- MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PENYAMPAIAN SIJIL SSSRU DH 6 2008M PADA ISNIN,09.11.2009M,1.30PM,DEWAN PERPADUAN S.R.RIMBA I,BRUNEI III
- PEPERIKSAAN BERTULIS SSSRU DH 6 2009M DARI 18.11.2009 - 26.11.2009
- MAJLIS MENANDATANGANI REKOD UJIAN BULANAN KEDUA & PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN INSYA ALLAH AKAN DI ADAKAN PADA 25.11.2009M,RABU, DI DALAM DARJAH PRA UGAMA PETANG.
- MAKLUMAN: Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus di "chat box" di sini atau email sekolah surimbasatu@gmail.com ataupun di alamat FACEBOOK yang baru iaitu Sekolahugama Rimbasatu.
Thursday, November 5, 2009
Monday, September 14, 2009
MAJLIS MEMBACA YASSIN, BERTAHLIL & PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM S.U.RIMBA I, BRUNEI III
- TARIKH: 12.09.09M / 22 Ramadhan 1430H
- HARI: Sabtu
- TEMPAT: Dewan Perpaduan S.R.Rimba I, Brunei III
- MASA: 12.30 - 2.00ptg
Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Majlis diakhiri dengan sesi bermaaf-maafan / bersalam-salaman antara murid-murid dengan guru-guru S.U.Rimba I
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa, penjaga murid-murid, guru-guru dan hamba-hamba Allah yang telah bermurah hati menderma sama ada dari segi makanan ataupun berupa wang kepada anak-anak yatim di sekolah ini. Semoga pahala abiskita dilipatkan gandakan lagi di bulan yang mulia ini dan hanya Allah s.w.t jua yang dapat membalasnya.
Juga tidak lupa diucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, tanpa usaha kerjasama daripada abiskita tidak akan berjalan aktiviti di sekolah ani. Semoga keikhlasan abiskita akan sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t jua amin...
Akhir sekali kami pihak sekolah ingin menyusun 10 jari memohon maaf ampun zahir & batin jika ada perkara-perkara dari segi perbuatan terutama percakapan yang menyinggung perasaan murid-murid, ibu bapa, penjaga murid & guru-guru S.U.Rimba I. Semoga Syawal yang tidak lama lagi akan menjelma akan dipenuhi lagi dengan keberkatan daripada Allah s.w.t.
"Bermaaf-maafan amalan yang mulia, tidak akan diterima amal seseorang itu selagi ia tidak saling bermaaf-maafan..."
SEDIKIT RENUNGAN BERSAMA:
Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'
Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.
MAJLIS KAHATAM AL-QURAN PENUTUP MAJLIS BERTEDARUS DI BULAN RAMADHAN & BERTAHLIL S.U.RIMBA I, BRUNEI III
- TARIKH: 10.09.09M / 20 Ramadhan 1430H
- HARI: Khamis
- TEMPAT: Dewan Perpaduan S.R.Rimba I, Brunei III
- MASA: 12.30 - 2.00ptg
- MURID-MURID YANG TERLIBAT: Darjah IV & V
Read more!
Wednesday, September 9, 2009
AKTIVITI AMALI UGAMA BACAAN-BACAAN & PERBUATAN DALAM SEMBAHYANG
- TARIKH: 03.09.2009M
- HARI: Khamis
- MASA: 12.30 - 2.00pm
- TEMPAT: Dewan Perpaduan, S.R.Rimba I, Brunei III
- OLEH: Ustaz Saiful Helmi
- PRAKTIKAL: Masbuq
Read more!
TAKLIMAT BERHUBUNG KELEBIHAN-KELEBIHAN BULAN RAMADHAN, PUASA, TEDARUS AL-QURAN, SEMBAHYANG TERAWIH DAN WITIR
- TARIKH: 24.08.2009M
- HARI: Isnin
- MASA: 12.30 - 2.00pm
- TEMPAT: Dewan Perpaduan, S.R.Rimba I, Brunei III
- PENTAKLIMAT: Ustaz Saiful Helmi
MAJLIS PERPISAHAN USTAZAH HJH ROSITA KE KUPUSB
- TARIKH: 20.08.2009M
- HARI: Khamis
- MASA: 5.00 - 5.30pm
- TEMPAT: Bilik Staff Guru-Guru Ugama, S.U.Rimba I, Brunei III
- GURU YANG DIRAIKAN: Ustazah Hjh Rosita yang akan melanjutkan pengajian PGCE ke KUPUSB sesi 09/10
Read more!
