Followers

Saturday, April 30, 2011

Sesi bercerita? ツ

Rasa macam dah lama tak menulis. Entry copy paste sekadar update blog yang tak seberapa ni. Harap-harap masih ada manfaat yang boleh dikongsi.

Berada di rumah memang lain suasananya berbanding dengan berada di kampus. Apatah lagi bila berjauhan dengan sahabat-sahabat, cuma sms sebagai penghubung. Juga facebook dan ym. Kamu-kamu yang rindukan saya harap tabah ye. Ok, agak perasan di situ. :P

Kalau orang tu seorang yang rajin update blog dan rajin pula bercerita, senang je nak tau perkembangan tentang dirinya. Ada sahabat yang pernah cakap macam tu dengan saya. Dan semasa sedang ber'sms' boleh pula dia cakap, "K.jie jangan termenangis lagi ye". Adeh~ Sebab saya ada tulis dalam blog.

Itupun kalau saya rasa nak menulis lah. Mood menulis masih ada, tapi sekejap naik sekejap turun. Huhu.

Saya tak nak tulis benda yang sedih-sedih lagi dah, nanti ada orang tanya pulak, "Kenapa jie asyik sedih je?" Walaupun tak adalah sedih mana pun. Hehe. Macam tu juga bila saya baca blog sahabat-sahabat lain, ada yang asyik sedih dan down je, diuji dengan pelbagai masalah (banyakkan bersabar ye, kak) ada yang sentiasa happy, ada yang sibuk dengan pelbagai program, aktiviti, etc.

Bagi saya, tak salah untuk bercerita. Ada sesetengah orang berpendapat, hal peribadi tak patut ditulis untuk tatapan umum. (Ada kawan cakap, jawab je "suka hati aku la blog aku...") Terpulang pada pandangan masing-masing. Ambil apa yang baik, tinggal apa yang tak baik.


Ok, sambung.

Ramai sahabat-sahabat yang sedang praktikal sekarang. Tak kiralah course human science, law, engineering, ICT, dan lain-lain. Maka jadilah kami seorang yang berkerjaya (tanpa gaji, ada juga yang dapat elaun) untuk beberapa bulan ini.

Alhamdulillah kerja pun dah mula bertambah. Masa mula-mula masuk office hari tu sangatlah boring sebab tak ada kerja. Baca buku jadi ubat tidur pulak, sebab duduk diam memang akan jadi lagi mengantuk. Haishh... Maka saya pun tanya lah kakak-kakak di situ kalau ada apa-apa kerja yang boleh dibantu. Mereka semua baik-baik, siap ada yang belanja makan lagi. :) Harapnya dapat jaga hubungan baik dengan semua orang.

Agak terkilan tak dapat join rehlah AMAL dengan sahabat-sahabat ex-maahad yang lain, sebab terpaksa menghadiri kursus. Jadi urusetia, bukan peserta.

Bos saya cakap "If you want to learn and gain experience, join lah." Walaupun terpaksa bekerja semasa cuti, it's ok sebab boleh tambah pengalaman. Lagipun program memang diadakan semasa hujung minggu. Sebelum-sebelum ni pun memang dah masuk meeting, sekadar jadi pendengar dan pemerhati. Sangatlah lama. 3 jam ada, 4 jam setengah ada, sejuk pula tu.

Dapat tengok suasana meeting 'orang-orang dewasa'. Of course lah saya yang paling muda. Dan, dressing saya juga tak sama dengan orang lain. Tapi saya tak rasa janggal pun. Tak ada masalah dengan jubah dan tudung labuh, dan tak rasa nak tukar imej pun.

Sebelum ni cuma meeting di kampus time ada program. Meeting pula waktu petang atau malam. Yang ni meeting pagi-pagi, sampai tengahari lah jawabnya. Nasib baik juga dah biasa meeting lama-lama ni. Cuma perlu tingkatkan kesabaran di samping menahan mata yang kadang-kadang hampir tertutup. Sila biasakan diri dengan situasi ini. :P

Ada seorang sahabat muslimin, merangkap adik, sedang praktikal di KL. Dia dan bosnya masing-masing hafiz, katanya bos ajak mengulang sama-sama. Bagusnya. Macam best je. :)

Apa khabar agaknya sahabat-sahabat yang lain ye? Harap-harap semua tugasan dapat dilaksanakan dengan baik. Take it as our amanah dan tanggungjawab, lillahi ta'ala. Insyaallah Dia akan permudahkan segala urusan kita. Kalau ada masa lapang tu, boleh luangkan masa untuk dhuha di pejabat. Tak rugi pun, dan tak lama pun.

