Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Wednesday, October 7, 2015

Aiskrim Premium Yg Memukau

27 August yg lepas saya telah menghadiri majlis pelancaran Magnum Aiskrim yg terbaru iaitu Magnum White Almond. Majlis pelancaran yg bertemakan evening party amat memukau dan memberikan kelainan menerusi gaya tersendiri. Sama seperti Aiskrim Magnum yg dikeluarkan penuh esklusif dan mempunyai status tersendiri.





Konsep parti yang mewah dan ekslusif ini turut menyajikan kami dgn dessert enak2 seperti kek keju dgn konsep open table top, kalau anda nk makan just grab it and eat! Konsep yg santai  bukan?


Introducing our "King of the Day" - The lastest product innovation  Magnum White Almond yg dihasilkan daripada vanilla aiskrim yg disaluti oleh coklat putih  premium Belgium yang tebal dan ditabur pulak kepingan badam ranggup yg akan memberi kita rasa keterujaan dalam setiap gigitan.


Barisan aiskrim mewah yg dihidangkan dan boleh kami berpeluang utk menikmatinya secara free flow. Sememangnya Magnum White Almond mempunyai keistimewaan rasa tersendiri yg unik dan rasa coklat Belgium adalah sukar utk ditepis menyebabkan saya non-stop berulang ke kaunter top ini untuk menikmati aiskrim yg hebat ini.


Pelancaran Magnum White Gold dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, iaitu Mr Rakesh Mohan seterusnya merasmikan majlis pelancaran aiskrim ini. Beliau turut menjamin konfeksi aiskrim Magnum White Almond yg baru ini pastinya memberikan rasa yg tidak akan dilupa.


Acara seterusnya adalah persembahan tarian oleh 2 org penari yg berjaya memukau penonton di dalam GrandBall Room pada malam itu. Tarian itu penuh maksud tersirat yg mana penari tersebut berusaha naik ke atas menggunakan kain yg dijatuhkan utk mengambil aiskrim Magnum White Almond yg berada tinggi nun di atas. Kreatif kan?



Kepuasan menikmati aiskrim Magnum White Almond yg tak tergambar dek kata2. Anda harus mencuba nya sendiri. Ianya telah berada di pasaran. Boleh didapati di pasaraya terdekat.


Aiskrim ini boleh dibeli dgn harga RM 4.50 sebatang dan pek (multipack of 3) RM13.50.

Untuk maklumat lanjut mengenai Magnum White Almond uolls boleh layari Magnum Facebook Page di www.facebook.com/Magnum atau www.walls.com.my/magnum


Ini packagingnya ya uols, jangan tersilap ambil. Sila la cuba dan rasainya sendiri aiskrim mewah yg penuh kenikmatan ini. Pasti anda menyukainya!

As a token of appreciation, kami telah diberikan pendrive yg kecik lagi comel ni, setiap kali melihat pendrive ni rasa nk makan Magnum je. Menarik sungguh!


Friday, July 10, 2015

Berpuasa Secara sihat dgn Horlicks

Tahun ni Rayyan 5 tahun, saya tak paksa pun Rayyan berpuasa cuma sebabkan di sekolah ramai kawan2 yg berpuasa, he insisted utk berpuasa jugak. Since he eager to experience the fasting, so I just let him be. Cuma as mom, puas la fikir apa yg patut Rayyan makan di waktu sahur utk pembekal tenaga sepanjang hari. Biasala pepagi subuh tekak bukan lalu sangat nak makan fancy food, air masak pun tak lalu nak telan. Prefer air manis yg panas2. 

TING! Teringat masa zaman saya kecil memula belajar puasa dulu, mak akan buatkan air horlicks secawan. Kata mak, HORLICKS ni minuman rumusan malt yg kaya dengan sumber serat, kalsium, vitamin D, asid folik, multi vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan sepanjang hari. 23 nutrien penting untuk pertumbuhan dan pembangunan kanak2 semua terkandung dalam rumusan HORLICKS. Tepat sekali pilihan mak saya.

Setiap pagi apabila bersahur memang mak akan buatkan secawan horlicks untuk saya dan adik2, Ia mengurangkan rasa lapar dan alhamdulillah kami berjaya berpuasa hingga azan Magrib :)..

Mak kata kami perlu berpuasa secara sihat, walaupun tak makan sepanjang hari tapi mak perlu pastikan kami mendapat nutrien dan zat yg cukup utk pembesaran.

