer ke sana.. then aku trus cuba.. seriously memang rilek jaa kalau dive swim dari bawah.. memang tak perlu banyak effort. Memang so far kenangan yang paling best. Memang betul2 retreat vacation ilang segala problem kejap. Apa2 pun.. memang aku rekemen datang.. quite a nice place.Insyallah aku nak ripit lagi.. nak lawan arus haha. To my syg, Thanks baby for a wonderful retreat :)









Posing sebelum pulang




Mangsa penderaan. salah sorang owner opismate tunang aku. Memang total loss.. akibat redah sungai