Thursday, August 27, 2009
Apa aim anda?
Walaupun sepatutnya dari awal kita setkan aim kita, bagi yang masih vague aimnya, bolehlah setkan semula...
Mengaplikasikan apa yang saya belajar dari Dr CH, health enhancement program, kita boleh menetapkan matlamat kita menggunakan model SAME (yg recent punya guna SMART?):
S - Specific
A - Attainable
M - Measurable
E - Enjoyable
FYI: ni la model yang kami kena guna dalam OSCE, which is one of the stations I like. Bila patient tu dah berada dalam preparation stage - nak teruskan kepada action, para doktor kena tolong mereka setkan matlamat perubahan mereka. So, why not use it in our daily life, ey?
So, untuk Ramadhan ni.. apa objektif yang kita nak capai? Kita nak keluar dari Ramadhan ni sebagai hamba Allah yang lebih baik dan bertaqwa. Betul eh.. (2:183)
Tapi, untuk lebih specific, aspek apa yang kita nak ubah? Banyak nih.. So pilih satu. Contoh untuk saya, study. Let's see macam mana kita boleh guna model nih.
Specific = nak habiskan study anatomy sebelum praktikal anatomy mula semula (which is in 2 weeks time)
Attainable = is it relevant and rational to the given time? Yea.. I guess so. 2 weeks of urban = tak banyak kelas.. So I think I could probably finish all the syllabus by then. One chapter for 4 hours.
Measurable = list down all the syllabus and tick as I go, maybe set due dates.
Enjoyable = go to the library. study group? use flash cards. make interesting notes, draw it although my drawing is horrible. Find online quizzes or interactive website. And, apply it!
So, itu salah satu aim saya. Nak perbaiki ilmu saya tentang anatomy (+ kerajinan untuk belajar) sebelum keluar Ramadhan. Insha Allah!
Kalau dalam ibadah atau akhlak atau any aspects pun kita boleh guna model nih..
Apa gunanya ilmu kalau bukan untuk diamalkan dan dikongsikan? Camtu baik letak dalam buku je. Menyusahkan hidup je nak menghafal.
Then, reflect back our aim, whether we can maintain it or go into relapse. Don't worry, relapse doesn't mean you failed, we just need to look back and fix what is not right with the aim. (haha, typical dialog). But, yeah..
Ramadhan dah makin meninggalkan kita detik demi detik. Cepat sangat masa berlalu. Terkadang terasa diri ini leka dalam mencapai matlamat untuk Ramadhan, kadang jadi slow dan macam2lah dugaannya..
So, Iman, setkan aim dan fokus! Jangan rugi! Be the best! Chaiyo!! Allahumma yassirli...
..Allahumma innaka 'afuwun kareem tuhibbul 'afwa fa'fu 'anna..
Wednesday, August 26, 2009
Mamaku..

Hurmm.. Moga Allah beri kekuatan, untuk teruskan perjuangan... Insha Allah.
Mama and Baba are my two role models after Rasulullah... That is how it is suppose to be.
Tadi pergi berbuka di rumah kak Wani dengan anaknya Maryam, 5 tahun. Teringat kenangan dulu. Teringat macam mana Mama jaga Iman sorang2. Teringat masa kat airport, Iman pelik tengok Baba tinggal tak ikut kita masuk kapal terbang...(yes, still remember that feeling clearly until now..confused and sad.)
Baba selalu pesan pada Iman supaya study rajin2 (I still remember u told everyone in Kuantan before I went to OZ that I was lazy.. yeah, thanks. huhu). Suruh ikut langkah Mama, jadi top student di Tanta. Kalahkan Pak dan Mak Arab. Memang Iman tabik. Tapi entah bila Iman nak jadi top student. I've always been expecting the least. Isk..
Mama pula cakap Baba top student during his audiology masters in UK. And of course mum too. Berkat anak2 ye.. Alhamdulillah. Walau hidup serba kekurangan, Allah percukupkan untuk kita. Hurmm..
Insha Allah, mungkin Iman akan ikut. It's in my nature, min fadhli rabbi. Baba asyik suruh Iman ikut Mama (kononnya kuat study..), padahal Baba lagi banyak persamaan dengan Iman. He just doesn't want me to know that I'm just like him. Huhu. Denial!
I love you guys.. No matter how 'weird' you guys could be (but still fun!). hehe.
Ma.. take care. Ba.. take care too. Jgn la menyelam or berenang agresif sgt..nanti krem lagi.
"Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu! KepadaKu tempat kembali" [[Luqman : 14]]
Luahkan, jangan disimpan lafaz itu...
Pertalian darah daging antara anak dan ibu bapa boleh terputus bila terputusnya nyawa (atau bergaduh), tetapi pertalian aqidah antara anak dan ibu bapa takkan terputus hingga ke Syurga, Insha Allah.
[[52:21]] Iman nak Baitul Mukmin kita bersama di Syurga, biiznillah insha Allah.
