Pages

Friday, April 29, 2016

Inspirasi

Alhamdulilah, di tempat kerja sekarang saya ditemukan Allah s.w.t dengan beberapa characters yang mengagumkan. Mengagumkan in my own definition. Bukan hanya  pasal characters yang hebat dalam kerjaya, menjadi orang penting disana sini. Kagum juga dengan org macam tu tapi buat masa ini kagum dengan wanita2 yang bukan sahaja hebat dalam kerjaya tapi hebat dalam personaliti, hebat mindanya dan hebat akhlaknya juga.

Lepas berbulan2 memulakan kerjaya disini, berkenalan lebih mendalam dgn rakan2 sekerja, saya kagum dengan wanita yg saya namakan Lady X saja. Considerably muda (mid-30s), a Phd holder, punya anak 3 org dengan 2 org dibawah umur 2 tahun. Takde pembantu rumah.

Hari2 bangun pukul 4 pagi masak untuk sarapan dan makan tengahari. Lebih kagum dia x blend bawang, dia tumbuk ok! Sbb katanya suaminya pernah mentioned masakan dengan bawang yg ditumbuk lagi sedap dr yang blend. Tu mmg betul tapi kalau mokcik la tak terkejar rasanya setiap masa nak menumbuk bawang. Santan pon x guna instant ok, santan jenis perah dr kelapa parut gitu!Then dia menyusu badan sepenuhnya anaknya umur 5 bulan dan sekali tandem dengan si abang yang setahun lebih.

I dont know how she does it! Saya memahami penatnya la menyusu badan sepenuhnya tandem pulak tu. Saya juga memahami penatnya la bangun pagi2 memasak because I'm doing it too. Penatnya  la uruskan kerja2 rumahtangga tanpa helper. Inikan pulak ada baby dan toddler. Dan dia pulak pensyarah kanan yang kerjanya mmg banyak. Kami academicians disini mmg la banyak keje sampai tak terkejar rasanya.

Tapi katanya sebelum dia adalah pensyarah, dia adalah isteri dan dia adalah ibu. Itu tanggungjawab utama dia. Jadi dia kena usaha fulfillkan juga tanggungjawab yang wajib. Mcm dia dah tau, suami dia suka masakan yg bawang ditumbuk, so dia akan fulfillkan itu. Dan dia tau tanggungjawab menyusu badan adalah dituntut, maka dia juga berusaha fulfillkan itu.

And wait...that's not just it.....

Recently, kami berbual dari hati ke hati, then somehow she shared that suaminya ada menyimpan hasrat nak kahwin dua. Buat masa ni takde calon lagi tp suaminya selalu sebut pasal ni. And I was melopong habis....

Sebab x sangka, pompuan mcm ni punya la baik, cantik pon cantik, pendidikan ada, kerja ada, sanggup pagi2 masak utk bekal suami n anak2, buat keje2 rumah sendiri and yet suami dia nak kahwin lain????

I asked her how she faced it, dia kata dulu pon dia tak boleh terima. Dia pernah kantoi suami dia ada berhubungan dengan perempuan lain, dia mengamuk sakan. Suaminya minta maaf, dan lepas tu dia mula berfikir tentang the whole things. Dia mula bangun malam buat solat tahajud, mengadu pada Allah isi hatinya. Then dia mula faham suami tu bukan hak miliknya yang mutlak, suami dan apa saja dalam dunia ni milik Allah s.w.t. Yang penting bila kita diberi amanah menikmati harta dunia ni, macamana kita jalankan tanggungjawab kita. Kalau jadi anak, tanggungjawab pada ibu-bapa, jadi isteri pada suami dan jadi ibu, pada anak2.

Jadi dia buat kesimpulan, tak kira la macamana orang lain buat pada dia, dia hanya nak jalankan tanggungjawab sebaik mungkin. So dia kata, kalau dah mmg suami nak kahwin lain, sila la...dia x halang. Tapi selagi dia adalah seorang isteri dia akan jalankan tanggungjawab dia sebaik2nya.

Kagum kan? I was lagi la melopong....

Susah jugak tu, kita akan rasa orang x hargai kita....kita akan rasa like "aku je yg layan ko baik2, and ko x layan pon aku baik2"

Tapi kalau hati dah dididik memahami tujuan hidup di dunia ni, perkara tu akan jadi mudah. Sebab kita x harap penghargaan orang, kita tau Allah s.w.t ada untuk balas semuanya, baik atau buruk. Dan dia kata, sejak2 itu hatinya jadi tenang, macamana banyak pon keje dan tanggungjawab, dia x rasa penat pon.
 
Perkongsian sangat bermakna buat saya.


