Hari ini entah kenapa sya boleh melekat depan Tv tonton cerita Hindustan
Tajuknya Taare Zameen Par
Filem ini arahan Aamir Khan
Ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki yg berumur 8 tahun bernama
Ishaan Awasthi
Ishaan merupakan anak kedua dalam keluarga
Ishaan umpama hidup dalam dunia sendiri
Ishaan amat suka warna, ikan, anjing dan juga layang-layang
yang mana bagi Bapa dia itu tak penting
Bapa Ishaan lebih mementing keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
Ishaan amat berbeza dengan abang dia Yohan
Ishaan tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas
Hingga selalu menimbulkan masaalah
Sampai lah satu tahap bapa dia nekad menghantar Ishaan kesekolah pemulihan
Ishaan dimasukkan kesekolah asrama pemulihan
Ishaan berubah 100%
dari seorang kanak-kanak yang suka melukis kepada kanak-kanak yang pendiam, tidak mahu melukis lagi
Ishaan sentiasa didenda oleh cikgu
Namun kehadiran seorang guru seni,lakonan Aamir Khan telah berjaya merubah
Tanggapan Cikgu dan IbuBapa terhadap Ishaan
Cerita ini benar-benar menyentuh perasaan sya
Airmata sya tak dapat dibendung
Ishaan umpama Qimie
Ye..sya nampak Qimie dalam diri Ishaan
IBUbapa Ishaan umpama Sya dan HB
Kami selalu membandingkan Qimie dengan orang lain
Kami selalu pandang rendah pada Qimie
Tapi hakikatnya kami tak nampak siapa Qimie sebenarnya
Qimie hingga kini umur 9 tahun masih merangkak-rangkak membaca
Menulis pun tak pandai sangat
Qimie selalu menimbulkan kemarahan kami dan orang disekeling dia
Mertua sya selalu marah Qimie,kerana tak tahan dengan kerenah Qimie yang boleh berubah dalam sekelip mata sahaja
Qimie suka mengamuk..
Tapi tulisan Qimie kemas
Lebih kemas dari tulisan abang dia
Tapi Qimie minat matematik
Qimie minat mencuba benda baru
Qimie suka sukan
Sya sedih sebenarnya bila kenangkan Qimie
Adakalanya sya dah hilang sabar nak mengajar Qimie
Bila disuruh belajar,pasti Qimie akan mengamuk
Hingga menaikan kemarahan sya
Bukan sya tak pernah pukul Qimie
Tapi sampai bila nak pukul dia
Sampai ada seseorang yg hampir dlm kehidupan kami marahkan Qimie dengan cakap "Inilah yang ummi kau ajar kan"
Tidak..sya tak ajar anak sya kurang ajar dengan orang tua
sebaliknya sya selalu tegur dan marah bila anak sya buat perangai
Tapi orang tak faham kan Qimie
Ya Qimie nampak seperti seorang budak lelaki yang kasar & lasak
Tapi sebenarnya hati dia lembut
Dia suka dibelai
Dia suka kita puji dia
Dia suka kita cakap lembut dengan dia
Suami sya tak boleh mengajar Qimie, dia tak sabar
Tak de sesiapa yg boleh sabar dengan Qimie
Hanya sya yang mampu bertahan
sebab Sya ibu QImie
Sya yang melahirkan Qimie
Sya yang menangis separuh gila bila Qimie kelemasan masa umur 7hari
Qimie hampir2 mati lemas
sebab dia tersedak susu
Sya hanya berharap semoga suatu hari Qimie akan berjaya dalam kehidupan
Qimie, anak bertuah, Ummi tahu ada sesuatu yang istimewa dalam diri awak. Maafkan Ummi kerana tak memahami awak. Namun ummi sentiasa doakan Qimie berjaya dalam apa saja yang Qimie minat.