Pages

Monday, January 26, 2015

Ideas for Entry Hall Deco

Salam Isnin semua!

Mokcik pagi ni agak kepenatan sedikit. Maklum la semalam walaupun cuti mokcik tetap banyak urusan - urusan rumahtangga yg tak abis2. Pagi2 dah keluar ke pasar mencari ikan/ayam. Lepas pasar gi Family Store beli sayur/buah/barang2 dapur. Dah Family Store satu bangunan ngan Parkson, ronda Parkson pula. Dari nak beli cuma sandal utk Insyirah dah terbeli benda lain pulak!

Balik rumah dah pukul 2. Basuh cuci ikan/ayam segala then masak for lunch (kami mkn lunch kul 4 ptg!). Berehat sekejap sambung pulak kemas dapur dan buat kek Victoria Sandwich. Prepare dinner pulak. Malam pulak menggosok baju dari pukul 9 sampai 11.30 malam.

Phewwww..memang penat rasanya. 

Mujur pagi keje tak sibuk sangat. So nak cari angin nak buat keje, mokcik merayap kat Houzz.com cari inspirasi nak hias rumah. Dah lama ingat nak buat something with the entry hall yg plain dan jadi tempat longgokan beg2 anak2. Tp mcm selalu mokcik ckp, kami kalau nak buat satu2 projek kena menabung dulu. Tak mampu la nak terus beli apa yg dihajati sepantas kilat.

So these are photos saya berkenan dari Houzz yg mungkin boleh jadi inspirasi utk entry hall rumah kami:



I love the idea of console table tapi ada lah lebih baik letak cabinet yg boleh berfungsi jadi tempat sorok beg2 sikembar..Even kalau guna console table pon, atasnya tak boleh la ada deco yg begitu banyak. Semak nampak dan siapa pulak yg rajin nak sapu habuk selalu kan?



Like the cabinet in the photo. Kami dah survey cabinet yg bersesuaian dengan konsep. Tapi harganya boleh tahan mahal jugak sbb yang kami berkenan tu kat kedai perabot jati. Tu yang kena menabung tu :). Masih lagi mencari2 cabinet lain jugak yg lebih moden design nya dan kalau boleh lebih murah lagi.



Kalau boleh something like this...tapi tak nak la rustic sgt.


The cabinet is lovely...but the wall paper is all wrong!



Kemasnya la....

Thursday, January 22, 2015

Kak Chik yg Cakap Banyak :)

Sedar tak sedar, our little Insyirah is going to be 3 years old in less than 2 months time. She's getting wittier day by day and growing up so fast! Aksinya dan kata2 sgt la menghiburkan hati tapi saya jarang la sempat nak rekodkan video aksinya. Masa tu la bateri hp nyawa2 ikan or dead! Or I am too busy to catch it. Kagum dgn mak2 yg selalu sempat rakamkan aksi2 comel anak2 mereka. Maybe I am not sentimental  and determined enough to capture all those moments. 

She is now very good at conversation and knows quite a lot of vocabs. Yang tak tahan, dia panggil kami suami isteri "Mama-Papa" instead "Ummi-Abah". Tak tahu la mana belajar but she's so persistent in calling us that walaupun kakak2 marah...hehehe. And sbb selalu x sempat nak rakamkan aksi2 comel dia, maka nak bercerita je la kat sini buat kenangan di masa depan. Nanti dia dah besar, it's gonna be a sweet memories of her.

Drama 1:

She is playing with her cookery toy sets. Then she came to her Abah and offered him a cup of coffee.

Syira: Papa, kopi (hulur set cawan and piring)
Abah: Oh, sedapnya (sambil pura2 minum)
Syira: Memang la! 


