Showing posts with label Search. Show all posts
Showing posts with label Search. Show all posts

Tuesday, July 28, 2009

Di Pintu Sepi , Satu memori ...

Semalam aku sempat belek2 koleksi cd yang lama dalam simpanan aku .. Bila aku
terjumpa salah satu CD kumpulan Search iaitu album Fenomena tetiba aku
teringat salah satu lagu yang banyak memberi kenangan pada aku masa aku
sedang dalam kesusahan satu ketika dahulu , lagunya Di Pintu Sepi ..

Bagi aku lagu ini adalah luahan hati seorang yang dituduh bersalah sebelum
ada keputusan muktamad , bagaimana kita menghadapi cacian dan kebencian
dari masyarakat yang terus menganggap kita ini jahat dan tak akan berubah .




Percayalah , masa itu aku layan lagu old school dari kumpulan Search ini
sepenuh hati . Dalam hati hanya tuhan yang tahu bagaimana sakit jiwa
menepis pandangan serong dari bekas rakan sepejabat , saudara mara even
orang kampung yang pesimis dengan orang yang dituduh bersalah walaupun
bagi aku hingga kini gagal dibuktikan hehehee ..

So kepada member2 aku yang turut mengalami situasi serupa , jangan putus
harapan dan carilah cd atau download lah lagu Search ini sebagai pegangan
kita di ketika susah ...

Friday, July 10, 2009

Konsert Search Di Awan Biru postponed ?


Actually benda ni lah yang buat aku ngan member2 aku fed up ... Kita dah plan baik punya nak berada di Blue Zone masa konsert nih .. Asal nya date konsert ni awal Julai tapi sekarang ditunda until further notice , mcm mana ni beb . Dah tak sabar nak layan Fantasia Bulan Madu , klasik Kejora , hard rock Fenomena ...

Anyway kita masih mencongak date dan bajet . Jadual konsert dalam website yang bertindak mengedarkan tiket still belum ada nyatakan date yang baru . Until further notice huhhhh @#$#@% ..