Pages

Showing posts with label Gardening. Show all posts
Showing posts with label Gardening. Show all posts

Friday, January 13, 2017

Garden Update: January 2017 - Pokok Pisang Tanduk

It's been more than half a year since my last update on gardening....huhuhu.

Ye la, sebelum pregnant asik xde masa, sekarang dah pregnant lagi la mmg langsung  x jenguk laman and pokok2. 

Tapi Alhamdulilah, dalam tak berjaga tu, pokok pisang tandukyang mak saya tanam pada Disember 2015 dah berbuah buat pertama kali. Happy sgt dari mula tgk jantungnya keluar dan makin lama makin membesar. Sejuk tangan Mak yang tanam 😊😊😊

Alhamdulilah, banyak jugak jadinya dalam 1 jantung tu, ada 10 biji. Semua membesar elok. Kami ni first time tanam pisang, jadinya memang x tau la bila waktu sesuai nak tuai pisang tu. Saya dok la berperang dengan cik HB tanya bila nak amik pisang tu sbb saya risau pisang2 rosak atas pokok. Jiran2 kami ramai jugak yg tanam pisang tapi bukan pisang tanduk, ada yg tanam pisang emas, pisang yg mmg jenis makan mentah tu (sebenarnya mokcik bukannya kenal pon jenis2 pisang...hehehe). So diorg pon rajin bagi pisang kat kitorang sesikat dua bila ada yg berbuah dan waktu bagi mmg hijau lagi dan diorg pesan suh peram. Jadinya saya ingat pisang tanduk pon patut gitu la. Yang cik HB pulak rasa kitorg patut tunggu sampai pisang tu kuning atas pokok. Tapi at last sbb saya bising ari2, bila dah nampak kuning2 dia tebang la jugak...hehehe


 Ni la rupanya masa tgh membesar atas pokok

Ni pulak rupanya bila dah tebang...besar2

So kami pon pakat2 bagi kat jiran2 yg betul2 dekat ngan rumah. Ada 3 rumah, kami bagi 2 biji/rumah. Selebihnya baru kami punya. Jiran2 semua kagum tgk saiz pisang tanduk yang besar ni. Siap abang sebelah minta anak pokok lagi. Abang sebelah kata patut biar je masak atas pokok. Oh ye? Tak tau pon....hehehe

Ni tgh peram la tu....belum masak apa2 lagi. Cadangnya nak buat pengat dan pisang goreng. Happy sgt tgk hasil tanaman sendiri. Pisang tanduk kan mahal....sebiji kalau kat pasar tu dalam RM3-4. Berbaloi sgt tanam pokok pisang ni. Dah la x remeh nak jaga.

Berbudilah pada tanah....banyak manfaatnya :)

Thursday, June 16, 2016

Garden Update: June 2016

This is a quick update. Sebab utama nak rekodkan tentang ini!!!!



Akhirnya pokok durian belanda berbuah jua dan dekat dah nak masak dah tu :)))). Sebelum2 ni mmg ada beberapa berputik tapi asik gugur, x sempat jadi buah. Kami baru perasan yg sebuah ni sbb baru trim daun2 pokok kantan yg kat sebelahnya, so bila dah terang tgk2 ada sebiji buah belanda sedang membesar. Happy betul!!! Untuk rekod pokok ni saya tanam pada September 2013. Maknanya amik masa 2 tahun lebih untuk berbuah. Kedengarannya agak lama tapi sebenarnya masa berlalu pantas. Teringat lagi masa tanam tu cik HB tanya agak2 bila la kita boleh rasa buahnya? Tup2 dah berbuah pon skrg. Tanam je la apa2 pokok kalau rasa nak menanam, jangan ditanya bila ia berbuah...sampai masanya akan berbuah jua.

Selain citer buah belanda, nak selitkan juga yang ini:


Pokok limau kasturi yang galak berbunga dan berbuah. Banyak jugak putik bunga yang gugur jadi x banyak yg jadi buah. But still cukup la untuk kegunaan sendiri. Kita bukan nak guna banyak pon. Kadang nak makan budu, guna 1-2 biji. Sama jugak bila nak buat sambal belacan. Aritu buat kerabu kaki ayam, puas hati petik semua dan guna air perahannya. Kalau beli selalunya kena beli seplastik, guna sikit ja, pastu kenyut la ia dalam fridge. Pokok ni ditanam Januari 2015.


