Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

19 April 2010

Doa Seorang Hamba

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yg melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku utk menyintai Mu..Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid di jalan Mu..Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indanya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..Ya Allah jika aku jatuh hati apada kekasihmu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...Aminn..

02 February 2010

perempuan pakai seluar..??

Dari Ibn Abbas ra, Nabi saw bersabda,” Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” [sahih Bukhari (5804)]

Hukum ini umum, bagi perempuan dan lelaki. Tapi seluar perempuan hendaklah berlainan dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri dalam berseluar. Dalilnya:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال
Terjemahnya: Dari Ibn Abbas ra: ” Dilaknat RasuluLlah ke atas pria yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai pria.” [Bukhari, 5885]

Seluar perempuan hendaklah berlainan dari lelaki, misalnya designnya, longgar dan ada jilbab (outer garment) yang menutupi figur (bentuk badannya, terutama pinggul dan pahanya. Dalilnya:

ونساء كاسيات عاريات
Dari Abu Hurayrah ra, bahawa Nabi saw pernah melihat ahli Neraka…terdiri dari wanita yang berpakaian tapi (masih) telanjang..”
[sahih Muslim, 2128]

Ini pendapat dalam madzhab Syafi’iy melalui Imam Rafi’iy (syarh alMuhadzaab,5/92).
Tapi madzhab Hanbali, yang diamalkan di KSA mengharamkan terus pemakaian seluar panjang oleh perempuan (jika tidak mengenakan abaya (pakaian luar). Misalnya Fatawa Mar’atil Muslimah (3/851), begitu juga pendapat al-Albani ketika membuat radd (bantahan) kepada pendapat arRafi’iy dalam alJilbab (159).

Rumusan:

1. wanita boleh memakai seluar jika seluar itu berlainan dari fesyen lelaki, tidak ketat, dipakai pakaian luar menutupi pinggulnya

2. Terdapat fatwa yg keras dari KSA bahawa wanita ditegah dari memakai seluar panjang yang ketat dan menampakkan pinggulnya.

25 July 2009

mengenali peribadi seseorang tanpa kita berkenalan


assalamualaikum..kali nie kita akan berbicara bagaimana mengenali peribadi seseorang tanpa kita berkenalan dengannya...tahu bagaimana??

seseorang yang berjalan dengan tegak dan memandang terus ke hadapan..

digambarkan sebagai seorang yang berwawasan dan berpendirian teguh..

seseorang yang berjalan memandang kiri dan kanan..

digambarkan sebagai seseorang yang tiada hala tuju dan masih tercari-cari impian sebenar..

seseorang yang berjalan sekiranya dari belakang kelihatan seperti berjengket..

digambarkan sebagai seorang yang sombong dan mahu orang sekeliling mengikut perintahnya..

seseorang yang berjalan muka menunduk ke bawah..

digambarkan sebagai seorang yang pe malu dan tidak berani menyuarakan pendapat..

anda di mana???fikir-fikirkanlah...

20 April 2009

MAWAR BERDURI



Puteriku....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukan dicipta diripada kepala untuk dijunjung, bukan juga daripada kaki untuk dijadika hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum mu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah kepada sang kumbang???
Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan, harummu mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagar berduri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjagahinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.


Puteriku

akuilah hakikat kejadianmu yang menjadi pelamah keimanan lelaki. Sekiranya perasaan malu hilang dari dirimu dan perbatasan aurat kau langgar sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bungayang indah tapi sayang tidak berduri. Sesungguhnya utusan ALLAH ada mengatakan tentang bahaya dirimu. "tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain fitnah yang berpunca daripada wanita". Adakah kaumahu menjadi penyebab terhadap terhumbaannya lelaki ke neraka????


Ingatlah Wahai Puteriku Sayang

Sesuatu yang tertutup itu lebih indah daripada yang terdedah...Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang yang terpilih yang telah dijanjikan oleh ALLAH kepadamu...