My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story
Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

Mix Green Smoothie.....segarnya


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Sebelum langkah bermula, ida ucapkan byk2 terima kasih kepada yang masih sudi singgah kt sini....tiada bicara panjang lebar, jom layan smoothie yg sihat dan segar ini. Dah beberapa kali jugak buat,  resepi mula2 rujuk kt sini ( All recipes ) tapi ida adjust2 sikit la bahan dia ikut selera tekak & mana bahan yang ada kt dapur.



Bahan-bahan yang ida gunakan seperti dalam pic kt atas....ida mix buah dan sayur sekali. Contohnya utk kali ini ida letak betik, pear, timun dan saderi. 

Mix Green Smoothie

Bahan-bahan:Secukupnya

1 biji buah pear
1/2 btg timun 
1/4 biji buah betik
1 btg saderi & daunnya sekali
Sedikit madu jika suka.
Yogurt/susu segar jika suka...1/2 cawan ( kali ni ida tak letak ) so mmg betul2 ori la rasa dia.
Beberapa ketul ais
Sedikit air masak

cara-cara:

  • Buang kulit mana yang perlu, potong saiz yang sesuai buah dan sayur tadi.
  • Campurkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga hancur
  • Sedia diminum


Emmm...segarnyaaa.....


Tuesday, May 15, 2012

Fruity Yogurt Drink

Air yogurt buah-buahan ni sangat sesuai utk menyejukkan tekak di kala cuaca panas. 

 Tak susah nk membuatnya........cukup bahan2..sekelip mata SIAP!!! Pasti kejap jer kena serbu....Jom tengok cammana cara sempoi ida menyediakan air yogurt buah yg lazat ini.

Fruity Yogurt Drink
Bahan-bahan:
  • 1 kotak besar plain yogurt( lebih kurang 400 gm )
  • 1 kotak / 1 liter susu segar
  • Gula secukup rasa
  • Buah-buahan segar cth strawberry, kiwi, anggur etc
  • Buah-buahan dlm tin cth longan, laici etc...air buah tu boleh campur sekali
Cara-cara;
  • Masukkan yogurt ke dlm mangkuk besar....kacau dgn whisker/apa2 aja hingga hancur/tdk berketul
  • + susu segar, air buah dlm tin serta gula secukup rasa.
  • Potong buah-buahan & masukkan ke dalam air yogurt tadi...kacau sedikit
  • Sejukkan dahulu di dalam peti ais sebelum dihidangkan ATAU boleh tambah ais & sedia di hidangkan( gula lebihkan sedikit jika letak ais ketul )
 Emmm..........nyaman terasa!

Monday, July 18, 2011

Cendol Special

Bagi Ida dah cukup special dah ni....maklum la, benda2 yg susah nak dapat kat Japan ni, amat special pada kami, nak-nak musim summer yang semakin hari semakin panasss.
Hari tu dah buat pakai tepung beras Jepun, lembut sangat jadinya, tepung beras Jepun tak sama ngan M'sia punya...ye la, nasi dia pun lembut. Kali ni buat lagi TAPI ida try pakai tepung Katakuriko ( tepung ubi kentang )..adik beradik tepung ubi la juga ni. Ok la, dia kenyal2 sikit. Kalau la ada stok t.beras M'sia ni, mesti lagi sedappp
Kalau nak tgk yg buat dgn tepung beras klik SINI

Kali ni, yang tak der cuma pulut.....tak buat, Tapi yg specialnya, ida parut ais cam nak buat ABC tu....Emmmmm.......sedapnyer!!!! Sejuk, lemak, manis dan enak sekali.....................