Masa entry garden update April 2016, sy citer yg pokok terung pipit tak berbuah banyak tapi skrg sangat la meriah sampai x larat nak makan dah. Saya dah buat ulam, masuk dalam masak lemak cili api. Tanya kawan2 keje nak ke tak, diorg x berminat. Pokok ni dah merimbun sangat, rasa kena tetak jugak sikit. pos kat IG pasal pokok ni, kwn suggest cari resepi sambal minang sbb resepi tu guna terung ni. Nanti la nak cuba...

That's all for now.

Wednesday, April 6, 2016

Garden Update: April 2016

Pagi ni sbb ada sedikit masa, sy jenguk2 laman keliling rumah. Dah lama saya x spend masa belek2 pokok2 kat rumah. Ada masa saya siram, xde masa, nasib la ko wahai pokok2. Mmg laman saya in pathetic condition. Banyak jugak pokok2 yang dah jadi arwah...huhuhu.

Nak2 di musim El Nino ni lagi la kesian kat pokok2. Cuma sehari dua ni hujan dah mula turun. Semalam lebat betul hujan. Alhamdulilah. Semoga episod El Nino kali ni akan berakhir segera. Cuaca mmg sangat x menentu skrg ni.

Jenguk2 banyak jugak la yg menarik utk dikongsikan di blog ni. Tu yg saya spend juga masa sikit nak update blog. Last time sy update pasal gardening was October 2015! That was 6 months ago!!! Nampak sgt sejak saya bertukar kerjaya ni, masa saya utk hobi2 semakin dilupakan....huhuhu.

Apapon, saya masih mencintai dan meminati hobi berkebun. Cuma kerana kekangan masa dan saya kena bagi priority kepada perkara2 lain, maka tak boleh la nak all out. Kita buat saja la takat yang mampu.

Jadi utk update, meh mula dengan ini:


Pokok kantan saya dah berbunga!!! Yeay!!! Bila saya checked balik journal gardening dalam blog ni, kantan ni saya tanam Mei 2013, akhirnya dah nak 3 tahun baru berbunga. Alhamdulilah!!! 



Saya punya la seronok, saya pos kat group FB Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri dan dapat respon yg meriah dari ahli group. Tak sangka ramai jugak yg berminat dgn pokok kantan ni. Maybe sbb harga bunga kantan yg semakin mahal buat ramai org berminat nak tanam.

Camni la rupa pokok kantan saya dr jauh....berebut ruang dengan pokok mengkudu dan durian belanda. Huru-hara laman dapur saya ni. Tak sempat lagi nak kemas elok2. Durian belanda tu  pon dah berapa kali berputik tapi gugur putiknya. Tak tau la bila berjaya jadi buah.

Selain tu pulak, bayam ni pon tgh naik cantik....ni tinggalan hasil menanam dulu2...ada je benih yang tinggal lagi. 1 bulan sudah ada jugak tanam sawi, tp bila tinggalkan rumah seminggu masa outstation kat Ipoh, mati terus sawi tu....xpe la, pelan2 kita start balik nanti

Pokok pisang tanduk, ditanam oleh mak saya bulan Disember 2015. Angkut dari Tg. Malim. Asalnya ada 3 anak pokok tapi 2 lagi x survive. Satu pon satu la, akan ku jaga sebaiknya...chewah, siram pon kadang2 tak! Yg seronoknya, skrg dah ada stok daun pisang....bila2 nak buat nasi lemak ke, bakar ikan ke boleh amik fresh dari pokok.