Set cookery ni makcik babysitter dia belikan. Insyirah memang sangat disayangi oleh babysitter and family so dia dilayan mcm cucu sendiri. Selalu dapat toys and baju2 from them. Alhamdulilah. Makcik ckp kalau Insyirah tak datang, makcik sunyi takde kawan nak sembang....hehehe


Drama 2:

I was driving around Durian Tunggal and Insyirah as usual will ask me a lot of questions:

Syira: Mama, kita kat mana?
Ummi: Kat Durian Tunggal
Syira: Hah? duyan? Nak..nak..nak...

Hahaha...ni la respon budak kecik hantu durian. Dia mmg suka sgt durian. Kalau dpt makan durian, berketul2 dia ngadap. Kalau beli durian crepe, satu dia punya sorang, padahal satu biji durian crepe ikut standard yg dijual kat kiosk Mydin tu besar la jugak!

Takde lak gambar makan durian, makan spaghetti ada la :)

Saturday, January 17, 2015

Route to Fitness

For the past 3 days I managed to include exercise in daily routine.

Baru 3 hari je pon...yg dibimbangi boleh ke perkara ni berterusan....hehehe

First day, buat pilates kat rumah...tp buat 20 minit je, pastu x leh concentrate sbb banyak sgt gangguan!

Second day, pegi walking exercise kat Taman Botanikal yang ada track 10,000 steps tu. Yang ini rasanya exercise paling effective for me. Jalan sorang2 takde gangguan dan nak tak nak kena abiskan jugakan track tu yg total length nya dalam 6km gitu. I finished the track in 45 min doing brisk walking. 

Semalam pon berjaya pergi lagi. Alhamdulilah cik HB memberikan sokongan i.e dia la tukang jemput anak dari rumah babysitter dan sekolah. Then since I cook dinner meals in the morning, balik rumah dari walking exercise dalam pukul 7 gitu, terus masak nasi dan panaskan lauk aje. 

So I am happy with the current routine now. My concern, mcm yg disebut tadi...adakah dapat terus jadikan rutin harian? I have no more excuse, I just have to fight the demon in me!

Wednesday, January 14, 2015

Garden Update (January 2015)

Dah lama tak buat update pasal kebun. November and Disember langsung tak tersempat. Menjenguk bila berkesempatan aje. Mujur la November dan Disember memang musim hujan jadi tak perlu la nak siram pokok hari2. Disember pulak mak saya dtg berkunjung, and dia memang suka berkebun, so dia la tolong kemaskan pokok2 saya. Dia galikan ubi kunyit dapat semangkuk besar, temu lawak pon mcm tu jugak. Dia trimkan pokok pandan saya, dia semai pokok cili dan macam2 la. Terima kasih Mak!

I do want my garden to thrive with lots more useful plants tapi tu lah, banyak sangat urusan lain yang perlu diuruskan. Come January, the weather would be so much hotter and less rain, I guess I really have to water the plant diligently.

So utk January record, let's jengah2 the plants:


Welcoming the new members in the house - pokok limau purut dan limau kasturi. Pokok limau purut saya pernah tanam sebelum ni  dalam raised bed. Tapi habis dikerjakan dek ulat bulu sampai mati akhir. Sekarang saya tanam dalam pasu pulak, kita tengok la nasibnya cemana.

Pokok sambung - ada 3 pasu kecil semuanya dan subur2 belaka. Alhamdulilah, sumber ulam saya bila2 nak makan petik aje. Dua pasu kecil tu anak pokok cili yg mak saya semai bulan lepas.

Pegaga dah mendominasi keseluruhan kawasan 1st raised bed. Dah banyak sangat sampai tak termakan. One fine day, I would have to buang separuh dan guna bahagian yg ada utk tanam benda lain pulak.


