Pages

Friday, August 10, 2012

Insyirah Solehah @ 5 months

Alhamdulilah, hari ni anak dara yg sorang ni dah 5 bulan. Sgt pantas masa berlalu, tau2 dah 5 bulan dia. Dah pandai meniarap since 3 bulan, dah seronok buat main sbb dia akan gelak terkekek2 kalau agahan tu kena ngan dia...hehehe.

Walau masa dlm pantang dia sgt kuat meragam, tak tido, tapi lepas pantang she turns out to be very good baby. Tido mlm sgt lena. Kalau perut kenyang, happy, boleh je bg dia main2 sendiri kat bawah. Kadang2 tertido sendiri :) Aritu je dia sedikit meragam sbb tak sihat - batuk dan selsema. Skrg dah ok. Berat masa 4 bulan setgh sudah menjangkau 6.3kg.


Sebelum ni dia consumed 3 botol, 5oz  setiap botol waktu dirumah babysitter. Tapi sejak bulan posa ni Insyirah makin kuat menyusu, now she consumes 4 bottles/5oz setiap hari. Jenuh ummi nak keep up with production sbb bulan posa ni pon I only manage to pump 9oz in total during working hours. When consumption is 20oz/day but production only 9oz, so how la?

Smlm stok susu was very critical - pagi ni cuma ada 3 botol penuh 5oz dan satu botol cuma ada 2oz. Sy hantar jugak la all bottles dgn pesanan kat makcik babysitter, tengahari nanti sy anta lagi susu yg dipam utk top-up botol 2oz tu.  Linda, my fren, memerangkap my lactation consultant kata xpe, kalau tak cukup top-up sikit ngan susu formula. Tapi sy rasa nak usahakan juga supaya x perlu campur. I don't know other exclusive bf mothers, tapi rupanya ini lah perasaannya bila menyusu secara eksklusif, kita akan rasa x sanggup nak bg susu formula kat baby, ye dak?

Insyirah & Ashu dia

But whatever it is, I'm not against formula, just teringat masa kes susu rosak aritu, Insyirah minum sikit je susu formula tp kesannya dah nampak pada poo dia. Sbb with formula, kita x tau mana satu yg sesuai utk baby kita, even doktor pon penah bgtau sy, it is all based on try and error. 

Ya Allah, murahkan la rezeki Insyirah dgn susu ibu dan mudah2an dpt  la ummi melaksanakan tempoh penyusuan susu badan sekurang2 sampai Insyirah 2 tahun.

Dari Surah Al-Baqarah:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)

Thursday, August 9, 2012

Alahai Surau...

Sejak minggu lepas n minggu ni ada la few invitation majlis berbuka puasa utk project team kami. Alhamdulilah, dibenarkan bawa family, kalau tak sy mmg bg excuse tak nak pegi. Tak sampai hati nak pi berbuka posa kat luar tinggalkan suami and anak2 dirumah.

Semalam kami berbuka kat Philea Resort & Spa Ayer Keroh. Dgr kata resort ni bertaraf 6 bintang. Kalau x kerana kerja, rasanya x merasa kot nak masuk resort ni. Nak guna duit sendiri, whoaaaaaa...belum ada kesanggupan nak abiskan duit begitu aje (moga2 x buat la). Buffet spread nya mmg mewah, dr berjenis2 nasi, lauk-pauk, kambing golek, segala dessert, sampai la sashimi, teppanyaki...tah la, byk sgt, x larat nak senaraikan. Tu la pasal kot rate nya RM82/pax. But I don't think la semua org larat nak mkn byk2 to compensate the rate termasuk la sy sendiri...huhuhu.

But I'm not going to elaborate on the foods. It's about the surau. Ok, surau disediakan mmg dekat la dgn dining hall tapi kan, rasa sy surau tu disediakan ala2 adhoc gitu. First, xde proper wudhuk area disediakan. Ada la disediakan 2 pili air kat tepi bangunan dekat ngan surau tu tapi it's open. Untuk kaum lelaki ok la tapi utk perempuan?

So sy belasah je la amik wuduk kat toilet yg agak jauh dr surau tu. Tak kisah la bab amik wuduk kat toilet  tu cuma agak menyedihkan la utk sebuah resort bertaraf 6 bintang, yg architectural design nya agak impressive, terletak pulak di sebuah negara Islam ( biar la owner non-muslim sekali pon), tup2 bab tempat solat dibuat ala kadar tanpa proper planning. Ok, sejadah all nicely arranged ikut kiblat tapi telekung mmg takdisediakan (tp sy mmg bawa telekung so ok la). Pulak tu surau tu sebelah karaoke room, so nampak sgt la kan...

Harap2 la lepas ni pihak berkuasa yg terlibat memantau kelulusan pembinaan hotel/resort atau apa saja public facilities memandang berat isu ni. Kalau harap developers yg mungkin non-muslims, they may not giving this as a priority. Tapi kalau diletakkan syarat, they will have to provide mengikut apa yg sepatutnya buat takat nak lepas batuk ditangga aje. 

Teringat dulu2, SOGO ke mana tah, kesian sgt with the state of the surau. Dah la located kat car park saja, lepas tu kecik, panas dan buruk. Ala2 bilik stor je kekdahnya. Skrg ni x tau la...dah bertahun x gi surau SOGO walaupun minggu lepas ada pegi SOGO ^_^.

Tuesday, August 7, 2012

Keberkatan Waktu

Sebelum Ramadhan, cita2 nak mengaji Al-Quran sebanyak mungkin. Kalau boleh setiap kali selepas solat nak cuba mengaji barang semuka dua. Awal2nya istiqamah la jugak. Tapi malangnya impian ni tewas dek kesibukan masa, ketiadaan azam yg kuat dan tidak memberikan keutamaan terhadap cita2 ini.

