Pages

Wednesday, June 27, 2012

Kenduri Kahwin Ana

Alhamdulilah, adik tersayang sudah selamat dinikahkan dgn jejaka pilihan hatinya. Majlis perkahwinan pon berlangsung dgn lancar dan meriah. Sedar x sedar, dr 9 org anak, mak ayah sy dah ada 7 menantu skrg.  Menantu baru ni pon dipanggil Zul, sama cam cik HB. Nanti panggil Zul, dua2 menyahut...haru! Mungkin kena label kan Zul Lama & Zul Baru...hehehe. Tunggu yg lagi 2 org pulak, yg x tau ntah bila.


Waktu majlis nikah

Majlis resepsi @ FRIM Kepong

3 flower girls, Nabihah, Batrisyia & Nabilah
Keluarga besar kami. Dek kerana pengantin nak kan tema 
maka yg lelaki cam pekerja mydin,
yg pompuan Puteri Umno...hihihi

Tak ku perasan bhw nya sy la yg paling pendek 
dibandingkan dgn adik2ku walaupun org kata sy ni tinggi...
adakah disebabkan kegemukan?  huhuhu

Monday, June 25, 2012

Alahai homestay....

Weekend baru ni, kenduri kahwin adik sy dibuat kat FRIM, Kepong. Nak memudahkan urusan kami sekeluarga, adik sy pon sewa 2 unit homestay kat satu pangsapuri ni kat area Sungai Tua, Batu Caves. 

Tapi keadaan homestay tu amat la menyedihkan. Nak kata sewanya murah, xde la murah mana pon, standard aje. Kalau takat perabot x canggih xpe, tp bab kebersihan dan functionality rumah tu sgt la mengecewakan. Toilet satu rumah ni tersumbat, penuh ngan najis pulak tu. Nak masuk toilet tu pon x lalu.  Toilet dlm master bedroom pulak penuh ngan sampah. Berus gigi/ pencukur tah sapa2 tah dok ada lagi dlm sinki bilik air. Yg rumah lagi satu, toilet ok tapi kotor mcm x penah dicuci. Sinki dapur pon tersumbat. Tempat pengering pinggan pon berkulat bagai.

Adoiii...tolong la ye pengusaha homestay diluar sana, tolong la bila anda buat bisnes homestay, pastikan la tahap kebersihan dan keperluan asas tu menepati tahap yg sepatutnya. Tak payah la nak provide perabot/langsir hebat2 kalau bab kebersihan tak dijaga. Kalau x sempat buat sendiri, upah la cleaner. Cuba la check dulu keadaan rumah tu sebelum penyewa nak masuk. Kalau terus-menerus amalkan sikap ni, hanya nak untung aje, alamat x lama la bisnes homestay anda.

Friday, June 22, 2012

Birthday Treat @ Kidzania

Alhamdulilah, sebulan yg lepas sikembar bertambah umur setahun lagi. Skrg sudah 7 thn!!!

Kami x plan nak buat majlis harijadi sbb diorg dah besar kan dan x mo dijadikan kebiasaan asal birthday aje kena buat majlis. Kami takat nak raikan anak-beranak saja. Mulanya plan nak bawa diorg pegi A-Famosa Resort tapi pakej yg ditawarkan mcm x berbaloi. 

Then kwn sy, Ati ada citer pasal dia bawa anak dia ke Kidzania. Sy pon pernah dgr pasal Kidzania before cuma x tau samada ianya worth for money atau tak. Ati kata, it's good sbb it's an exposure to the kids tentang kerjaya. Budak2 boleh enjoy while learning.

So kami pon pilih Kidzania.

Tiket masuk agak mahal la jugak esp. utk parents yg cuma menemankan aje. Boleh check di sini. But it's a good place indeed. 

Mula2 sampai kami mkn siap2 dulu kat McD yg ada sebelah Kidzania building. Walaupun sampai right on the time of opening, org dah mula ramai dan walaupun beli tiket online, queue tiket online pon panjang juga ye! Nak masuk serupa mcm nak check-in/boarding flight. Bape stages tah kena check tag before finally in. Masuk2 aje kanak2 disuruh beratur kat CIMB Bank utk amik duit.