Ni pokok terung pipit. Saya x tanam pon, beberapa bulan sudah tetiba sy jumpa dalam pasu pokok limau kasturi. Agaknya dibawa angin atau burung2. So saya ubah ke ruang yg kosong dan dah besar skrg, Lebat berbunga tapi yg jadi buah x berapa banyak. Sekali kutip adalah beberapa biji. Takat rebus buat ulam saja la. Tapi tetap bersyukur, bertambah lagi koleksi ulam2an saya :)

Di laman depan pulak:

Pokok bawang spider pon berbunga di musim panas ni....ni adalah dari rizom yang saya beli dari Kebun Bahagia Bersama pada Jun 2015. Ni la pertama kali ianya berbunga. Sebelum ni ada dah saya tanam dari April 2014 yg saya dapat as free gift dr KBB. Pernah berbunga juga sekali. Bila tah nak berbunga lagi

Amaryllis...juga berbunga...utk kali kedua...kali pertama Jun 2015. Nampaknya setahun sekali la je la dapat menikmati bunganya...hihihi. Bukan salah pokok, salah tukang kebun yg x consistent jaga pokok2nya. Baja pon x penah!

Itu saja update bulan ini. Saya mengharapkan semangat berkebun saya akan membuak2 kembali. Bukan tak nak atau malas tapi saya mmg terkejar2 dengan urusan seharian. 

Tapi rugi kalau x berbakti dengan tanah kan?  So let's hope ada kemajuan ye?


Monday, October 19, 2015

Garden Update - October 2015

July- August- September.

3 bulan tanpa garden update. Same old stories, kesibukan menguruskan rumahtangga dan kerjaya menyebabkan tak sempat nak bercerita pasal berkebun. Berkebun pon takat menyiram, ada la tanam satu dua pokok...jadi tak banyak la boleh dimasukkan dalam blog.

Tapi utk Oktober kita update la sikit. Buat kenangan sbb pokok2 in my kebun ada yg jenis "datang" dan "pergi". Meaning ada yang hidup x lama...hihihi. Bersilih ganti spesies2 pokok kat kebun i kekdahnya.

Saya lebih concentrate pada tumbuhan herba sekarang. Tanam semula kesum, pudina. Semai lagi belalai gajah dan sambung nyawa. Sbb skrg most of the time kalau makan nasi saya akan pi petik ulam2 ni utk makan dgn nasi. Fresh betul rasanya.


Koleksi herba kesayangan - letak berdekatan pintu dapur, senang nak siram dgn air beras dan air basuhan ikan. Belalai gajah tu dulu dah besar tp saya cantas sbb nampak semak. La ni ada 3 pasu dah. Mak rajin minta semaian saya, tu yg saya semai banyak2,


Kesum saya yg dah gemuk dan subur. Tak ingat bila tanam. Ada ke dalam sebulan dua lepas. Dulu pernah tanam back in 2013. Tapi tak lama lepas tu mati. Mungkin sbb masa tu berkongsi bekas dgn pokok kunyit hitam jadi pokok kunyit hitam dah mendominasi kawasan. Harap2 yg ni kekal lama  Bila subur mcm ni kalau nak buat asam pedas ke laksa ke anytime boleh amik.


Kesum ni saya tanam ikut kaedah yang dikongsi oleh rakan Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri di FB. Just campak btg kesum dalam pasu yang bertakung air dan sentiasa siram air sbb kesum suka air. On top of that saya selalu siram dgn air beras, air basuhan ikan dan buang uncang teh yang dah x guna dalam pasu dia. Mungkin tu kot sbbnya dia jadi subur.


Juga 2nd time tanam pudina. Dulu tanam atas tanah berkongsi patch dgn pegaga. Lama2 pudina yang pupus. La ni tanam dalam dedicated container. Tak campur sapa2....hehehe. Yg ni pon sama konsep dgn daun kesum. Perlukan air yang banyak.


Sedang mengemas area ni. Dulu kat sini ada grill tinggalan org buat grill dulu. Konon2 nak buat rack utk letak pasu2  semaian tanaman. Tapi pokok2 semai x tahan dok sini sbb direct sunlight. Then jadi tempat memanjat pokok kacang botor. Saya tgk mcm semak aje. Discuss dgn cik HB, last2 dia setuju utk buang grill tu. Terpaksa la korbankan pokok kacang botor. Pokok kacang botor kena tanam semula n guna proper trellis, baru nampak kemas. Tu tak abis lagi kemas. Lepas ni area tu saya nak tanam pokok pisang insyaallah. Dah lama bercita2 nak tanam pokok pisang tapi takde kawasan. Mak ckp kat kg ada anak pokok pisang tanduk...yeayyyy. Bukan la berharap sgt kat buahnya tapi nakkan daunnya. Bila2 nak buat nasi lemak ke, ikan bakar ke, nak lapik kukus buat pulut ke kan senang....


