9 Disember 2011

kursus, persatuan dan lain-lain.
 kene pandai nak manage macam mana, lagi-lagi tinggal beberapa minggu lagi ni.

 Jadi, guna masa itu sebaik mungkin, jangan buang masa, uruskan dengan baik.

Ok, itu pesanan untuk diri sendiri, hidup kita, kita yang tentukan
yang PENTING, SENTIASA INGAT PADA ALLAH.
^_^

18 Oktober 2011

ALHAMDULILLAH...
Kesyukuran   hanya pada Allah..
menganugerahkan nikmat hidup ini.

sem ni,...harus ditempuhi dengan tabah,
susun jadual sebaiknye,
pastikan manage time untuk stday tiap- hari dengan baik dan tetapkan.
buat tugasan satu-satu, step by step,
dahulukan yang mana patut, yang perlu "hand in" pada pansyarah awal,
yang perlu bentang awal.
susun sebaiknya,
bagi kerjsama pada group, manage group sebaiknya.
bantu rakan-rakan yang memerlukan,
jangan stress..
"fikir: "semua orang punyai masa 24 jam juga, ade tugas yang sama berat:.
sentiasa ulangkaji, kena RAJIN, RAJIN DAN RAJIN,
katakan pada diri :AKU BOLEH".
INSYAALLAH!
KAU BOLEH....
Firman Tuhanku  : Jika kamu berazam, Maka BerTAWAKKAL lah Pada Allah..


26 September 2011

Ujian itu lumrah kehidupan

Segala Pujian hanya padaNYA..
Selawat dan Salam pada Rasul s.a.w junjugan yang mulia dan ahli bait serta para Sahabat yang telah mempertaruhkan segala-galanya dalam menegakkan kalimah tauhid.
Setelah sekian lama tak dapat ku buka ruangan ini kerana lupa kata laluannya, walaupun dah berpuluh-puluh kali mencuba. Akhirnya dapatku buka juga. ALHAMDULILLAH..al-maklumlah..cuti baru 4 bulan..dah boleh lupe.
Walaupun x cantik mane blog ni, tapi ku cuba untuk hidupkan dan hiasinya ikut selera sendiri dengan explore cikit2.
4 bulan cuti semester yang baru berlalu seakan-akan hanya 1 bulan sahaja. terlalu cepat masa berlalu meninggalkan kita. Cuti 4 bulan, pelbagai peristiwa yang berlaku pada keluargaku, Dengan ujian bersama Masyarakat yang jahil menegak dan mempertahankan apa yang xdiketahui. Kerana terikut-ikut dengan cakap-cakap orang tanpa usul periksa dan macam2 lagi.

Paling ku x lupa, Kali terakhir ku menatap wajah tok ku yang sudah hampir mencecah 1oo tahun. 
Keputusan untuk pulang ke kampung secara mengejut ketika ambil lesen di ukm bulan 6  tidak  dirancang dan tidak dijangkakan. Pagi Sabtu itu terus ku pulang ke kampung keseorangan. Alhamdulillah selamat sampai. Ketika dirumah, kesihatan tok ku xlah seteruk mana, biasalah sakit2 orang tua. (ringkas cerita)
Di Saat saudara2ku solat subuh, tinggallah ku dan mak disisi tok yang lemah dan kepucatan. Mak menyuruh ku supaya mengajar sebut  kalimah Allah di telinga tok. Tanpa henti ku sebut agar syaitan tidak mudah melekakan insan disaat pengakhirannya.(pada firasatku). Kerana waktu nazaknya insan bermacam2 ujian yang datang di alam ghaib.
 Saat ku melafazkan kalimah "Allah" ditelinganya sambil dadanya kulihat naik dan turun.  Sekelip mata  ia berhenti berdegup, dan semakin  perlahan-lahan dadanya turun. nafasnya x kedengaran lagi. hatiku tiba2 semakin sempit, Ya Allah! adakah dia telah kau ambil???Setelah kau pinjamkan pada kami. Ya Allah! Ya Allah!. INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAAJIUN.
Ya Allah! sekelip mata. Akhirnya hayat seorang insan. Bagaimana keadaannya di alam sane?Bagaimana pula keadaan ku nanti. Lantas ku Berdoa " Ya Allah, Matikanlah kami kami dengan pengakhiran yang baik, janganlah kau Matikan kami dengan seburuk2 pengakhiran".
Ketika kulihat saat kematian insan yang terkujur tubuh, disaat itu juga ku teringat Firman Allah dalam surah Al-Waqiah":

83. maka Alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu Yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
84. sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
85. dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat, 
Di Saat itu "keyakinan" ku Pada kalamNYA semakin menebal. SUBHANALLAH!. Benarlah firmanMU.
Innalillahi wainna ilahirajiuun....(al_Fatihah)25.06.2011 jam 6.15 pagi.

