Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan

Khamis, Mac 01, 2018

Tutorial jahit renda sejadah muka

Assalamualaikum....
Updating blog ni dah mcm chipsmore plak huhuhu

Harini acik nak share cara nak letak renda bersulam kat sejadah muka buat kali ke 2 dan lebih senang



Siap 4 keping sejadah muka jiran acik ni...


Lipat renda, lebihkan sedikit renda sblm mula jahit ke sejadah.


Jahit sampai hujung, matikan jahitan


lipat renda seperti dlm gambar, dan start jahit sampai hujung. Matikan jahit dan buat untuk semua bucu sampai bucu first


Bila sampai last, lipat renda n gunting


Sambung jahit sampai hujung



Top stitch atas renda & make sure belah belakang kena kat sejadah


Doneeeeee.... in shaa Allah cantik jer kejadiannya..

Selamat mencuba yer kengkawan...
posted from Bloggeroid

Sabtu, Mac 11, 2017

Tutorial Sejadah Muka / Sejadah Mini (Binding using Lace)

Assalamualaikum..

Semalam saya asyik layan perasaan rindu dengan quilting... banyak dah skil yang kena refresh semula, asyik lupa jer..
Sampaikan lupa nak trim sebelum binding.. sel2 otak dah banyak terputus kut hihi..

Projek buat sejadah muka ni sebenarnya dah lama, tapi terkandas ditengah jalan, masuk tong dan simpanm bila mengemas bilik jahit dan pindah ke tingkat bawah (supaya senang nak menjahit walaupun Asfa tak tidur), jumpa balik semua projek UFO saya.

Antaranya sejadah muka..

Sekali lagi saya mencari tutorial nak lekatkan lace sebagai binder... jenuh segala keyword type kat pocik google, tapi tak jumpa. Akhirnya terpaksalah rekacipta sendiri. Trial & error orang kata, yang error tuh kita tetas bg jadi..
So kat sini nak mengabadikan cara nak lekatkan lace tanpa perlu potong pada corner.

Tutorial untuk ingatan diri sendiri, kawan2, anak cucu cicit di masa hadapan kikiki

Saya skip part potong kain, quilting, trimming tu yerrr... boleh cari kat blog lain kut, asas2 quilting & patchwork

 Mulakan dengan melebihkan sedikit lace kat permulaan tuh, nak tau banyak mana, buat bentuk square

Sampai kat hujung, matikan jahitan dan buka lace..

Lipat kat hujung sekali jadi 3 segi

Lipat lagi jadi begini..

Then pusingkan lace belah bawah tuh supaya selari dengan tempat yang kita nak jahit nanti

Buka je lipatan, tapi make sure kita pegang tempat nak mulakan jahitan, dan start jahit

Boleh test tengok, jadi tak mitered corner kat sudut tuh tadi

Sudut yang last kita cantumkan belah dalamnya..

Boleh jahit tepi sebelah belakang..

Top stitch cun cun... kat mitered corner pun topstitch jugak

 Sebenarnya saya nak bagi as free gift pada yang tempah sepasang telekung, tapi kalau ada yang berminat dengan sejadah sahaja pun saya jual jugak




Regards; mila

Selasa, Mac 07, 2017

Jumpsuit Refashion Ideas

Assalamualaikum...

Dah sekian lama tak share ideas kat blog ni kan...
Idea banyak, tapi nak tulis dan ambik gambar tuh yang most of the time tak sempat.
But that doesnot mean owner blog ni dah jadi kedekut :-P or mata duitan (semua kena bayor) kikikiki - tiada kaitan dengan sesapa samada yang hidup ataupun dah meninggal dunia

Alahaiiii.. projek yang dah agak lewat. Asyik tertangguh jerrr, gitu ler
Tengok tuh, dah agak ketat dengan dak Maryam sweater nih


Asal kejadian...
Ini adalah jumpsuit yang umi beli kat giant.. agak tebal kainnya, tapi kejap jer pakai, dah tak padan dengan dak Maryam, sejak tuh lah niat timbul untuk transform jadi sweater or baju panas or baju sejuk or what eva the name kan...
 
Kita potong kakinya..
 
Bahagian kaki tuh dikembangkan Nampak camni..
Lipat dua dan agak2 potong untuk hood.. jahit bahagian lekuk tuh
Now lekatkan dari tengah leher ke kiri dan ke kanan 
Bahagian bawah tuh saya letak kain warna merah, ribbed knit, nasib baik ada warna yang agak sama.. walaupun taklah betul2 sama 
 
Wokehhh.. dah siap.. Cuti sekolah March ni kita bawa balik kampong yer, pakai kat airport and dalam flight hihihi.. lepas tuh kita masuk bakul je lah.. macam dah takleh pakai dah pun

 
Itu je lah idea yang tak seberapa kikiki
Wassalam...


Regards; mila

Sabtu, Mei 21, 2016

RECYCLED PANT FOR ASFA (with simple tuto)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Moh berpantun kita arini..

kalau ada mesin yang rosak
jangan disimpan didalam peti
kalau ada jeans yang koyak
jangan disimpan didalam lemari...

