Showing posts with label programming. Show all posts
Showing posts with label programming. Show all posts

13 March 2009

masa itu terlalu pantas utk kita kejar

Leave a Comment
assalamualaikum...

Mungkin ramai tertanya2...kenapa blog ini tidak dikemaskinikan...Maafkan saya kawan2...saya terlalu sibuk sehinggakan saya melupakan tanggungjawab hakiki saya sebagai seorang hambaNya. Saya terlupa pada Nya ketika saya lapang...benarlah kata2 yang diucapkan oleh junjungan mulia Muhammad SAW berkenaan dengan Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Salah satu daripadanya ialah berkenaan dengan MASA.

Maafkan saya kawan2 saya sekarang ni berkerja di Puncak Alam sebagai full time prgorammer... di sebuah syarikat IT bumiputera 100%. Alhamdulillah ..syukur...kampeni boleh dikatakan berjaya kerana mendapat projek2 kebanyakan dari Kerajaan Selangor..{ Pakatan Rakyat }. Ada sahabat2 saya menyatakan kampeni saya merupakan kroni kepada YB2 @ exco2 selangor tapi sangkaan tu meleset sama sekali kerana bos saya merupaka seorang yang rajin dan sering berulang alik dari Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor { known as Bangunan SUK Selangor}. tak kurang gak..kekadang saya sering ke sana utk mengemaskini masalah sistem yang sedia ada..

Tula sebahagian coretan saya sebagai prgrammer. Akan tetapi saya telah gagal..gagal untuk membahagi2 kan masa saya utk Allah Taala. Untuk keluarga saya... untuk diri saya juga? Ya Allah apa da jadi pada diri aku ni...??? Sekarang ni saya akui la...mmg sukar mendapat ilmu2 agama tidak seperti saya semasa di Kampung Kerinchi dimana Masjid Ar Rahman sentiasa penuh dengan kuliah ilmu agamanya setiap malam. Alhamdulillah di sana sedikit sebanyak saya dapat mendekati ustaz2 yang mantap dari pelbagai bidang seperti Tasauf...Ilmu kekeluargaan,,,, tauhid dan sebagainya...

setakat ni sahaja saya menaip...sekiranya tuan2/puan2/adik2 .kawan2 ada maklumat yang elok utk dikongsikan ley bagitau saya k

adios..wassalam
Read More...

24 December 2008

Pening layan org...sabar je la ya Allah

Leave a Comment
Assalamualaikum...selamat malam ...dan salam sejahtera to kawan2

Lama gak tak posting ....sibuk tu la definisi yang saya dapat simpulkan bila mana nak tidak menaip ke atas ruangan blog ni..nikmat kelapangan masa tu Allah dah tarik balik so...antara suka dan tidak suka kena membahagikan masa yang dalam keadaan 'sengkek' tu sebaik2nya..

Alhamdulillah... dapat jugak menukilkan ttg kehidupan pada masa kini. Dari isu2 semasa kepada isu tak semasa. sekarang ni nak isikan ngan isu semasa berkenaan budaya malas membaca... tapi rajin 'amik tahu' benda2 yang tak patut baca. Keliru? Jangan keliru ...budaya orang sekarang mmg suka membaca menda2 yg tak penting...cam isu terhangat ialah Mawi & Ekin nye kawin... { apa nak bangga sangat ngan mawi tu.. junior mawi satu bilik ngan saya pun ... saya tak bangga }. Isu artis cerai la..macam2 lagi da...  tapi kalo berkenaan dengan kesihatan , teknologi , IT dan sebagainya ..memang saya jangka..ley dikatakan hanya 20% peratus yang peduli tentang hal2 ini.

Dengan sebab permasalah tersebutla maka... saya dijadikan referal untuk tempat bertanya seolah-olah mereka tidak membaca. Antaranya ialah berkenaan dengan antivirus...programming dan sebagainya. Saya akui saya mmg agak mahir dalam hal2 yang berkenaan dengan IT but saya agak terkilan bahawa bila saya tanya " dah penah try cari kat Google untuk jenis antivirus yang terbaik bg install kat komputer/laptop awak?" Jawapannya biasala..." Cam mana nak cari? Taktau la? " . So nampak kan? Jelas lagi bersuluh ... ada saluran internet tapi di mana kegunaan internet itu dioptimakan... taip " www.google.com" pastu ade ruangan mencari.. taip perkataan yang sebaiknya.. so anda akan dapat la jawapannya..




