Pages

Thursday, November 28, 2013

It's Gone

Lama x blogging kan?

Well, ada dugaan yg menimpa, for those yg belum tau saya mengalami keguguran :(.

It started few weeks ago at week 11, when I noticed ada blood stain everytime saya buang air kecil. Not so much but the blood stains akan ada everytime saya buang air kecil. Masuk hari ke tiga seeing the stains, I decided to check it with doctor.

So petang Isnin, pergi la klinik kesihatan memandangkan saya belum lagi buka buku pink. Went thru the procedures - timbang berat, check BP, amik darah, check air kencing semua, then I told the nurse about the stains. Nurse rujukkan saya ke doktor, doktor pon scan dan ckp my fetus size is way too small compared to my EDD. EDD is 11 weeks but my fetus was only 6 weeks 6 days. So dia mintak saya pegi Hospital Besar Melaka dan pegi jumpa doktor kat sana sbb kat sana diorg akan buat vaginal scan which lagi accurate. Malam tu jugak dia suruh pegi and bagi referal letter.

Gi la malam tu ke GH Melaka dan discan sekali lagi. It showed the same thing and according to doctor, the fetus heartbeat pon barely noticeable. She suggested that saya tunggu lagi 2 minggu dan buat scan lagi sekali utk tgk status pregnancy ni. Kalau by 2 weeks masih xde development, means it is a missed miscarriage katanya dan kena buat D&C. I was given 1 day MC. 

So within two weeks I waited and prayed hard that it's going to be ok. The stains still there occasionally and I took the pregnancy supplements diligently hoping that my condition would improve. A bit feeling down but I told myself to be redha je la apa pon kemungkinan. 

Then came the next check-up on 6/11/13 kat GH. The fetus size still 6 wks and 6 days no heartbeat detected. Doctor kata mmg kandungan x developed. So kena la buat D&C. Check schedule dan diberi tarikh utk D&C on 12/11/13 tapi kena masuk ward on 11/11/13 utk observation dulu.

So that was it, 12/11/13 tu buat la D&C. And this is the second D&C I went thru. Penah buat D&C masa kat Jerman dulu back in 2009 mcm sy penah cerita kat SINI

How am I feeling? Hmmm...terasa la kehilangan tapi takpe la, bukan rezeki nak tambah anak lagi. The twins were already excited bila tau nak dapat adik lagi tapi bila jadi mcm ni byk la soalan diorg tanya. Mujur diorg masih ingat cerita 2009 tu, so senang la nak explain.

I am now back to work since 2 days ago lepas dah MC hampir 16 hari. Health wise, I guess I am fully recovered. Masa tgh MC malas sungguh nak blogging. 

People at work gave remarks that I miscarried due to work stress. But I don't feel that way. Ntah la, saya x rasa stress pon, pada saya kalau dah tak jadi mmg x jadi la.....

I have a lot more to share about my experience masa stay kat hospital aritu because I learnt something during the 3 days being warded  tapi nanti2 la. 

Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Sekejap aje dah muncul tahun baru....

Azam tahun ini (1434H) nak memperbaiki lagi ibadah seharian, ingat nak la khatam Quran tahun ni. Semalam check penanda Quran, ku baru baca sampai pertengahan Surah Hud. 

Teruk tak teruk? Huhuhu....

Cita2 nak baca Quran at least 2 mukasurat sehari tapi kadang2 berhari2 tak ngadap Quran. Ntah la apa yg disibukkan sgt, yg pasti mmg sibuk dgn urusan duniawi. Nak2 dalam keadaan cam skrg ni, asik nak tido aje, solat pon dihujung2 waktu.

Minggu lepas, hari Jumaat sempat mendengar Usrah Nurani kat radio Ikim. Tetamu yg jadi speaker menceritakan bagaimana kesedaran untuk menjadi Muslim lebih baik selepas diserang stroke ketika usianya 34 thn dan ketika berada di pusat karaoke!