Projek sempoi... go green
 
My pair of jeans yang dah koyak.. boleh jer nak baiki koyak tuh, tapi dah boring plak pakai jeans yang sama kiki
Apa kata bagi Asfa plak pakai :-P
 
Projek santai2 jerr
 
1- Buka kaki seluar (gunting or koyakkan pun bole jer hihi.. ganas mak sorang ni kan)
2- Letakkan paten seluar, terus gunting depan n belakang sekali (balik2 pun nak kena jahit gak kan)... akan ada sedikit adjustment.. tengok gambar 2 tuh, kaki seluar tuh akan jadi besar skit, but its ok..
3- Dah dapat sebelah seluar...
4- Terlangkupkan kain yg dah digunting tadi pada kaki seluar yang sebelah lagi... buat camni senang untuk pastikan kita dapat kaki kiri dan kanan, takut kang kedua2nya belah kiri/kanan jer... mak gigit jari
5-wokey.. dah boleh jait.. sesuka suki ler nak letak poket ker.. lace kerr.. butang kerr.. ribbon kerrr...
 
Jeng jeng..
Sebab apa ada reben tuh?
Sebab k.long selalu komplen tak tau mana satu depan dan mana satu belakang hahaha

Wokey.. wassalam


Regards;

Isnin, Januari 13, 2014

BOM#1 January 2014 : 12.5" Flying Geese

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Kedeboommmm...

Dah mula BOM = Block of the Month kat FB Quilt Group
Tahniah to Zura Lovemelot for organising this... meriah rasanya, semangat berkobar bila tengok block kawan2 yang cun cun belaka..

Saya plak macam biasalah.. tak boleh nak tinggal blog kesayangan nih..
Instead of showing off my block jer, ada baiknya buat nota terus kan, buat ingatan masa depan


I am making 12.5 inch block, need 8 pieces 6.5x3.5 inch flying geese block
The fabric cut:
2 pieces 7.25 inch square (7 1/4)
8 pieces 3.875 inch square (3 7/8)

Cara nak kira different block size boleh tengok kat sini 

(Refer above pic.) First - jahit 2 pieces of small square as in A
Cut in to 2 as in B

(Refer above pic.) Then take another small square, and sew it as in A
Cut into 2 as in B
Open it up and here is my "angsa" hihi

Different arrangement *****


Tadaaaa
My final block!
Angsa berterbangan di awan biruuuu

Till next block....
Adiozzz
opsss wassalam


Regards;
 

Khamis, Disember 05, 2013

DIY Alter Tudung Awning Lembut Berdagu....(tutorial ala kadar jerrr)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Alkisahnya, pagi2 ni makcik bersemangat waja nak alter tudung hijau muda tuh, dan nak pakai pergi ofis
Semalam, balik2 dari berenang lapor perut ler plak, (Izzah takde boleh marathon 20 round kolam tuh kiki). Udahnya membedal pisang sampai 2 biji, dengan secawan oat-barley. Kenyang sangat ler plak bila nak tido kui kui. Ada baiknya tetas je lah awning tudung yang memang dah plan nak alter tuh.. sementara nak tido tuh.

Kita tayang dulu hasilnya.. nanti2 makcik cerita camna nak jahit k.
Tudung hijau tua tuh makcik alter hari Isnin, yang oren tuh plak hari Selasa... Jatuh chenta ler plak dengan tudung2 spesis camni..
Sebenarnya.. kat work station ni, makcik tengah usha usha half moon, ini semua atas pengaruh anak dara ku itew ler.. sibuk bershawl. Tapi rasanya kureng seswai dengan jiwa raga mak cik. Belit sana sini terbelit udahnya nanti leher kui kui. (jiwa raga orang tua kut makcik ni kikiki)

Tetiba rasa nak share ler plak camna nak jahit tudung awning lembut & berdagu ni, kut ada yang berminat....

Ok kita guna balance2 kain je yer.. (Nasib ada lagi simpan fuh!)
Ambik 2 pieces of fabric, agak2lah lebarnya boleh dapat satu awning dan cantumkan, jahit lurus jer
Then iron, bagi licin halus mulus gitu..

Top stitch, make sure seam tuh menghala ke belah dalam... dan topstitch belah bawah awning tau, nanti tengok gambar kat bawah kalau kurang paham maksud makcik ni yerr


Lipat dan gosok.
Make sure lipatan tuh atas skit dari jahitan, kasi besar skit gambor ni


Gambar dibawah ni belah dalam. See, arah seams tuh. Arrow tuh tunjuk tempat saya lipat


Then ambik paten awning dan gunting..
Saya guna saiz awning untuk budak tapi bila gunting saya tambah seams
(Ukuran lebih kurang 12.5inch panjang & lebar 3.5 inch)

Dan jugak, jangan lupa gunting alas bawah dagu
(saiz alas dagu ni saya bedal jer.. tapi tak suka besar sgt mcm tudung berdagu yg readymade tuh, lebarnya lebih kurang 1.5++ inch jer)
Then bolehlah cantumkan- refer gambar dibawah- 
- (a) mula2 cantumkan awning kebody dari titik tengah sampai hujung awning (kiri & kanan)
- (b)Then cantumkan alas dagu dari titik tengah ke hujung awning (kiri & kanan)
Then bolehlah fitting kat muka sendiri, kalau dah ok, boleh jahit tepi dan top stitch keliling

Ok its done...
-percaya tak tudung ni di jahit sambil2 masa gosok baju pukul 6.15am tadi, siap 6.30am hihihi. kejap je kan-

Cun tak tudung2 ni?... sila abaikan muka mokcik yang tak berapa cun tuh yer, fokus pada tudung ajer kikiki.. mokcik ni tak fotogenic.. malu weh nak berselfie... Tapi dah tudung sendiri, terpaksalah jadi modelkan..


Harap bermanfaat pada kawan2...
Kalau ada pertanyaan boleh letak kat komen yerr...

Wassalam...


Regards;