Halalkan segalanya yang anakmu peroleh melalui kalian... Uhibbukum fillah (ana habbak awi!!).
....Terima kasih Ibu, terima kasih duhai Ayah....((Aeman))
Syafakillah Mama.. Moga sihat selalu Baba. Fi amaanillah.
Sunday, August 23, 2009
SaQar?
Nak kongsi tentang surah Al-Mudassir.
Menarik.. Surah ni pernah saya hafalkan masa f2. Tapi sekarang dah lenyap (disebabkan noda hati dan tak memanaskan hafalan). Tahun ni saya pilih untuk jadi Imam membacakan surah ini, supaya dapat ingatkan kembali... Astaghfirullah (dosa tak ingat surah yang pernah dihafal, tp bukan pula alasan untuk tidak menghafal!). Memang itu salah satu aim Ramadhan ini, memanaskan kembali segala hafalan dahulu, InshaAllah.
Al-Muddassir adalah surah yang kedua diturunkan (ayat 1-5)
Awalannya saja sudah mengandungi pelbagai buah peringatan.
Dari ayat 1-7, Rasulullah diberikan 2 tugasan.
Yang pertama:
Qum fa anzir = Rise and warn! (bangun dan beri amaran)
- memberi peringatan kepada orang lain.
Yang kedua:
Menjadi role model, dengan cara:
1) Warabbaka fakabbir = worship Him alone.
- diletakkan rabbaka di depan, untuk menyatakan bahawa hanya ada SATU Tuhan iaitu Allah untuk diagungkan. "Dan Tuhanmu, agungkanlah".
2) thiyaabaka fatohhir = bersihkanlah pakaianmu.
- Mengikut tafsir, menjaga imej dan tingkah laku. "Purify your conduct".
3) warrujza fahjur = tinggalkanlah segala perbuatan yang keji.
4) la tamnun tastakthir
- jangan harap untuk mendapat balasan Dunia dari segala usaha.
5) wa lirabbika fasbir = be patient for your Lord's sake.
- dugaan dan cabaran dalam menyeru kepada kebaikan, hendaklah bersabar...
Allah beri tugasan kepada Rasul, berserta dengan 'guidelines'nya. Di mana kita juga perlu mempraktikkannya..
Dan lagi dalam surah ini, Allah peringatkan tentang Neraka Saqar. Dan Allah bagi pilihan samada kita hendak mengambil peringatan itu atau tidak. Maka rugilah orang2 yang tidak beringat...
Bagaimana neraka Saqar itu tidak akan melepaskan orang yang dicampakkan ke dalamnya, menghanguskan kulit manusia. [[74:27 - 29]]
2nd degree burn; Menghanguskan kulit. Sakit tak terkata! Kulit kita sangat banyak dengan receptor sakit... Mahukah kita?
[[74:35 - 47]]
Kemudian, Allah outlinekan ciri2 orang yang dimasukkan ke Neraka Saqar. Apabila golongan kanan (golongan yang masuk ke Syurga) menanyakan mereka yang masuk ke Saqar, kenapa mereka dimasukkan ke Saqar? Ini jawapan mereka:
- Tidak melaksanakan solat
- Tidak memberi makan orang miskin
- Membazir masa dengan berbual kosong
- Mendustakan Hari Kiamat
Again, lets reflect ourselves.. Jangan ingat ini adalah hanya peringatan kepada orang kafir, malah Muslimlah yang sepatutnya lebih mereflect diri sendiri kerana kita yang akan membaca Al-Quran ini.
Juga, jangan ingat mendustakan Hari Kiamat hanya di'apply'kan kepada orang kafir yang tidak beriman. Jika kita tidak takut melakukan dosa, itu pun dikira tidak mempercayai adanya Hari Kiamat. Istighfarlah mohon ampunan.. Moga kita menjadi orang2 yang selalu takutkan azab Allah dan mengharapkan maghfirah dan rahmatNya.
Bila dah dapat seru tu, taubatlah cepat2.. Moga Allah hapuskan segala dosa sebelum kita pergi menghadapNya...
Pintu langit keampunan Allah itu sentiasa terbuka sehingga nyawa dikerongkongan.
Menarik, saya cuba tonton Nur Kasih yang sering disebut2kan di kalangan kawan2.
Watak Adam sememangnya menarik. Saya pun pernah menjadi seperti Adam (tp baik sikit la..cuma rebellious). Lumrah untuk anak bongsu. Maafkan Iman, Ma, Ba.
Tapi, lagi menarik bila mereka mempamerkan dialog yang agak realistik:
"Dosa Adam la bang, Adam boleh tanggung. Kenapa orang lain nak susahkan pasal Adam?"
Lps tu abangnya menjawab:
"Orang susah sebab orang sayangkan kau, Adam". huee..
Ramai orang fikir macam ni...