Oleh itu, saya rasa saya harus kongsi bersama anak saya pengalaman saya bersahur dengan Horlicks supaya anak saya jugak dapat merasai pengalaman berpuasa secara sihat.


Setiap pagi, selepas makan nasi saya akan pastikan Rayyan minum secawan Horlicks yg penuh dgn khasiat utk pastikan beliau kekal bertenaga dan tidak cepat rasa lapar, yang penting Rayyan dapat berpuasa secara sihat.

Berdasarkan rujukan Nutrien Intake RNI, dua hidangan Horlicks akan meberikan pemakanan sihat kerana ia mengandungi 115% Kalsium , 41% ion , lebih drpd 80% Vitamin A, B1 dan B2 dan 72% Zinc1. Horlicks semestinya pilihan yg bijak untuk pembekal nutrisi ketika bersahur atau bersarapan. Mungkin selepas ini, saya akan jadikan ia minuman wajib ketika bersarapan utk anak2.



Bersempena Ramadhan kali ini, Horlicks menagadakan  2 kempen dan mengalu- alukan para penggunanya yg setia utk berkongsi 

1. Kongsikan Menu innovatif anda ketika bersahur di Bulan Ramadhan dengan memuatnaik gambar menu sahur anda ke social media dgn hashtag #SahurdenganHorlicks 

2. Sebagai pengguna Horlicks yg setia, anda boleh berkongsi memori atau pengalaman Ramadan pertama anda atau anak anak di 


Mari kita saksikan Ilhams's Ramadan  Memories :)



Eh saya pun nak berkongsi resipi biskut raya istimewa yg saya hasilkan dengan Horlicks. Sedap!
Nama biskut tu

Biskut Meringue Horlicks

Bahan2
  • Putih Telur 3 biji
  • 1/4 sudu Cream of tar tar
  • 70 gram Gula Aising
  • 1/2 Tepung Jagung
  • 2 Horlicks Coklat
Cara cara nk buat
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 100c
  2. Pukul putih telur sehingga sedikit berbuih dan masukkan cream of tar tar.
  3. Perlahan2 masukkan gula aising dan pukul sehingga adunan sedikit kental.
  4. Masukkan tepung jagung dan pukul lagi sehingga adunan kental.
  5. Kemudian campurkan Horlicks coklat dan gaul perlahan lahan sehingga sebati.
  6. Alaskan dulang dgn kertas pembakar.
  7. Paipkan adunan ke atas dulang.
  8. Bakar selama 60minit atau sehingga biskut kering.
  9. Setelah masak terus disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Yummy. Biskut meringue Horlicks ni pasti menjadi tumpuan ramai di hari raya nanti. Boleh la try resipi ni nnt ye kekawan dan jangan lupa join contest yg dianjurkan.
Jom ramai2 kongsi pengalaman pertama kali berpuasa bersama horlicks di

Horlicks’ FB Page: https://www.facebook.com/HorlicksMalaysia



Friday, April 10, 2015

TQ nuffnang boleh la boli omaih musim GST ni

 Alhamdulillah, makin banyak dah hasil dr nuffnang. 
Awal minggu ritu tengok ada ads baru Nuffnang tambah. Total skang ada 38 CPUV, rekod paling byk pernah ada kat blog ni. Blog org lain yg famos amos tu lagi banyak kot.


Tak sangka dengan minat menulis saya boleh dapatkan income takde la ribu riban sebulan macam org lain. Tapi at least leh la tampung gi holiday, beli brg kadang tu hehehehe.

Dr tahun 2007 saya buat blog ni hampir 8 tahun. Lama dah wei. Kehkeh org lain yg seangkatan ngn saya seme dah jadik blogger tegar, saya biasa je. Sbb mmg menulis bila ada mood. Time peknen, mood tarak. Blog pun sepi.

Yg terbaru, dapat plak iklan berbayar. paid per post. Alhamdulillah, setelah 8 tahun dapat la peluang bt ads berbayar ni. Ni kali kedua. Kali pertama masa awal tahun ritu. 

Yg best bukan saja sbb bayaran die, tapi saya suka experience yg saya dapat tru session yg saya attend tu. Priceless!



Semoga blog ini makin murah rezeki, duet nuffnang tahun ni nak kumpul beli omaih la hahahaha... kemain tinggi angan dan cita2 mu. Takpe, bak kata omputih, shoot high for the moon . Kahkah speaking tu, prftttttt...


