Text Widget

Perhatian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Semua paparan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pengguna shaklee.
Showing posts with label SLE. Show all posts
Showing posts with label SLE. Show all posts

22 Dec 2014

SLE bukan Penghalang


Assalamualaikum,

Lama sungguh tak update blog. rasa bersawang dah. Hana terpaksa off segala aktiviti kerana fokus nak siapkan assignment dan kena submit last week. Alhamdulillah dah selesai tinggal lagi  3 tugasan kena hantar tahun hadapan. 

So berjimba sekejap.. Nanti kalut balik nak siapkan bila dah dekat due date.
Anyway Hana nak berkongsi pengalaman  dan testimoni sendiri.

Bagi yang tidak mengetahui, Hana disahkan SLE semenjak 2008 lagi. Since 2010 baru keadaan reda dan doktor baru bagi keizinan untuk ambil supplement. Tu pun doktor tak bagi ambil herba ataupun jamu.

So sejak 2012 bulan September, Hana consume shaklee dengan ambil b kompleks dan omega (minyak ikan). 2013 sehingga sekarang Hana mula ambil vivix, collagen, vitamin c dan omega secara konsisten.

Alhamdulillah kesihatan semakin baik. Dan dah lama SLE tidak menjengah. harap ianya kekal begitu sehingga akhir hayat.

Prednosolone (steroid) antara ubat wajib yang pesakit SLE kena ambil. Kesannya sangat banyak. Antaranya muka jadi bulat, berat bertambah, tulang reput dll. Itu muka Hana jadi bulat semacam. Kalau kwan-kawan jumpa memang tak kenal la.

Boleh baca kisah SLE Hana disini.

Kiri Julai 2010 kanan Sept 2009

Dulu memang Hana tak sanggup nak ambil gambar. Ini pun gambar di ambil oleh kawan masa majlis persaraan bos. Itu antara kesan ketara steroid. Hana on sehingg 60mg sehari bersamaan 12 biji.



Sebelum 2012 Selepas gambar terkini 2014
Alhamdulillah syukur sangat SLE dah tak aktif tapi Hana masih continue checkup setiap 6 bulan sekali.



Sah sehingga 31.12.2014

Sebab Hana detect SLE sebab Sendi, maka memang Hana ambil collagen untuk cover sendi dan skin rashes juga.

Kalau ada yang nak cuba boleh roger Hana macam biasa.


Hana Syed
Independent Shaklee Distributor
Shaklee ID: 852746
Contact: 012 649 3489

8 Jul 2014

Vivix dan SLE

Assalamualaikum,



Hari ini Hana nak buat perkongsian mengenai vivix. Pengalaman sendiri mengamalkan vivix. Harap ianya boleh dijadikan panduan bersama.

Memang tidak dinafikan harga vivix agak mahal. Dalam banyak-banyak produk shaklee memang vivix la harga paling tinggi iaitu RM425 harga runcit kalau harga ahli murah sikit. sebab tu terjebak jadi ahli Shaklee.hihi. Dia mahal kerana isi kandungannya menggunakan anggur muscadine. Ok tak nak cerita pasal ingredient yang tu anda boleh semak di entry vivix.

Hana disahkan menghidapi SLE pada February 2008. Dikesan ketika sedang melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di UTHM. Simptom awal masa tu sakit-sakit sendi sampai tahap semua sendi tak boleh bengkok. Pergi Pusat Kesihatan Universiti, UTHM doktor ketika itu Dr. Saidatun mencadangkan untuk buat ujian darah bagi sakit Gout, Arthritis dan SLE atas permintaan Hana. Ini kerana kakak Hana sendiri SLE/Nephiritis IV dan dikesan sejak 1997 lagi. So SLE sangat familiar dalam keluarga kami walaupun org lain tak tahu. So pendek cerita memang conform SLE. So immediately admitted to Hospital Batu Pahat. Lepas tu Hana continue regular checkup di klinik hematology  HUKM. Lepas kahwin duduk kat JB so continue check up di Hospital Sultanah Aminah (HSA). HSA masa tu SLE tak ramai yang tau. Jumpa doc kat emergency pun dia takkan faham. HSA menjadi rumah kedua asyik admit memanjang. Setiap bulan mesti masuk wad.