"Jangan jaga tepi kain orang~" "nanti masuk kubur, kubur masing2"~
Waah...sedapnya kan. Memang, memang dosa itu ditanggung sendiri. Tapi, kita kenalah saling ingat mengingati, dan semestinya yang menegur itu sangat sayang kepada orang yang ditegur. Sbb taknak, tak nak dia sengsara nanti. Bukan hanya nak menyibuk dan berlagak baik. Kalau api kat dunia ni kita dah menjerit kena sikit, bayangkan api yang entah berapa kali lebih panas kat Akhirat nanti... Mestilah kita nak sama2 rasa kesenangan dgn orang yang kita sayang, bukan?
Cuma mungkin, cara teguran tidak betul. Kena lebih lembut, lebih berhikmah.. Barulah orang akan cair.. Hurmmm.. betul2!
Adab untuk tegur dan menerima teguran:
Yang tegur, kenalah baik2, berhikmah, tidak memalukan, penuh dengan kasih sayang.
Yang ditegur, cubalah buang perasaan ego, perasaan negatif dsb. Bukakan hati dan minda, kalau nak marah...diam2 dalam hati dulu. Sbb kadang2 mmg orang tu betul. Kang meletus dulu, kita juga yang malu kemudian nanti.
Nanti bila orang dah tak tegur, haaa baru menyesal. Rasa senang, tapi lepas tu akan rasa ada kekosongan.
Syaitan akan selalu memujuk manusia, "Allah itu Maha Pengampun. Masuk neraka sekejap je, lepas tu nanti masuklah Syurga, sbb engkaukan mengucap...".
Wa nauzubillahi min assyaitonnirajim..
Moga kita ramai2 menjadi golongan kanan. Ajak orang lain sekali supaya jadi golongan kanan. Jom!! Sahabat2ku yang disayangi, ana uhibukkunna fillah. Jom sama2 kita ke Syurga ;).
QUM FA ANZIR!
Allahumma innaka 'afuwun kareem, tuhibbul 'afwa, fa'fu 'anna.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Pengampunan, Engkau sukakan pengampunan, maka ampunillah dosa2 kami... Ameen.
Puasalah puasa yang membuahkan ketaqwaan, bukan hanya puasa menahan lapar dan dahaga. Rugi...buat lapar sesaja je.
Wallahua'lam.
Friday, August 21, 2009
Free Zone
Free dari apa?
Tax? Itu Langkawi.. Regulations? Tak tahu la ada ke tak. ... But nah, this one is different. Free from syaiton!
Yes, we are now entering the free zone. Are you aware? Are you ready?
This is the time we can watch our nafs, whether it has been a good learner to the syaiton, or a good follower of the Imaan.
If you do bad things (it's a bit harsh, but I dont want it to be seen as 'just not really good'); Western musics (well, it can make our hearts become gloomy), movies (especially with unappropriate or unIslamic scenes), talking craps etc. Wow, that's really harsh! Sorry to say.
Saya pun kadang2 terbuat jugak perkara2 ni...sbb tu la saya nak ingatkan diri saya dan diri sahabat2 lain, dont do this please. Kalau boleh kita jadikan semua aspek hidup kita tu baik, Muslim Kaamil. Kadang2 kita keliru, ni baik ke buruk ek? Dosa ke tak ek? Tapi, Rasulullah suruh kita minta fatwa hati. Itu pun kalau hati kita suci... Adakah kita rasa takut (samada dgn manusia dan selainnya)? Adakah kita rasa bersalah, dsb.
Ramadhan Kareem bakal bertemu kita malam ini (1 Ramadhan 1430 @ 21 August 2009 @ Malam Sabtu). Syaitan2 akan dibelenggu.
Daripada Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila Ramadan tiba, maka pintu syurga akan dibukakan dan pintu neraka akan ditutup serta syaitan akan dibelenggu." (Riwayat Bukhari No. 1898 dan Muslim 1079)
Mungkin ada beberapa pendapat ttg huraian hadith ini.. Kalau nak tahu lanjut, boleh layari link ini.
Rebutlah peluang zon free ini dengan melakukan sebanyak mungkin ibadah yang ikhlas, serta perbaiki diri kita.
Untuk muslimah, mungkin boleh cuba menutup aurat dengan cara yang diperintahkan Allah (Insha Allah will talk about this later), dan sama2 kita cuba jaga ikhtilat (pergaulan lelaki dan perempuan).
Janganlah kita sia2kan... Kalau kita pergi Langkawi (yang tax free), mesti berhabisan kita shopping, sbb kita tahu kat tempat lain barang2 tu mesti mahal. Sepertinya juga di bulan yang penuh keistimewaan ini. Naknya lagi, amalan2 sunat Allah ganjarkan bagaikan amalan fardhu. Malam lailatul Qadar yang penuh ganjaran... banyak la lagi.
Sale! Sale! Sale!!
Jualan yang paaaling menguntungkan. Bygkan fossil, roxy, sketchers, scholl, gucci, (apa2 la yang korg minat..) dsb, sale sampai sikit2 lagi nak jadi free...Mesti kita bolon habis time tu kan?
