Showing posts with label Job. Show all posts
Showing posts with label Job. Show all posts

Tuesday, May 11, 2010

Tuesday night

Saya tak tahu nak bagi tajuk apa.

Now,
I'm enjoying myself with La Cremeria Chocolate Obsession..
Rasa nak makan something yang sejuk..
Eh betui ke org ckp makan coklat boleh tumbuh jerawat?
Tapi saya akan jawab, tak makan pun tumbuh jugak.

Malaysia sekarang sgt panaskan..
Saya tak tau sebab apa..
Adakah sebab ada kaitan dengan suntikan Lucrin yang saya ambik haritu..
Ataupun sememangnya negara kita ni dah semakin panas..
Malam-malam nak tido saya rasa mcm nak naked je..
Sungguh, saya sgt tak tahan..

Hari ini saya masuk ofis awal gila..
Pukul 7.15 dah sampai..
Tapi rupenye partner in crime saya lagi awal rupenye..
Saya tak tahu apa yang tak kena hari ini..
Semua benda yang saya buat ada je tak betul..
Bos bagi kerja, saya ambil masa yang lama utk siapkan..
Otak jadi blur.. maybe sebab masih dlm mood biru..
Lastly, lain yang disuruh lain yang saya buat..
Bos cakap, "Aku cubit kau kang"..
Cubitlah kalau berani..

Apa yang tak kena ye..mati kutu dibuatnya.

Hari jumaat lambat lagi.. hmmmm

Wednesday, February 24, 2010

13 tahun lagi

Saya rasa saya perlu mandi bunga.
Asyik terserempak dgn accident yang betul-betul terjadi depan mata.
Kesian mamat tu tercampak dari motor lalu berguling-guling depan kereta saya.
Nasib baik saya bwk slow tak mcm selalu mencanak je laju tak pandang kiri kanan.
Saya tengok baju mamat tu terkoyak-koyak dah mcm roti kirai.
Ape lagi bang, mintak lah royalti kat kereta yang langgar abg tu.

Pagi jem.
Balik petang pun jem jugak.
Saya sudah tidak tahan lagi.
Keluar lah seawal mana, sesubuh hadam sekali pun.
Kalau dah nama pun 'KL'.
Jem tu dah jadi biasa.
Kalau tak jem tu yang luar biasa.

Cepatlah pindah.
JPA beritahu giliran pertukaran saya bernombor 13.
Ye 13.
13 tahun agaknya baru dpt tukar.

Saya sudah tak tahan.
Hilang semua selera makan.