Thursday, October 15, 2015

Home Garden in Japan

Few months back, my BFF Nat yang tinggal di Jepun ada share gambar2 aktiviti berkebunnya. Nat and family sebelum ni tinggal di Ibaraki, Tsukuba dok di apartment jadi tak penah berpeluang nak berkebun, April lepas dia sekeluarga berpindah ke Atsugi, Kanagawa dan dapat dok dirumah banglo yang ada tanah untuk berkebun.

Kebetulan pindah2 aje dah musim bunga nak masuk musim panas, apalagi Nat anak beranak terus excited bercucuk tanam. I did ask her utk buat blog dan documented kan cerita2 berkebun tapi Nat ckp takde masa. So I offered nak share gambar2 kebun dia kat my blog so that one day dia boleh baca balik cerita dia berkebun utk pertama kali. Nat ckp tunggu nanti dia pos gambar2 yg cantik sikit walaupun yg dah di share pada saya dah cukup cantik. Bulan berganti bulan, dia sibuk saya sibuk maka takde la gambar2 kebun yg baru.

Ni dah lama sy transfer gambar2 yg pernah dikongsi Nat to my blog sbb bila saya dah resign dr keje lama saya perlu pulangkan semula laptop yg sy gunakan ke majikan. So sbb sayangkan gambar2 ni baik saya masuk dalam blog, ok kan Nat?

Let's see the photos!

Untung Nat, masuk2 rumah ni dah tersedia laman yang cantik, siap ada pokok lanskap mcm2. Tu dia borong pokok bunga marigold (kita panggil bunga tahi ayam...hehehe)



Tu antara yg ditanam, selain marigold, ada pokok cili biasa dan cili capsicum.

Kobi suami Nat gigih berkebun. Kalau tgk rupa mmg org ingat dia org Jepun tapi sebenarnya org Melayu!

I was so excited tgk diorg tanam macam2 walaupun pertama kali berkebun. 

Sebenarnya lepas tu kami sembang2 kat skype, Nat ada tunjuk live pokok2 dia dan lepas beberapa bulan tunjuk hasil tanaman sekali, Ada bendi, terung, cili....Nat kata sampai tak termakan la. Menjadi semua tanamannya. Cuma di negara 4 musim ni, musim bunga dan musim panas je la seronok berkebun sbb faktor cuaca mmg membuatkan tanaman naik cantik. Bila masuk musim luruh, kena bongkar balik apa yg dtanam dan kemas2 laman, tu kata Nat.

So Nat, next year spring and summer berkebun semula ye? Nanti share cerita dan gambar and I will share again in this blog :)

Monday, June 29, 2015

Garden Update: Jun 2015

Garden update this month is going to be very short. Sebabnya tak banyak update yang berlaku di halaman rumah. Tapi masih ada update yang perlu direkod dalam blog ini utk sejarah kebun saya...hihihi

The star this month: AMARYLLIS!!!


Dia jadi star bulan ini sbb berbunga utk pertama kali setelah ditanam pada April 2014. Saya ingatkan dia hidup segan mati takmo sbb ada 2 saja daun yg keluar. Benih saya dapat hasil daripada Give-Away gift by Kebun Bahagia Bersama. Dia datang bersama2 dengan bawang spider yang dah berbunga 2 bulan lepas.

Baru2 ni Kebun Bahagia Bersama iklankan jualan benih bawang spider dan amaryllis. Saya cuma beli benih bawang spider aje ataupun nama botanic nya Sacred Lily of Incas ( ye kan Diana?). Kalau la saya tau amaryllis pon berbunga cantik camni, mesti saya beli jugak amaryllis. Mungkin next time kot sbb saya plan nak beli banyak lagi pokok2 dari Kebun Bahagia Bersama tapi kena tunggu lepas raya sbb nanti cuti raya lama, silap2 tak survive pulak anak2 pokok.