2 minggu pertama sudah berlalu, 10 weeks to go. Allahumma rabbi yassir wala tu'assir. Ameen.

P/s: 30 April 2011~ Selamat pengantin baru buat sahabat merangkap adik, 
                                     Lina Mursyidah Hamzah.
                                 ~ Selamat hari ulangtahun yang pertama buat si kembar 
                                    alya syuhada dan alya syahira.
                                    (Permata hati shahid dan amalina)

Friday, April 29, 2011

~♥~ Bebas Palestin~♥~


La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah
Hidup mati kerana Allah Berjuang fi sabilillah
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta
Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya
Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta
Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya
Hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi
Agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta
Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara
Tajuk: Bebas Palestin
Artis: Rabbani, Inteam, Saujana, Nowseeheart

Monday, April 25, 2011

~Keajaiban Azan~



Azan tak akan pernah berhenti berkumandang sepanjang masa, setiap detik dan saat. Berpuluh ribu muazzin di seluruh dunia bersahutan melaungkan azan. Fenomena ini akan terus berlaku sehingga akhir zaman. Masyaallah! Hebat kan?

Boleh baca di sini.

Muhasabah cinta...


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." 
[QS Al-Anfal, 8:2]


Saturday, April 23, 2011

Khas untuk ex-maahadian. ^_^

~REHLAH AMAL UIAM & U LAIN2~



Saturday, April 30 at 9:30am - May 1 at 12:00pm
JERAM MENGAJI,SELISING, PASIR PUTEH, KELANTAN

JOM3!
PROGRAM BERLANGSUNG 2 HARI 1 MALAM
30/4 - 1/5 2011
DI JERAM MENGAJI, SELISING, PASIR PUTEH, KELATE


~ SEMUA UNIVERSITI/MATRIK/KOLEJ/DLL BOLEH JOIN ASALKAN DEMO EX-MML-MMP & MP3
~ BAYRAN RM15 JAH..
~ AJOK SAING2 TUH RAMA2
~ ADE 100 SIT LAGI BOLEH DIISI


SILA BERI NAMA,NO FON & ALAMAT RINGKAS KPD :


BRO PADHLI - 019-3690450
SIS AKMAL - 013-3795993


ANTARA EVENT SYOK !!!! 


1- EXPEDISI JUNGLE TREKKING
2- AMAZING RACE
3- SPORT SYOK GILER
3- MAIN AIR PUAS2
4- CULTURE NIGHT
5- BBQ
6- CERAMAH MOTIVASI OLEH YB SENATOR MUMTAZ MD NAWI

Thursday, April 21, 2011

Kerana muhasabah itu perlu.

Tadi, seorang sahabat merangkap adik tegur saya melalui YM. Dan dia tak suka dipanggil 'adik'. :P Tak apalah, tak letak nama pun.


Adik: Kenapa status FB semalam?


Saya: Yang mana?


Adik: Yang last semalam.


Saya: Kenapa tanya 'kenapa'?


Adik: Sebab ia memerlukan jawapan. 


Saya: Akak dah cakap, masalah akak, i won't tell u.

Saya: 

Saya: Tak ada apalah, cuma ada sedikit 'teguran' untuk akak muhasabah.

Adik: 

Status yang dimaksudkan...