Katanya mmg x sangka sbb sebelum itu dia adalah seorg individu yg sihat, cergas dan muda lagi, tup2 kena stroke. Tu pon mujur la Allah masih panjangkan umur dia untuk memberikan peluang berubah kearah lebih baik.

Jadi peringatan kepada diri sendiri sempena tahun baru Hijrah ni, jangan la lalai lagi dengan kehidupan dan keperluan duniawi aje. Umur bukannya makin muda, lagi 5 thn dah 40 tahun. Ustaz Pahrol ckp:

Sesiapa yang berusia 40 tahun, amalan kebajikannya belum mengatasi amalan kejahatannya, maka bersedialah ia ke neraka Allah. (Riwayat Tabrani)

Moh la kita berusaha kearah kebaikan, walaupun byk cabarannya. 

Salam Maal Hijrah 1435. Semoga kita menjadi umat Islam yg lebih baik dimasa2 yg mendatang.



Friday, November 1, 2013

Kebun Yg Terabai (October Update)

Eversince berbadan dua dan bermula phase morning sickness serta keletihan sepanjang masa, kebun yg x seberapa pon terbiar. Kalau sebelum ni, mampu siram pokok2 dua kali sehari (pagi sebelum pegi keje dan ptg lepas balik keje), skrg ni sekali sehari pon belum tentu. Jadi pokok2 mmg la sgt terbiar dan byk yg kekuningan...huhuhu.

Cik HB kadang2 ada la jugak menyiram tapi priority dia rumput2 dia la....agak2 dia rajin baru la dia siram pokok2 lain.

 Dua hari lepas, mokcik gagahkan diri tuai sayur2 yg dah matang, sayang kalau x tuai...walaupun x memasak, mokcik sedekahkan kat babysitter Insyirah. Yg ada cuma sayur pak choy dan juga sawi.

Ni la rupanya vege patch setelah dituai sayur2 yg matang dan elok. Serabut! Lupa nak snap gambar sebelum sayur2 dituai. Best tanam pak choy dan sawi ni sbb walaupun dah tuai, nanti akan naik balik. Sebelum2 ni mokcik selalu amik buat rencah nasi goreng or mee goreng. Lepas ni bila dah sihat dan berkemampuan, nak clearkan balik patch ni dan tanam semula sayur2.

Sebelum x sihat, sempat semai benih kailan dalam patch pokok kari. 
Nampaknya naik dgn baik walaupun x terjaga.

 
 Cik HB ckp dinding pagar belakang jiran rumah kami naik lumut mungkin disebabkan kami menyiram vege patch kami. Jadi sebagai jiran yg prihatin, cik HB nak tambah batu-bata kat tepi dinding supaya mengurangkan air meresep ke dinding. Masalahnya projeknya tergendala begitu saja...vege patch pon haru-biru dibuatnya.




Sebelum x sihat, sempat memulakan projek raised bed yg kedua. Tapi lepas tu saya pon x larat, 
cik HB pulak kena back injury, so terbengkalai la projek ni. Sgt la berharap boleh pi mencari tanah utk fill up the bed dan nak buat soil treatment (i.e compose). Saya plan nak tanam bendi, cili dan mcm2 lagi dalam raised bed ni.
 
 
 Aritu makan mangga yg sedap dan manis pemberian siapa tah. So bijinya saya tanam dgn harapan boleh dapat anak pokok. Tu nampaknya dah bercambah. Lama la jugak menunggu ianya bercambah.
 Dah lama x memasak, daub bawang pon x terguna. So trimkan sikit supaya daunnya lebih lebat lagi.




 Marigold yg saya tanam dr benih yg dibeli dr Mydin dah berbunga! Tapi dahlia masih slow pertumbuhannya. Mungkin dahlia perlukan penjagaan rapi compare to marigold

Cita2 saya dan cik Hb nak jadikan laman depan kami mcm gambar ni...kena lagi gigih la berusaha

Harapannya semoga saya cepat la kembali ke keadaan sihat bertenaga. Cik HB dia tunggu saya juga baru projek jalan. Kalau dia sorang2 nak buat, selalunya bertangguh2 la....hahahaha