Antara punca menyebabkan kerap masuk wad adalah stress dengan kerja. Masa tu 2009 kerja dekat City Square sebagai Editorial Designer. Kerjanya buat buku manual hifi Panasonic. Kerja ni ada date line. Kena kejar date line dan mesti perfect. Hana kerja dengan company Jepun. So keje dengan mamat-mamat Jepun sangat strict. Strict tu tak kisah sangat sebab ia membabitkan disiplin. Stress muncul bila kena kejar date line, kemudian kalau silap mcm manual book tu salah spelling ke, salah page ke gambar ke maka kena fine potong gaji (ada istilah dia tapi dah lupa). Dan time tu company macam kritikal job dah kurang so keje dia nak buang orang je. Silap sikit je tanpa notis "you're fired". Tu yang menambah tekanan. Sebab hari2 duk fikir bila la giliran aku pulak nak kena berhenti. Masa tu memang asyik kuar masuk wad, then decide anta tender sebab malu asyik MC je.

Nak jadi rezeki bulan Mac 2010 dapat offer jadi pensyarah di Politeknik Johor Bahru. So kerja kat sini kurang tekanan. Bukan tak banyak keje tapi tidak seteruk Hana kerja swasta. Sejak masuk gomen jarang dah masuk wad. Semua pun under control. SLE pun dah kurang aktif cuma masalah platelet. So kiranya jadi SLE/ITP. Masa ni makan prednosolone dan beberapa ubat lain untuk naikkan platlet. Tapi berbulan tak jadi juga. Doc bagi ambil supplement tapi tak boleh herba. Cari punya cari buat kajian sendiri jumpa la Shaklee. Sebab produk shaklee je ada mention Alfafa cannot be taken by SLE patient. Time tu hati berbunga2 sebab ada jugak supplement yang tau apa yang orang SLE x boleh ambil. Masa tu Hana start ambil bcomplex dan vitamin C sahaja. Doc bagi kebenaran ambil minyak ikan. Maka Hana cuba omega shaklee juga. Alhamdulillah serasi dengan Hana. Platlet dari 30++ naik jadi 50++ . Sebenarnya doc bagi juga bcomplex hospital tapi setelah 4 bulan selera je makin bertambah tetapi platlet tak naik tu yang Hana cuba bcomplex shaklee.

Masa mula-mula berjinak dengan shaklee Hana ambil
>> GLA  - untuk regularkan period. Hormon terganggu pasal mkn ubat banyak sangat
>> Bcomplex - ni ambil sebab doktor memang bagi
>> Vitamin C - doktor yang prescript juga atasi gusi  berdarah
>> Omega - doktor cadang juga tapi suruh beli sendiri. Bagus untuk imune dan mengawal radang

Macam Hana bagitahu tadi Bcomplex dan vitamin C memang hospital ada bagi tapi Hana ganti dengan shaklee punya. Bezanya shaklee punya natural bukan sintetik. Dan kita boleh rasa sendiri keberkesanannya juga.

Bila income dah stabil baru cuba vivix. Hana konsisten ambil vivix. Alhamdulillah tak de healing crisis pun. Bila orang tanya ok tak makan vivix ada perubahan tak.. Hana kata ok je. Tapi Hana tak pasti perubahan ketara kat mana. Sebab sblum ni dah ambil vitamin-vitamin yang lain. Hana just makan je vivix sebab khasiatnya. Bagi Hana cegah lebih baik daripada mengubati. SLE ni tak boleh dijangka bila-bila masa je boleh aktif. Alhamdulillah sehingga tarikh hari ini Tahun kedua mengamalkan vivix, result darah sangat cantik platlet dah 110 dan tahun ke4 tidak menjejakkan kaki ke wad lagi. Harap2 ianya kekal begitu. InshaAllah.