Kifarah tarbiyyah dari Ilahi... 
Allah...halus sungguh teguran-MU...
~Be rational, don't be emotional. Sila kawal emosi~





Ada perkara yang kita boleh kongsi dengan orang di sekeliling, ada perkara yang kita cuma boleh 'berkongsi' dengan Dia sahaja. Walau apapun, muhasabah itu sentiasa perlu. Kadang-kadang (malah selalu) kita melakukan kesilapan tanpa menyedari kesilapan tersebut. Bila fikir dan renung balik, baru sedar yang kita dah buat silap. Astaghfirullah~


Banyak cara yang Allah boleh tegur. Saya jadi 'ter'malu sendiri dengan teguran tak langsung dari seorang sahabat (yang thiqah). Yang menyebabkan saya rasa hampir mahu menangis. Tak perlu berkongsi 'kesilapan' tersebut. Saya rasa itu adalah common mistake yang selalu orang buat. Lagi-lagi bila diri sedang dikawal emosi, bukan kita yang mengawal emosi.


Jadi, jangan cepat melenting atau terasa hati kalau ada sahabat yang menegur, sebaliknya fikir dan muhasabah kembali. Sahabat yang baik umpama 'cermin' kan? :) Belajar bertenang dan fokus juga. Kalau dapat improve sedikit demi sedikit pun ok dah.


Konklusinya, kalau nampak atau rasa saya ada buat silap, cepat-cepat tegur ye. Saya pun nak jadi baik juga. Tolong betulkan dan ingatkan. Sama-sama kita cari redha Allah.


"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, 
dikurniakan-Nya seorang teman yang soleh. 
Apabila terlupa diingatkan dan apabila teringat ditolong oleh temannya itu."  

Wednesday, April 20, 2011

Selamat berpesta!

Baru tiga hari berpraktikal. Pukul 6.50 pagi dah keluar rumah, 7.30 dah sampai, awalnya. Dahla tak ada kerja nak buat. Setakat ni cuma taip surat, fax, fotostat, buat panggilan, that's all. Tapi lepas ni akan terlibat dengan program pula. 

Think positive, semua tu untuk dapatkan pengalaman. Belajar untuk hidup bermasyarakat dan memahami realiti kehidupan di luar alam kampus. So far, staff di situ semua ok, saya pun masih dalam proses untuk menyesuaikan diri. Isi masa-baca buku, majalah solusi dan tafsir. Kadang-kadang tersengguk-sengguk jugak, adeh... -_-"

Yang best nya bila duduk rumah, hari-hari dapat salam+peluk+cium mak. ^___^

Tak nak cerita panjang pun, cukup dah. Next...



Nak update pasal ni la sebenarnya.

Tahun ini tak dapat ke pesta buku seperti tahun-tahun lalu. Agak sedih juga la..T_T Biasanya saya akan peruntukkan bajet untuk beli buku. Saban tahun memang ini yang ditunggu. 

Tapi takpelah, simpan duit untuk beli tiket bas pergi kenduri sahabat-sahabat nanti. For sure i'll buy another books later. Harus. (Jie, buku yang ada sekarang pun belum habis khatam lagi, haila..)


Kalau nak senaraikan buku-buku yang nak dibeli, memang banyak. Nasib baik tak buat list. Lagipun memang tak boleh pergi tahun ni.

Ulat-ulat sekalian boleh dapatkan sebanyak mungkin buku di pesta tersebut ye. :P 

Kalau beli buku-buku yang best, jangan lupa pinjamkan saya nanti. Dan update senarai buku yang dibeli, dan update blog sekali. Sangat jeles dengan kamu yang boleh berpesta di sana!


Firman Allah S.W.T:
"Allah mengangkat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat". 
(Al-Mujadilah:11)


Monday, April 18, 2011

ღ♡ღ .(。◕‿◕。).ღ♡ღ

~hai, nama saya irfan, saya single lagi tau!~

Saya tak 'kidnap' gambar ni, ada adik bagi, so ambil jelah. Hehe.. Siapa suruh awak bagi gambar anak buah yang cute ni kat akak, kan dah kena promote kat blog. Tak pasal-pasal 'femes' budak irfan ni. Geram tengok budak tomei macam dia!

~jangan lupa tutup aurat dengan sempurna ye kawan2~

Ni pulak tak tau gambar siapa. Tengok kat facebook seorang adik, saya pun save dalam laptop. Suka-suki je ambil. Siapa suruh comel sangat? :P

Renungan...

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

(Al-Hujurat:13)

Sunday, April 17, 2011

Emel dari sahabat: "Di mana DIA di hatiku"

Pujuk dirimu bahagia apabila melihat musuh-musuhmu bahagia. Walaupun pernah disakiti sekali,kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka. Wahai Diri ,ingatlah…segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua.

“Jika datang orang ‘menghadiahkan’ air mata…
Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar.
Jangan dilihat manusia yang menjadi ‘sebab’,
Lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi ‘musabbabil asbab’.
Jika kau disakiti oleh dia,
DIA sedang mengajarmu erti redha...”

Kita bukan malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insan. Namun,ada ketika-ketika yang sangat kritikal untuk kita bertahan dan katakan… TIDAK ADA KEADILAN YANG MUTLAK DI DUNIA INI. Mungkin sahaja penjahat yang pandai bermuka-muka akan terus dijulang sebagai wira. Dan hamba sejati yang mempunyai  ‘hati emas’, akan terus dihenyak sebagai sandera (tawanan) di penjara hiba dan cela.

Terimalah hakikat kita bukan TUHAN yang mencatur rezeki dan nikmat untuk hamba-hambaNYA. Jangan kau ditanyakan mengapa dia yang dilebihkan,aku dikurangkan? Mengapa dia yang licik dengan gelecek segala strategic dimenangkan sedang aku yang bersenjatakan kebenaran dan kesederhaan selalu dikalahkan?

Di sini tidak lama. Di sana jua tempat berehat segala penat. KEYAKINAN TERHADAP HARI AKHIRAT AKAN MENYEBABKAN KITA KUAT MENGHADAPI TIPUAN DUNIA.KEIMANAN KEPADA TUHAN AKAN MENIMBULKAN RASA SABAR MENGHADAPI KARENAH INSAN.

Belajarlah daripada Nabi Yahya a.s dan Nabi Zakaria a.s yang digergaji mati tanpa melihat bunga-bunga kemenangan. Belajarlah daripada Sumaiyyah dan Yassir yang terbunuh tanpa sempat melihat daulah Islamiyah dan empayar Islam berkembang. MEREKA TIDAK DAPAT KEMENANGAN… TAPI MEREKA MENDAPAT KETENANGAN!

Wahai diri, mereka(salafussoleh itu) menjadi ‘besar’ kerana menghadapi ujian yang besar. Mereka ‘mempertaruhkan’ nyawa. Padahal aku,kamu dan kita terlalu kecil justeru yang dipertaruhkan Cuma ‘harga diri’. Terasa diri ditipu, dipersenda, dan diperkotak-katikkan serta tidak dihargai.

Sedarilah yang tercabar bukan harga dirimu tetapi keegoanmu! Harga diri itu milik kita selamanya. Tidak akan luput dan dapat dicabut oleh orang lain. JANGAN BIMBANG JIKA TIDAK DIHARGAI,TETAPI BIMBANG JIKA BENAR-BENAR KITA TIDAK BERHARGA. Di mata siapa? Di mata diri sendiri. Namun,ego itulah yang selalu menuntut pengiktirafan dan sanjungan.

Mulakan langkah mencari bahagia dengan memberi maaf. Namun,terlalu sukar rasanya untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada minta maaf. Masih terngiang-ngiang segala kata nista. Masih terbayang segala tingkah dan perlakuan. Wajah orang yang bersalah itu terasa menjengkilkan. Dan cukup sakit,bila mengenangkan musuh-musuh itu tersenyum dengan kemenangan. 

Namun itu hanya bisikan ‘hati bersarku’ yang melantunkan suara ego dan marah.Kesat dan kesumat.Tetapi jauh dari dalam diri…ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil’ yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa. Maafkan… lupakan, cintakan, sayangkan. 

Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh firman Allah:

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumNya) perbuatan Yang baik dan perbuatan Yang jahat.  Tolaklah (kejahatan Yang ditujukan kepadamu) Dengan cara Yang lebih baik; apabila Engkau berlaku demikian maka orang Yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, Dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
(Fussilat:34)

Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakanku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila ‘fatamorgana’ itu berlalu, aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan kuterjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak!  Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali.Begitulah maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku lepaskan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek pendek itu. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain,sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,beerti memaafkan diri sendiri.