Tuesday, April 19, 2016

Memories on FB

It's just 2nd day of weekdays and I've been busy like there are ending business from what I'm doing. So I'm taking a 5-minutes break from work...phewwww.

Hari ni feeling a bit guilty to the kids because I didn't manage to cook proper things for their bekal for rehat and lunch box. Dah la hari ni hari Koku, and they stay at school sampai 5pm. Saya tak sempat masak pagi tadi sbb from yesterday saya sibuk menyiapkan tugasan saya yang due datenya pagi ni! Pagi tadi saya bangun awal bukan utk masak tapi siapkan keje pejabat! Huhuhuhu....Somehow saya bekalkan jugakan diorg leftover from last night's dinner. Mujur smlm saya buat ayam panggang so ada la leftover sikit.  

Tugasan saya siap on time but I am feeling miserable....

Then buka2 FB tengok ada memory ini....


That was 7 years ago! Zaman dok Jerman. A very memorable moments. It was early spring, the weather was beautiful, we walked to flea market and on the way home we strolled at canola field. Saya abadikan cerita itu di SINI.  It was in our neighbourhood. Raunheim was indeed a beautiful and serene place. Life was stress-free. I was a full time housewife. When weather was good, kids and I will spend our time outdoor. We would spend the time at the playground, strolling in the park, feeding the ducks...ahhhh such a lovely memories.Liza and Razif, kawan2 kami masih disana. Good for them, they can still enjoy the serenity of the place. 

Saya harap ada rezeki utk jejakkan kaki ke sana kembali. 

Wednesday, April 13, 2016

Idola Solehah Di Depan Mata

Ini bukan pasal Insyirah Solehah.....hehehe. Just my rambling thoughts.....

In every day life, sometimes you will meet several wonderful characters around you. They don't have to be very perfect and famous, they just every day people who lead a normal lifestyle, yet their characters, their personality is very much impressive and touches your heart - MY HEART.

Our university's Vice-Counselor , a very impressive figure, is married to a wonderful woman and she happens to be my colleague. She's in my faculty and even more interesting is in my department, so I communicate and work closely with her. Although she bears title "Datin",  she insisted all of us to call her just Kak F (since she's our senior and most probably among the elders in our department).

She's like a sunshine, always smiling and always friendly. Doesn't matter where and when you see her, she would always smiling. For me, character dia sangat la solehah, dengan pemakaian yang sempurna menutup aurat (always with tudung labuh dan jubah), dengan sikapnya yang peramah, lemah-lembut, ceria dan lansung tak pernah mementingkan title sebagai isteri NC and Datin. I've been here about 6 months and never once I see her not smiling. If you bump into her, dari jauh dah senyum ceria, dan hulur tangan bersalam dan akan berborak serba sedikit. Saya segan dengan dia but I always look forward to bump into her....hehehe. And no one talks ill about her. Pujian aje sentiasa kalau bercakap pasal dia

Bila dia jadi pengerusi mesyuarat, sangat la humble dan sangat la selesa bekerja di bawah dia. I am a member in a committee led by her and when she assigned me with a task, I'm more than happy to do it.

I want to learn more from her, on how to be such a cheerful and friendly and makes everyone around you happy with you. How to be a solehah like her (x mampu lagi nak bertudung labuh...hehehe), I'm sure hubungan dia dengan Allah sangat hebat, maka that's why dia adalah wanita yang hebat.

Kalau sebelum ni I'm always impressive with beautiful and stylish ladies, my view now is looking for those with solehah characters. I may be far from being a solehah, but there are always room for improvement to be a better person, kan?

Wednesday, April 6, 2016

Garden Update: April 2016

Pagi ni sbb ada sedikit masa, sy jenguk2 laman keliling rumah. Dah lama saya x spend masa belek2 pokok2 kat rumah. Ada masa saya siram, xde masa, nasib la ko wahai pokok2. Mmg laman saya in pathetic condition. Banyak jugak pokok2 yang dah jadi arwah...huhuhu.

Nak2 di musim El Nino ni lagi la kesian kat pokok2. Cuma sehari dua ni hujan dah mula turun. Semalam lebat betul hujan. Alhamdulilah. Semoga episod El Nino kali ni akan berakhir segera. Cuaca mmg sangat x menentu skrg ni.

Jenguk2 banyak jugak la yg menarik utk dikongsikan di blog ni. Tu yg saya spend juga masa sikit nak update blog. Last time sy update pasal gardening was October 2015! That was 6 months ago!!! Nampak sgt sejak saya bertukar kerjaya ni, masa saya utk hobi2 semakin dilupakan....huhuhu.

Apapon, saya masih mencintai dan meminati hobi berkebun. Cuma kerana kekangan masa dan saya kena bagi priority kepada perkara2 lain, maka tak boleh la nak all out. Kita buat saja la takat yang mampu.

