Showing posts with label meatball. Show all posts
Showing posts with label meatball. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

Meatballs ala IKEA


Assalamualaikum dan salam sejahtera... bertemu kembali dengan resepi terbaru.. kes ngidam la nih gamoknya... ngidam x berisi wokeyy.. sensitif btol perkataan ngidam ni.. kene bgtau awal2.. ha ha..  nak menapak ke ikea tuh jauh bebeno lerr.. tak terdaya amber.. bila ler ikea nak bukak cawangan kat kuantan ni yer?? tp ada baik jugak kot! klu tidak kije aku menyoping tak sudah2! ha ha ha..  ok la berbalik pada menu.. gandingan meatball dan sos yg sgt sedap ala2 ikea.. ala2 pon jadik la kannn.. jom semak resepi. Untuk resepi meatball homemade boleh refer resepi2 yang lepas. klik SINI



masih setia dgn meatballs Marina



RESEPI MEATBALLS ala IKEA

Bahan-bahan
Bahan Meatballs
  • 1 peket meatballs (hana guna jenama Marina)
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar air
  • sedikit minyak masak
 Bahan Sos
  • 1/2 biji bawang besar holland (kuning) - potong dadu
  • 1/2 batang saderi - potong dadu
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar susu segar/susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar tepung gandum - bancuh air sedikit
  • 1 setengah ketul kiub pati ayam (boleh juga cecair pati/stok ayam)
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat - bergantung kehitaman yg dikehendaki
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil sos lea perrin - optional
  • gula secukupnya
 Bahan sampingan
  •  kentang goreng,  kentang rebus butter&mayonis, brokoli rebus, carrot rebus.

Cara-cara
  • Rebus air dengan bawang dan juga batang saderi hingga mendidih. Kemudian tapis dan rebus semula air rebusan tadi. 
  • Masukkan semua bahan lain kecuali tepung gandum. Biarkan mendidih sebentar. Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau sehingga sos pekat. Perasakan dengan sedikit gula secukup rasa,(garam tak perlu sbb dah masin). Matikan api.
  • Untuk grill meatball - Panaskan dua sudu besar butter dan sedikit minyak masak (hana guna kuali non-stick). Grill meatball hingga masak. Kecilkan api, masukkan 2 sudu besar air dan tutup kuali sebentar sehingga air kering. (tips supaya meatball juicy) kemudian angkat. (lagi satu tips jangan masak terlalu lama, meatball akan keras)
  • Cara hidangan - Sediakan meatball ke dalam pinggan bersama-sama bahan sampingan. Tuangkan sos lada hitam dan sedia dihidang.

Sunday, December 23, 2012

Meatball Carbonara


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... dah lama tak wat menu western gini.... kalau buat pon kebiasaannya pepperencino atau bolognese je.... kali nih try test lain sket carbonara  menggunakan meatball... meatball nih nak kene pandai pilih juga, sbb ade yg sedap dan ader yg tak sedap.. aku suka yang nih sbb agak juicy meatballnya... jenama apa ntah tak igt la plak.. tp dlm kotak.. berbaloi la wpon harganya agak mahal dr yg biasa pack plastik tu...kalau rajen buat je sendirik kan.. kalau sebut ajer carbonara biasanya gaul2 dgn telur mentah lepas tuh ngap!.... bagi yang dah biasa, sedap ajer tp tekak melayu ni jarang2 org boleh terima..... nak mudah beli ajer sos dalam tin! haaa jadi mudah dan semua org boleh makan.. ok di sini aku buat yang agak lain sedikit.. try n error je alhamdulillah sedap pulak...... aku padankan sos sedia ada tuh dgn sos bechamel... cumanya xde buh cheese dlm sos tuh... klu bakar pulak tabur cheese jd ala2 gratin gtu... xtra sedap sbb ada mushroom.. selamat mencuba! :)
*ini adalah n3 berjadual

RESEPI MEATBALL CARBONARA
oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 300g spaghetti - celur dan toskan
  • 1/2 biji bawang holand (kuning) - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 tangkai kecil cili kering - potong serong
  • 2 sudu besar butter 
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu segar 
  • 10 biji meatball
  • serbuk lada sulah @ blackpepper
  • 1 tin sos carbonara mushroom - seperti gambar
  • 1 sudu perahan jus lemon - utk kurangkan muak
  • garam dan air sedikit 
  • Keju parut parmesan dan daun parsley - optional