Begitu gak dengan masalah programming... kes student2 University yang makin malas menjadi satu isu. Penah hal ini disembangkan oleh Bro Andi sewaktu saya menghadiri Barcamp di JB. Antara isu2 yang dikupas ialah berkenaan hala tuju ICT dikalangan rakyat Malaysia. Mmg sedey...sangat sedih bila mana di Malaysia terlalu banyak IPT2 yang menawarkan kursus berkenaan ICT tetapi kenapa tidak menjadi seperti India yang mampu menghasilkan pakar IT . Malah semasa saya menjalani pratikal di TM Berhad. ... Gergasi telekomunikasi negara mengupah programmer yang membuat simple sistem utk TM... saya terpikir gak.. dimana staf2 TM yang dikatakan hebat setelah menjalani kursus2 profesional seperti CisCo..Oracle dan lain2... takkan wat simple system da pakai programmer India ..ish2...membazir..


Oleh itu bagi pelajar2 yang bejinak dalam programming saya syorkan belaja la dari susah kerana kami programmer pun terus pandai dalam programming. Jangan katakan " pensyarah tak penah ajar subjek PHP dalam kelas" jawapan saya akan menyusul " tu pemalas namanya...tak cuba lagi da kata tak boleh" . Bila mana anda bertanya begitu diruangan programmer seperti PHP Malaysia... jawapan n balasan yang anda terima dari otai2 kat situ mmg cukup pedas...

Kesimpulannya ..banyakkan la membaca benda2 faedah utnk diri anda sebelum anda bertanya kepada yang pakar. Sessungguhnya Allah takkan sia2kan orang yg berusaha ke arah yang lebih baik...

Adios wassalam

Read More...

11 November 2008

Ya Allah penatnya... permudahkan segala urusan2 ku

Leave a Comment
assalamualaikum... 

Apa dah jadi...waduh2...sibuk benar semalam hari ini dan hari2 mendatang, Semalam aku terpaksa jumpa kak intan (sahabat PHP + Joomla Malaysia) kat KLIUC . Aku pergi kesana tak len melainkan utk copy and paste CD Pirate utk ArcGIS 9.3 .

Memang KLIUC campus amat mudah dilihat dari Highway Utara Selatan , tapi tah cam mana...tidak semudah di sangka .Wahhh Aku dari Kuala Lumpur tersesat kerana mengambil keluar yang salah. Sepatutnya kena amik jalan ke Putrajaya. Tapi aku amik jalan ke Kajang...aku tersesat hingga terpakse bertanya org2 kat situ



Alhamdulillah...sesat punya sesat.akhirnya sampai gak ke sana,.

Catatan kelmarin : FOSS Malaysia 2008

Salah satu event yang aku hadiri utk hari sabtu je. hari ahad ada hal , Sebenarnya aku agak kecewa kerana apa.. 1st: penyampai software or system Open Source kurang menarik minat aku, diorang banyak membincangkan tentang Drupal Open Source . 2nd ..parking area yg sukar... Terpaksa  menyelit di sebelah palang besi utk masuk ke parking moto =(

Tapi disebalik yang tak best tu... ada yang best gak.. 1st layanan oleh crew2 FOSS My'08. lagi apa yerk...Internet wireless connection yang sangat laju. 3rd.. mekasih kepada swee ming dan bro fenris. Korang mmg best sebab mengajar aku modify Ubuntu Linux Intrepid Ibex 8.10 aku jadi cam Mac Apple nye computer.



Ok tu je catatan harian aku

Adios Wassalam 

# sambung balik wat PHP MySQL utk Radius GSA

Read More...

01 November 2008

Kerja..kerja..dan Kerja...

Leave a Comment
assalamualaikum...

Bismillahirahmannirahim,,,,
Sepanjang mingggu di akhir tahun ini , banyak perkara yang perlu saya selesai. Yang pertama berkaitan ngan research saya iatu "Intelligent Mapping Management Using GIS Method" . Konsep inilah yg saya gunakan untuk membuat perisian iatu Uni Malaya Info atau singkatannya UM Info.

Penat sungguh nak wat slicing already data mapping. Alhamdulillah dengan bantuan manual software serta kak seri azrina (senior FSKTM) keja2 dapat dipermudahkan kerana ia melibatkan perubahan pada bahagian table . Dalam MapInfo Pro ... sume data2 dalam pemetaan di simpan dalam bentuk jadual @ table .

Tak cukup tu lagi...saya kena siapkan EEA System (projek freelance ) untuk Center of Product , Design and Manufacturing, jabatan kejuruteraan CAD CAM. Projek ini sebenarnya mudah je..tapi disebabkan saya menggunakan programming language C# tu yang menjadikan saya lebih berjiwa kacau kerana saya mendapati bahawa bahasa pengaturcaraan ini lebih kepada OOP . semacam java lak saya tgkkan kerana ia melibatkan class tertentu. Oleh itu , bagi sesiapa yang ingin menguasai C# saya sarankan , ia menguasai bahasa pengaturcaraan java not bahasa JAWA.