Friday, August 21, 2009
NIAT PUASA FARDHU RAMADHAN

1) Lafaz Niat Puasa Pada Setiap Malam
•Nawaitu Shauma Ghadiin 'An Adaa'ie Fardhi Ramadhaana Haazihis Sanati Lillahi Ta'Ala
2) Lafaz Niat Puasa Untuk Satu Bulan
• Nawaitu Shauma Shahri Ramadhaana Kullihii Haazihis Sanati Lillahi Ta'Ala
• "Sahaja aku puasa bulan Ramadhan seluruhnya pada tahun ini kerana Allah Taala".
3) Adapun sekurang-kurang lafaz niat puasa Ramadhan itu ialah
• Nawaitu Shauma Ramadhaana
• "Sahaja aku puasa Ramadhan."
4) Bacaan Hendak Berbuka Puasa
• Allah Huma Laka Sumtu Wabika 'A Mantu Wa'alla Rizqi Ka'af Thartu Birah Matika Yaa Har Hamar Rahimiin
• "Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah yang Amat Mengasihi"
SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)
Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah
Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas
3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran
NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik
Selamat Menyambut Ramadan
semoga segala amalan kita diterima Allah swt
dan diampunkan segala dosa, ditetapkan iman, disucikan hati
Thursday, August 20, 2009
PETUA BERPUASA

Assalamualaikum.....
PETUA BERPUASA
Kalau nak kurangkan dahaga dan lapar di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insya Allah kurang lapar dan dahaga. : -
1.. Mesti sahur.
2.. Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam.
3.. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kalilah kita baca surah Al Ikhlas.
4.. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
5.. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, bacakan selawat 1 kali dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagiii..sampailah 7 kali.
SEBENARNYA :-
Thursday, July 30, 2009
MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIK MENGAJAR DARI KUPUSB, BAGI TAHUN 2009M / 1430H
- TARIKH: 30.07.2009M / 8 Syaaban 1430H
- HARI: Khamis
- JAM: 5.00pm
- TEMPAT: Bilik Guru-Guru Ugama S.U.Rimba I, Brunei III
- GURU YANG DIRAIKAN: USTAZAH SITI RUBIAH BINTI HJ ABD HAMID
- LAMA MENGAJAR: Dari 29.06 - 30.07.2009M
Guru yang diraikan.
Yang mana satu?
Ucapan dari Guru Besar Ustazah Hjh Raptah Anom.
Napa macam menjeling atu? Sedih kali akan pemergian Ustazah Siti Rubiah aka Surbiah =)
Setelah beberapa minit membagi ucapan,apa terjadi?
Bukannya ketawa riang ni,ustazah malu sal ahirnya dalam ucapan inda lagi dapat menahan kesebakan di jiwa. Titisan air mata tumpah jua ahirnya...
Majlis penyampaian cenderahati ikhlas dari pihak sekolah oleh guru besar.
Walaupun ilmu yang dicurahkan dan pengalaman yang ditimba tidak lama & banyak, kami pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada ustazah atas segala pengorbanan yang biskita buat selama di sekolah ani sama ada yang kecil atau besar. Kami juga memohon maaf jika ada layanan, percakapan dan perbuatan yang kurang disenangi sama ada secara langsung atau tidak. Kami mendoakan kejayaan sering berada disisi ustazah, dan apa yang paling penting hubungan tidak berakhir di sini,insya Allah umur panjang bejumpa lagi =)
SOLAT HAJAT, DOA TOLAK WABAK H1N1 & BACAAN RATIBUL ATTAS
- HARI: Setiap Hari Khamis
- JAM: 1.30pm (Selepas sembahyang fardhu Zohor berjemaah)
- TEMPAT: Dewan Perpaduan S.R.Rimba I, Brunei III
- IMAM: Ustaz Khalid bin Hj Said
KLIK DI SINI UNTUK KE GAMBAR SETERUSNYA
NISFU SYA'ABAN

Nisfu syaaban pada tahun ini adalah bersamaan malam khamis 5 Ogos, 2009M
( 15 Syaaban 1430H)
Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada 15 Syaaban . Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dengan buku catatan yang baru.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a :
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri." Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah datang kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada ALLAH SWT dengan baik & sempurna & seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban :
1. Selepas solat Maghrib (15 Sya'aban, Isnin malam), solat sunat Nisfu Sya'aban, 2 rakaat : -
Rakaat 1 : Baca Surah Al-Fateha & Surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : Baca Surah Al-Fateha & Surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, Isnin malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada ALLAH s.w.t
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada ALLAH s.w.t
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman & Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca : Istighfar 11x, Selawat 11x dan baca doa Nisfu Sya'aban (ada di dalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya
Abul Khair Al Talaqaani R.A. mengira nama-nama malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah : -
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban : -
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka ALLAH s.w.t haramkan tubuhnya dari api neraka & dia akan menjadi teman kepada Nabi ALLAH s.w.t Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, sabda Nabi Muhammad (SAW) : Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, ALLAH s.w.t turun ke langit dunia lalu berfirman : "Adakah orang-orang yang meminta maka Aku Perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku Ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku Terima taubatnya & diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya."