Pokok kari sedang mengalami krisis serangan ulat yg tak diketahui. Dah berapa kali cantas, bila naik daun2nya, kena serang lagi. Belum sembur lagi dengan apa2. I know the way the combat these perosak, kena la rajin sembur2 pokok dengan ramuan2 tertentu. Takde masa lagi....huhuhu


Just yesterday, I came home from work, siram2 pokok lepas tu terus geram tgk tong sampah yg dah bocor plus besen kecik yg dah pecah, isikan tanah kompos dalamya dan terus semai benih bunga telang (dalam bekas putih) dan ketumbar dalam besen biru. Saya ada stok biji benih mcm2 tersimpan, cuma takde masa nak tanam. The small pots tu pulak saya benamkan bawang2....hehehe. Dia gitu la, bila datang seru nak menyemai, laju je buat!

Kawasan ni dah makin merimbun...dari kiri: delima, sirih, serai wangi, durian belanda, kantan, mengkudu dan pandan. Kena rajin trim area ni...kalau tak...hmmmm...tak tau kalau ada penghuni tambahan kan....

Monday, January 12, 2015

Misi Bantuan Pasca Banjir

Minggu lepas cik HB join kawan2 dr alumni sekolah pergi ke Kelantan utk menghantar bantuan banjir. They arranged everything on their own. Hasil sumbangan dari group kawan2 diorg, dapat la dlm RM 10k dan about 10 sukarelawan termasuk cik HB pergi ke sana utk hantar bantuan. Sumbangan diberi dalam bentuk selimut, tuala, tikar getah, dapur gas dan keperluan2 lain lagi yg berbentuk survival kits. Cuma takde makanan sbb dah ramai pihak yg sumbangkan makanan.

Area pertama yg dituju - Kampung Manjor, Kuala Krai.

Cik HB kata mmg kebanyakan rumah disitu rosak dan ada yg tinggal tapak saja. Diakui, bagi kami yang sering menggunakan laluan Gua Musang - Kuala Krai utk balik KB, kebanyakan mereka yg menetap di Gua Musang dan Kuala Krai adalah orang2 miskin yg bekerja kampung atau menoreh getah. Rumah pon dah ala2 dah menyembah bumi, jadi bila banjir besar melanda tak heran kalau abis hanyut dibawa arus. 

Kesian sgt kat diorg ni...sudah la tak berharta sangat, apa yang ada pon semuanya hilang sekelip mata. Dugaan Allah nak bagi....pastinya ada hikmah yg kita tak tahu. Didoakan semoga diorg tabah menghadapi cabaran hidup mendatang. Namun mereka ni mmg betul2 perlukan bantuan utk bangun semula. 





SOP yg dijalankan oleh team cik HB dan kawan2, diorg tak bagi barang secara pukal. Sebaliknya diorg hantar ke rumah2 (or tapak rumah yg ada khemah canvas didirikan). Sebabnya dah banyak aduan mengatakan yg bukan mangsa banjir pon dtg amik barang2. Kiranya amik kesempatan la. Ada satu pakcik ni siap terus je grab satu kotak kain pelikat utk dia sorang aje. Agak chaotic jugak la urusan nak hulurkan sumbangan sbb ada pihak2 yg berebut2 dan tak sabar2 nak dpt barang2 bantuan.


Kena la distribute barang betul2 sbb kalau x abis barang dibolot sesetengah pihak aje.


Cik HB demonstrate cara2 nak guna portable gas cooker kat mokcik2, abe2 disitu. He was the only Kelantanese in the group, so kena la jadi jurucakap :))). Looking at this photo, I am so proud of him sbb melibatkan diri dalam kerja2 amal macam ni. Semoga di masa2 akan dtg cik HB akan terus bergiat dalam kegiatan amal dan mudah2an saya pon turut dapat serta nanti.

These were the volunteers yang pergi ke sana. 

Lepas Kuala Krai diorg ke Tanah Merah dan Pasir Puteh. Ada ramai sukarelawan yang ke sana utk membantu baik orang perseorangan, kumpulan NGO dan badan2 kerajaan. Syukur Alhamdulilah masih ramai rakyat Malaysia yang sanggup bertungkus-lumus membantu orang yg dalam kesusahan. Kalau nak tau perkembangan usaha baik pulih dan bantuan pasca banjir di Kelantan, saya banyak ikuti update dari  FB volunteers yang aktif seperti Raja Shamri dan Syed Azmi.