Nampak tak tekstur cendol ida kali ni......panjang sikit dari yg 1st time buat dulu...Kali ni, ida terpaksa korbankan acuan ROTI JALA utk membentukkan cendol...he.he, ini idea hubby korbankan macammana erk??? Muncungnya terpaksa ida potong kasi pendek, untuk mendapatkan lobang yang lebih besar. Tak per la, sekarang kalau buta roti jala, dah tak pakai acuan tu lagi...ida pakai botol sos/mayonis yang muncung 3 tu jer.
Orang dulu2 pakai tempurung kelapa yg dibuat lobang2 utk membentukkan cendol ni.....masih ingat masa kecik2 dulu, mak pernah buat, skrg jer dh tak buat lagi...senang beli jer kn.

Resepi cendol diolah dari resepi sebelum ni:Resepi asal ( guna tepung beras dari myresepi (siti mariam)...jutaan terimak kasih kpd pemilik resepi asal, minta dimaafkan sbb ida edit sedikit resepi asal ikut bhn2 yg ida ada kat sini

Bahan:
  1. 1 cawan tepung katakuriko/tepung ubi kentang
  2. 4-5 cawan air pandan.....sukatan air terpaksa dilebihkan
  3. secubit garam
  4. 1 sudu kecil air kapur
  5. sedikit pewarna hijau (optional)

Cara-cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan roti jala dan tekan dgn sesuatu yg lebih kecil dan panjang dari acuan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan roti jala tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

Resepi air gula dan santan:

Air Gula:
150 gm gula merah ( ida pakai yg Japan, jenis ketul2 kecil )
1 1/2 cawan air @ secukupnya
2 sd besar gula pasir

Cara:
Masak semua bahan di dlm periuk hingga semua larut & sedikit pekat
Tutup api dan biar sejuk

Santan:
1 tin santan pekat dlm tin/400 mls
1/2 sd teh garam

Cara:
Masak semua bahan di dlm periuk hingga mendidih sambil kacau.
Tutup api dan biar sejuk

Bahan lain:
  • Ais ketul diparut seperti nk buat ABC
  • Jagung manis dlm tin
  • Red kidney beans
OK, semua dah lengkap bahan-bahannyer. Sedia utk dihidangkan.


    Jemput makan semua!!!

    Thursday, July 14, 2011

    Cendol Japan Mari

    Salam bertemu kembali.....dapur ida senyap sunyi 2 - 3 hari ni, bukan apa sibuk mcm2 sibuk...salah satu yg bz lak, terpaksa cat balik rumah kita ni....perasan tak?????

    Cendol Japan mari ni mmg menggunakan tepung beras Japan. Huhhuuu.....tak sama ngan tepung beras m'sia rupanya, cendol ku tak pejal. Cendol ku jadi lembut la pulak......bukan ini yg ku diinginkan. Sekadar boleh mkn jer la ni. Cendol kita bentuk cam ulat jer kan, sbb pakai senduk lobang tu jer......
    Sumber resepi cam tertulis kt bawah ye...mekasih banyak2 kpd tuan punya resepi...minta dihalalkan pula ida share resepi kt sini....

    Sumber : My Resepi ( Siti Mariam )..TQVM

    Bahan-bahan ( 4-5 orang )

    1. 1 cawan tepung beras
    2. 3 cawan air pandan
    3. secubit garam
    4. 1 sudu kecil air kapur
    5. sedikit pewarna hijau (optional)

    Cara-cara:
    1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
    2. kacau selalu supaya tidak hangit
    3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
    4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
    5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang...cth cam senduk ida tu
    6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

    Layan diri la ye.........ini saja yg sempat ida hidang, pandai2 ler cedok. Mangkuk dan sudu ada kat dapur. Kira cendol special gak ni..siap ada pulut & jagung cream tau.....kacang merah jer tak der. Oppps !!! lupa lak, ketul ais kt peti k..tuan rumah amat sibuk hari ni...banyak benda lum settle lagi ni...mintak maaf banyak2 dari tuan rumah.

