Tuesday, September 16, 2008

DPA time dan sekarang..

Teringat zaman DPA dulu. Sekarang terlalu jauh berubah, how i miss kenangan masa lalu...so, kalaulah nak dibuat perbandingan, ini adalah perbandingan yang agak melampau..

DPA time : pakai tight sebab takut pacat masuk seluar, kalau takder pacat nak pakai singlet jer rasanya, terutamanya semasa sesat mencari arah during OBS
Now : pakai long john (betulkah) dan tight, baju berlapis2 (tidak termasuk baju kecik) sebab sejuk

DPA time : pakai stokin takut nyamuk gigit terutamnya semasa modul tentera, kalau ada stoking panjang lagi best, letak tembakau banyak untuk elak pacat lekat kat kaki
Now : pakai stoking berlapis2, sampaikan kaki rasa kebas dan yang pasti bukan stoking nipis warna coklat utk dipadankan dgn high heel tu..

DPA time: kepala lutut menggigil sebab gayat- modul tentera dan bomba
Now : kepala lutut menggigil sejuk, nak mandi kena bior dulu air tu agak panas

DPA time : asyik nak mandi jer, terutama modul polis, penat betul berkawat dalam panas terik tu
Now : nak mandi pun fikir banyak kali. Sejuk..masa mandi guna air panas memang best lah, tutup jer paip, ambik kau, menggigil tak hengat,

Itulah keadaan sekarang kat Melbourne ni. sepatutnya dah spring ni kuranglah sejuk, tapi kadang2 lebih sejuk masa winter dulu. Lagi satu, kalau ada ribut, memang dasyat. payung i patah (takpelah, payung murah)

Monday, September 1, 2008

merdeka di melbourne.....

tarian bratham-rancak giler



tarian joget-kuat betul lagu noraniza idris berkumandang



suasana di sekitar federation square, tempat berlangsungnya sambutan kemerdekaan