Ada banyak lagi perkara yang perlu dilakukan utk membaik-pulih situasi di tempat2 banjir tu. Jadi memang perlukan banyak sgt bantuan. Kerajaan satu hal la, tp kita yang rakyat biasa ni pon berperanan utk membantu. 

Sedikit petikan dari FB Raja Shamri on the current situation:

Pada pengamatan saya ... Kalau tak kena cara apa yg boleh dan bakal terjadi serta sedang terjadi di beberapa kawasan dan boleh merebak ke kawasan lain :-
1. wabak penyakit seperti taun / denggi / kencing tikus / cirit birit sebab mereka tak dapat air bersih yg konsisten / sistem tandas yg tak terurus / tidur dalamn khemah dengan nyamuk dari sistem sampah yg tak teratur.
2. Masalah sosial / seks bebas / rogol dsbg sebab tidur dalam khemah aurat terdedah .. mandi di tempat terbuka dsbg ...
3. Gangguan psikologi terutama anak2 dan para pelajar sekolah
4. Kekotoran udara disebabkan kesan debu halus dari selut.
5. Gigitan serangga liar termasuk ular / kala jengking dsbg.
6. Gangguan dari haiwan seperti babi dan anjing liar yg masuk ke khemah yg terbuka.
7. Fokus kepada solat dan ibadat yg makin terjejas
8. Fokus kepada kecemerlangan akademik terjejas teruk
9. Kes kecurian dan jenayah meningkat dengan berlakunya curi besi dari bangunan kerajaan / rumah / rail keretapi dsbg.
10. Kematian disebabkan penyakit / jenayah.
Doakan semoga misi kita sekurang2nya dapat mengurangkan risiko semua perkara itu dari terjadi ...
Sertai saya dan beribu lagi sukarelawan ok.... Sekarang bukan lagi soal makanan atau baju ... sekarang pasca banjir ... ada perkara lebih besar yg perlu kita usahakan.
Nak buat penempatan semula tak boleh sebab kita ada bnyk constraint ... politik / legality / faktor keselamatan / TNB / Air kelantan / pemilikan tanah dan macam2 lagi.
So kita fokus buat tandas awam dulu dan buat balairaya / surau supaya mereka ada tempat tertutup sikit ...
Serahkan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat utk buat penempatan sbb itulah yg sebaiknya ...
Wallahu'alam ....

Let's help ya!


First Day of School 2015

Selepas 8 minggu (agaknya la, x ingat bila cuti sekolah bermula...hehehe), hari ni anak2 memulakan sesi persekolahan 2015. Sepatutnya 5/1 tapi semua tahu yang cuti sekolah dilanjutkan lagi seminggu disebabkan musibah banjir yang melanda kebanyakan negeri.

Even then, masih banyak lagi sekolah2 di Kelantan yg x dpt memulakan sesi persekolahan hari ini sbb keadaan sekolah yang masih belum bersedia utk menempatkan pelajar2. Kesian kat diorg, semoga urusan mereka dipermudahkan secepat mungkin.

Kembar tahun ni dah darjah 4. Cepat betul masa berlalu. Rasa mcm baru je diorg masuk darjah 1. Tahun ni I promise myself I would sit down more with them with their school things and jugak utk perkembangan sahsiah dan akhlak. Tak nak guna alasan saya ibu bekerjaya takde masa nak spend masa dengan anak2. That should be my top priority so I have to always remember that. 

Dah nak jadi anak dara, maka cabaran utk mendewasakan mereka semakin bertambah. Didoakan semoga menjadi anak yg solehah, berjaya hidup dunia dan akhirat

As for me, my busier schedule pon bermula la kembali. Pagi tadi agak kalut jugak sbb terlambat bangun tapi masih sempat masak utk bekal kembar dan Insyirah. Goreng bihun dan buat sup ayam. Cuma tak sempat buat bekal utk diri sendiri. 

