I can't really remember bila sebenarnya banjir di pantai timur bermula. Yang saya pasti hari2 sebelum cuti krismas mmg dah sgt teruk banjir melanda terutamanya di Kelantan.
Kami memang dah lama merancang nak balik KB masa cuti krismas tu so bila kata dah banjir teruk, berkali2 saya tanya cik HB betul ke kita nak balik KB dalam situasi macam ni.However, abg cik HB yg dari Johor dah balik KB 2 days before kami balik, and sorang lagi kawan cik HB juga travel dr Melaka ke KB the day before kami balik, report kata takde masalah sangat dengan laluan utk ke KB melalui Terengganu,
Hari pertama: 25/12/2014
Pagi Khamis pukul 8.30 am tu kami bertolak la ke KB melalui laluan Felda-Keratong-Muadzam Shah-Gambang-LPT2. Cuma kat LPT2, kami kena exit kat exit Kuala Dungun sbb LPT2 area Ajil-Bukit Besi dah banjir. Alhamdulilah, hari tak hujan cuma cuaca mendung sepanjang jalan.
Hari pertama: 25/12/2014
Pagi Khamis pukul 8.30 am tu kami bertolak la ke KB melalui laluan Felda-Keratong-Muadzam Shah-Gambang-LPT2. Cuma kat LPT2, kami kena exit kat exit Kuala Dungun sbb LPT2 area Ajil-Bukit Besi dah banjir. Alhamdulilah, hari tak hujan cuma cuaca mendung sepanjang jalan.
Laluan jalan menuju Kuala Dungun was congested jugak la. Berkilometer jugak la mengharung jem. Rupa2nya didepan sana ada kawasan yg dinaiki air tapi x la dalam sangat. Cuma airnya agak deras so kereta kena slow la nak cross.
Lepas tu dah smooth. Kami amik laluan pantai menuju Kuala Terengganu, lepas tu amik jalan biasa melalui Permaisuri-Jerteh-Pasir Puteh. Sampai di KB lebih kurang 9 mlm. Kat sana kecoh kata bandar KB dah dinaiki air. Family abg sulung cik HB pon dah evacuate ke rumah Mek sbb rumah dia di Pintu Geng dah naik air. Anak buah cik HB yang jadi HO kat Hospital KB pon ckp hospital pon dah dinaiki air. Malam tu kami tido x lena jugak la sbb risau air sampai ke kawasan rumah Mek.
Hari kedua: 26/12/2014
Hari kedua: 26/12/2014
Esok paginya, cik HB ajak ronda naik motor tengok banjir kat KB. Kami pusing kat area Wisma Persekutuan, Hospital KB, KB Mall dan Jambatan Yahya Petra. Banyak jalan2 yang dah ditutup sbb air dah naik.
Ni kat depan Hospital Kota Bharu
Ini pulak gambar dalam wad hospital yg anak buah cik HB share
Ni gambar di ambil kat atas flyover dekat KB Mall
Tesco KB
Atas flyover dekat KB Mall, jalan pon dah ditutup
so ramai yang parked kereta disini utk selamatkan kereta dari banjir.
Ni kat Jambatan Yahya Petra. Air sgt deras. Mcm2 objek yg dihanyutkan.
Seharian kami dok follow berita pasal banjir. Message di WA tak berhenti masuk. Sekejap2 ada je kawasan baru dinaiki air and more jalan ditutup. Rumah Mek bekalan air dah terputus tapi mujur boleh tumpang air boring (air yg dipam dr dalam tanah) jiran mek. Jadi dapat la kami mandi, masak mcm biasa. Stok makanan pon masih ada kat rumah Mek. Kakak biras ckp ayam dijual pada harga RM30 seekor! Bekalan letrik pon kat area Jalan Bayam masih ok walaupun kawasan keliling dah terputus.
Insyirah and Tok Ayoh...perkara yang paling kami bimbangi kalau perlu berpindah adalah kebajikan Ayoh. Ayoh dah bedridden sekarang dan perlukan penjagaan rapi. Kalau perlu berpindah, kesian kat dia. Alhamdulilah sampai ke hari ini (31/12/2014) rumah Mek tak banjir langsung.
Insyirah and Tok Ayoh...perkara yang paling kami bimbangi kalau perlu berpindah adalah kebajikan Ayoh. Ayoh dah bedridden sekarang dan perlukan penjagaan rapi. Kalau perlu berpindah, kesian kat dia. Alhamdulilah sampai ke hari ini (31/12/2014) rumah Mek tak banjir langsung.
Sebelah petang pulak abg ipar dan kakak biras bawak anak2 sedara pi main air kat area2 bandar KB. Saya tak ikut sbb tak nak Insyirah ikut serta. Ikut hati x nak bagi kembar ikut sbb risau keselamatan diorg tp kasi can la diorg nak merasa pesta air dengan sepupu2 diorang.
Malam tu sepanjang malam hujan lebat. Memang tak lena tido dibuatnya. Selalunya saya mmg suka kalau tido malam hujan turun lebat. Sejuk je kan? Tapi malam tu dok berdoa cepat la hujan berhenti sebab dok risau air dari Berek 12 (kampung sebelah) sampai ke rumah kami.
Hari ke-tiga: 27/12/2014
Alhamdulilah, air x sampai jugak ke rumah Mek. Tapi dari berita yg disampai, banyak kawasan KB dan Kelantan yg lain semakin ditenggelami air. Kami jugak dengar laluan nak keluar dr Jalan Bayam dah banyak yg ditutup, cuma boleh sampai ke Kubang Kerian aje.
