Tuesday, December 28, 2010

Annual Dinner Night of 1001 Jobs



Seperti biasa..setiap tahun, company aku tak pernah miss anjurkan annual dinner setiap tahun dan juga seperti tahun-tahun yang lepas bila annual dinner diadakan, confirm punyer akan ada sesuatu menatang pelik yang depa suruh buat or pakai. Contoh masa waktu Happy Halloween dulu haih.. terpaksa pakai tema halloween ke pejabat. Aku memang tak paham motif company ni.. memang sesuatu .

Kali ni pulak Tema dinner adalah berkenaan 1001 pekerjaan laa pulak. Bila aku fikir balik, gila depa ni takde kejer. Pulak tu bagi syarat. Syaratnya tak boleh pakai yang ala nerdy or geeky office attire macam biasa ke pejabat. Dorang yang yang beruniform atau lain dari biasa pakai ke pejabat. Aku pun tak pasti apa nak pakai. Dah ujung tahun ni ada jer benda yang nak kena keluar duit. Ada yang suggest aku jadi Scuba Diver, Askar, Polis, Bomba masalahnya mana aku nak cari uniform semua tu. Mau kena belasah dengan Abg polis kalau aku tanya. Team member aku pun duk pening nak pakai apa.Semua duk fikir nak bajet tak nak membazir tapi nak smart..tambah2 gaji pun belum masuk lagi..last2 aku decide suruh dorang pakai semua saja. Aku belasah jer time tu Apakah pakaian itu..?

Mempersembahkan .....


Balada Construction Sdn Bhd. Confuse staff hotel ingat ada maintenance paip pecah mana2 dalam hotel.


Cost kelengkapan Helmet contractor RM6 + Glove RM2 + Vest Keselamatan RM 4  TOTAL = RM12
Yaa RM12 untuk set kelengkapan yang hensem macam bangla.. hahah..Seumur hidup aku ni laa first time aku pakai macam contractor masuk dalam hotel. Dekat lobby orang dah pandang pelik dah adehh..

Annual dinner hari tu bertempat di Maya Hotel berhadapan Zouk. So far malam tu happening la since macam2 jenis costume dorang pakai. Ada yang jadi Petani, SWAT, Polis,Pilot,Doctor. Food pun quite ok. Paling orang duk tunggu malam tu adalah Lucky draw company buat lucky draw utk GPS, LCD TV, Mac Book, IPAD auction fuh riuh rendah malam tu.


SWAT, Banduan( aku tak pasti tu Pekerjaan adeh). Polis, Lawyer

Dari kiri: Askar, Tokey Kedai Sushi, Contractor, FBI, Awek Moto GP, Stewardess Kapal mana ntah, Pilot

Ada jugak yang mai pakai jadi Cikgu Sekolah, Leftenan Pilot

Staff US yang jadi Toy seller, Polis Hong Kong, Polis jugak , Doctor , Nurse, Orang gaji atasan :)


Chef , Contractor


Engineer Oil and Gas

Petani, Doctor, Petani berjaya, Contractor( Gila malam tu ramai pesaing) Pilot, Chef

Alhamdulillah malam tu aku dapat gak Lucky Draw. GPS Garmin Nuvi 1250 .





Lepas ni boleh layan mountainbiking dengan GPS baru hehe :)






Monday, December 27, 2010

Trip to Expo MAHA



Fuhh lama aku tinggal blog ni. Tak sempat nak update segala benda yang aku buat. Trip MAHA 5 Dec still dalam draft mode. At last dapat aku update hari ni. Walaupun dah berkurun.. tapi still dalam bulan Dec hehe :). Dah ada draft. Rugi tak update.
Last week aku,wife dan family aku termasuk maklong dan nana ke MAHA di Maeps. Hari ni hari last MAHA. Sebelum ni aku pernah cuba nak pergi tapi memang betul2 pack dengan orang yang datang..even jalan menghala ke serdang pun jadi.. jadi tumpuan orang ramai.Highway kiri kanan sebelah maeps pun boleh orang bantai parking kiri kanan.Aku pun heran apa yang special sangat MAHAS ni...even aku pun tak pernah lagi ke MAHA.


Beratur panjang

Selamba jer pakai tractor
Mama,ayah and maklong naik buggy yang disediakan untuk sapa2 yang penat nak berjalan jauh 

Kebetulan pulak Maklong aku memang kerja Mardi so dia la yang bawak kami ke sana. Dah nama pun staf Mardi, memang terasa diri ni special sebab maklong aku ada pass Maha tak perlu nak queue panjang terus bypass masuk ke dalam kawasan maeps hehe. even siap bawak laluan short cut yang berupa offroad ke kawasan sekitar maeps. Banyak booth di MAHA berkenaan agro pertanian,perternakan. Macam2 jenis teknologi yang dipamerkan. Since Maha dua tahun sekali, aku ambil peluang ni untuk collect seberapa banyak contact dengan company2 yang ada mana tahu tetiba kepala aku gila nak venture dalam pertanian atau perternakan waktu aku nak dekat pencen nanti.

Dekat salah satu booth yang buat dekorasi menggunakan sayur sayuran dan buah buahan


Tembikai 4 segi. Memang first time aku tengok bentuk tembikai macam ni


Pelbagai peralatan dan jentera untuk pertanian

 
Ayah sempat berposing dengan Lobster hidup yang bakal dimasak

Food sample heaven. Dekat Bazaar makanan. Memang kenyang dengan makanan2 sample.

Dekat booth Kopi Hang Tuah. Siap ada gimmick letak mamat Hang Tuah ni depan booth dia.. tak bergerak pulak tu.Serius ja muka. Salah satu strategi pemasaran dorang.


Suasana di luar dewan expo yang makin sesak dengan orang

Orkid heaven.. berlambak orkid yang dijual macam2 jenis.. khas buat Orkid lovers


Then Maklong bawak ikut shortest route ke next Maeps location laluan offroad hehe..sempoii


Akibat kereta adik aku lowered terpaksa turun dari kereta..takut sangkut


Sempat lagi berposing tuu hahaa


Kawasan famous dengan tanaman labu air dan petola yang besar2 dan panjang


Tanaman tomato kecik Di kawasan yang mempunya Rumah2 semua Negeri. Tak de apa sangat lebih kepada mempromosi and memberi penerangan berkenaan apa aktiviti pertanian dan jenis2 pertanian di setiap negeri.
Apa pun memang layan Expo MAHA ni. Banyak teknologi baru yang boleh belajar and banyak benda yang aku sendiri tak tahu dan tak pernah belajar.. staf2 pun bagus dalam memberi penerangan.. banyak yang aku belajar hari tu.Lepas ni boleh laa aku add dalam project list aku. Another passive income project.. Mana tahu insyallah rezeki mendatang boleh aku cuba masuk bidang pertanian pulak.






Wednesday, December 01, 2010

Cedera Parah

 Kecederaan yang memeritkan hati.. dunia gelap seketika.


Kecederaan yang parah di Hati dan juga di poket..Valve bengkok, Rocker arm patah.. memang confirm timing belt. Gigi timing belt dah haus Bak kata P.ramlee dalam Filem Pendekar Bujang Lapok

COBAAAAAAAAAAANNNNN!!!!!