    Thursday, June 30, 2011

    Manggo Lassi

    Salam kembali kepada teman2 & semua pengunjung yang sudi ke sini. Nampaknya hari ni hanya menu yang simple2 jer yg ida n3. Tak n3 lama-lama makin berkepuk dlm hard disk tu.
    Kali ni, manggo lassi pulak. Rasanya dah ramai biasa buat ni. Cuaca kat Japan dah panassss!!! Summer sudah bermula.....siap ler, b'peluh2 sepanjang hari la nampaknya. Sib baik malam dapat tidur dalam aircon..... Emmmm, terasa nyaman tekak ni dapat minum manggo lassi yang sejuk dan sangat enak ni! Hari tu la, bukan hari ni....buat ni beberapa hari lepas, baru nk n3.


    Ida pakai manggo dalam tin jer ni, sib baik dalam tin pun murah. Hari tu pernah buat strawberry lassi..pun sedap sangat. Musim stoberi dah nak habis. Stoberi yang dijual kat kedai pun dah tak elok sangat. Ok la, jom tengok resepi........

    Sumber/Resepi : Happy Cooking Time

    BAHAN-BAHAN:( Untuk 2-3 gelas sahaja )

    note : sukatan bahan-bahan boleh ditambah/dikurangkan mengikut selera masing2 k
    • 4 slice manggo dalam tin, kalau ada yg fresh lagi sedap
    • 1/2 cawan jus dari tin tersebut
    • 1 cawan plain yogurt
    • 2 sd besar gula @ secukup rasa
    • 1 sd besar madu
    • 1/2 cawan susu segar....kalau tak suka pekat boleh lebihkan susu
    • Sedikit garam
    CARA-CARA:
    • Campurkan semua bahan ke dalam blender
    • Kisar/blend sehingga sebati
    • Letak ais ke dalam gelas dan tuangkan lassi yg sudah siap. SEDIA untuk dinikmati kelazatannya.
    ATAU
    • Campurkan beberapa ais ketul ke dalam semua bahan dan blend/kisar bersama hingga sebati.

    Tuesday, June 21, 2011

    Strawberry Lassi


    Hari yang panas apa kata kita sejukkan tekak dgn meminum lassi..........jom sama2 buat lassi di rumah. Orang lain sibuk buat lassi...ida pun sibuk buat jugak. Sukatan bahan-bahan untuk strawberry lassi ni, ida buat ikut rasa tekak ida sendiri. Letak lebih buah strawberry utk rasa lebih kaw.....
    Bahan-bahan untuk membuat lassi rasanya tidak memerlukan sukatan yang tepat. Jika nak rasa lebih masam, perlu letak lebih yogurt, jika nak lebih rasa buah...letak la lebih buah2 tu. Buah pula boleh pilih, apa buah yg kita nak letak...terpulang pada individu.
    Anak-anak ida sangat menggemarinya........sedap sangat diaorang kata. Haaa...memang la, sbb diaorg ni hantu yogurt, mana tak sedapnyer.....
    Psst : Komen utk post sebelum ni nanti ida jawap & mlm2 sikit ida cuba b/walking umah kawan2 k.
    Ok la, ida share resepi kat sini.......jika ada sesiapa yang belum pernah mencuba.

    (Lebih kurang untuk 6 orang)

    BAHAN-BAHAN:( sukatan bahan-bahan boleh ditambah/dikurangkan ...ikut selera masing2 k )
    • 500 gm fresh strawberry
    • 2 1/4 cawan plain yogurt( no sugar )....450 gm
    • 3/4 cawan gula @ secukup rasa / boleh campur madu sikit
    • 1 cawan / 200 mls susu segar
    • Optional....sedikit garam ( one pinch )
    Cara-cara :
    • Campurkan semua bahan ke dalam blender basah.
    • Blend sebati @ hingga buah strawberry hancur.
    • Letak ais ketul dalam gelas. Tuang lassi yang telah siap.....SEDIA utk dinikmati kelazatannya.
    *Cara lain>>>campurkan beberapa ketul ais, blend bersama.


    Memang syok habis masa minum lassi ni.......kalau kat restoren satu gelas mahal ni kan.