Saya dah cuak juga, macamana nak balik Melaka esok? Then keluar lagi berita kata LPT area Temerloh dah ditenggelami air so laluan LPT Kuantan -KL ditutup utk semua kenderaan. Sebenarnya selama hari ni ni pon kami x guna laluan LPT Kuantan-KL utk balik Melaka. Memang lalu ikut Muadzam Shah. Tapi disebabkan ari khamis tu kami lalu Muadzam Shah, jalan byk yg rosak so kami ingat nak la lalu KL. Tup2 jalan ni pon ditutup. So saya cuma berdoa je la mudah2an perjalanan pulang kami esok lancar dan selamat.
Saya dah cuak juga, macamana nak balik Melaka esok? Then keluar lagi berita kata LPT area Temerloh dah ditenggelami air so laluan LPT Kuantan -KL ditutup utk semua kenderaan. Sebenarnya selama hari ni ni pon kami x guna laluan LPT Kuantan-KL utk balik Melaka. Memang lalu ikut Muadzam Shah. Tapi disebabkan ari khamis tu kami lalu Muadzam Shah, jalan byk yg rosak so kami ingat nak la lalu KL. Tup2 jalan ni pon ditutup. So saya cuma berdoa je la mudah2an perjalanan pulang kami esok lancar dan selamat.
Malam tu saya ajak cik HB keluar cari stok makanan utk rumah Mek sbb stok yg ada dah berkurangan Mula2 kami gi Mydin Kubang Kerian, dah tutup. Pegi another supermarket pon dah tutup. Then singgah la mana2 kedai runcit yg ada tepi jalan. Kebanyakan kedai dah kehabisan stok barang. Dapat la beli bihun 2 bungkus kat satu kedai ni, then another kedai beli maggi, another kedai beli tepung gandum, another kedai beli sardin. Dah x boleh nak fikir dah pasal jenama ke, harga ke..kaut je apa yg boleh.
Hari ke-empat: 28/12/2014
9.30 am: nak bertolak balik ke Melaka. Tawakkal saja kepada Allah apa pon road condition yg akan dihadapi. Bawa bekal makanan siap2 sbb foresee akan masalah nak cari makanan nanti.Cuma nasi putih dan sardin dan juga bihun goreng. Cukup la asalkan boleh makan.
On the petrol, dalam 1-2 hari tu mmg susah nak cari petrol sbb kebanyakan stesyen minyak dah kehabisan petrol dan takde penghantaran baru. Yg masih ada, berderet2 kereta beratur nak isi minyak. Mujur masa otw balik KB, kami masih ada lagi half tank. Tapi cik HB berusaha jugak la pi isi minyak. Dapat la isi dalam setakuk dua kot. Lepas la at least utk sampai Terengganu. Alhamdulilah laluan Kubang Kerian-Pasir Tumboh yg ditutup semalamnya, hari ni boleh lalu semula. Pon begitu masih banyak rumah2 yg ditenggelami air.
Nampak bumbung aje
Alhamdulilah, sampai kat Jerteh, dapat top-up lagi petrol. Sepanjang jalan agak2 dah hilang 2-3 takuk dan jumpa petrol station aje, kami akan top-up. Sebab tak tau condition di depan sana. Tapi laluan mmg smooth. LPT2 pon yg sebelum ditutup antara Ajil- Bukit Besi pon dah dibuka. Cuma masih perlu caution sbb hujan lebat sepanjang perjalanan, air boleh naik bila2 masa.
Kiri kanan LPT dah macam tasik besar
Kami sampai Gambang dalam pukul 5 ptg tapi sebaik saja nak masuk laluan Muadzam Shah, jalan dah jem! Semua yg nak ke KL/pantai barat terpaksa amik laluan itu jugak. Kami ni konon nak elakkan jem and adventurous, check Waza and Garmin, ada jalan alternatif melalui Felda Chini. Dah gerak 40km from Gambang, tup2 jalan yg kami guna tu x leh lalu pon sbb air dah naik!
Hah! Amik ko! Sampai 2 sistem GPS pakai. Waze on, Garmin pon on....sekali dua2 failed! Huhuhu
Adoiii...nak tak nak terpaksa la patah balik ke Gambang dan amik la jugak laluan yg jem tu. Mujur minyak dah full tank siap2. Mana2 petrol station yg ada, semua beratur panjang nak isi minyak.
Finally we arrived home at 12.30 am.
15 hours on the road! Phewwww
Namun sangat la bersyukur sbb sampai rumah dengan selamat.
I'm glad I went back to KB. Boleh lihat dengan mata kepala sendiri apa yg terjadi di sana. KB tu kira tak lah teruk sangat dibandingkan dengan Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan lain2. Kata org2 disana, banjir kali mmg la luar biasa. Tempat yg x penah banjir pon banjir. Semalam dan hari ni ramai yg share gambar2 post-banjir di area Kuala Krai, memang seumpama dilanda tsunami!
So bagi kita yg berkemampuan ni, let's help them. Banyak sgt cerita sedih yg dikongsi tentang banjir ini. Toksah la mengutuk, mencaci sana-sini. Kesian Tok Guru Nik Aziz dicaci maki kata sbb benarkan pembalakan besar2an di Kelantan maka banjir besar terjadi. Padahal Perak, Pahang dan negeri yg lain pon banjir jugak.
Just bantu dan ambil pengajaran atas musibah yang jadi.















