24 November 2015
Sumbung, Sumbing, Sumbang, Sumbeng.
They are born to give hopes to other people -
"There is always other people that is always badly corroded and always deteriorated."
Humanity are sorry and pleased for you.
Thank you arrogant people - like you.
p/s: Bukan senang aku nak tulis poem bahasa inggeris ni.
13 February 2013
Cahaya Kekasih Versi Kasaq.
VERSI KASAQ NAK MAMPUIHHHH
ku bilang bintang2, di angkasa
cahaya dulu terang kini pudar
ku selak langsir langit, terus mencari
cahaya kekasih yang dulu, kemanakah pergi?
percaya
percaya kataku
aku kan terus setia disisimu
biarpun
malam tanpa bintang
kau tahu jiwa ini rapat tanpa jurang
ku meraba dalam kelam
berharap kan terjumpa
rahsia yang mampu buat ia terang semula
puisi yang ku lukis
ia contengan asli
biar buruk di mata, cantik di hati
ku bilang bintang2, di angkasa
cahaya dulu terang kini pudar
ku selak langsir langit, terus mencari
cahaya kekasih yang dulu, kemanakah pergi?
Usahlah
Kau berfikir lebih
setia ini bukan seperti kekasih
Jauhkan
kerisauanmu
Sahabatmu ini masih setia seperti dulu
ku meraba dalam kelam
berharap kan terjumpa
rahsia yang mampu buat ia terang semula
puisi yang ku lukis
ia contengan asli
biar buruk di mata, cantik di hati
ku bilang bintang2, di angkasa
cahaya dulu terang kini pudar
ku selak langsir langit, terus mencari
cahaya kekasih yang dulu, kemanakah pergi?
04 February 2013
Air di Lautan.
Kataku,
Adakah indah menjadi air di lautan
Mengalir ke pelbagai perairan
Melalui setiap kotor kotor minyak
Melalui bersihnya bukan kehendak
Setiap pengalaman menjadi pengajaran
Tanpa menoleh Ia terus mengalir kehadapan
Kuat
Kuat dan bersedia menghadapi rintangan
Aku ingin menjadi seperti air lautan!
Katanya,
Ia tak selalunya hebat.
Kataku,
Apa maksudmu?
Katanya,
Ia hanya mengalir tanpa ada dasar
Tolakan angin potongan ombak kapal
Dimana pendirian
Kalau hanya sentiasa tunduk dan berjalan
Tak terlalu kuat kerana hanya mengikut
Lemah dan dan terus terusan mengikut
Kataku,
Menanti tunggu apa yang pasti
Sekuat rintangan akan ada hadiah Tuhan beri
Mengikut bukan arti selalu tunduk
ia sentiasa bersedia untuk setiap satu ribut
Tunduk bukan arti selalu mengikut
Ia pastikan memori bukan faktor untuk sangkut
Hebat menjadi air di laut.
Katanya,
Resam air
Dicincang mana mampu putus
Panas bisa buat ramai nahas
Sejuk bisa buat ia keras
Air sentiasa bersedia
Hebatnya air seharusnya hebat lagi manusia
Khalifah di atas dunia!
Lalu kami beredar menyelesaikan misi masing-masing
30 January 2013
Batu.
Permata itu indah
jika disilau dengan cahaya
cantik, menyerlah, megah
Bata itu keras
warnanya malap, muram, kelam
Petak dan tiada menarik
Jika disusun di atas meja
aku yakin permata yang didamba
walhal seraya alam tahu ia tiada guna
Selain menunjuk sifat riak durjana
hey celaka!
Bata itu walhal punya banyak khasiat
rumah, istana, penjara sekali pun
Bata mampu siapkan
Lumrah manusia
Sifat manusia
Utamakan cantik dari guna
Aku tak salahkan sesiapa.
Kita akan terus binasa.
Selamanya.
29 January 2013
Cinta (iii)
Orang bijak pandai akan bisa ngerti
betapa bulan itu pandai berpura-pura
Betapa cantiknya hanya pantulan
Namun sehodoh kau bulan
kau adalah objek manis di alam
yang bisa pantulkan segala rasa
mengharap sampai ke sebelah sana
Hari ini kau penuh
Cantik kepura-puraan.
20 January 2013
Andai Aku Tiada.
Andai tiada rasa,
Ucapkanlah.
Andai tiada masa,
Ucapkanlah.
Andai tiada gila,
Ucapkanlah.
Andai tiada manis,
Ucapkanlah.
Andai ada dosa,
Ucapkanlah.
Andai ada hutang,
Ucapkanlah.
