@TourRamadhan
Pertandingan Vlog Ramadhan
Pertandingan Vlog Ramadhan
🎥 SYARAT PERTANDINGAN VLOG RAMADAN 1. Syarat Vlog Vlog mestilah berdurasi 5-8 minit dan dalam format video yang jelas (landscape atau portrait dibenarkan). Peserta hanya 3 orang sahaja 2. Tema Vlog hendaklah bertemakan Ramadan dan berkaitan dengan suasana, ibadah, nilai murni atau keindahan bulan Ramadan. 3. Kandungan Vlog Tidak mengandungi sebarang isu sensitif berkaitan agama, kaum, politik atau perkara yang boleh menimbulkan kontroversi. Gunakan bahasa dan visual yang sopan serta bersesuaian. 4. Akaun Tiktok Akaun TikTok peserta mestilah dalam keadaan public sepanjang tempoh pertandingan bagi tujuan penilaian. Sila tag @kuijsi.mppdakwah pada hantaran vlog anda untuk semakan pihak penganjur. 5. Tarikh Penghantaran Penyertaan dibuka bermula 19 Februari 2026 dan tarikh akhir penghantaran adalah pada 26 Februari 2026
Pertandingan Hafazan Kategori Juz 30 dan Surah Pilihan
Pertandingan Hafazan Kategori Juz 30 dan Surah Pilihan
🕌 SYARAT PERTANDINGAN HAFAZAN 1. Kaedah Pertandingan Pertandingan dijalankan secara tebuk hafazan, di mana peserta akan diuji secara rawak oleh hakim pada ayat atau surah tertentu. 2. Skop Hafazan Hafazan melibatkan surah-surah daripada Juzuk 30 Al-Quran (atau mengikut ketetapan penganjur) dan surah-surah pilihan (Yasin, Al-Mulk dan 10 ayat awal/akhir kahfi). 3. Ketepatan Bacaan Peserta mestilah membaca dengan tepat tanpa mengubah ayat. Penilaian tertumpu pada tajwid, makhraj dan kelancaran sambungan ayat. Pemarkahan akan dikirakan oleh para juri. 4. Adab & Persediaan Peserta hendaklah menjaga adab, menutup aurat dan bersedia apabila dipanggil. Sebarang bantuan teks atau rakaman tidak dibenarkan. 5. Butiran Pertandingan Tarikh: 24 Februari 2026 (Selasa) Masa: 2.00-4.00 Petang Tempat: Blok B (Kolej)
Pertandingan Tazkirah Spontan
Pertandingan Tazkirah Spontan
🕌 SYARAT PERTANDINGAN TAZKIRAH SPONTAN RAMADAN 1. Durasi Tazkirah Tazkirah mestilah berdurasi 7-10 minit. 2. Tema Tazkirah hendaklah bertemakan Ramadhan dan berkaitan dengan ibadah, penghayatan Ramadan, nilai murni atau kelebihan bulan Ramadan. 3. Kandungan Tazkirah Isi tazkirah mestilah berunsur nasihat, peringatan dan ilmu yang bermanfaat. Tidak menyentuh isu sensitif berkaitan kaum, politik atau perkara yang boleh menimbulkan kontroversi. Gunakan bahasa yang sopan dan berhemah. 4. Penyampaian Peserta hendaklah menyampaikan tazkirah dengan jelas, tertib dan menutup aurat serta menjaga adab sebagai seorang Muslim. 5. Butiran Pertandingan Tarikh: 24 Februari 2026 (Selasa) Masa: 2.00 hingga 4.00 petang Tempat: Blok B (Kolej)
Pertandingan Poster Ramadhan
Pertandingan Poster Ramadhan
SYARAT PERTANDINGAN POSTER RAMADAN 1. Saiz Poster Poster mestilah dalam nisbah 4:3 (sesuai untuk posting Instagram). 2. Tema Poster hendaklah bertemakan Ramadan dan berkaitan dengan suasana, ibadah, nilai murni atau keindahan bulan Ramadan. 3. Kandungan Poster Tidak mengandungi sebarang isu sensitif berkaitan agama, kaum, politik atau perkara yang boleh menimbulkan kontroversi. Menggunakan bahasa dan visual yang sopan serta bersesuaian. 4. Akaun Instagram Akaun Instagram peserta mestilah dalam keadaan public sepanjang tempoh pertandingan bagi tujuan penilaian. Sila tag @kuijsi.mppdakwah pada hantaran poster anda untuk semakan pihak penganjur. 5. Tarikh Penghantaran Penyertaan dibuka bermula 20 Februari 2026 dan tarikh akhir penghantaran adalah pada 26 Februari 2026.
View on mobile