Beratur nak amik duit

Setiap kanak2 akan diberi 50 Kidzos. Dlm Kidznia, kanak2 boleh pilih samada nak bekerja atau jadi pelanggan atau amik course. Kalau bekerja  diorg akan dibayar tapi kalau jadi pelanggan atau amik course kena bayar. Itu la sbbnya kenapa diorg dpt 50 Kidzos sbg permulaan.

Kembar start dgn jadi pekerja cat rumah. Dibayar 8 kidzos setiap sorang. 
Sukanya la dpt main dgn real paint!

Lepas tu amik kursus memasak @ Ayam Brand Cooking School. 
Kena bayar kat sekolah ni 10 Kidzos. 
Buat sandwich tuna and tapau utk makan sendiri :)

Lepas tu nak masuk Art School. 
Sekadar mewarna tp diorg tetap suka! 
Kena bayar 10 Kidzos juga!

Lepas tu nak jadi nurse kat KPJ jaga baby. 
Dibayar 8 Kidzos :)

Lepas tu nak belajar buat burger @ MarryBrown. 
Kena bayar 15 Kidzos. 
Tapi xpe, dpt burger sebiji..hehehe

Kembar hanya sempat try 5 jobs saja. Beratur utk setiap satu job mkn masa lebih kurang 1/2jam. Tau2 dah kul 3 dan sesi dah berakhir. Duit baki ada 40 Kidzos. Ingat nk bank-in kan tp kena ada 80 kidzos ke atas baru boleh buka akaun. Xpe, simpan sendiri nanti dtg lagi boleh guna balik. Sedih gak la diorg sbb dah aim dah nak try byk job lain. Sy ckp kat diorg, kalau nak dtg lagi boleh tapi kena simpan duit sendiri then kena tgk prestasi pelajaran dan akhlak cemana. 

Lepas tu kami belanja mkn kek @ secret recipe...hehehe. Selamat harijadi sayang2 umi & abah. Semoga membesar dgn cemerlang dunia & akhirat.

Thursday, June 21, 2012

Konsep Sabar

Semalam, sy posa. Try nak cuba ganti posa yg sebulan tinggal tahun lepas dek kerana mengalami hyperemis gravidarum. Tapi takat ni baru 4 hari berjaya diganti. Rasa mcm x sempat la nak abiskan sebelum Ramadhan dan nampak gayanya kena la bayar fidiah. Kena gak monitor production susu sbb notice bila posa, pengeluaran adalah sedikit drop. Walaupun ini bukan alasan x ganti posa, kena gak bagi priority kpd penghasilan susu sbb susu ibu adalah hak anak kita. Sedaya upaya x mo la bg dia minum susu formula mcm sebelum ni. Lagipon Islam mmg memberikan kelonggaran kpd ibu yg menyusu anak utk meninggalkan puasa, kemudian gantikan puasa dan bayar fidiah.

So smlm, balik rumah lepas keje, cepat2 masak dan bila maghrib terus buka posa dgn sikembar. Cik HB x join sbb dia menjaga Insyirah yg nak berdukung. Sikembar mcm biasa, mkn punya la lambat, so sy dah abis mkn, nak kejar mandi n solat maghrib, sy tinggal je la budak berdua tu mkn kat dapur.

Tup2 elok je habis mandi, Nabihah dtg minta maaf sbb dia kata dia dah tumpahkan nasi yg ditinggalkan  untuk Abah. Aduhhh...rasa mcm berasap je telinga dgr tapi nasib baik la of late ni selalu dgr ceramah2 Prof. Dr. Muhaya so berjaya la kawal diri dr nak terus marah. Lagipon dia bukan sengaja nak tumpahkan, niat dia baik, dia nak kemas meja and tutup lauk2 ngan tudung saji tapi terlanggar periuk nasi, so nasi sudah tumpah.