Jadi utk update, meh mula dengan ini:


Pokok kantan saya dah berbunga!!! Yeay!!! Bila saya checked balik journal gardening dalam blog ni, kantan ni saya tanam Mei 2013, akhirnya dah nak 3 tahun baru berbunga. Alhamdulilah!!! 



Saya punya la seronok, saya pos kat group FB Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri dan dapat respon yg meriah dari ahli group. Tak sangka ramai jugak yg berminat dgn pokok kantan ni. Maybe sbb harga bunga kantan yg semakin mahal buat ramai org berminat nak tanam.

Camni la rupa pokok kantan saya dr jauh....berebut ruang dengan pokok mengkudu dan durian belanda. Huru-hara laman dapur saya ni. Tak sempat lagi nak kemas elok2. Durian belanda tu  pon dah berapa kali berputik tapi gugur putiknya. Tak tau la bila berjaya jadi buah.

Selain tu pulak, bayam ni pon tgh naik cantik....ni tinggalan hasil menanam dulu2...ada je benih yang tinggal lagi. 1 bulan sudah ada jugak tanam sawi, tp bila tinggalkan rumah seminggu masa outstation kat Ipoh, mati terus sawi tu....xpe la, pelan2 kita start balik nanti

Pokok pisang tanduk, ditanam oleh mak saya bulan Disember 2015. Angkut dari Tg. Malim. Asalnya ada 3 anak pokok tapi 2 lagi x survive. Satu pon satu la, akan ku jaga sebaiknya...chewah, siram pon kadang2 tak! Yg seronoknya, skrg dah ada stok daun pisang....bila2 nak buat nasi lemak ke, bakar ikan ke boleh amik fresh dari pokok.

Ni pokok terung pipit. Saya x tanam pon, beberapa bulan sudah tetiba sy jumpa dalam pasu pokok limau kasturi. Agaknya dibawa angin atau burung2. So saya ubah ke ruang yg kosong dan dah besar skrg, Lebat berbunga tapi yg jadi buah x berapa banyak. Sekali kutip adalah beberapa biji. Takat rebus buat ulam saja la. Tapi tetap bersyukur, bertambah lagi koleksi ulam2an saya :)

Di laman depan pulak:

Pokok bawang spider pon berbunga di musim panas ni....ni adalah dari rizom yang saya beli dari Kebun Bahagia Bersama pada Jun 2015. Ni la pertama kali ianya berbunga. Sebelum ni ada dah saya tanam dari April 2014 yg saya dapat as free gift dr KBB. Pernah berbunga juga sekali. Bila tah nak berbunga lagi

Amaryllis...juga berbunga...utk kali kedua...kali pertama Jun 2015. Nampaknya setahun sekali la je la dapat menikmati bunganya...hihihi. Bukan salah pokok, salah tukang kebun yg x consistent jaga pokok2nya. Baja pon x penah!

Itu saja update bulan ini. Saya mengharapkan semangat berkebun saya akan membuak2 kembali. Bukan tak nak atau malas tapi saya mmg terkejar2 dengan urusan seharian. 

Tapi rugi kalau x berbakti dengan tanah kan?  So let's hope ada kemajuan ye?


Tuesday, April 5, 2016

Jalan2 Kerja @ Ipoh


Lebih kurang 2 minggu lepas saya ditugaskan sebagai salah seorang peyelia lawatan industri untuk students fakulti saya. Tempat lawatan area sekitar Ipoh, dengan 8 syarikat dan 12 students. Kebetulan pula jatuh masa cuti sekolah, cik HB pon free jadi saya angkut la satu family...yeay!!!

Walaupun saya orang Perak, saya tak familiar pon dengan area Ipoh. Jadi sesuai sangat la dapat peluang ke Ipoh. Kami gerak dr Melaka hari Isnin, saya amik cuti sbb cik HB ada meeting kat UPM. Kami anak-beranak lepak2 kat IOI City Mall sementara tunggu cik HB selesai kerjanya. Selesai semua, kami gerak ke Tg, Malim dan bermalam kat rumah Mak. 

Esoknya Selasa, pagi2 kami dah gerak ke Ipoh dan terus ke syarikat2 yg ada dalam jadual hari pertama saya. By noon dah selesai dah semua syarikat yg jadual lawatannya di hari pertama. Then kami pi makan Nasi Vaggey yg dikatakan sgt famous kat Ipoh. Saya dan cik HB rasa biasa2 aje, maybe sbb saya bukan la peminat tegar nasi kandar pon. Tu yg gambar pon x amik. 