Pagi tadi selepas sahur, macam biasa mengepam susu sambil tgk Semanis Kurma. Topiknya Syafaat Al-Quran kalau x silap. Betapa ruginya kalau x membaca Al-Quran byk2 di bulan Ramadhan ini sbb besar syafaatnya di Akhirat. 

Selalunya pas pam susu, sy gi basuh pinggan dulu, gosok baju dulu pastu baru mandi dan solat. By then dah kena siapkan anak2 ke sekolah pulak. Selalunya mmg huru-hara sbb at the same time Insyirah pon bangun nak menyusu. Jadi pagi ni sy abaikan dulu pinggan-mangkuk dlm sinki, baju lepas dah ngaji la baru gosok. Sempat x sempat biar la. So masuk je Subuh, terus mandi dan solat dan bertekad nak juga baca Al-Quran. Tengah2 mengaji, Insyirah bangun, nangis sikit2 tapi sy abaikan sampai la sy abis ngaji dua mukasurat. Abahnya tepuk sikit2 dan dia pon eventually stop nangis dan tgk sy mengaji (sy solat tepi katil kami).

Lepas tu baru amik Insyirah, susukan dia dan surprisingly dia tido balik. Selalunya dia nak main2. Boleh la sy iron baju ngan aman damai dan kejutkan sikembar bgn mandi, kemudian siapkan diorg ke sekolah. And pagi ni actually diorg dpt disiapkan 10 minit lagi awal dan boleh pegi sekolah lagi awal.

Dan sy rasa lebih lega :).

Of course sy x sempat basuh pinggan tapi xpe la, balik ptg karang sambil masak basuh la pinggan la. Bak kata Prof. Dr. Muhaya:

 "kalau kita jaga urusan kita ngan Allah s.w.t, insyaallah, Allah akan jaga urusan kita"

Semoga terus istiqamah ye kawan2!

Friday, August 3, 2012

Aksi Terbang Live

Pagi ni, on the way nak pegi TNB Jalan Banda Kaba sbb ada meeting, sy menyaksikan accident didepan mata. 

Kisahnya, masa berhenti kat traffic light Jalan Batu Berendam, waktu tu pulak hujan renyai2, tetiba tgk satu motor terbabas, motor langgar divider dan penunggangnya 'terbang'. 

Ternganga sekejap tapi bertenang sebentar dan keluar dr kereta sbb nak tolong apa2 yg patut. Driver kereta depan pon sama keluar dan kat lane sebelah kebetulan ada kereta polis, pon turut sama berhenti.

It happened to be an Indian woman rider, menangis teresak2, landing atas rumput. Masa dia 'terbang' tu mujur la sempat menyeberangi longkang besar. Pulak tu jln tu bertebing. Kalau sy nak lompat pon x lepas tu!. Dan mujur jugak dia x apa2, cuma nampak kaki dia luka sikit. 

Rupanya menurut pemandu kereta depan sy, minah ni in order nak elakkan lopak air, dia langgar side mirror kereta depan sy, langsung terbabas dan langgar divider. Nasib baik la tak masuk dlm longkang besar tu dan jatuh atas rumput. Kalau jatuh dlm longkang besar tu (xde air), mingkin dia cedera lebih teruk. 

En. Polis yg ada telefon ntah sapa, mungkin mintak bantuan. Sy nak tolong check minah tu x dpt sbb dia diseberang longkang, yg sy nak lompat pon x lepas, takut kang sy yg jatuh dlm longkang tu. Sy cuma tanya dia ok ke tak, dia kata dia sakit. Then mintak sy call kan husband dia. So sy pon call kan. Then tolong pass kan handbag n kunci motor dia, takut kang ada lak org curi.

By then ada la sorang brader ni lompat ke seberang longkang dan tolong pimpin minah tu duduk kat tempat selesa sikit. Yg driver kereta dia yg minah tu langgar, x abis2 merungut kata hal ni dah menyusahkan dia. Amboi, xde kesedaran sivik tul! Camna kalau terjadi atas diri sendiri atau kaum keluarga? Sy sikit lagi nak ckp, ni bulan posa encik tapi terfikir dia ni bukan muslim kot sbb muka cam chinese cuma cara ckp tu sebiji org melayu la. Kat melaka mmg cam gini, ramai cina, india boleh ckp melayu sebiji org melayu so kadang2 confuse diorg ni kaum apa. 

Lepas tgk minah tu dah settle down, duduk bwh pokok ditemani 2 lelaki, sy pon gerak la pegi sbb ada meeting kan....

Korang, hati2 di jalan raya ye!


Thursday, August 2, 2012

Surat Chenta

Kisah pagi semalam...

Pegi tgk rumah baru ngan cik HB (yey! kunci sudah dpt!) nak tgk any defects then nak revert to developers. Sedar2 tepon lupa nak bawak rupanya. So lepas inspect rumah, sy pon drive nak balik umah nak amik tepon. X jauh pon, 3km ada kot. Tapi elok2 pas selekoh  ada road block rupanya. Maka mokcik pon ditahan.

Sebab?

Gue tidak pakai seatbelt. Mmmm....

So dpt la surat 'chenta' dr pak polisi. RM300 ada kot ye nak kena bayar?

Moral of the story: Pakai la tali pinggang kelendar bila2 masa anda memandu. Bukan sbb x nak kena saman tapi utk keselamatan anda jua.