Terasa cam 'aduh, tambah lagi keje aku....nak kena sapu nasi yg tumpah pastu nak masak nasi lain utk cik HB' tapi abaikan perasaan tu and then solat Maghrib dulu. Lepas tu masuk dapur, konon nak masak nasi tapi rupanya sikit je nasi yg tumpah. Ada lagi nasi dlm periuk cukup utk Abah mkn. 

Alhamdulilah, sbb sy x payah masak nasi lain dan nasi yg tumpah tu sikit je so senang nak sapu. Alhamdulilah, sy berjaya sabar x marah anak atas sbb remeh-temeh ini. 

Nabihah pon dtg dapur ckp dia bukan x nak sapu tapi dia kata 'Kakak x pandai la sapu nasi ummi, sbb nasi tu melekit2 kat penyapu'.

Sejuk hati dengar :)

Senang kan gini? Imagine la kalau sy bertindak marah2, sy stress, anak pon stress. Mesti keadaan jadi lagi teruk kan?

Makanya, mari kita amalkan konsep sabar :)

Wednesday, June 20, 2012

Komitmen Susu Ibu

Couple of weeks ago, sy dilanda krisis stok susu. Stok susu insyirah rosak dek kerana pintu freezer x ditutup rapat dan kami pulak berkelana ke Penang masa tu. Masa balik rumah, sy terus ke tempat keje, cik HB lak EL so dia decided nak jaga anak2 kat rumah ari tu. Kul 10am, sy call umah tanya khabar, cik HB kabo kata susu dlm freezer semua dah cair, bila panaskan bau pon masam. So dia bg la Insyirah susu formula Friso yg dpt free (tapi dah buka and guna sikit masa pantang) masa bersalin ari tu.

Nak pengsan i dengar ok!!!

Satu, sbb susu dah rosak, ada 15 botol 4 oz setiap satu. Sedihnya tak terkata sbb mmg struggle nak mengumpulkan stok susu. 

Dua, susu formula once dah bukak, tahan utk sebulan aje. Lepas sebulan consider dah expired. Tapi my mistake gak la, sbb x buang susu tu awal2. Cik HB pon satu, x call inform pasal kejadian and tanya apa yg patut dibuat. Aleh2 bg je Insyirah minum susu tu. Aduhai....

So sy pon berkejar la pi cari susu formula memandangkan x leh nak bercuti sesuka hati. Ingat nak beli Friso sbb Insyirah penah minum Friso sekejap masa dlm pantang sbb masa tu sy tgh kritikal puting luka. Kedai kat rumah kami x byk pilihan, Friso takde so beli je Similac LF.

Masa hantar susu balik, Insyirah lak tgh tido. X leh la nak BF kan dia. Then kat opis, call cik HB tanya cemana Insyirah, cik HB kata insyirah mula2 mengamuk x mo minum susu Similac, tp agaknya dah lapar sgt minum la jugak. Alahai, kesiannya dgr...mesti dia rasa susu Similac tu x sedap. Tak best kalau dibandingkan ngan susu umi dia yg penuh khasiat kannn.....

The next day lak, makcik dia a.k.a adik sy dtg jaga Insyirah sbb babysitter dia mintak cuti half day. So half day je la Insyirah minum susu formula, separuh hari lagi sy angkut Insyirah dtg opis sbb makcik babysitter tersangkut kat klinik and adik sy lak nak masuk keje shift petang. Mujur la Insyirah sgt baik hari tu, lepas BF terus tido sampai abis time keje. Syukur alhamdulilah.

Esoknya hantar Insyirah kat makcik babysitter mcm biasa dgn bekalan susu ibu yg sempat dikumpul dlm masa 2 hari. Basically Insyirah hanya minum 4 kali gitu kot susu formula tapi hari ke-3 lepas dia minum susu formula, dia berak ngan poo hijau gelap dan keras. 

Rasa sgt bersalah!!!! 

Skrg ni mmg struggle la mengumpul stok susu. Stok susu adalah umpama kais pagi mkn pagi kais ptg mkn petang sbb kalau missing 1 pumping session, risaunya la susu x cukup. Kalau hari2 yg sibuk, I'm willing to skip lunch sbb nak pump susu and bgn mlm2 jugak nak perah susu. Dan struggle mkn mcm2 nak banyakkan susu.