Inilah kali pertama ku melihat saatnya kematian seorang insan. Namun di alam sana ku xtahu apa yang berlaku, disaat Malaikat Izrail  menjalankan amanah menarik roh keluar daripada badan menuju ke alam seterusnya. YA ALLAH bagaiman pula  saat malaikatmu mencabut roh dari jasadku??? Ya Allah! golongkan kami dalam golongan yang beriman dan mentauhidkan mu. Amin

Kekasihmu pernah bersabda: 'sesungguhnya orang paling bijak adalah orang yang selalu mengingati mati."

BENAR! kerana orang yang bijak ini akan sentiasa bersedia untuk menempuh saat kematiannya. Kerana kematian itu tidak mengenal masa dan sesiapa. 
Firman Allah"Apabila datang ajal mereka, maka tidak akan dilewatkannya bahkan tidak pula  dipercepatkannya ."



Inilah tinta yang ku lakarkan sebagai PERINGATAN DIRI. Diri yang sentiasa leka kepada Pencipta yang Maha Kaya Maha pengasih. Diri yang leka dengan kenikmatan dunia yang sementara. 

"Ya Allah! jadikanlah diriku, ahli keluargaku, sanak saudaraku, sahabat handaiku, sanak saudara seIslamku  setiap saat mengingatiMU, Bertasbih Dan MemujiMU..dengan apa yang telah kau khabarkan dalam kalamMU untuk mencapai Darjat disisiMu. Menempuh Jalan RedoMU, mencapai Kenikmatan dalam Kehidupan Yang abadi"

16 Jun 2011


Bismillahirrahmanirrahim.
ALHAMDULILLAH. Setelah beberapa bulan ku menyepi daripada melakar kalam di blog ini,dan kadang2 singgah juga skali skala. 
Masalahnya ku tak dapat nak "sign in" hampir 2bulan lebih untuk post aktiviti-aktiviti atau apa sahaja. Nak kata salah 'password', tidak.ermm..entahlah, bila dicuba lagi. Alhamdulillah!akhirnya dapat buka semula blog kesayangan ku ini..hehehe. Kali ini, rasa nak ubah sikit blogku ini, bila dah ubah-ubah sekadar yang ku mampu, inilah jadinya...xlah secantik blog rakan2 lain. tapi ku cuba usahakan buat yang terbaik, kurangkan gambar2 yang x berkaitan, 'animation' yang x sesuai atau sebagainya.

22 Februari 2011

satu peluang, ia permulaan

بسم الله الرحمن الرحيم

ALHAMDULILLAH kesyukuran dipanjatkan kepada Rabb Izzati kerana limpah dan kurniaNya telah menaburkan  Nikmat-nikmat dan kurniaaNya kepada kita yang kadang-kadang kita lupa untuk mensyukurinya dan menghargainya.

Pilihanraya Kampus UKM baru sahaja beberapa jam berlalu...dengan KEMENANGAN  yang memberangsangkan dan merupakan peluang yang dinanti-nanti bagi Pro-M setelah 7 tahun penantian. 

Kemenangan yang telah dijangkakan bermula hari penamaan calon dan dibantu pula dengan pindaan buku peraturan Penamaan Calon yang baru, jelas berpihak kepada Pro-M. Walaubagaimana pun, kejayaan yang dicipta bukan hanya dengan  usaha dan penat lelah kita semata-mata. Tetapi ia adalah dengan ketentuan dan QudratNya. Allah yang berkuasa menentukan kejayaan dan kekalahan kepada hamba2Nya.

Oleh itu, dengan kejayaan yang diperolehi dan dikecapi. pemimpin-pemimpin yang telah dilantik ini perlu sedar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Hal ini demikian kerana "perjuangan mereka baru bermula". Dihadapan masih banyak ranjau dan duri yang perlu mereka sedar dan perlu mereka hadapinya. Mereka mesti berani dan tunaikan manifesto-manifesto yang telah mereka perkatakan kepada pengundi-pengundi. Di samping itu, mereka perlu sedar bahawa mereka adalah ikon kepada UKM, di samping dapat menjaga dan membawa imej UKM ke persada dunia.

"hidup ini ibarat roda, kadang-kadang diatas dan kadang-kadang dibawah"

sekian coretan nafsi

8 Februari 2011

happy weddings day



"sElaMaT PeNgAnTiN BaRu fOr My CouSin" 
*rozilayati & mohd sabri* 


 



Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya,
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya
dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri)
perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan
(yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21


Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai.