 Cara-cara
  • Goreng meatball sebentar, angkat dan toskan. (boleh juga bakar atau rebus agar lebih healthy)
  • Panaskan butter. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kering. Goreng hingga naik bau.
  • Masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan pula susu segar. Gaul.
  • Kemudian masukkan sos carbonara mushroom (tambahkan sedikit air jika terlalu pekat). Kacau mesra. 
  • Masukkan sedikit serbuk lada sulah @ blackpepper, lemon jus dan perasakan dgn garam jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan meatball dan biarkan mendidih dan kuah agak pekat. Matikan api. 
  • Gaul spaghetti dengan sos dan taburkan dgn keju parutan parmesan.
  • Hidangkan segera.
jika x suka meatball, boleh hidangkan dgn telur separuh masak ataupon sosej
 

Monday, February 14, 2011

Meatballs Spagetthi

Salam di pagi Isnin yang ceria..... arini ader orang puasa, jadiknyer masak simple2 jerk lah utk rakyat2 yg tak puasa.... akceli dah lama nak masukkan resepi nih.... arini baru berkesempatan... meatball tuh cam biasa ar mana nak dapat kalau tak buat sendrik.... lama dah buat tapi frozenkan... bila2 masa senang tinggal masak jerk... lelebih lagi dengan kuah spaghetti begini bertambah la sedap! akceli my style suker buh daging cincang skali dalam kuah/sos... so lagi extra sedap `kedagingan` nya itu.... mai la jemputt....

RESEPI MEATBALLS SPAGHETTI
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Homemade Meatball

  • 200g daging cincang
  • 1 sudu makan tepung ubi - bleh gune tpg katakuriko@potato starch@tpg jagung
  • 1/2 biji putih telur
  • sedikit serbuk lada sulah
  • sedikit serbuk bwg putih@halia - jika tiada parut seulas bwg putih dan halia - optional
  • sedikit garam dan secubit gula/perasa
Bahan Sos/Kuah
  • spagetthi - rebus mengikut arahan peket dgn sedikit myk dan toskan
  • 100g daging cincang
  • 250g sos pasta@spaghetti - campuran carrot+cendawan
  • 3-4 ulas bawang putih - cincang
  • 1/4 bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • 1/4 cawan tomato puree
  • 2 sudu besar sos chili - optional
  • garam dan sedikit air
  • minyak zaitun
  • daun parsley dan parmesan cheese - optional
Cara-cara
  • Untuk membuat meatballs - Satukan bahan meatball. Gaul sebati kemudian bulat2kan kecil. Didihkan air dalam periuk. Masukkan meatball. Bila terapung tandanya dah masak. Angkat dan toskan. Meatballs boleh juga di bakar suhu 180 atau di goreng dengan minyak yang sedikit sehingga masak.
  • Panaskan minyak zaitun,tumiskan bwg putih dan bwg besar hingga layu. Masukkan daging cincang dan biarkan sebentar sehingga daging berubah warna.
  • Masukkan tomato yg dipotong dadu dan tomato puree.masak hingga tomato hancur.
  • Masukkan pula sos tomato,cili dan juga sos pasta@spagetthi.
  • Masukkan air sedikit dan perasakan dengan sedikit garam. Masukkan meatballs dan didihkan.
  • Hidangkan sos bersama spagetthi dan taburkan dengan daun parsley dan parutan keju parmesan jika suka.

Friday, January 7, 2011

Sup Bebola Daging & Asam Pedas Kepala Ikan


wat menu sup untuk anak2.... akceli arini jepong da stat skola.... abih cenggitu jerk tak g mana2 pong.. lagipong cuaca pong sejuk gegege.... takat tempat yg wajib keliling jepong nih cukop la kot.. blah2 bawah sana hmmmm tak gi lah lebih2 lg okinawa yang macam balik mesia.. hihihi... tp mana tau la kan rezeki lain2 taun... wallahua`lam.... jom layan menu sup nih... wat sempoi2 jerk... untuk my laling aku watkan asam pedas campur tulang, pipi and kepala ikan (kat sini byk jual, klu buat sup pong sodappp)... masak asam pedas tuh ikot stail my MIL..