Sebelum puasa bermula, saya sempat korek 'harta-karun' kat laman belakang. Mulanya nak mengemas aje garden bed tu, tau2 abis saya bongkar tanahnya mengorek kunyit2 yg punya la banyak. Seingat saya yg kunyit saya korek mak semai back in Disember 2014 setelah mak korek kunyit dari dalam pasu. Lepas tu makan tanam sikit dalam garden bed. 

Hasilnya dapat la dalam sebesen kecil. Makan sendiri tak abis, so saya agih2kan ke jiran2 yg dekat. Ada la dalam 3-4 rumah yang saya hantar kunyit hidup ni. Ni la seronoknya berkebun. Bukan saja boleh dapat hasil utk kegunaan sendiri, boleh sedekahkan lagi ke orang lain!



Tu je la laporan utk bulan Jun. Rasanya bulan Julai mungkin tak banyak jugak boleh update memandangkan bulan puasa dan juga menjelang raya, saya tak banyak masa nak kisahkan hal2 berkebun. Cuma curi2 masa jugak la menyiram sbb cuaca bulan Ramadhan mmg agak panas. Bila balik keje, tgk pokok2 renek abis terkulai layu.

Friday, May 29, 2015

Garden Update: May 2015

I'm not very excited to update on garden progress this month as there are not so much new thing happening. But an update is an update even though you just have one or two things to share. I really like to re-read my previous posts on gardening. Boleh tengok banyak progress pokok2 yang telah ditanam. From the post construction leftovers on the yard, then struggle kemas sikit2 then slowly tanam sikit2, I have learn a lot from time time. 

So the updates are:


New member in the backyard: pokok belalai gajah. Pemberian kawan baik saya bulan lepas. Waktu dia bagi tu baru je disemai dengan keratan batang. Sebulan dah berlalu, daun2 dah naik dengan banyak dan cantik. Daun belalai gajah dipercayai adalah ubat anti kanser. Memang cita2 saya nak kumpulkan tanaman herba dan pokok2 yang berguna utk perubatan. So far saya dah tanam durian belanda, mengkudu, sambung nyawa, pegaga. Lepas ni nak cari mahkota dewa, tujuh jarum dan banyak lagi la. Cuma x tau la ada ke ruang nak menanam...hehehe

It's been more than 2 months since the first buah delima keluar dan lepas tu banyak sgt dah. The first buah masih belum masak ranum. I don't long how long would it take utk sedia dituai. Tengok buahnya masih kecil dan belum warna merah lagi so I guess it's still long way to go. 


Disebabkan kakak tengok banyak sgt buah delima yg keluar tapi umi tak balut2, kakak offer nak tolong balutkan. Kakak memang rajin nak tolong umi selalu dan dia minat sama jugak nak berkebun. Alhamdulilah, moga2 kakak terus rajin dan minat berkebun dan tolong umi ye sayang.


Percubaan utk sekian kalinya cuba semai pokok ketumbar. Pernah cuba semai dari biji benih pon tak jadi, dari akar pon tak menjadi. Trying out again. 

Kemangi atau selasih dah semakin subur. Siap boleh semaikan lagi anak pokok utk jiran depan rumah. Jiran depan rumah tu doktor tapi suka berkebun jugak. Walaupun anak 3 kecik2 dan takde maid, dia masih curi2 masa berkebun. Kagum dengan dia.


So that's all la utk bulan  Mei. Bulan depan Mak nak datang dan kalau Mak datang mesti nanti dia buat mcm2 utk kebun saya. Nanti nak pi cari lagi la pokok2. Mak tangan sejuk, selalu apa dia tanam menjadi....tak sabar...hehehe.

Wednesday, April 29, 2015

Garden Update - April 2015

Alhamdulilah, bulan April ini banyak perkara menarik berlaku di laman sekangkang kera saya tu :)

Ada pokok yang pertama kali berbunga, ada yg pertama kali berbuah, ada yg berbuah/berbunga dengan sakan so mana la tak gembira hati si tukang kebun walaupun selalu tak berkesempatan nak jaga pokok2 dengan baik. Mujur la sekarang ni boleh dikatakan hari2 hujan so tukang kebun tak perlu susah hati kalau tak sempat nak siram pokok. Cuma kalau tak dijenguk tak perasan ada pokok2 yg tumbang or kayu topang dah jatuh atau pasu terbalik. Jadi kena la jugak jenguk2 seminit dua. 