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibu bapa sebelum hari Nisfu Sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka / berdosa dengan ibubapa kita.
Monday, July 20, 2009
SELAMAT MEYAMBUT ISRAK MIKRAJ

Allah Taala berfirman:
Mafhumnya: ”Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. [Surah Israk :1]
Tanggal 27 Rajab, atas perintah Allah Taala Malaikat Jibril datang dengan membawa tunggangan dari syurga yang disebut dengan Buraq. tunggangan yang mempunyai kepantasan yang luar biasa, sejauh mata Buraq memandang maka sejauh itu pulalah Buraq melangkah. Dengan tanpa meninggalkan sebarang kesan Malaikat Jibril membuka bumbung rumah Ummu Hanik tempat Rasulullah tidur pada malam itu di antara Hamzah dan Jaafar bin Abi Thalib, perlahan-lahan Jibril bangunkan Rasulullah dan membawanya ke Kaabah seterusnya membelah dada baginda untuk kali yang kedua tanpa ada rasa kesakitan dan kesan lalu dibersihkan dengan air zam-zam. Seterusnya Rasulullah dengan menaiki Buraq dan Jibril keluar untuk menyaksikan tanda-tanda kekuasaan Allah, baik yang berada di bumi mahupun yang berada di langit.
Israk
Para ahli salaf, khalaf, mufassirin, mutakallimin dan ulama-ulama fekah bersependapat bahawa peristiwa israk ini berlaku dengan jasad dan ruh secara serentak dalam keadaan sedar dan bukannya tidur. Peristiwa ini berlaku pada malam hari membawa nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin.
Dari masjidi Haram Rasulullah memulai perjalanan Israknya dengan melalui beberapa tempat bersejarah antaranya Madinah, Thur Sina (tempat nabi Musa mendengar Kalam Allah tanpa perantaraan malaikat), Madyan (perkampungan nabi syuaib), Baitil Laham (tempat lahirnya nabi Isa), makam keluarga Mashithah dan sehingga akhirnya beliau sampai di masjidil Aqsa, di masjid inilah Rasulullah dipertemukan dengan semua para nabi dan melakukan solat dua rakaat dengan para nabi dan sekaligus menjadi imam kepada mereka, ini juga merupakan dalil bahawa Nabi Muhammad adalah nabi yang termulia di antara para nabi.
Di antara keajaiban ciptaan Allah yang disaksikan Rasulullah ketika Israk adalah :
1. Dunia, Rasulullah melihatnya dalam bentuk seorang wanita yang sangat tua. Hal ini menggambarkan bahawa dunia dengan segala bentuk dan isinya yang mengairahkan akan lenyap dan fana, sebagaimana seorang wanita yang ketika mudanya sangat cantik dan menawan, akan hilang kecantikannya ketika sudah tua.
2. Iblis, Rasulullah melihat seseorang yang berada di pinggir jalan, dialah Iblis yang pada mulanya beriman kepada Allah kemudian dia kufur kerana menentang-Nya. Dia termasuk dari golongan Jin, bukan dari jenis malaikat. Iblis tidak berani bercakap kepada Rasulullah atau berbuat jelek terhadapnya.
3. Para Mujahid di jalan Allah, Rasulullah melihat sekelompok kaum yang menanam dan menuai hasilnya dalam tempoh 2 hari. Jibril berkata kepada Rasulullah : "Merekalah orang-orang yang berjuang di jalan Allah".