Jadi, jom! Jom pasang niat untuk merubah diri. Peluang yang terbaik. Bukanlah hipokrit jika kita cuba berubah kepada yang lebih baik. Malah lebih rugi dan bodoh jika kita tidak merubah sesuatu aspek (at least satu) dalam hidup kita setelah keluar dari bulan Ramadhan ini. Insha Allah, bila kita buat baik, kebaikan tu utk diri kita sendiri (and our parents, and ancestors).
p/s: Me?? nak ubah byk benda. Starting with, study.. hek hek. Doakan saya!!
Astaghfirullah, moga orang yang berkata ini paling buat apa yang dikatakan.
Selamat berpuasa dan selamat bermujahadah (berjihad..melawan nafsu) semua! ^_^
Thursday, August 20, 2009
Perang..

Jihad! Jihad! Berhabis2an sehingga ke kudrat terakhir. Tapi, sukarnya. aaa..belum lagi perang angkat senjata, ni baru perang dengan buku pun dah tewas.
Aduh..lemahnya hambaMu ini ya Allah.
aaaaa..
Studying is fun! EnjoyablE! besT!! hueee..paksa paksa!
(adehh..sorry la..bg org yg belum kenal. Inilah saya. Seorang yang susah nak mulakan ulangkajinya. sesiapa blh tlg..silakan.....).
next week xm~ n i've not done my best yet! ohhh ya Allah..
k k..focus!
maybe I need to go to the library as usual..
Korg yg diluar sana jangan la jadi macam saya ye..
Rajin2lah kamu...
Usaha ni dapat pahala. Cuma diri saya yang kena hebat berperang. Astaghfirullah. *sigh*
Tapi, ingat... Rezeki tu Allah yang beri. Jangan kecewa2 ye.. :)
biTtaufiq wannajah!
Tuesday, August 18, 2009
L.o.V.E
.L.
.O.
.V.
.E.
in our heart...
Love for Allah = pleasure Him with what He likes, and not doing things He dislikes.How to know? Read and learn! And join support groups... Get to know Him.
Wallahua'lam
Sunday, August 16, 2009
Surveillance? Takutlah kamu..
Indahnya, iman kita pun begitu. Perlu disertai dengan perasaan ehsan/ihsan. Iaitu... bila kita lakukan ibadah atau apa2 saja dalam hidup kita, kita patut dan harus rasa macam kita melihat Allah, atau paling tidak, kita merasakan bagai Allah melihat kita. (Hadis 2/40)
Macam video surveillance tu la. Bila kita rasa ada orang yang melihat kita sentiasa, mesti kita rasa malu dan takut nak buat sesuatu yang tak baik.
Cthnya chatting benda mengarut ke, tengok cerita yang tak mengingatkan kita kepada Allah, atau melanggar apa2 yang Allah larang, dsbnya...
Tapi...kenyataannya susah sangat kita nak ada perasaan ihsan ni.
Memang susah.. tp tak kata mustahil.
It's always possible.. Cuma perlukan mujahadah yang kuat.
Berkata pada hati yang paling dekat dengan mata, otak dan tangan yang menyampaikan. Astaghfirullah..
So, jom sama2 kita bangkitkan rasa ihsan kita, iman kita di bulan Ramadhan kali ni..
Bulan yang penuh barakah, madrasah yang paling baik untuk kita didik diri dan capai matlamat2 yang akan menguntungkan.
Semoga kita keluar dari sekolah Ramadhan dengan ijazah sarjana seorang Muslim yang Kamil....
Insha Allah.
Friday, August 14, 2009
Wasiat untukmu.
SubahanAllah.
Suka sangat video ni. Wasiat Umar kepada para tentaranya. Beginilah pemimpin yang kita inginkan. Bukan mereka yang inginkan gah, sombong dan ego. Umar Al-Khattab seorang khalifah yang hebat, tapi dengan rendah dirinya mengatakan bahawa dia dimuliakan hanya kerana Islam.
Hadis Rasul: "An-naasu ma'adin, khiyaruhum fil jahiliyah, khiyaruhum fil Islaam, iza faquhu". [[Riwayat Bukhari dan Muslim]]
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”...
Logam yang berharga tak kira situasinya, contoh paling baik adalah Umar Al-Khattab r.a.
Bukti wasiatnya mengena sehingga zaman kini. Umat Islam tidaklah sehebat mana dalam kelengkapan perang, tapi kita hebat kerana iman kita kepada Allah.
Ayyuhal Muslimuun! Qum! Arruhul jadid.. Membina base yang kukuh...
Thursday, August 13, 2009
Tak sama..
"Katakanlah (Muhammad), "TIDAK sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu, maka berTAQWAlah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sihat, agar kamu beruntung".
[[Al-Maidah, 5:100]]
Kalau kamu rasa kamu waras dan nak beruntung, maka bertaqwalah kepada Allah.
Taqwa itu perasaan takut kepada Allah iaitu seorang hamba melindungi dirinya dari kemurkaan Allah, dan juga siksaNya.
