Pages

Friday, March 11, 2016

Insyirah 4th Birthday

Mencuri2 masa nak update blog sekejap...dah lama saya tinggalkan blog ni bersawang. Sungguh mmg tak sempat nak update blog mcm dulu2. Kerjaya skrg banyak menuntut masa dan komitmen. 

Tapi untuk kenangan di masa depan, saya nak juga update blog sempena birthday Insyirah semalam. Bukan utk tatapan orang lain sangat, melainkan untuk diri sendiri. Esok2 bila anak2 dah besar, kenangan masa diorg kecik la yang dirindui. Macam sikembar, tau2 dah jadi anak dara. Jadi bila ada blog with  entry lama2, saya seronok mengimbau zaman kanak2 diorg. Tu pon terasa ruginya tak update banyak cerita/gambar diorg masa kecik. 

As I said, smlm birthday Insyirah yang ke-4. Kami hantar kek ke tadika utk disambut bersama kawan2. I made choc muffins sebagai tambahan. Gigih nokcik bangun pukul 5 pagi nak bake 65 biji muffins...hehehe. Kek pon cuma beli kat bakery La Boheme, AEON. Nak tempah kek pon x tau kat mana nak tempah.

Muka stress...she was cranky that morning sbb bangun awal mcm ummi, then masa nak pegi tadika menangis2. Tu dah pukul 10 am, muka tak ceria jugak

Tu kawan sebelah dia yg bacakan doa pagi, Kuat sungguh suara dia...hehehe

Sempat amik video jugak:



Didoakan semoga anak Ummi Abah ini membesar menjadi anak yang sihat dan cemerlang dunia akhirat. Semoga menjadi anak yang solehah bertepatan dengan namanya Insyirah Solehah.

Ummi sayang kamu sangat2!!!