4. Para penceramah pembawa fitnah, Rasulullah melihat mereka memotong lidah dan bibir mereka dengan gunting dari api.
Mikraj
Setelah Israk, Rasulullah yang ditemani Malaikat Jibril meneruskan perjalanannya menuju Sidratul Muntaha. Perjalanan ini disebut dengan Mikraj, perjalanan yang dimulai dari masjid al Aqsa hingga ke sidratul Muntaha atas langit ketujuh.
Sampai di langit pertama Rasulullah berjumpa dengan nabi Adam, naik ke langit kedua baginda bertemu pula dengan nabi Isa dan Nabi Yahya, di langit ketiga bertemu dengan nabi Yusof, di langit keempat dengan nabi Idris, kelima dengan nabi Harun, seterusnya di langit keenam bertemu dengan nabi Musa dan di langit yang ketujuh baginda dipertemukan dengan nabi Ibrahim.
Keajaiban-keajaiban Mikraj
Ketika Rasulullah berada di suatu tempat yang berada di atas (suatu tempat yang lebih tinggi dari langit ke tujuh), baginda diperlihatkan oleh Allah beberapa keajaiban ciptaan-Nya. Antaranya ialah:
1. al Bait al Ma'mur, iaitu rumah yang dimuliakan, yang berada di langit ke tujuh. Setiap hari 70.000 malaikat masuk ke dalamnya lalu keluar dan tidak akan pernah kembali lagi dan seterusnya.
2. Sidratul Muntaha, iaitu sebuah pohon yang amat besar dan indah, tak seorangpun dari makhluk yang dapat menyifatkannya.
3. Syurga, iaitu tempat kenikmatan yang disediakan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya yang beriman. Syurga berada di atas langit yang ke tujuh dan sekarang sudah ada.
4. Arasy, iaitu makhluk Allah yang paling besar bentuknya. Arasy bukanlah tempat bagi Allah, kerana Allah tidak memerlukan kepada tempat. Saidina Ali pernah berkata :
"إن الله خلق العرش إظهارا لقدرته ولم يتخذه مكانا لذاته"
Maknanya: "Sesungguhnya Allah menciptakan Arasy untuk menunjukkan kekuasaan-Nya, dan tidak menjadikannya tempat bagi Dzat-Nya". (Riwayat Abu Manshur al Baghdadi dalam al farq bainal firaq, hlm : 333)
Hanya dalam waktu sepertiga malam saja Rasulullah sudah kembali ke tempat tidurnya dari perjalanan Israk dan Mikrajnya. Sungguh menakjubkan, namun itulah bukti kekuasaan Allah yang sempurna dan tidak ada bandingannya dan inilah yang disebut dengan Mukjizat bukti kebenaran akan kenabian dan kerasulan nabi Muhammad Shallallahu alaihi Wasallam.
والله أعلم وأحكم
Sunday, July 19, 2009
MINI SUKAN RIA KALI PERTAMA S.U.RIMBA I, BRUNEI III
Muta'assif kerana ahir mempost, kerana masa yang tidak mengizinkan n faktor utama jua sal telampau banyak gambar kan d upload =)
Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t jua S.U.Rimba I buat pertama kalinya dapat mengadakan Mini Sukan Ria yang pertama dengan meriah dan lancarnya. Terima kasih kepada guru-guru yang bersama-sama mengendalikan dan minta maaf jika ada yang tidak teratur dan tidak terjalan kerana "kita hanya mampu merancang tetapi Allah s.w.t jua yang menentukannya".
Mini Sukan Ria berjalan selama 4 hari di mana ianya diadakan secara berperingkat iaitu bermula:
- 08.06.09 (Isnin) : Saringan bagi murid-murid darjah Pra & II
KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR
- 09.06.09 (Selasa) : Saringan bagi murid-murid darjah I & III
KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR
- 10.06.09 (Rabu) : Saringan bagi murid-murid darjah IV, V & VI
KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR
Manakala peringkat pemilihan bagi acara Futsal lelaki rendah atas juga dijalankan selama 3 hari berturut-turut bermula dari 08hb hingga 10hb Jun 2009M.
Dan pada 11.06.2009M telah diadakan acara final bagi semua acara dari murid-murid darjah Pra hingga VI termasuk acara-acara khas untuk guru-guru S.U.Rimba I. Tidak lupa diucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada tetamu kehormat Ustazah Hjh Raptah Anom binti Hj Mohd Tahir, Guru Besar, S.U.Rimba I, Brunei III.
Insya Allah jika diizinkan Allah s.w.t jua acara ini akan diadakan tiap tahun, sebelum cuti Penggal Kedua selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun.