-> At-Takwa dalam Al-Qur’an mencakup tiga makna iaitu:
Pertama: takut kepada Allah dan pengakuan superioritas Allah.
Seperti firmanNya: Artinya: “Dan hanya kepadaKulah kamu harus bertakwa.” (Al-Baqarah: 41).
Kedua: Bermakna taat dan beribadah, sebagaimana firmanNya:
Artinya: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya takwa”. (Ali Imran: 102).
Ibnu Abas Radhiallaahu anhu berkata, “Taatlah kepada Allah dengan sebenar-benarnya ketaatan.”
Mujahid berkata, “Takwa kepada Allah artinya, Allah harus ditaati dan pantang dimaksiati, selalu diingat dan tidak dilupakan, disyukuri dan tidak dikufuri.”
Ketiga: dengan makna pembersihan hati dari noda dan dosa.
Maka inilah hakikat takwa dari makna takwa, selain pertama dan kedua.
Allah berfirman yang artinya: “Barangsiapa yang mentaati Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya maka mereka itulah orang yang beruntung”. (An-Nur: 52).
ref: http://www.alsofwah.or.id/cetakkhutbah.php?id=47
Walau ramai yang ingin menipu diri mengatakan perkara yang buruk (maksiat) itu sama dengan kebaikan... Tapi, hakikatnya keduanya tidak sama. Dan pasti keduanya mendapat balasan yang ditetapkan. Wanauzubillah kita dibalas untuk keburukan yang kita putuskan untuk ikuti...
Sama2 hayati ayat tersebut..
Jzkk pada ukhti Hanis (Jordan) yang berkongsi..
Ballighuni walau aayah ;)
Tuesday, August 11, 2009
Pesanan istimewa..
Jzkk ya ukhti...
Uhibbuki fillah...
Siapakah beliau?
Kami mungkin pernah bertemu hanya 2/3 kali, namun ukhuwwah itu terasa indah sekali. Walau berjauhan..
Moga Allah thabatkan kami di jalan ini. Ameen
,././.,,

rindu waktu bersendirian bersama.
rindu mengadu.
tak dapat diluahkan perasaan hati ini.
Ya Allah, aku rindu padaMu.
Ampuni segala dosaku...
Berikan aku petunjukMu.
Berikan juga petunjukMu kepada mereka yang aku sayangi.
Kekalkan kami di dalam hidayahMu, ya Allah.
Sungguh Engkaulah yang Maha Kuasa membolak balikkan hati manusia.
Ampuni kami ya Allah.
Sunday, August 9, 2009
A day in Pompeii and The Museum.
Sabtu semalam, Allah berikan cuaca yang sangat indah, Alhamdulillah.
Kami berjalan sepuas2nya. Tanpa terikat dengan sebarang jadual. Sampai bengkak2 kaki.. Waduh. Tp subahanAllah, seronok sangat!
Pukul 9.30 kami bertolak dari rumah. Tersesat sekejap dalam City, dan akhirnya berjaya sampai ke Nicholson St. Lepas parking, kami bergerak menuju Melbourne Museum. Tujuan kami ke sana, nak tgk pameran Pompeii.
Lepas beli tiket Museum, kami teringin pula nak tgk 3D di IMAX. Jadi kami bergegas ke kaunter, sbb dah nak pukul 11. Ada satu cerita, 'Under The Sea'.
Sebelum masuk, kami diberi cermin mata 3D.
First time agaknya saya merasa.
Masuk saja kami ke hallnya, sangat kosong, ada beberapa keluarga sahaja. Bersama anak2 kecil mereka. Oh yes, we are kids too okay? Hehe.
Filem yang ditayang adalah berkisarkan kehidupan lautan. SubahanAllah. Betapa kreatifnya manusia dengan otak dan ilmu yang diberikan Allah dapat mencipta siaran 3D. Memang nampak real! Ikan2 bagaikan menuju ke arah kami. Ada kanak2 yang cuba menyentuhnya. Ada pula yang takut, kerana melihat ikan2 besar memakan ikan kecil di depan mata. SubahanAllah... Mmg hatiku tak kering mengucapkan kalimah2 memuji Tuhan kerana penciptaanNya yang sangat indah!
Di akhir siaran itu, ia menyatakan bahawa hidupan laut semakin pupus dek kerakusan dunia. CO2, global warming semuanya memusnahkan coral dan membunuh sea lion dsbnya.
Buat aku terfikir...Bukankah para Malaikat pernah menyatakan bahawa manusia ini hanya akan memusnahkan dunia (2:30). Tapi, sungguh ilmu dan perancangan Allah itu lebih baik dan sempurna.
Sebagai seorang Mukmin, kita pun sepatutnya fikir pasal ekosistem. Bukan sewenang2nya melakukan kerosakan. Even orang kafir pun fikirkan ttg kesejahteraan dunia, inikan kita yang faham bahawa Allah telah pertanggungjawabkan untuk menjaga Dunia ini.