Kita mulakan dengan laman depan:

Utk pertama kalinya sejak ditanam April 2014, pokok bawang spider saya mengeluarkan bunga. Benih saya dapat dari give-away gift Kebun Bahagia Bersama tahun lepas. 

Baru2 ni rajin membaja pokok ros jepun, tu yang meriah ros jepun berbunga


Sebenar dah beberapa bulan saya beli pasu warna-warni dari Tesco. Seronok tgk colourful pots ni menghiasi tingkap. Mana2 anak pokok lidah naga yg keluar dari induk asal, saya korek dan transfer dalam pasu kecil. Lidah naga yg saya tanam kat tepi pagar mcm berpenyakit. Like you see on pasu no.2 dari kiri - dia jadi kering dibahagian atas. Tak tau kena penyakit apa.

Di bahagian kitchen garden pulak:

My mulberries pon rajin berbuah. Cuma tak sempat nak merasa yg jadi hitam, sbb asal merah je si Insyirah dah petik and makan. Rambutan katanya...hehe. Kalau yg merah tu rasanya masam, kalau hitam dia manis. Kena rajin pangkas si mulberry ni baru dia rajin berbuah. 

Ingat tak my post bulan lepas pasal pokok delima? Bulan ni sangat galak berbunga dan banyak juga bunga yg lekat jadi buah.

Ahli2 group berkebun yang saya join di FB nasihatkan supaya balut buah delima dari awal supaya dia masak cantik. Ada la 2 -3 biji saya sempat balut. Ni dah banyak sgt berbuah dah tak sempat dah nak balut. Bila nak masak ranum pon tak tahu. Kita tunggu post bulan depan ye!

Pokok bunga telang saya pon dah berbunga! Give-away gift Kebun Bahagia Bersama pon ada selit biji benih bunga telang but somehow saya tanam tak menjadi. Ini benih dr rumah mak mertua di KB. Saya semai bulan Januari 2015. Maknanya amik masa lebih kurang 3 bulan utk berbunga. 

Pokok mengkudu juga dah berbuah! Pokok mengkudu ni mak saya yang insist suruh tanam. Senang katanya kalau beranak nanti, nak bertungku ke nak tuam anak ke, dah ada daun mengkudu. Tapi nak beranak lagi tah bila...hehehe. Buahnya tu kalau saya rajin, nanti blend utk diminum.....tapi sanggup ke nak telan? hehehe

My pegaga patch ada jugak kangkung yang terselit. Boleh tahan jugak gemuk2 daunnya. Saya selalu potong utk buat nasi goreng kampung.

Benih kangkung yang sama tapi ditanam dalam pasu panjang ni tak berapa nak gemuk. Halus2 daunnya. Mesti tanahnya tak berapa nak subur macam tanah dalam patch pegaga. Yg ini pon dah berapa potong, then naik lagi dan lagi. 

Pokok kunyit pon rajin berbunga. Sejak2 dah tau bunga kunyit boleh dibuat ulam, memang menanti bunga kunyit keluar. Sedap woo makan ngan nasi panas2 dan sambal belacan

Ni la koleksi ulam2an yg ada kat laman saya - pegaga, bunga kunyit yg occasional ada, tenggek burung dan sambung nyawa. Bila2 nak makan petik aje segar dari pokok. Kalau beli dari pasar, seikat bukannya makan habis. Nanti tinggal layu aje dalam fridge.

So that's it utk bulan April ini. Kepada yang ada rasa nak bercucuk tanam, mulakan skrg. Tak perlu tunggu rumah ada laman, rumah flat pon boleh. Takat kari, kunyit insyaallah boleh hidup kalau kena cara. Sekurang2nya jimat jugak seringgit dua dalam perbelanjaan dapur. Di zaman serba mahal ni, duit seposen dua pon nak kena kira tau.