Tahun ni nak pastikan kembar dapat sumber fiber yg cukup, so kena selitkan buah dalam bekal diorg. Hari ni sorang pear dan sorang dragon fruit ikut kehendak masing2. Ada hari ummi layan la, tapi ada hari ikut kuasa veto ummi ye!

Keluar rumah pon agak lambat, dalam 7.20 am so kena la menempuh jem kat pekan kecil Durian Tunggal. Sampai sekolah pon dah pukul 7.35 am. Takpe kot, first day of school...hehehe. Esok I promised the girls, we will go out much earlier. 

This year, I have revamped my schedule and I hope things are more organized. Actually it's about the same like previous years but I have started cooking dinner in the morning dan kena istiqomah make sure baju2 di gosok utk stok seminggu on the weekend. 

Gembira rasa hati bila berjaya achieve mission gosok baju utk seminggu. Makes my morning routine easier. But my concern is, will this be achieved weekly?

Kembar juga harus dilatih to be more responsible with their things. I can't be doing everything on my own. So no more pagi2 tanya ummi mana stokin, mana sarung kepala, mana mcm2. They have to make sure barang2 utk ke sekolah ready before off to bed, isi air dalam bekas air dan basuh bekal makanan, keluarkan baju2 kotor dari dalam beg transit. 

Diharap tahun ini things are in order dan kualiti kehidupan bertambah baik. 

Friday, January 9, 2015

Picture of the Day: Motorbikers


Yesterday, on the way home from work, I stopped on red light at the traffic light. It was raining heavily and very cold weather. There I saw these father-daughter (I assume so), on the motorbike waiting for the green light under the heavy rain.That traffic light usually would be 2-3 minutes on red, so imagine waiting under heavy rain.

It brought back memories.....how I used to ride bike with my father to everywhere during my growing-up years. That was the only means of transportation we had at the time. If we were to go farther then we would ride bus.

Sekarang Alhamdulilah, taraf kehidupan bertambah baik, punya kereta utk kemana2. Anak2 pon celik2 mata, dah tau ada kereta dan senang nak kemana2. Tak perlu berpanas, berhujan. Tak perlu usung beg turun naik bas/keretapi kalau balik kampung. Cuma pernah merasa zaman dok Jerman few years back perlu susah-payah sikit sbb tak berkereta. 

Sebab itu bila tengok bermotorsikal (motor kapcai not superbike ye), I akan hormat mereka. Meaning, xde la suka2 nak himpit diorg atas jalan. Marah betul bila pemandu2 kereta/van/lori/bas etc suka2 je himpit the motorbikers or memotong without considering them. Nak2 kalau penunggang motor yg dah berumur, tambah pulak bawak pembonceng yg sedang dukung anak.

Kesian tau....

So if you see people riding on the bikes, please have some empathy and doakan semoga hidup mereka selamat dan sejahtera. Even for mat rempits, didoakan semoga diaorg sedar yang jalan-raya bukan tempat utk jadi hero ye!

Wednesday, January 7, 2015

2015 New Schedule

Hari tu sembang2 di WA my ex-housemates zaman universiti, kami bercakap pasal nak jadi mak yang lebih organized tahun ini.

For me, basically I wish I have more time to include regular exercise and spend more time with kids with their school things. About having regular exercise, my concern was I would not have time to cook proper dinner and have early dinner coz I intend to do exercise after work. 

I thought if I were to proceed with my exercise plan, we just need to dine out, or tapau or I just fix something easy for dinner. 

Which I don't really like to do. Dining out, even at simple kedai tomyam is quite costly for a mere nasi goreng or noodles menu. Plus kadang2 tak sedap pon...huhuhu. Same goes with tapau.

Fixing something easy pulak is like what? Sandwich? 

Bising la pulak org2 dalam rumah tu kan...