RESEPI SUP BEBOLA DAGING
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Homemade Meatball

  • 200g daging lembu hancur
  • 1 sudu makan tepung ubi - bleh gune tpg katakuriko@potato starch@tpg jagung
  • 1/2 biji putih telur
  • sedikit serbuk lada sulah
  • sedikit garam dan secubit gula/perasa
Bahan Sup
  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 kiub daging/ayam/ikan bilis
  • 1 batang saleri - potong serong
  • sayuran pilihan - hana buh kubis
  • fishcake - optional
  • carrot
  • daun bawang/sup
  • garam
Cara-cara
  • Satukan bahan meatball. Gaul sebati kemudian bulat2kan kecil. Didihkan air dalam periuk. Masukkan meatball. Bila terapung tandanya dah masak. Angkat dan toskan. Air rebusan daging simpan.
  • Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan air rebusan daging dan kiub. Masukkan carrot. Biarkan hingga carrot empuk.
  • Masukkan sayur2an lain, batang saleri, dan juga meatball. Didihkan. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Matikan api.
  • Hidangkan dengan taburan daun sup.
RESEPI ASAM PEDAS IKAN
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • Ikan/kepala ikan
  • *8-10 tangkai cili kering - rebus/celur, basuh dan toskan
  • *4 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci kunyit hidup
  • *1 inci belacan
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sk lada hitam - tumbuk kasar
  • Air asam jawa
  • garam dan perasa/gula
  • daun kesum
  • bendi/terung - hana buh nenas
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda *. Panaskan minyak. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan lada hitam dan juga halia.
  • Masukkan air asam jawa dan sedikit air lagi untuk kuah (kepekatan bergantung).
  • Masukkan ikan, bendi/terung/nenas dan juga daun kesum untuk menambahkan aroma masakan.
  • Perasakan dengan garam dan gula sedikit. Kacau perlahan. Didihkan. Tutup api. Sedia dihidang.

Tuesday, November 23, 2010

Sambal Bebola Daging

buntu nak masak apa... akceli meatball nih lebihan semalam wat bakso... godeh2 jadi ler sambal. makan ngan nasi putih sajer sudah cukop bg aku sorang.. lebur la skali sayur mayur tomato n kentang. da mls nk godeh2 sayur lain.. belasah ajer! agi idop agi ngelaban.... haha.... tp meatball wat sendrik la.. coz tadak jual di pasaran gelap.. kaka...

*wat adindaku Nurfarhana yang da stat pekse SPM arini, moga tenang dan dipermudahkan menjawab soklan.. kami doakan dari jauh... mudah2an cemerlang dik! aminnnn...

RESEPI SAMBAL BEBOLA DAGING
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Meatball Homemade
  • 200g daging lembu hancur
  • 1/2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung ubi - bleh gune tpg katakuriko@potato starch
  • 1/2 biji putih telur
  • sedikit serbuk lada sulah
  • sedikit garam
Sambal Meatball
  • 4-5 sudu makan cili kisar ( campur skali bwg merah,putih)- lebihkan jika ingin sambal lebih
  • bawang besar - hiris
  • 1/2 inci belacan
  • sedikit air asam
  • garam dan gula
  • kentang goreng@tomato - potong baji (optional)
Cara-cara
  • Untuk membuat meatball, satukan semua bahan sebati kemudian bulat2kan kecil. Didihkan air dalam periuk. Rebus hingga terapung, angkat dan toskan.
  • Panaskan minyak, tumis cili kisar dan juga belacan hingga cili masak. Masukkan air asam jawa sedikit, masukkan juga bwg besar hiris.
  • Perasakan dengan gula dan garam. Masukkn bebola daging dan juga kentang@tomato. Gaul mesra. Tambahkan air sedikit jika sambal terlalu kering. Didihkan.
  • Angkat dan hidangkan. Hiaskan dengan daun ketumbar@daun sup.

Tuesday, February 9, 2010

Meatballs in Tomato Sauce

sesekali malas jugak nak makan nasik! layan tekak ke ala westernan pulak.. ader ker istilah westernan?? apa2 jerk lah! hehe... resepi dari dapur ijan@mama mikael yg super duper gamba2 masakannya! mummyseri pong dah ade buat gak sblm neh tp tuko ngan ayam! kan seri kan kan? meh ar jemput makan... amik sorang seketui meatball tuh yer! sori tk cukup! wat pong kicik2 sbb mulut org yg nak makan pong kicik2! hihihihi...... mintak cnp yer jan resepinyer! tima kasih byk! resepi asal dr pokcik Jamie Oliver yg suka jilat2 jari tuh! hahahaha

Bahan-bahan
  • Untuk meatballs
  • 500 gm daging lembu kisar
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
  • 1/2 teaspoon serbuk cili
  • 2 genggam breadcrumbs - hana ltk dua sudu besar je
  • 1 telur - ltk 1/4 biji telur je
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh - hana tk ltk
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang – pong tk ltk
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper
  • Untuk tomato sos
  • 1 tin tomato cincang
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering
  • garam
  • Untuk dibakar
  • mozarella cheese
  • grated parmesan
Cara-cara
  1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola sepak tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides. - hana tk goreng, tp bakar suhu 180 lam 15min.
  2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
  3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap