Followers

Tuesday, September 18, 2012

Peringatan buat pengantin.


:: A good reminder ::

**********************************

Mulakan langkah pertama dalam alam rumahtangga dengan perkara-perkara yang boleh mengundang keberkatan daripada Allah. Jangan sesekali biarkan wujudnya unsur-unsur maksiat pada deti
k-detik awal kita membina masjid. Sesuatu yang kita impikan untuk kekal biarlah mulanya dengan keberkatan, kemuliaan dan ketaatan. Mudah-mudahan ia berpanjangan sepanjang zaman :)

**********************************

Bila menatap lambakan potret sahabat-sahabat dalam arena dakwah yang baru mendirikan rumahtangga, dengan pelbagai aksi mesra, bersanding, solekan tebal dan gambar close up, pertama sekali yang terdetik adalah rasa simpati. Mereka ahli dalam bidang agama dan tentu sekali menyedari perihal hukum, justeru saya cenderung menganggap keberadaan mereka dalam suasana sedemikian adalah bukan atas pilihan mereka.

Detik-detik bergelar raja sehari, kadang-kadang yang banyak menentukan itu dan ini adalah kaum keluarga. Si pengantin kadangkala terpaksa mengikut demi menjaga hati. Lalu terjadilah apa yang terjadi.

Cuma harapnya, ia kembali diperbaiki. ISTERI HANYA UNTUK TATAPAN SUAMI. Jangan biar keindahannya dinikmati oleh mata-mata ajnabi. Bahagia dan berkat dalam rumahtangga bukan pada potret perkahwinan yang dibangga-bangga, ingat tu :)

[Myilham.com]

~Ya Allah, jagalah hatiku selalu, ameen~

Hati-hati ye para muslimat.



Melihat gambar para muslimat yang berniqab dalam 1 group, cantik. Lalu saya view album tersebut, public. Boleh lihat kesemua gambar dalam album tu walaupun tidak termasuk dalam list friend.

Terpanggil untuk menegur.
Mungkin ada yang terlep
as pandang.
Aurat perlu dijaga, lebih-lebih lagi bila gambar dapat dilihat oleh umum.

********************************



Slm 'alaik.
1st sekali, gambar ni memang cun+comey+sweet.
Tapi maaf, ada sedikit teguran untuk kemaslahatan bersama. :)

Tak tau album ni milik ahli ***** atau bukan.
Tapi, album ni tak private & boleh di view (sebab baru tengok 1 album tadi). Dan, ada gambar muslimah yang berniqab dalam ni, gambar semasa dia turunkan niqab, means nampak muka.
Ok takpe, consider bukan aurat, tapi bukan ke boleh timbulkan fitnah jugak?

Dan lagi, ada yang memang nampak AURAT.
Ada gambar yang nampak kaki, dan ada yang nampak lengan.
Jadi, mohon jasa baik sesiapa yang mengenali empunya album ni sama ada private atau padamkan gambar yang 'kurang comel' tersebut ye.

Rasa terpanggil untuk memberi teguran.
Harap tiada yang terasa.
Nasihat untuk kebaikan, tiada niat lain.
Wallahu a'lam.

Peace! ^_^

********************************

Hat-hati ye para muslimat.
Terutama buat mereka yang berniqab.
:)

Berbezakah kita?


BEZA antara PEREMPUAN BERIMAN dengan PEREMPUAN JAHILIAH ialah mereka mempunyai SIFAT MALU DAN SEGAN..

Wanita beriman TIDAK TERGAMAK nak tunjukkan gambar-gambar mereka pada ORANG RAMAI dalam keadaan BERSOLEK, PAKAI BAJU LAWA..MENIARAP, TERLENTANG dan macam-macam aksi lagi..

Mudah-mudahan mereka INSAF..

-Ustaz Azhar Idrus-


Sunday, September 2, 2012

Selamat diijabkabul.


Soalan yang orang selalu tanya,

"Kahwin nanti pakai purdah tak?"

Memang sangat selalu. Berderet. Dan bertubi-tubi.
 
Especially bila dah umum tarikh kahwin.
 

Dan ini jawapan yang selalu saya balas,

"Mestilah tak".
"Tak kot".
 
"Mungkin tak".
 
"Macam tak je".
"Tak pakai pun".
Semuanya adalah TIDAK.

Tapi, dalam hati saya, memang sangat teringin untuk berniqab di hari pernikahan, sekali seumur hidup kot. Dahlah selama ni tertutup, rasa macam pelik pulak kalau tiba-tiba tak pakai. Tak selesa lah kan~

Lalu, saya kuatkan tekad.
Saya mahu berniqab.
Ini adalah pilihan saya.

Bila tanya bekas tunang, merangkap suami saya sekarang, dia memberi sokongan. Pada mulanya...

"Takpelah ana tak kisah pun, ikut nti lah. Kalau pakai pun bagus jugak".

Dekat-dekat nak kahwin,

"Nanti kahwin pakai purdah please".

Alhamdulillah syukur Ya Allah.
 
Saya sangat excited dengan permintaannya.
Sebab utama, memang pilihan saya, lillahi taala.
Tapi, bila dia memberi sokongan, keyakinan saya semakin kuat.
Untuk meneruskan niat ini.
Hamdan lillah, Allah izinkan.

Sehari sebelum bernikah, jam 11 lebih (malam), baru mula jahit niqab. Dan esoknya, bangun jam 4 pagi untuk bersiap, keluar dari rumah jam 5 pagi bertolak ke Pulau Melaka. Akad nikah sekitar jam 7 lebih, selepas tazkirah subuh, di masjid Pulau Melaka.

Semuanya Allah yang aturkan.



:: Lakukan sesuatu kerana Allah, minta Dia mudahkan. Doa sungguh-sungguh, sepenuh hati. Dia punya cara untuk bantu, Dia punya cara untuk pujuk, kerana Dia tidak pernah tinggalkan kita walau sesaat. ::