Apa sahaja andaian,
Ucapkanlah.
Karena,
Andai aku tiada,
Tiada erti lagi ucapanmu.
19 January 2013
Cinta (i)
Bunyian roda roda kereta
Nyanyian nyanyian burung
Siulan kumpulan cengkerik
Menemani aku saat semua belum celik
Subuh itu aku bangun merindu
Bayu laut hembus ke muka
Memberitahu bahawa jangan selalu luka
Ada cerita disebalik semua
Bersyukurlah apa adanya.
Pagi ini aku rasa saorang
Walhal alam sentiasa meneman
Berzikir tentang keajaiban Tuhan
Buat jiwa merasa aman.
Selokanya berombak mahu pergi
Tidaklah jauh aku tetap rasa sepi
Hanya angin yang mampu sampaikan rasa
Ketika dia jauh bersama impiannya
Betapa cinta itu selamanya buta
Bisa bawa aku ke bawah dasar gila
Betapa cinta itu selamanya kejam
Bisa bawa aku ke bawa dasar kelam
Betapa cinta itu selamanya bisu
Aku hanya bisa simpan luluh segala pilu
Kerana cinta itu selamanya agung
Bisa bawa aku ke syurga terulung
Kerana cinta-Nya, kekal abadi.
Kerana cinta-Nya, terlalu suci.
Kerana cinta-Nya, buat tenang.
Kerana cinta-Nya, tiada kata.
Subuh itu aku bangun merindu
Berbisik agar dia tahu
Betapa aku masih disini begitu
Seperti dahulu.
17 January 2013
Tarian Atas Angin.
Aku menari atas angin
Tarianku ngilu rambutku beralun
Ke kiri ke kanan mencari langkah
Hentam sahaja tiada salah
Kerana aku menari atas angin
Tiada apa pasti tiada masalah
Aku menari atas angin
Jiwaku berhantu rohku pening
Apa segala mahumu tinggi melangit
Aku mendegar dan terus menggigit
Hai, adakah aku akan kehilangan
Sekali lagi orang yang penting?
dulunya wujud rapat kini makin sakit
aku simpan kenangan dalam kocek
Bila teringat aku buka balik
Semua apa jua yang dah tertulis
Aku menari atas angin
Tiada apa yang jelas melainkan kebodohan berimaginasi
Ya, aku sedang menari lagi.
14 January 2013
Aku Di Perairan Lumut.
kini aku di perairan Lumut,
ditemani damainya laut,
dan kicau burung nyaring,
berkumpulan terbang seiring,
deruan enjin-enjin kapal membelah ombak,
jauh dari kota-kota yang sesak,
aku memerhati masa depan,
aku memerhati segala ketakutan,
Segala yang tertulis itu pasti,
Perjalanan hidupku sampai mati.
Jantung pula tak henti menyanyi,
Memanggil-manggil orang yang dirindui,
Menghantar frekuensi-frekuensi gila,
Yang takkan tembus Selat Melaka,
Aku nekad untuk tempuhi segala misi,
Kerana itu semua adalah pasti,
Di antara imaginasi dan realiti,
Aku harus terus teguh berdiri.
Kini aku di perairan Lumut,
bebas dari segala hal-hal kusut,
Ombak mengajar aku satu benda,
Yang tiada apa kekal selamanya.
Penulis.Sahaja.
14 Januari 2013,
Orient Star Hotel, Lumut, Perak, Malaysia.
10 January 2013
Karena Orang-orang Sepertinya Yang Aku Perlu.
Macam hari-hari lalu aku dengannya.
Persis di realiti, di alam papan kekunci,
Tidak kurang bisa bebelannya.
Lebarnya, panjangnya, isinya
Yang kadang-kadang bisa melukakan rasa,
Pedih. Pedih di dalam. Berdarah.
Mengalir deras, terus mengalir.
Namun setiap bait nada itu ada logiknya.
Ada betulnya.
Ada positifnya.
Seperti mana orang-orang seperti aku.
Yang cepat menyimpulkan sesuatu.
Maaf. Ku pohon maaf salah dari langit,
salah sampai ke tanah.
Salahku terbang bak angin-angin.
Kerana gagal menggunakan akal,
Untuk hadam setiap kata yang ku baca.
Kata-kata yang sebenarnya ajaranku sendiri.
Yang aku lupa.
Yang aku abai.
Yang aku lalai.
Karena orang-orang sepertinya yang ku perlu.
Orang-orang yang mengingatkan aku tentang sesuatu.
Ketika aku melepaskan apa yang aku pegang dari dulu.
Aku selalu kejam dengan diri sendiri.