Pages

Thursday, December 31, 2015

Welcoming 2016

Last day of 2015!

I was very busy for the past few weeks. Nothing new eh?

Nak update blog dari hari ke sehari langsung x berkesempatan. And baru saja selesai major tasks with regards to my work, so I have decided to take a break and update blog....hehehe.

Sekejap saja 2015 berlalu kan? But a lot of things juga happened jugak this year.

Significant sekali, ayah mertua saya meninggal dunia in August. Then in October saya bertukar kerja dan kerjaya. Dari engineer menjadi academician. Totally a different role. Alhamdulilah, saya suka walaupun banyak jugak cabarannya.

Cik HB juga memulakan pengajian Phd ni tahun ni UPM. Walaupun pada asalnya ada juga2 ura2 nak buat di oversea tapi setelah menimbang banyak perkara, akhirnya dia pilih local. Semoga ianya pilihan yang tepat dan dia boleh habiskan tempoh pengajian seperti yang ditetapkan. Dengan polisi kerajaan yg selalu berubah2 dan kadang2 menakutkan, baiklah bersedia dengan apa2 jua kemungkinan. Berita terkini hangat di kalangan academician adalah polisi KPT yang tak lagi membenarkan pelajar post-grad bawah tajaan extend their studies. Harus habis on time! Kalau study oversea dan x dpt habis on time, banyak juga perkara yang nak difikirkan. 

This year juga I took a big step into getting myself lose weight and being fit. Bermula dengan JK1M for 6 weeks then continue pulak dengan FFU. Tak la banyak sgt turun tapi dr segi stamina mmg dirasakan banyak bezanya. Now FFU pon dah habis. Ingat nak continue but  next year banyak hal perlu diberi perhatian jugak. It was really a struggle sepanjang join JK1M and FFU. Because the workout programs were on Tuesday/Thursday nights and weekends. I have to really pejam mata aje dengan komitmen dirumah dan pegi saja workout. Selalunya sempat masakkan dinner aje utk yg dirumah tapi x sempat mengemas. It was a bit chaotic la jugak. Tapi kalau nak dilayankan rumah bersepah mmg sampai sudah takkan ada masa nak exercise.

Tapi tahun depan cik HB maybe would have to spend a lot of time in UPM, so maybe weekdays he would not be at home. So siapa nak jaga budak2 while i work out? Then kembar pon tahun depan will be having UPKK, big exam utk sekolah agama. I need to focus on them and that means kena sit down dengan diorg malam2. 

So kena fikir strategi baru utk include exercise dlm rutin harian. Kawan sekerja ada cadangkan utk pegi gym on lunch time, we went surveying few gyms already. Tapi I haven't decided whether to join or not. Sbb kalau lunch time selalu saya pegi pick up kids from school and prepare them untuk sekolah agama pulak. Mungkin saya akan hantar kembar transit kat rumah makcik babysitter Insyirah kot kalau betul saya serius nak work out on lunch time.

Inilah realiti menjadi ibu berkerja tanpa pembantu rumah. Nak cari masa untuk exercise pon payah. Dulu dah try exercise sendiri dirumah, but it didn't work for me. Buat 1 hari, lepas tu manjang skip. Banyak betul cabaran nak exercise ni tau!

Berkebun pon dah lama tak buat. Kebun/laman saya mmg really pathetic. Lagi banyak pokok mati dari yang subur....huwaaaaa. Hari ke sehari merancang nak revamp the kebun/laman buit so far masih belum jadi lagi. I want to plant more vegetables....membeli sayur di pasaraya sangat la mendukacitakan sbb makin mahal. Belum citer tahap pesticides and chemicals used on the vegetables.

Apa pon I will not try to give excuses. Saya akan cuba fikir lagi cara terbaik untuk handle my daily routines termasuk la exercise dan tanam sayur....hehehe

Welcome 2016!

Thursday, December 10, 2015

Kos Sara Hidup

Uh, x sempat nak update cerita Langkawi part seterusnya....dont have the luxury of time to blogging due to work.

Ni pon just nak bebel sikit aje, nak get it out from my system.

Smlm pi groceries shopping kat Mydin. Dah 2 minggu x groceries shopping. Banyak sgt urusan, dengan balik kampung bagai. And banyak beli makanan/makan luar.

So smlm la baru nak stock up brg2 dapur sbb nak masak mcm biasa. Sbb balik dari KB pon ari Isnin mlm, and then dinner selasa masak sardin kicap aje. Sup telur kentang for kids' lunch on Rabu. Kira guna semua whatever yg ada dan boleh dimakan. So malam tadi la baru ke Mydin.

Pegi kat bahagian barang basah, I really didn't know to buy. Mydin pon stok barang mcm x banyak. Ayam pon tinggal bape ekor je, tu pon x berapa segar. Bahagian makanan laut pon menyedihkan. Tapi yg marahnya biar la tak segar mana pon ikan2 tu harga tetap mahal!, Mcm ikan kembung yg saiz kecik, perut pon dah pecah2, masih dijual pada harga RM13.99/kg!!!! 

Kalau segar2, harga mahal gitu pejam mata jugak la beli sbb dah desperate kan....tp it really not worth buying.

Huhuhuhu.....

Then I decided beli je la ikan bawal emas yg harga dia RM7 seekor, beli 2 ekor utk masak tengahari esok. Sbb saya mmg bekalkan Insyirah makanan utk sarapan dan lunch dirumah babysitter. So somehow saya kena masak jugak. Jadi la lepas utk sehari punya makanan dan boleh memerangkap lunch/dinner kalau x abis. Hari2 lain nak gi jenguk kedai runcit dekat rumah kot2 ikan2nya lebih baik. Weekend nanti jenguk pasar pulak.

Lepas tu gi bahagian sayur2, satu sy perasan harga2 sayur hijau mcm bayam, kangkung, sawi mmg x berubah tapi seikat setiap sayur mcm makin mengecik aje. Dulu kalau beli 2 ikat cukup la kot sekali makan, tp tgk balik seikat sayur skrg, kena beli 3.

Kecewa betul!

Tu belum tgk harga sayur2 import mcm brokoli, cauliflower, capsicum lagi la jangannnnnn.....

Memang kos sara hidup obviously naik mencanak2 skrg ni. Macamana la nak makan secara sihat kalau keluaran tempatan pon jadi mahal?

Bila fikir mcm situasi saya yg bekerja suami-isteri dan dalam kumpulan professional (tapi gaji takde la banyak nau!) pon terasa  dgn kos sara hidup ni, apa kan pulak la mereka2 yg berpendapatan rendah dan anak ramai?

Lagi pulak yang duduk di Lembah Klang, dengan tol naik, public transport naik, segala pon naik?

Faham ke PM kita tu dengan situasi rakyat sekarang?

Atau masih lagi bermimpi di siang hari?

Sudah2 la tu gila kuasa....ini Malaysia bukan KAMU yg punya!!!!