Mudah2an ada la rezeki Insyirah ngan susu ibu sampai 2 thn. Aminnn....


Friday, June 15, 2012

Mutiara Kata

6 langkah utk khusyuk dalam solat 1. Faham 2. fokus, 3. membesarkan Allah, 4. kagum dan takut pada Allah, 5. harap pada Allah, 6. merasa malu dan hina pada Allah. Ustaz Pahrol- ikim.fm dari kitab imam ghazali . Berapa orang dari kita mementingkan yg paling penting dalam hidup kita. Jika kita ucap saja bacaan solat tanpa tahu makna ibarat burung kakak tua.


Kalau kita timbul niat utk menjadi baik itu benda yg amat mahal kerana ia jemputan dari Allah- ahli sufi


Tidak ada satu detik berlalu melainkan Alah mendidik kita. Hati akan membuatkan kita melihat didikan dari Allah. Celik mata hati dan lihat yg tersirat


Ikut ahli psikologi, bila ada kesusahan 1. kita harus cerita pada orang yang kita cintai dan percayai. 2. Kalau tidak ada orang itu kita tulis atas kertas, 3.cerita pada binatang kesayangan. Kalaulah cerita pada makhluk Allah kita tenang apa lagi kalau kita merayu pada Allah pencipta kita. Allah tidak pernah bosan mendengar masaalah kita tidak seperti manusia. Yakin pada kasih Allah. Jika kita sibuk dengan manusia, kita tidak sibuk dgn Allah. Maka kita harus sibukkan diri dengan Allah supaya kita tidak sibuk dengan manusia. Solat satu kerehatan yg mendekatkan kita dengan Allah. Jika solat tak dijaga jangan hairan kalau hidup penuh masaalah


Orang mukmin ialah mereka yang orang lain selamat dari lidah mereka. Jom jaga apa kita taip difacebook dan blog. Jgn sia siakan jari jemari pada perkara yg mungkar


Berapa ramai manusia yg bermasaalah kerana mempunyai sikap mereka menjadi mangsa kehidupan. Ini dapat dilihat dari bahasa yang digunakan. Bahasa mereka ialah" saya kena, memang dah nasib saya, kenapa saya. Jika mereka ubah kepada " apa saya boleh belajar dari peristiwa ini, apa saya boleh beri manafaat, Allah menguji saya melalui mungkin suami, anak dan orang yg negatif. Jika kita pasang niat utk bertambah baik dan dapat pahala kita akan jadi sgt bahagia dan cerdik mengambil suasana untuk kebaikan dan kebahagiaan kita


Lagi kita cari penghargaan manusia lagi tidak dapat penghargaan. Bebaskan diri dari penghargaan manusia punca ketenangan jiwa

Thursday, June 14, 2012

Masa

Haih, rindu nak blogging. Byk citer nak masukkan dlm blog tp takde masa. Blogging ni bukan apa, just simpan utk kenangan di masa depan. Nanti bila anak2 tgk gambar2 lama diorg pon seronok. Like kisah2 kami masa dok kat Jerman, masa anak2 membesar, blog la tempat nak simpan semua kenangan ni. Skrg ni zaman digital, amik2 gambar simpan dlm pc, kot pc crash, hilang abis gambar2. I thought nak blogging while in the office (lunch time ke) tp asik x ingat nak bawa camera nak upload gambar. Balik rumah mmg x amik tau la nak upload gambar ke, nak check FB, apalagi nak blogging. Masa adalah lebih penting utk masak, basuh, sidai & lipat kain, layan suami & anak2 dan cuba mengaji at least satu muka sehari. 

Cuti sekolah baru ni kami bawa anak2 ke Kidzania, then buat trip ke Penang jumpa kwn2 masa dok kat Jerman dulu. Mat, liza & liya pon ada balik and kami sempat la jln2 di Penang sekejap. All those, I wish to record but I don't know when.

Kena lebih effiencient camni...