Semalam gi antenatal check utk minggu ke-20. Skrg sy gi check-up kat Poliklinik Komuniti Durian Tunggal. Memula aritu check ngan satu klinik swasta ni. Tapi lepas kena admit kat Hospital Besar Melaka itu ari, sy dinasihatkan buat buku merah kat klinik kesihatan berhampiran. Ingatkan just nak buat buku merah pastu sambung check-up kat swasta. Bukan apa, pengalaman check-up masa pregnant twins dulu kat HKL, aduhai.....menyeksa jiwa dan raga sbb masa menunggu yg lama, nurses yg x friendly dan kena ikut tarikh dan masa yg dah ditetapkan.
Tapi lepas pergi first time bulan lepas, not bad gak la Poliklinik Komuniti Durian Tunggal ni. Dari segi rupa, dah la baru dan cantik, lepas tu the system is very organised. So tunggu turn pon x lama. Nurses and doctor dia sgt la baik, sgt la lemah-lembut, cam x caya jer kita gi klinik kerajaan. Dah la yg entertained sy masa tu satu nurse muda yg sarat mengandung, tapi cool je dia layan kita. Ngan ckp lembut, byk senyum, I really comfortable la at that time.
Lagi pulak, doktor utk klinik ibu mengandung semuanya perempuan Islam so x risau dah pasal aurat. Aritu gi klinik swasta pon sbb isu aurat juga. Kali ni insyaallah nak cuba jaga aurat masa check-up dan bersalin, tu yg kali ni mungkin akan bersalin kat private hospital sbb nak dapatkan gynae perempuan. Masa twins dulu, malu toksah nak ckp la bila ntah berapa ramai doktor lelaki yg ngadap kita, campur ngan ntah bape ramai lagi doktor2 pelatih yg dtg tgk. Tapi masa tu nak buat cemana, pengalaman pon takde campur ngan financially pon tak stable so kita harung jugak la.
Ckp pasal check-up, bp ok, urine ok tapi weight gain melampau sudah. Naik 5kg ko dlm masa sebulan! Adoiii...mentang2 dah boleh makan ni, makan byk sgt la pulak sampai berat naik melampau. Nurse ckp kena jaga makan camni and Isnin ni pulak kena buat test minum air gula utk check diabetes. Ala, dreadnya nak minum air gula tu sbb dgr citer air gula tu tersangat manis dan boleh buat rasa nak muntah. Masa twins dulu sy skipped test tu dan somehow nurse x bising pulak. This time x berani nak skip sbb umur pon dah bertambah, pulak tu mmg ada keturunan kencing manis. So suka tak suka, kena buat juga.
Harap2 mmg takde diabetes la.....