Insyallah minta dipermudahkan segala urusan ku dunia dan akhirat...amin. Thanks buat parent saya yg berada di Batu Pahat. Saya amat merindukan kalian semua,tpi pengorbanan perlu dilakukan utk mncari rezeki. Thanks gak buat kawan2 yang membantu serta mendoakan saya,

Adios , wassalamwarahmatullah.
Read More...

23 October 2008

Kursus ArcGIS

Leave a Comment
assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bismillahirrahmanirahimm... syukran jazillan, jaza'kumullah khairan jaza. kesempatan ini saya ingin memohon kemaafan kerana sudah lama tidak menukilkan isi / idea di blog saya ini. Insyallah jika tiada halangan saya akan berkongsikan kepada pembaca2 m
engenai hal yang berkaitan dengan ArcGIS.


ArcGIS merupakan salah satu perisian yang digunakan bagi mengaplikasikan sistem maklumat geografi (Geography Information System) sesuatu kawasan atau jajahan dalam hal2 yang berkaitan. sering kali kita beranggapan bahawa GIS hanya digunakan pada gadjet2 terkini seperti Nokia N series (eg.navigator), Apple iTouch , Samsung Omnia  dan lain2 lagi bagi tujuan penunjuk arah. Akan tetapi ia banyak digunakan secara meluas di serata dunia bagi pembangunan kawasan, kawal cegah bagi suatu wabak , populasi haiwan yang pupus dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.esri.com
Read More...

20 April 2008

cakephp dari Kerinchi ke KUIS Bangi

Leave a Comment

Assalamualaikum perjalanan utk belaja cakePHP...

8.30 AM --> Stesen Komuter Mid Valley
9.30 AM --> Sampai ke stesen Komuter Bangi Lama..huhu..mencari teksi..tak jumpa tp syukur ade bro yang baik hati tp membuatkan aku cuak sebab naik skuter dia x pakai helmet nak hanta gi KUIS...Syukran ...mekasih Bro skuter Moskito Kuning..
9.45 AM --> tanya pak guard ..cari Makmal 2...sesat...Cikgu Zam pun sesat gak da...Tp bro khairul (staf KUIS muncul)...
10.00 AM --> Borak2..kenal2 ...Set Up Cake PHP 1.2 Beta kat XAMPP.. EasyPHP..macam2 da..client side nye editor..ubah mode rewrite kat apache/config/conf(file configuration).
11.00 AM- 12.45 PM--> Bro Zam menunjukkan keskillan beliau dalam MVC (Model , View , Controller)..
1.00PM -2.00 PM --> sesi makan tgh hari.Thanks again to Bro Khairul..mnyediakan lunch free utk kita orang sume..smoga murah rezeki.
2.15 PM- 4.15 PM --> sambung kelas, delay sat utk solat zohor...belaja n pratikal cakePHP (apply n codding sendiri)
5.00 PM...kelas abis..sesi gambar2...
5.45 PM ..Bro Zam sent to Serdang Komuter Station...thanks again to him
6.30 PM.. Sampai Mid Valley...amik Bas balik Flat PKNS

Pertunjukkan CakePHP 1.2 Beta..power by PHP ..Linux Platform.












Dah kul 4pm...mata bro Khairul dah ngantuk seh..












"Aku sebenarnya blurr je tadi ..asyik error je memanjang"- Salleh

"Ko ingat mudah ke nak faham cakePHP ni...kena wat kelas seminggu baru leh faham kut"












Mamat Daus ni kecoh nak guna lensa apa time nk amik gamba ramai2..sume org dah berpeluh ar
Read More...

12 February 2008

Visual basic n MapInfo Professional

Leave a Comment
Pernah anda mendengar visual Basic .Tentu sekali kalo sesiapa yang ingin membangunkan aplikasi mudah bukan berasaskan web pasti mengetahui nya. Visual Basic 6.0 merupakan tools yang aku gunakan untuk membangunkan aplikasi perisian untuk UM Info 3.0. Kalo korang seme nak tau sal Software ini maka korang seme leh bukak previous post aku.

Selain daripada Visual Basic 6.0 aku telah menggunakan satu perisian yang dikenali sebagai MapInfo professional untuk memaparkan data spatial bagi menghasilkan peta . Dalam masa ini, aku telah di amanahkan menggabungkan variasi GIS iatu . GIS Land, GIS water, dan GIS Building. GIS Building - untuk mendapatkan makluma berkaitan struktur binaan bangunan. GIS Land pula berkenaan dengan tahap optimum penggunaan tanah untuk pembangunan . Untuk GIS water ia berfungsi untuk mengoptimum kan serta mengawal selia aliran system paip serta bekalan air di suatu lokasi.
Read More...