Tapi kakak Hana SLE yang kronik tu amalkan vivix, memang ada perubahan yang ketara. Pesan Hana pesakit SLE yang kronik Hana tak saran makan vitamin banyak2. Ckupla ubat yang doktor bagi pun dah banyak. So better ambil vivix. Ini tidak bermakna dah ambil vivix kena tinggalkan ubat doktor. Tidak sama sekali. Walaupun ambil vivix ubat doktor perlu makan seperti biasa. Vivix ni supplement sahaja tak sama dengan ubat. Macam kakak Hana tadi ubat doktor semakin berkurang secara tidak langsung.



Perlu ingat juga setiap pesakit SLE ini berbeza-beza tidak sama. Hana tak kata makan vivix SLE sembuh. Vivix ni ikhtiar kita asbab untuk menjadi sembuh. Yang memberi kesembuhan itu hanya dari Allah s.w.t.
Hana dan kakak Hana ni pun macam korang juga dah banyak try and error macam2 produk. Sampai masuk wad bila tak serasi. Tapi kami tak pernah give up dan mungkin juga Allah nak tengok sejauh mana kesungguhan kita mencari penawar. 

Vivix ini memang harga tinggi. Bila ada orang pm tanya harga vivix terus cakap tak mampu. Hana hanya mampu berdoa semoga yang berhajat nak cuba vivix diberi kelapangan rezeki. Macam kakak Hana ni pun dia kata tak mampu. Hana yakinkan dia, tekad dalam hati kalu yakin nak, mohon pada Allah dipermudahkan. Alhamdulillah sehingga hari ini dia konsisten dan maintain dgn vivix sahaja. Supplement kita kena maintain tak boleh on off. Tak sama macam ubat bila dah sihat boleh berhenti.

Sempena bulan ramadhan ini Hana buka untuk rakan-rakan seperjuangan SLE, ada SUBSIDI VIVIX untuk rakan-rakan SLE sahaja. Kalau serius nak cuba vivix boleh pm Hana. Rakan-rakan SLE boleh juga cari Hana dan kakak Hana ni di facebook Persatuan SLE dengan FB: Hana Syed dan Aida Al-Jamalullail.


Hana Syed
Independent Shaklee Distributor
Shaklee ID: 852746
Contact: 012 649 3489

25 Oct 2013

Lagi Perihal SLE



BARAH payu dara, dan pangkal rahim adalah penyakit yang cukup sinonim menyerang kaum wanita.
Bagaimanapun, pengetahuan para wanita mengenai bahaya penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE), atau lupus di negara ini pula masih terhad.

Dianggarkan 90 peratus pesakit yang menghidap SLE adalah terdiri daripada golongan wanita berusia lingkungan 15 hingga 44 tahun.

Kajian juga mendapati hanya 10 peratus sahaja pesakit SLE terdiri daripada kaum lelaki.
Presiden Persatuan SLE Malaysia, Dr. Cheah Tien Eang berkata, penyakit SLE boleh dikategorikan sebagai salah satu penyakit kronik yang berlaku apabila antibodi tubuh bertindakbalas dengan tisu badan seseorang.
Menurutnya, tindakbalas tersebut mengakibatkan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru dan sistem saraf lain terjejas.

"Penyakit ini boleh mengancam nyawa dan jika ia tidak segera di rawat ia boleh menyebabkan kematian kepada penghidapnya.

"Di Malaysia sendiri, dianggarkan lebih daripada 10,000 rakyat di negara ini telah didiagnosis dengan SLE dalam tempoh 30 tahun lalu.

"Namun, kita percaya masih ramai penghidap SLE yang belum didiagnosis," katanya pada majlis pelancaran Benlysta (belimumab) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya lagi, pada masa kini masih tiada penawar yang berkesan untuk merawat penyakit tersebut.
Bagaimanapun, masih terdapat pelbagai ubat-ubatan termasuk ubat anti radang, ubat anti malaria, kortikosteroid dan ubat penahan imun digunakan untuk melegakan penyakit dan mengawal SLE.