“Apa yang kita berikan akan kita terima kembali”
[HUKAMA’]

Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksankan,akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah,indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Lalu dalam detik yang syahdu ini menyeru. Marilah sama-sama kita lalui… jambatan hati!

 PERKONGSIAN HASIL BACAAN BUKU "Di mana DIA di hatiku".



Sufygirl: Alhamdulillah selamat tiba di rumah waktu subuh pagi tadi. Sangat banyak barang yang perlu dikemaskan. Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk hari esok dan seterusnya. Ameen.

Saturday, April 16, 2011

Sayonara.

Berakhir sudah sisa-sisa waktu di UIA untuk semester ini. Perasaan yang bercampur-baur. Sebab cuti yang sangat panjang? Sebab berpisah dengan kawan-kawan? Entah.

Final exam dah habis, alhamdulillah. Tapi risau dengan result pula. Haishhh, banyak sangat fikir ni. -_-" Doa dan tawakkal.

Barang masih dan sedang dikemas (sempat lagi update blog). Sakit kepala menyerang semalam, pagi ini masih terasa. Sengaja tak mahu mengambil panadol (boleh je nak telan paracetamol, stok banyak kakak bagi). Petang nanti abang datang ambil barang, insyaallah malam ni bertolak balik. Lusa dah mula praktikal. Lepas 3 bulan masih ada cuti yang berbaki, boleh isi dengan aktiviti lain pula nanti.

Cuti selalu sinonim dengan kenduri. Dah banyak jemputan dari sahabat-sahabat UIA. Insyaallah cuba untuk menghadirkan diri. Dan...anak saudara saya juga bakal menamatkan zaman bujangnya, he's 28 already. Tak lama lagi jadi 'nenek saudara' lah pula? Oh, tuanya! Huhu.

I'm gonna miss my UIA, dah tak boleh nak 'bercinta' dengan masjid UIA lepas ni especially time ramadhan nanti~iftar, terawih, tadarus... Lamanya...

Mood sekarang, entah. Tapi lebih kepada sedih. :( Apahal pulak ni? Dah, dah, dah...sambung kemas barang.


Tuesday, April 12, 2011

Short update. (◕‿◕✿)

Nak update, tapi tak berapa rajin+kekangan masa.

STUDY-->EXAM! Ni pun sambil-sambil je.

Terima kasih kepada k.shida sebab tiba-tiba belanja makan sabtu lepas.
(entry k.shida)

Seharian di KLCC semalam, having a good time with both of k.atiqah & farah dalila. Release tension. Kalau farah bawa DSLR mesti lagi best kan? ;)
(entry farah entry k.atiqah)

Nampaknya farah sangat seronok di'doktrin' oleh k.atiqah, tekun sungguh budak kecik tu dengar k.atiqah 'membebel'. Saya jadi pendengar dan pemerhati sambil makan+plus snap gambar makanan. :P

I bought a new book, "Bebas Dari Belenggu" di Kinokuniya. Tinggal satu je dekat rak masa tu. Apa lagi, terus ambil dan bayar. Excited kot. ^_^


Dah lama sangat cari sebab tak sempat nak beli masa forum (klik) hari tu, kehabisan stok.

Nampak sangat malas nak tulis kan? Of course not! Kena jimat masa. Tengoklah kalau rajin, update kemudian. Mungkin dalam blog yang satu lagi. Kot.

Memandangkan dah ada orang cerita, sila baca di link tersebut ye. (◕‿◕✿)

Wish me best of luck! ^_^

Friday, April 8, 2011

Fatrah exam...blog lagi.

4 subjek sudah berlalu, masih berbaki lagi dua. Bila terpaksa menghadapi dua subjek dalam satu hari (semalam), terasa diri semakin kurang stabil. Tapi harus tabah!

Kepala sangat berat. Sebab tidur tak sampai dua jam. Habis exam terus sambung ulangkaji untuk next paper. -_-"  Nasib baik ada budak kecik ni.

Lepas isya' semalam tak mampu bertahan lama, terus collapse. Bila tengok handset pagi tadi mesej berderet. Fiza datang ambil pendrive yang tertinggal pun tak sedar. Huhu.

