aYaT-aYaT ciNta

Sunday, December 27, 2009

IKLAN JAWATAN KOSONG



cepat! sebelum tawaran ini datang kepada anda..istimewa buat seluruh umat islam terutamanya

Memperingati sesama ummah..






********
TEMUDUGA SEBAGAI: CALON JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal..
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur....
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu :
Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".




Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

cepat sebelum tawaran ini datang kepada anda...


waspada.....

cepat-cepat BERTAUBAT sebelum terlambat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Tuhan bersedia menerima taubat seseorang hamba selagi nyawanya belum sampai di halqum (sebelum nazak)."

perkongsian emel yang diambil dari sebuah blog  untuk peringatan bersama, bukan 1 jenaka.


Tuesday, December 22, 2009

SEJAUH MANA KEKUATAN UKHWAH KITA?


kepada: sahabat-sahabiah

Assalamualaikum Sahabat sahabiah ana yang dirahmati Allah..

Buat sahabat EXG10 Sedar tak sedar kita dah hampir menamatkan LI, n Insyallah akan bertemu di semester depan. Khas buat sahabat2 yang akan LI sem depan semoga tabah mengharugi mehnah dan tribulasi LI (latihan iman).




=kekuatan ukhwah=
Menyentuh kepada kekuatan ukhwah.. sepanjang perkenalan kita, ana percaya, rata2 drp kita sering sebut, inilah ukhwah kita, jaga ukhwah, bestnya ukhwah kita, ukhwah abadan abada n mcm2 lagi.. hinggakan ade yg kate kita asobiyah, kita kate ukhwah kite mantap.. memang ukhwah kita mantap.. tapi, cube renungkan.. berapa mantap ukhwah kita? atas apa ukhwah kita? ukhwah fillah? ukhwah yg terbina utk perjuangkan agamaNya? tidak.. langsung tidak.. sebenarnya ukhwah kita hanya kerana kita sekelas, kerana kita 1 perjuangan, yang mana perjuangan tu hanya dalam menuntut ilmu.. ana x nafikan memang ukhwah kita sekarang manis. ana pun suka.. TAPI! kalo dengan hanya ukhwah camni, kita xkn capai kekuatan yg kita impikan.. kekuatan utk menentang musuh2 kita.. sedar x siapa musuh2 kita? ke x sedar? kalo dengan hanya ukhwah camni, maybe bolehlah dalam 6  @ 7 tahun.. pas kita dapat kerja, pe jadi? sebab ukhwah kita hanya kerana setempat dan kecil sahaja iaitu sebagai student..  


kekuatan ukhwah yg sebenar, terbina di atas kefahaman islam dalam diri kita dan KEFAHAMAN TENTANG UKHWAH SERTA KEPENTINGANNYA dalam diri kita.. kefahaman islam - sejauh mana kita fahami tuntutan dalam islam tu, termasuklah dalam memperjuangkannya, dalam berjemaahnya.. Kefahaman ukhwah - atas ape ia terbina? iaitu atas 1 keimanan yg sama.. atas 1 matlamat yg sama yang kita USAHAKAN, bukan hanya berdiam diri.. atas 1 perjuangan yg sama, yang tersusun teratur manhaj dan strateginya. Atas 1 FIKRAH yg sama.. kefahaman tentang kepentingan ukhwah - ape itu ukhwah yg sebenar? mengapa perlu ada ukhwah antara kita?

Sahabat2.. andai ukhwah kita hanya kerana kita student, 1 ari kita akan grduate.. andai ukhwah kita kerana kita nak kerja, kita akan bersara.. andai ukhwah kita kerana kita manusia, kita akan mati.. TAPI ANDAI UKHWAH KITA KERANA KITA PERJUANGKAN ISLAM, ia akan berkekalan hingga ke akhirat sana insyaAllah.. hasil ukhwah kita ni akan terbina dan terlahir lagi ramai generasi pejuang yg akan meneruskan perjuangan kita walaupun kita telah pergi.. ukhwah kita akan turut bersama dgn para pejuang yg seterusnya.. Dengan kekuatan ukhwah yg sebenar inilah, musuh2 kita akan gentar.. umat2 islam xkan lg seperti buih2 di lautan.. tiba lah masa kebangkitan islam yg dinanti2.. dengan kesatuan umat islam, zaman kegemilangannya akan kmbali..

namun, itu semua adalah mustahil andai antum, ana, kita, trus leka dgn masa muda kita.. Sedarlah.. pilihan sebenar kita hanyalah..... “imma syahadah au imma saadah”

Renungkanlah maksud ayat 24 surah at-taubah ini..

Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

(harap anta, antuma, antum, anti, antunna, sedar akan kewajipan memperjuangkan islam ini dan sedar akan kepentingan ukhwah (berjemaah) yg ana nyatakan. . semoga Allah membukakan hati2 kita.. ameen..)

yang benar,
sahabatmu



5 TIPS

Salam..kat sini ana nak kongsikan 5 tips berurusan dengan lelaki ajnabi…

1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki. sms

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32: “Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik” Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?
3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, “Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.” muslimah



4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja. Kalau ada ey e contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul. so, be careful dgn pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..” Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur’an baru nk buat kot. Cth: “Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nye..
5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yg ada identity, yg taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.Semoga tidak melalaikan diri kita dan org yg menerimanya. Jaga diri, hiasi peribadi. (”,) Wassalam…

Thursday, December 17, 2009

Bersangka Baik:


Sejauh Mana Aplikasinya Dalam Kerja Jemaah



Kisah ni mungkin berlaku dikalangan orang yang terlibat dengan mana-mana aktivis dakwah ataupun jemaah. Tapi mungkin juga pernah berlaku dikalangan sahabat-sahabat kita yang lain. Persoalan yang timbul disini ialah masing-masing sudah faham akan erti husnu dzon tapi sejauh mana praktikalnya di dalam kehidupan seharian mereka.


Istillah tu seakan-akan mencurah air ke daun keladi. Mana taknya. Belajar...tapi tak tau untuk apa. Dan akibatnya tidak meninggalkan sebarang kesan dihati untuk melaksanakannya. Kenapa perkara ini masih lagi berlaku walaupun masing-masing boleh dikatakan kuat dalam amal fardunya,faham dalam ilmu-ilmu agama , hebat dalam aktivis dakwah mereka dan hal-hal yang sewaktu dengannya. Dimanakah puncanya?orang lain atau diri sendiri.

Yakinilah, jika satu jari telunjuk mengarah kearah lain, maka jari yang selebihnya tertunjuk kepada diri sendiri. Jawapannya mudah sangat.."HATI" jawapannya. Dari jawapan ni timbul pulak persoalan yang kedua iaitu dimanakah kedudukan amalan-amalan kita yang "hebat" ni?Diterima atau tidak? jawapnnya..Allahualam ..

Ingatlah sahabat, Janganlah kita mengungkit apa yang sudah kita lakukan kepada orang lain, barangkali ianya menyusahkan tapi adulah apa yang kita sudah lakukan kepada Ilahi, barangkali ia akan menjadikan kita lebih baik apa yang kita sangkakan. Akhir kalam, "HATI-HATI" dengan "HATI".

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai"

Sunday, December 13, 2009

10 PINTU KEMASUKAN SYAITAN DALAM HATI MANUSIA


Perkara-perkara tersebut telah dirumuskan oleh salah seorang daripada para salihin dengan katanya:"Ku renung dan ku fikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba ku dapati syaitan memasukinya dari 10 pintu:

1. Tamak dan buruk sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar

2. Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.

3. Cintakan kerehatan dan nikmat, lantas aku menghadapinya dengan menyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan menyakini balasan buruk.

4. Kagum pada diri sendiri(ujub), lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan keseksaan.

5. Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

6. Hasad, lantas aku menghadapinya dengan sifat qanaah(berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah kepada makhluknya.

7. Riya' dan sukakan pujian manusia, lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

8. Bakhil, lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawaapa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa sedang apa yang ada disisi Allah itu akan kekal.

9. Takkabur, lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'.

10. Tamak, lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.


sumber:buku Apa Ertinya Saya menganut Islam oleh Fathi Yakan.



Thursday, October 29, 2009

CiNta ALLAH



-JAWAPAN ALLAH-
ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN ?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yang sebelum mereka, maka susungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhmya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
 “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu ,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu ,padahal ia amat buruk  bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI ?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya.”Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST ? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
“Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang yang beriman.”Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
“Wahai orang-orang yang beriman !bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh, di medan perjuangan). Dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). “Surah-Imran ayat 200
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI ?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org mu’min ,diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka......”Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
“Cukuplah !Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”Surah At-Taubah ayat 129
ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!!
“....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”surah yusuf ayat 12          






Wednesday, October 21, 2009

-PiLiHaN-


BuNGa @ MuTiaRa
“Adakah anda bunga @ mutiara?”
Bunga cantik, begitu juga dengan mutiara. Mana satukah yang anda pilih? Ya bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan menarik, manakala mutiara tinggi harganya dan cantik juga.
Tetapi, bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik sang mentari @ diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek.
Sedangkan mutiara akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya, jika ia terus berada di dalam cengkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.
Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan sementara kecantikan bunga hanya sementara. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.
Oleh itu wahai saudaraku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda didalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan! Ketahuilah syurga ALLAH terlalu mahal harga dan nilainya!!