Jadi, janganlah sewenang2nya membuang sampah, membakar, berbuat dosa..yang semuanya menambahkan kerosakan kepada Dunia dan Bumi ini.
Jagalah segala nikmat yang Allah beri kepada kita.
Pasal Pompeii pula, akan diceritakan kemudian..
Sementara itu... Siapa yang belum pergi, I recommend you to go!
Best... Bukti Al-Quran itu sangat benar!
Wallahua'lam
Saturday, August 8, 2009
A week in winter...
Seminggu yang bermakna... [[14/07 - 22/07]]
Kenapa? Sebab dalam seminggu, berjuta perkara yang saya buat di Malaysia. Alhamdulillah.. tak seperti dulu, balik rumah...buang masa. Huee..
Bila saya beli tiket? Semasa sedang belajar di library. Ada promo flight, apa lagi, kautlah! Biarlah org katakan saya membazir duit. Tapi, hanya Allah yang tahu betapa bermaknanya kepulanganku kali ini. (walaupun sbnrnya agak bazir...sbb dlm ms sebulan lg saya akan pulang semula ;p)
Sesampai di LCCT, saya terus ke hotel tempat Mama bermesyuarat di KLIA. Tapi untuk sebentar sahaja. Setelah rehat, kami bersiap2 pulang ke Seremban untuk menjenguk Wan. Alhamdulillah, beliau nampak sihat sahaja. Malamnya kami ke LCCT, menaiki flight utk ke Langkawi. Selama 3 hari di sana..
Ini adalah Pulau Dayang Bunting. Tgk betul2..Boleh nmpk semacam kepala, dada, tangan dan perut. Menarik.. This is what u'll see if u go island hopping in Langkawi!
Malamnya my best friend from Kedah tiba di Kelantan. Hanisah.. Ohoh..gembira tak terkata. Setelah 4 tahun tak berjumpa, akhirnya Allah pertemukan jua. Dan mmg lebih manis rasanya ukhuwwah itu ;). We had a blast girls' night! Hehe. Makan kat Syam then merayau2 di Pasar Wakaf Che Yeh. Tapi agak menyesal sbb kurang manis untuk anak2 dara keluar sampai pukul 12 tgh malam sebenarnya. Ulps! Ibu2 pun dah mula risau. Ampun sih, terutama kpd P.Cik Wan Anuar. Hehe.
Kemudian esok paginya saya dan Hanisah bertolak ke Jaiputra. Oh, alangkah terkejut dan gembiranya dapat berjumpa pula dengan Wanie n Bee. Ya Allah! Mmg menjerit dalam hati. Tapi terpaksa disorok kerana sedang ada pengisian. Para kader dari seluruh dunia datang berkumpul. Seronok tak terhingga. Republik Czech, Polland, Mesir, UK, Ireland, France, Jordan, dll, (termasuklah seorg dari OZ ;)). Hihihi..tersesat. Mmg menaikkan semangatku! Baru tahu saya bukanlah keseorang sebenarnya... dan Alhamdulillah dapat berjumpa sahabat2 baru dan berkongsi pengalaman.
Hari pertama program saya dah buat hal. Uhukk..maaf akak...
Apa saya buat? Melarikan 5 orang peserta (dalam gmbr tu) ke PCB untuk minum air kelapa yang sedap ini. Bee la ni teringin sangat nak keluar tengok pantai kat Kelantan. Kesian, org kelate yg dah pindah ke KL... huhuhu. So, saya pun bawalah mereka2 ini.. Alasannya saya nak balik dah lusa ke OZ. BTW, Wanie n Bee tu kawan Naimian, Hanisah tu kawan Amanian, dan 2 org lagi tu kawan Pollanian.
Air kelapa yang menjadi saksi ukhuwwah fillah kami, insha Allah.
Moga bertemu lagi. (itu pun kalau sy balik winter lagi! Insha Allah....)
Dedikasi khas...
Friday, August 7, 2009
graf..
Oh Allah, I need a booster. And I need it now. (urgently!)
Forgive me Lord.
Allah yassirli...wa la tuzig qalbi. Ameen.
Thursday, August 6, 2009
Negaraku...
Hurmmm, menarik lirik ni.
Ameen.. Insha Allah. Moga rahmat kebahgiaan Allah kurniakan sentiasa.
Tapi yakinkah kita negara kita akan aman selamanya? Tak kiralah dari bencana alam atau bencana manusia.
Risau,.. Takut.. Melihat keadaan negara Malaysia sekarang ni, saya risau satu masa nanti Allah akan tunjukkan akibatnya. Akibat kelalaian.. Ketamakan. Kerakusan manusia.
Maksiat di mana-mana. Korupsi berleluasa. Aduhaaiii, inikah aman yang engkau katakan?
Membaca laporan abgku dari medan demonstrasi Mansuhkan ISA (baca di sini), inna lillah. Orang yang pandai berfikir pasti dapat menganalisis bagaimana keadaan negara (kerajaannya). Sadis. Tindakan dari pemikiran yang cetek, kolot dan berlagak.
Al-Wahnu.. Itulah sifat yang saya nak beri. Astaghfirullahal 'azim... Wa na'uzubillahi min zalik.
Adakah patut kita hanya berdiam diri? Tidak. Kerja kita masih banyak! Kerana ingatlah, jika kita hanya berdiam diri dan merasa aman dengan keadaan di sekeliling kita, sungguh azab Allah itu tidak akan terlepas dari sesiapa pun. Biarlah ada bukti di depan Allah kelak bahawa kita telah berbuat sesuatu usaha menjalankan tugas sebagai khalifah Allah.
Moga Allah beri hidayah, kekuatan dan petunjuk.
Jangan lupa doakan saudara kita yang lebih dahsyat perjuangan mereka di Palestin.
Allahumma ansuri ilislama wal muslimina fi falastin, wa fi kulli makaan, wa fi kulli zamaan. Waktubna ma'a assyahideen... Ameen.
Wallahua'lam
Wednesday, August 5, 2009
Kitaran Selasaku...
Setiap hari Selasa dalam tahun ke-2 perubatan di Monash ni, kami kena pergi ke 'community placement'. Panggilan formalnya ialah CBP, 'community-based placement'.
Awal tahun dulu saya, Radin dan Mai buat preference and choice sama2... Dgn harapan dapat tempat yang sama. Tapi, akhirnya hanya Radin dan Mai bersama, saya terpisah jauh... Namun, alhamdulillah, jalan ke tempat placement kami masih sehala. Mereka di Waverly (10minit), saya di Nunawading (20min) atau Ringwood (30min).
Jadi, setiap pagi Selasa, saya akan menghantar Radin dan Mai dulu ke tempat mereka, Wavlink. Seronok tempat tu..Setiap pagi buat aktiviti dengan orang2 yang kurang upaya. Tolong lukis, cat2, main pot dsb. Tapi penat juga..
Kemudian perjalanan diteruskan ke Nunawading. Mmg radiolah yang menjadi sahabat sepanjang perjalanan. Traffic light pula banyak...jenuh. Dalam perjalanan pun ada dugaannya tersendiri.
Placement saya namanya 'EACH = Eastern Access Community Health' bahagian Youth & Family. Kononnya minat sebab ada youth mentoring. Nak belajar bercommunicate dengan 'remaja'. Hurmmm.. Partner saya adalah seorang local girl, Niki. Bershukur dapat dengan dia.. Sepatutnya dengan seorang budak laki, Ken, tapi Niki minta tukar.. Sbb dia lebih minat dengan remaja. Alhamdulillah. Lebih selesa buat kerja bersama. Kami diberi tugas untuk meng'evaluate' youth mentoring program mereka. Banyak pengalaman... Ethic's approval was a challenge! Fiuhh..but finally we went for the low risk ethic. Maknanya, tak ada temuduga remaja2 bawah 18 tahun.
Semalam, kami pertama kali berjumpa dengan Grace, coordinator mentoring program tu. Sebelum ni dia bercuti selama 6 bulan setelah service yang lama. Ada seorang lagi coordinator baru yang turut bantu dan menemani kami, Catrina. Seketika saya terpana, perbualan mereka memang seperti perbualan para da'ie. Berbincang tentang kerosakan remaja. Bagaimana hendak memikat hati mereka...Membantu membetulkan cara hidup mereka.
Alcohol, drugs, behaviour, relationships? Semuanya dah ada garisan dalam Islam.. SubahanAllah, bagaimana fitrah manusia itu memang selari dengan ajaran Islam. Of course! Bukankah Islam ini dari Allah? Pencipta manusia.
Nak cakapnya kat sini... Terpikat benar dengan usaha 'dakwah' mereka. Menjadi profession. Mentoring, consulting, program, seminar. Menariknya lagi, ada manusia yang rasa diri mereka 'sesat' datang mencari pertolongan2 ini.
Alangkah bestnya kalau umat Islam ramai yang begini? Menyerahkan diri mereka untuk ditarbiyah, dibentuk mengikut acuan Islam yang sebenar.
Tapi, manusia itu ego. Tak rasa mereka salah, tak mahu mengaku orang yang mahu menunjukkan jalan itu lebih baik darinya. Memang tiada yang sempurna. Tapi, bukankah tanggungjawab kita untuk menyampaikan kebaikan? Lagi2 setelah kita mendapat hidayah Allah.
Sepertinya juga mentoring program itu. Tak semestinya mentors tu lebih baik dari mentees? Tapi at least, mereka lebih berjaya, lebih terurus dan tidak bermasalah. Begitulah juga kita...
Ada juga yang menceritakan masalah dengan mentee mereka. Risau mereka tidak menjadi mentor yang baik... Tapi, coordinators tu nasihat, jangan putus asa. Walaupun tak nampak sekarang, tapi boleh jadi beberapa tahun akan datang nasihat kita akan dikenang... Dan membuatkan hatinya ingin kepada kebaikan. Wow!