"Lazimnya, gejala SLE ialah seperti sendi bengkak, artritis, demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan.

"Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung," ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Besar GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn. Bhd, Erum Shakir Rahim berkata, pihaknya berbangga kerana dapat menawarkan Benlysta (belimumab) kepada penghidap SLE di Malaysia.

"Kita memahami pesakit SLE mengalami perubahan fizikal dan emosi setelah menghidap penyakit tersebut.
"Ia adalah antibodi monoklonal pertama menghalang perangsang limfosit B larut (soluble B-lymphocyte stimulator, BLys), yang memainkan peranan penting dalam penghasilan antibodi seseorang.

"Dengan adanya belimumab di pasaran Malaysia menandakan kemajuan kepada cara rawatan SLE setelah hampir sedekad tiada penemuan kaedah rawatan berkesan untuk penyakit ini," ujarnya.

Kini ia boleh didapati di dalam dos 120mg satu vial iaitu untuk satu penggunaan yang diberikan pada hari ke-0, ke-14, dan ke-28 kepada pesakit SLE.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131024/ke_03/Lupus-ancam-nyawa#ixzz2ii11YszG
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Kalau macam gini Pesakit SLE boleh la amik Nutriferon!! sebelum ni takut juga nak ambil nutriferon sebab SLE ni auto immune. Nutriferon ni menghasilkan antibodi semula jadi takut la depa ni ada conflict kalau kita makan. Daripada amik Benlysta bagus amik Nutriferon..

Allahuaklam

9 Oct 2013

Anda mungkin SLE???

RAMAI GADIS DISERANG SLE TANPA DISEDARI

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. 

Ini akan merosakkan beberapa organ tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.

Ciri-ciri penyakit ialah:
• Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
• Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
• Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
• Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
• Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
• Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
• Sawan, strok dan gangguan mental
• Risiko untuk mendapat darah beku
• Kerap keguguran bayi
• Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
• Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
SLE boleh menyerang mana-mana individu terutama wanita muda, tanpa menunjukkan tanda-tanda yang spesifik.

Jika tidak sihat, periksalah dan dapatkan segera rawatan sebelum ia menjadi lebih tidak terkawal.
oleh:Dr Zubaidi Hj Ahmad

Mengikut pengalaman Hana sendiri, pada awalnya Hana mengalami kesakitan sendi di mana sukar untuk membongkokkan badan, pergerakan solat semua terbatas. Tidak boleh rukuk dan sujud. Solat pun duduk. Lebih menyukarkan nak pakai bra sendiri pun tak boleh begitu juga dengan seluar dalam. Masa tu baru sedar besarnya nikmat sihat yang Allah beri selama ini. Nampak simple je kan setakat nak pakai bra ngan panties waktu sihat bukan lah perkara besar pun..

Masa ni sedang belajar di UTHM, maka pergi PKU UTHM dan Dr. Saidatun (masa tula tahun 2007) cadang buat ujian darah bagi arthritis dan gout. Namun sebab kakak Hana juga SLE minta adakan ujian SLE jg. Dan selepas keputusan ujian keluar memang SLE positif. Dari situlah bermulanya episod SLE.

Namun Alhamdulillah dapat kesan awal jadi Hana taklah kritikal sangat..
Jika ada yang ingin berkongsi pengalaman mengenai SLE boleh hubungi Hana. In sha Allah Hana akan berkongsi lagi di entry lain.

24 Sept 2013

26 Manfaat Omega 3 Dalam OmegaGuard™ Shaklee

Kebaikan Omega 

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol

19 Jul 2013

Apakah SLE?

SLE adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh dan kadangkala penyakit ini boleh membawa maut. 

Kebiasaannya, sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma tersebut. 

© Copyright 2014 Reserved to Supplement For Better Life l Design by DayangDeno