Then kami ke hotel. Kami booked hotel berkonsepkan butik, namanya S Boutique kat area Tambun. Happy sgt dengan hotel ni, sbb hotelnya baru dan family roomnya sgt cozy. Rate dia rm248/night despite tgh cuti sekolah. Hotel2 cuti sekolah ni kan suka apply surcharge tah hapa2 tapi hotel ni takde la pulak. Maybe sbb baru sgt kot.

Family room yang kami dapat, ada 2 katil queen, dua katil single so mmg terlebih2 la tempat tido. Then ada dua LCD TV jadi xde la mak bapak berebut tv dgn anak2...hehehe. Cuma xde la facilities mcm swimming pool ke, gym ke or restoran. Dah konsep hotel butik mmg budgeted hotel kot....but somehow the interior and the services is not bad pon.

Bilik pertama

Bilik kedua

Cantik kan setting dia? Simple tapi kemas.

Daaa..gambar toilet pon nak masuk blog? Saya bukan apa, saya appreciate toilet yg bersih and functional walau kat mana pon saya pegi :)

Sepanjang ptg kami hanya lepak2, golek2 dalam bilik. Malam baru keluar cari makan. Pusing punya pusing, dan google macam2, akhirnya kami makan kat medan selera Taman Kanak2. Tak jauh dari Ipoh Parade. Ok la sini, mcm2 pilihan makanan yg ada. Yg paling meletop popiah dia. Mmg sedap sgt! Laksa pon sedap. Lepas makan kami pusing2 Ipoh Parade dan beli stok makanan utk makan kat hotel. Lepas tu balik tido....

Hari kedua, sambung lawatan industri. 3 company lagi. Hari ni lunch kami cuma tapau makanan dan makan kat hotel. Sebab cuaca panas sgt dan kami pon keletihan. Sepanjang2 saya buat lawatan, cik HB dan anak2 tunggu dalam keta. Tu pon dah penat...hehehe.

Dah petang sikit baru kami keluar jln2. Kami pi try Laksa Sarang Telur kat area Taman Botani. Agak jauh jugak dari city centre. 


Ni la laksanya. Taste wise saya suka aje tp cik HB rasa so-so aje. Dia x puas hati takde telur rebus....hahaha. Dah telur presented in the form of nest (sarang), so xde la telur rebus dah!

Lepas makan laksa, kami dah x tau nak kemana. Kami just pusing2 area bandar Ipoh. Then makan malam kami try makan kat Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung. Kami pilih kedai ni berdasarkan carian google tempat makan popular di Ipoh. Namanya mcm kedai jual nasi lemak je kan? Tp sebenarnya ada mcm2 makanan. Saya try makan sup belut. Sedap jugak la. Again cik HB rasa kedai ni biasa2 aje.

Hari ketiga, sambung lawatan lagi 3 companies, juga selesai by noon. Kami decided nak pegi jenguk Taman Rekreasi Gunung Lang pasal dah x tau nak buat apa dah kat Ipoh. Tempat ni agak menarik, nak sampai ke situ kena naik bot. Kena bayar la tapi tapi harga reasonable, kami bayar RM10 utk satu family. Naik botnya sekejapan sgt. 

Boat dia agak besar dan lengkap safety jacket walaupun travelling time dia ada kot 2-3 minit saja

Ni view dr pulau Taman Rekreasi Gunung Lang mengadap jeti kami bertolak.  Tempat ni cantik by nature tapi sayang tak dapat penjagaan yg sempurna. 


Tak banyak aktiviti boleh dibuat disini tapi boleh la jugak kalau nak bagi ikan makan. Selain tu ada juga la beberapa ekor rusa dan burung unta. Monyet liar pon banyak. Jadi hati2 jugak la especially kalau bawak makanan.

Terjumpa gua batu kapur....Ipoh mmg banyak gunung batu kapur. These three excited sungguh pi venture gua ni and took selfie!

Lepas Gunung Lang, ada la jugak berhajat nak jalan Kuala Kangsar tp the weather was so hot, and that made everyone tired, jadi balik ke hotel lebih menyeronokkan. So kami x kemana2 dah petang dan malam baru keluar cari makan. Kami repeat balik makan kat Medan Selera Taman Kanak2. 

Esoknya last day in Ipoh, kami checked out dan menuju ke Kellie's Castle. Kellie's Castle ni terletak kat Batu Gajah, off road sikit aje dr route kami nak balik Tanjung Malim. Ianya adalah banglo separuh siap tinggalan zaman British dan terkenal dengan kisah2 mistik. Alhamdulilah, nothing scary happened masa kami pusing2 di sini. 


Agak cantik jugak kan view kat sini?

This is view from the other side of the building

Anak2 dara pon dah nak sama tinggi dengan maknya


So that's all about our time in Ipoh. Not much but at least we got ourselves acquitted with Ipoh and its surroundings and of course foods :)