Next paper 13 dan 15 april. Insyaallah balik 16 april dan start praktikal 18 april. Tak sempat nak bercuti lama-lama.


Saja buat 2nd blog. Tapi for invited readers only. Kamu-kamu yang berkenaan, sila bagi emel ye. :)

Thursday, April 7, 2011

Cara Wardina didik anak solat.

Dear Mama, Ummi, Mum,  Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...


I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah -  bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal -  DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.


Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because  the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....



Tuesday, April 5, 2011

:: IRkah ::

Apakah?

Baru jumpa pagi tadi.
Lebih kurang macam facebook nampaknya, cuma mungkin lebih islamik.
Tak nak cerita, baca jelah kat sini.

Macam facebook tapi bukan.
Irkah itulah yang dicari.
Irkah dot com, laman sosial ala-ala facebook?
IRkah dot com, laman sosial terbaru...cepat join!
Inilah yang dicari.

Ok dah, cukuplah tu. Sekian.

♥ Bengkel Mihrab Cinta ♥




Sebelum ni ada forum Bebas Dari Belenggu yang diadakan di UIA gombak.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk di sini.



Sunday, April 3, 2011

Motivasi buat diri dan hati.


"Anak-anakku, ilmu bagai nur, sinar. Dan sinar tidak dapat datang dan ada di tempat yang gelap. Kerana itu, bersihkan hati dan kepalamu supaya sinar itu dapat datang, menyentuh dan menerangi kalbu kalian semua"

"Kerahkan semua kemampuan kalian belajar! Berikan yang terbaik. Selepas segala usaha disempurnakan, barulah berdoa dan bertwakal. Tugas kita hanya sampai usaha dan doa, serahkan kepada Tuhan selebihnya, ikhlaskan keputusan kepadaNYA, sehingga kita tidak akan pernah stres dalam hidup ini"

"...Stres hanya bagi orang yang belum berusaha dan tawakal. Ma'annajah, good luck!"

"Ingat selalu, selama kalian ikhlas, maka selamanya Allah akan menjadi penolong kita. Innallah Ma'ana"

" Pasang niat kuat, berusaha keras dan berdoa khusyuk, lambat laun apa yang kalian perjuangkan akan berhasil. Ini sunnatullah, hukum Tuhan"

"... selamat berjuang. Hidup sekali, hiduplah yang bererti.."

-Kiai Rais

"Man shabara zhafira. Siapa yang bersabar akan beruntung. Jangan risaukan penderitaan hari ini, jalani sahaja dan lihatlah apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Sebab yang kita tuju bukan sekarang, tetapi ada yang lebih besar dan asas, iaitu menjadi manusia yang menemukan misinya dalam hidup"

"....ada dua hal yang paling penting dalam mempersiapkan diri untuk sukses iaitu going the extra miles"

"...pilihlah suasana hati kalian, dalam situasi paling kacau sekalipun. Kerana kalianlah tuan dan penguasa hati kalian. Dan hati yang selalu dapat dikuasai pemiliknya, adalah hati orang sukses"

-Ustaz Salman

"Tuhan itu dapat mendatangkan rezeki kepada manusia dari jalan yang tidak pernah kita sangka-sangka"

"...Allah itu dekat dan Maha Mendengar. Dia bahkan lebih dekat daripada urat leher kami. Dia pasti tahu apa yang kami fikirkan dan mimpikan. Semoga Tuhan berkenan mengabulkan mimpi-mimpi kami.."

"...jangan pernah remehkan impian, walau setinggi apa pun. Tuhan sungguh Maha Mendengar"

Man jadda wa jada. Siapa bersungguh-sungguh akan berjaya~

~Negeri 5 Menara, A. Fuadi~


"...orang seperti kita tak punya apa-apa kecuali semangat dan mimpi-mimpi dan kita akan bertempur habis-habisan demi mimpi-mimpi itu!"

"Tanpa mimpi orang seperti kita akan mati.."

-Arai

"...berhenti bercita-cita adalah tragedi terbesar dalam hidup manusia!" 
-Pak Mustar

" What we do in life...echoes in eternity!"
-Drs Julian Ichsan Balia

~Sang Pemimpi, Andrea Hirata~