Then my friend mentioned that she has been cooking for dinner meals in the morning. Sebab at night, she wants to spend time sitting with her kids. 

And I thought "why not?"

Sekarang pon pagi2 mmg dah bangun masak, cuma masak utk lauk Insyirah je la and hari sekolah utk bekal si kembar. And now Insyirah pon dah suka makan lauk org besar (kari, asam pedas, etc.), so dah alang2 masakkan utk bekal dia, masak la terus utk stok dinner kan...

So hari ini dah hari ke tiga saya masak pagi2 utk dinner and I am so loving it! Sebab I find that I am more relaxing at night. Balik keje tak payah kalut masuk dapur...boleh lepak dulu ngan anak2. About 6.30pm baru start masak nasi dan panaskan lauk-pauk.

Dinner can be at 7pm on time. Then tinggal kemas dapur dan basuh pinggan makan/hidang aje. Dapur tak berkecah sbb dah clearkan cooking apparatus lepas masak pagi2. Lepas Maghrib dah boleh baring2. Sebab skrg masih lagi cuti sekolah, so tak banyak benda nak dibuat. 

Tapi walaupun dah 3 hari saya mula masak dinner waktu pagi, saya masih belum pegi exercise waktu petang...buekkkkkk

Friday, January 2, 2015

Welcoming 2015

Alhamdulilah, bernafas lagi di tahun baru.

Terlalu banyak kisah sedih sepanjang 2014 untuk negara juga dunia. Terpalit  banyak la jugak lah kesannya dihati. Kerana kita hidup bermasyarakat, bolehkah kita gembira di saat org lain menderita?

Dunia akhir zaman ni dah semakin menampakkan pancarobanya. Semakin huru-hara baik dari segi kehidupan manusia, alam sekitar, ekonomi dan mcm2.

Sesak dada hari2 menatap berita - tak berita ekonomi meleset, berita jenayah tak pon kemalangan, dan kerap kali juga bencana alam.

Dunia dah semakin tua....masa utk kiamat pon semakin dekat, cuma kita tak tau bila.

Pon begitu, masih lagi leka dengan kehidupan duniawi. Masih lagi solat tak kusyuk, masih lagi berangan nak itu ini, masih lagi iri-hati itu ini....diri ini la...tak kata orang lain pon :(

Semoga kita semua bertambah baik ye tahun ni!

To sum up what I wish I can do this year, there's this FB status from My Health Tips  I would like share:

40 WAYS TO BETTER HEALTH IN 2015 -
1. Drink plenty of water.
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants, and eat less food that is manufactured in plants.
4. Live with the 3 E’s — Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Make time for prayer and reflection
6. Play more games.
7. Read more books than you did in 2012.
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9. Sleep for at least 7 hours.
Personality:
10. Take a 10-30 minutes walk every day —- and while you walk, smile.
11. Don’t compare your life to others’. You have no idea what their journey is all about.
12. Don’t have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don’t over do; keep your limits.
14. Don’t take yourself so seriously; no one else does.
15. Don’t waste your precious energy on gossip.
16. Dream more while you are awake.
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past. Don’t remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don’t hate others.
20. Make peace with your past so it won’t spoil the present.
21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more.
24. You don’t have to win every argument. Agree to disagree.
Community:
25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.
27. Forgive everyone for everything.
28. Spend time with people over the age of 70&under the age of 6.
29. Try to make at least three people smile each day.
30. What other people think of you is none of your business.
31. Your job won’t take care of you when youare sick. Your family and friends will. Stay in touch.
Life:
32. Do the right things.
33. Get rid of anything that isn’t useful, beautiful or joyful.
34. Forgiveness heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change.
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37. The best is yet to come.
38. When you awake alive in the morning, don’t take it for granted – embrace life.
39. Your inner most is always happy. So, be happy and ENJOY LIFE!
Last but not least:
40. Grow your relationship with God..!