Monday, March 30, 2015

Garden Update: March 2015

Sekejap saja dah sampai penghujung Mac. Bermaksud sudah suku tahun pertama 2015 berlalu. 

Looking at my garden development, I'm glad that I've made a journal when I started gardening and can see the progress of everything grown. Ada yg x survive, ada yg sgt slow growing dan ada yg berkembang pesat.

But it doesn't really matter..yang penting when I do gardening, I am happy :)

So for March update, here we go:

My friend kak liza, during her short visit to my house, dia siap buatkan sokongan utk pokok kacang botor saya. Remember, last time saya cantas abis pokok kacang botor ni sbb dia dah x bermaya akibat dicantas secara tak betul. Terima kasih kak liza, mudah2an pokok kacang botor ni subur balik

Musim panas ni cepat betul pokok2 jadi layu. Tu yg sedaya upaya cuba siram at least sekali sehari. 

Ni semua hasil tangan kak Liza yang membersihkan laman saya. Kemas je nampak...tuan rumah mmg happy..hehehe


Saya dah kemas area rak besi ini dan jadikan dia tapak semaian. 2 dari kiri semaian terung bulat dan 3rd one is pokok terung bulat. Lagi 2 masih belum semai apa2.

Close-up semaian pokok terung bulat

Akhirnya berjaya jugak membuat proses mengekang penjajahan pegaga ke kawasan2 lain. Cukup la kawasan pegaga sebesar tu aje. Ada banyak2 pon x terlarat nak makan. Masa buat clearance tu pon dah agih2 ke jiran2 kawasan perumahan. The empty space ingat nak tanam pak choy or sawi semula.


Last but not least, my pokok delima dah start berbunga. Mula ditanam September 2013. Actually dah berbuah dah sebiji. Sempat la membesar saiz buah limau kasturi gitu sebelum cabangnya di cantas secara tak sengaja oleh seseorg itu...huhuhu. Sedih dibuatnya sbb tak sempat nak snap gambar buah yg tgh membesar tu. Takpe la, redha saja...mungkin lepas ni nak berbuah lagi lebat kot.

Friday, February 27, 2015

Garden Update - February 2015

Sebelum Februari berakhir, saya nak selitkan jugak sedikit update dr kebun kecik saya tu.

Memang tak banyak yg boleh dibanggakan, tapi blog dah merupakan tempat saya mencatatkan aktiviti kebun saya, jadi kena jugak la rekodkan.

Setiap bulan saya berangan that the following month saya akan ke nursery, borong pasu, tanah dan pokok baru banyak dan tambah koleksi tanaman.

Tapi berangan saja la...yg sedia ada pon selalu terabai...huhuhu

Dah nak masuk bulan ke 3 musim panas dan kering. Utk pokok2 yg jenis berbunga, masa ni la pokok tgh galak berbunga especially kalau rajin dibaja dan disiram selalu. Saya tak banyak pokok bunga hiasan, hanya ada satu dua aje. Kalau ada banyak mesti meriah taman.

Salah satu pokok saya yg rajin berbunga di musim panas ni

Weeeheee...pokok cili dah berbuah...the main reason why I wanna make this entry. Tak sure ianya cili merah ke hijau..Mak yang bawak benihnya masa datang Disember tahun lepas

Pokok kari dah semakin pulih dari serangan kulat. 

My one and only pokok kailan...bayangkan ini adalah saki-baki dari pokok pertama yang disemai pada Oktober 2013. Not much left tapi takat buat rencah nasi atau mee goreng boleh la

Oh, saya terpaksa cantas abis pokok kacang botor saya. Kisahnya ada org tu konon2 nak tolong saya kemaskan pokok kacang botor yg menjalar ke sana sini. Tak tau la dia buat cemana, abis sebahagian pokok kacang botor layu kekeringan walaupun disiram hari2. Kecewa punya pasal, saya cantas abis sampai ke tanah. Sedih la jugak sbb lama saya tunggu pokok kacang botor tu berbuah. Bila dah berbuah lebat, jadi macam ni pulak. Takpe la, batangnya masih ada, mungkin nanti boleh subur kembali.

So itu saja utk bulan Februari 2015...daaaaaaa