Tak sabar nak placement lagi! Walaupun depressing... Dikelilingi oleh cerita2 yang menyedihkan...Namun, ia adalah pengajaran yang terbaik untukku!
Ya muqalliba alqulub, thabbit qalbi 'ala dinik wa 'ala to'atik.. [[Wahai Yang Membolak balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agamaMu dan di atas ketaatanMu]] Ameen
Tuesday, August 4, 2009
Ayat-ayat santapan rohani....
--- Muslim: orang2 yg berserah diri kepada Allah...
[[3:178]] Maksudnya: "Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir itu mengira bahawa tempoh waktu yang Kami berikan kepada mereka lebaih baik baginya. Sesungguhnya tempoh waktu yang Kami berikan kepada mereka hanyalah agar dosa mereka semakin bertambah; dan mereka akan mendapat azab yang menghinakan"
[[9:41]]... Infiru khifafan wa thiqalan... Berjuanglah baik dgn rasa senang mahupun dengan rasa berat.
Hayya bil jihad!!
--- Jihad: melakukan sesuatu perkara dengan sehabis-habis tenaga.
Saturday, August 1, 2009
Akulah para pencariMu
Erti hadirMu dalam setiap langkah-langkahku bererti
Melewati setiap detik waktuku bersama takdirMu
Membuatku mengerti hanyalah padaMu ku kembali
Ku bersujud kepadaMu
Memohon ampunanMu
Adakah jalan untukku
Tuk kembali padaMu
Akulah para pencariMu ya Allah
Akulah yang merindukanMu ya Rabbi
Tunjukkan ku jalan yang lurus
untuk ku tapakkan langkahku
Akulah para pencariMu ya Allah
Akulah yang merindukanMu ya Rabbi
Hanya di tanganMu ya Allah
tempat ku pasrahkan hidupku
Lagu terpilih kali ini...
Mengena...pada apa yang aku lalui...
Baru semalam lepas penat berriadhah bersama di tennis court...
Sahabatku menasihatiku...
Kadang orang akan menasihati kita, jangan buat itu, jangan begini, tapi kita degil... Tak nak endahkan nasihat. Tak percaya, lalu kita mencuba. Dan akhirnya terkena padah dan akibatnya.. Barulah sendiri tahu. Tapi, itulah pengalaman hidup. Pengalaman hidup kita yang tersendiri. We have to go by our own instinct (but, dont get too lost!! Allah's guardian is important). Takut sesat selamanya pulak kan...moga sentiasa hidayah Allah itu milik kita.
Terkadang kita terpaksa bersusah payah. Fikir complicated, buat keputusan yang pelik. Buat sesuatu yang mengejutkan. And sometimes, we mess up things. Tapi itu semua hitam putih kehidupan.. yang buat kita mengerti betapa berertinya kehadiran Allah dalam hidup kita. Pengalaman yang berharga. Yang membuat diri lebih matang. Lebih bersedia menerima kejutan. Lebih bersedia menerima tanggungjawab. Lebih bersedia menghadapi apa saja rintangan yang mendatang.. Dengan adanya Dia.
Percaya atau tidak, Dialah yang mengatur segala hidup kita. Tertulisnya entry ini, adalah kerana kehendakNya. Terjadi segala apa yang terjadi pada kita adalah kerana kehendakNya. Samada untuk menguji, untuk mematangkan, wallahua'lam...
Semoga kita sentiasa sedar, apa saja yang terjadi, suka duka, tangis tawa, biarlah disandarkan kepadaNya. Yang suka tidak lama, yang duka tidak abadi. Sekadar menguji kita di Dunia.
Wallahua'lam
Seremeh perkara tidak pernah dia abaikan...
Busy... Maaf. Tidak sempat bermanja dengan blog. Mencurahkan isi hati...
Teringat kisah Abu Bakar. Walau telah menjadi khalifah, wow, sepenting PM, bahkan lebih besar tanggungjawabnya, tetap melakukan pekerjaan yang bagi sesetengah orang 'tak penting' / 'tak gah' / apa2 la... iaitu? Memerah susu untuk si ibu2 tunggal. Hanya sekali mendengar keluhan mereka, terus Abu Bakar mengorbankan kepenatannya demi menjaga hati mereka. Seorang yang pangkatnya dan tanggungjawab yang besar, sanggup melakukan kerja2 'bawahan' tetapi mulia...
Inikan aku yang hanya perlu study? Waduuhh, itu pun kalau study la.. Sudah kadang2 terfikir untuk tidak mahu melakukan sesuatu kebaikan walaupun kecil. Astaghfirullahal'azim...
So apa lagi, lepas ni teruskan membasuh tandas!! (oh, rindu kenangan jamboree 03). Dan apa2 sahaja yang korg rasa tak besar, tapi insha Allah, kalau diniatkan kerana Allah besar ganjarannya.
Moga kepenatan kita ini berbaloi di sisi Allah di akhirat kelak.
Short, but that's what I'm feeling right now. Wallahua'lam...