Ya allah ya Tuhan kami,
kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri
agar kekal abadi,
aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga,
sihat walafiat,
dimurahkan rezeki
dan
dilanjutkan usia
dengan mendapat zuriat yang soleh
serta
mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
~ Amin ya Yabbal Alamin ~

27 Januari 2011

aPe CerItA biasiswa?

ASSALAMUALAIKUM..
Bersua kembali...
ALHAMDULILLAH   diberi ruang untuk coretkan sedikit sebanyak info berkaitan "biasiswa KPM" ni....

Hari jumaat (21012011), saya telah pergi berjumpa dengan puan wan rosyana bahagian kebajikan untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan biasiswa ni, apasal banyak program tidak ditaja....APATAH lagi..."PENDIDIKAN ISLAM"???? yang pend. tamil dan pend. mandarin ade pulak....PELIK!!!

Saya cuba mendapatkan maklumat daripada beliau dan menyatakan tidak berpuas hati dengan menyatakan sebab2 yang difikir munasabah....terkeluar jugak di bibir saya...INI KE 1 MALAYSIA??? TRANSFORMASI???
Seterusnya meminta beliau berhubung dengan pihak KPM mewakili pelajar2 yang tidak ditaja ini, katanya : saya akan telefon pihak KPM sana..bahagiaan tajaan.."
alhamdulillah : bisik hatiku... 

Seterusnya, pada hari isnin (240111), alhamdulillah ada kelapangan waktu, saya terus menuju ke bahagian kebajikan pelajar untuk berjumpa dengan beliau, nak tahu respon dari pihak sana..kebetulan beliau tidak kemana...saya cuba mendapatkan penjelasan daripada beliau mengenai masalah ini. katanya: memang pihak KPM tidak menawarkan/taja  pada semua program, sebelum ini pihak KPM telah menawar sebanyak 30 prgram, jadi setelah dibuat unjuran oleh...(lupa daripada pihak mana), telah membuat keputusan bahawa hanya program2 kritikal sahaja yang ditaja. iaitu 13 program tidak termasuk PI...(sedih jugk dalam hati,). Lama juga saya bercakap dengan beliau, hampir 20 minit juga...iyelah, siapa yang  tidak sedih...bangsa sendiri diabaikan (pendapat saya)???.
..dalam berbual saya cuba melontar pendapat saya mengenai hal ini, dan Puan Rosyana juga mengakui dan merasa pelik kenapa Program Pend.Islam tidak ditawarkan....???
Saya juga bertanyakan beliau sekiranya ada lagi biasiswa lain yang ditawarkan untuk kami, katanya :"biasa pelajar Pend memang susah nk dapatkan mana2 biasiswa, kecuali KPM SAHAJA.....
Memang saya mengakui sendiri memang pelajar pend susah untuk dapatkan mana2 tajaan...searchlah mana2 biasiswa....pend dikecualikan untuk dapatkannya...
..kecuali zakat ukm n negeri..:katanya.
sebelum pulang beliau telah memberi no telefon pihak KPM jika sekiranya mahu bertanya lebih lanjut..terima kasih.

RAbu (260111), pagi sebelum pukul 930 saya cuba menelefon pihak KPM iaitu cik rafidah, hampir 3 kali, namun tiada siapa yang menjawab. Seusai solat zohor dalam 2.15 saya cuba lagi untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak sana..Alhamdulillah... ada yang menjawab..cik rafidah sendiri..saya bertanya beliau kenapa banyak program tidak ditawarkan Terutamanya Pend, Islam...

Katanya: ini adalah disebabkan hasil unjuran yang telah dibuat oleh pihak pelajaran/membuat kajian, hasilnya mana-mana mata pelajaran yang SANGAT2/KRITIKAL memerlukan guru di sekolah, maka program itu ditaja oleh KPM. Saya kata "jadi program pend Islam tidak penting lah?bangsa melayu dah cukup perkerjaan n dah cukup agama???. beliau menafikannya. bahkan katanya: sebenarnya guru pend islam terlalu ramai. jadi kuota pengambilan guru akan dihadkan, mengikut tahun dan keperluan." 
Walaubagaimana pun, katanya  pelajar yang dibawah Pend akan ada POsting masing2..pada fikiran saya...kita tunggu dan lihat...(dalam hati :mOge dipermudahkan segalanya AMIN).

Bualan kami berhenti setakat itu setelah beliau cepat2 meletakkan ganggang talifon.

*ini sahaja yang dapatku jelas n tolong.sekian.
maaf sekiranya ade yang terasa..