Monday, October 19, 2009

rEnuNgan



Untuk Gadis Sahaja


SEORANG GADIS ITU...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

SEORANG GADIS ITU ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah
...
SEORANG GADIS ITU ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...


SEORANG GADIS ITU ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


SEORANG GADIS ITU ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syahid menyahut panggilan Allah.

SEORANG GADIS ITU ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...



SEORANG GADIS ITU ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...


SEORANG GADIS ITU ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!

SEORANG GADIS ITU ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...


SEORANG GADIS ITU ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga Ar-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI..


Tuesday, September 22, 2009

-KhaS SahabatKu Sayang-

Apakah yang dimaksudkan ukhuwah??..Bagi yang memahaminya tentunya kalian berasa senang apabila diungkapkan kalimah penuh bermakna dan dalam ini..Ukhuwah adalah kesatuan hati demi mendapat redhaNYA yang satu..
Kesatuan hati sesama saudara Islam hanya kerana Allah..Kami berukhuwah kerana Allah.Kami sayang sahabat2 kami kerana Allah..Kami berkasih kerana Allah..semuanya tidak lain hanya kerana Allah..adakah masih menjadi persoalan dimana ikatan hubungan kami yang rapat dan utuh ini??jelas hanya satu jawapan,kerana ALLAH..amin.

Ukhuwah yang paling rendah adalah bersangka baik(husnul zon) ataupun berlapang dada.dan yang paling tinggi adalah meletakkan kepentingan saudara/sahabat lebih tinggi daripada kepentingan diri sendiri.Seperti hadis yang mengatakan"Setinggi-tinggi ukhuwah itu melebihkan saudaranya sendiri dan serendah-rendah ukhuwah itu berbaik sangka dengan saudara kita".
Kami juga bergerak kerja kerana Allah..Kami cuba menjadikan hati-hati kami ikhlas kerana Allah.Seperti mana yang dijelaskan di dalam Al-Quran,kami mengejar cinta dan pahala dari MU.Kami berjihad hanya untuk jalanMU,kami sanggup penat bergerak kerja untuk menegakkan agamaMU dikala orang lain berusaha merosakkannya.Kami cuba mengikhlaskan hati kami hanya keranaMU.




" Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih":Surah As-Saff;Ayat 10

"Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasul-rasul dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwamu itulahyang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui":Surah As-Saff;Ayat 11



Kami juga bergaduh,bertikam lidah keranaMU.Kami melakukan semuanya hanya keranaMU,memikirkan bagaimana seharusnya mahu ingin terus menegakkan agamaMU yang satu.Kami mahu melakukan yang terbaik hanya demi agamaMU.Bantulah kami Ya Allah,berkatilah kami agar terus mengikat hati-hati kami hanya keranaMU..Teguhkanlah,peganglah,ikatlah,dan terangilah hati kami keranaMU..Cintalah kami kepada mereka hanya keranaMU..Keutamaan cinta perlu disuburkan kearah mencintai Allah SWT.

Pesanku pada sahabat2 perjuangan moga antum semua teruskan perjuangan ini.Kita bukanlah pemula atau penghabisan perjuangan tetapi adalah mata-mata rantai penyambung perjuangan dan dakwah yang ditinggalkan oleh kekasih Allah,Rasullah s.a.w.
Hanya Allah jualah yang maha mengetahui apa itu cinta dan sayang ana pada kalian..Ana menyayangi kalian kerana Ana mencintai Allah..Ya Allah mahabbahkanlah cintaMu kepada mereka.Amin..




"Ya tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMU dan cinta kepada orang yang mencintaiMU, termasuk orang yang sayang kepda semua amalan(aktiviti) yang boleh membawa kepada sayang kepadamu":Hadis riwayat Tirmidzi;3341

"Tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehingga kasih ia kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri,"(Hadis riwayat Bukhari&Muslim)

"Dan hendaklah diantara kamu ada golongan yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat makruf dan mencegah mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."(Ali Imran:104)