Friday, February 13, 2015

Scotts Emulsion Mothers' Campaign

****STICKY SPONSOR POST****


Pd 29 Januari lepas sy telah diinvite utk ke kempen “Scott’s® Momazing Media Launch”. Event ni pertama kali saya join, yg buat saya tertarik hati utk join kerana saya memang memberikan anak2 saya Scott’s® Emulsion dr mereka berumur setahun sebagai makanan/supplement tambahan mereka. Jadi ianya sangat sesuai lah dgn saya kerana Scott’s®  memang dekat di hati.

Pelancaran kempen ini diadakan secara ekslusif di Kidzania, Mutiara Damansara. Masa sampai2 haruslah bertemu dengan representative dari Nuffnang, Miss Samantha, salam dan sesi berkenalan dengan blogger-blogger lain yg join event ni.

Masuk ke dalam Kidzania, kami dibawa ke pawagam kecil di dalam Kidzania.

Bergambar dulu di depan pintu masuk bersama belon #Momazing yg kreatif J


Sebagai seorang ibu saya memahami peranan kita bukan saja sebagai penbimbing dan peneman anak2, malah ibu lah doctor, ibu lah nurse, ibu lah pakar pemakanan, ibu la guru, ibu la pemangkin motivasi anak, hampir segalanya melibatkan peranan ibu. Moms are playing all the roles she can to ensure their kids grow up to be the best. We MOMS are AMAZING rite? #Momazing


Ms. Katherine Chen, Marketing Director of GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare Malaysia, menyampaikan short brief mengenai kempen Scott’s®  “Momazing” yg dilancarkan hari itu. Kempen ini adalah utk menghargai jasa dan peranan ibu dalam pembentukan jati diri anak2.






Stp moment dan milestone anak2 itu adalah #Momazing moment bagi ibu. Langkah pertama si bayi, perkataan pertama yg disebut oleh anak, itu adalah antara moment yg kita sebagai ibu kalau boleh nk rekod dan simpan sbg kenangan. Setiap kali melihat video tersebut, setiap kali itulah airmata kegembiraan dan terharu akan menitik. Segala usaha dalam membesarkan anak2 membuahkan hasil. Moment tersebut tidak berlaku setiap hari, ia hanya berlaku sekali seumur hidup. Moment tersebut maybe simple but it’s so meaningful for us mommies!



Gambar di atas adalah my #Momazing moment pilihan saya. Kalau ikotkan banyak sangat gambar yg merupakan #Momazing dan menyentuh hati saya tapi gambar ini adalah paling bermakna buat saya sebagai ibu.

On the early stage of having new baby sister Hannah Sumayyah, Ar Rayyan as an older brother felt uneasy and insecure. Maybe he felt that our love for him will change slowly towards his sister. It took us some time to convince him that he is still our number one baby, I’ve always guided him how to love and take care of his younger sister. It is quite challenging initially but as time passes by, when I first saw  how he taught his sister about vehicles patiently, I felt so blessed to have him as my son, I know he will be a responsible and loving brother to his sister and deep in my heart I can rely my trust on him to take care of his sister when I am not able to do so. ***Teary eyes***


 Ms. Gay Li Tan, the Global Expert Marketing Manager for Nutrition Category of GlaxoSmithKline Consumer Healthcare berkongsi mengenai “ Nutrisi di Malaysia dan apa yg kanak2 perlukan”.
Di sini saya dapat melihat kebaikan dlm pengambilan Scott’s® Emulsion multivitamin and minyak ikan kod dalam rutin harian kanak2.

Rayyan dan Sumayyah macam  kanak2 normal yg lain, diaorg agak picky eater. Diaorg tiada masalah utk makan sayuran dan buahan tapi Diaorg tak suka makan ikan sbb takot tulang. So agak sukar utk berikan complete nutritional meal to them. Utk mengatasi masalah ini, setiap hari saya akan berikan mereka sesudu Scott’s® Emulsion yg mengandungi vitamin A bg membantu system pertahanan badan mereka berkembang, Vitamin D utk membantu pembentukkan tulang dan yg paling utama Omega – 3 DHA  yang membantu perkembangan otak bayi dan kanak2. Nampak tak kebaikkan nya di situ? Tumbesaran otak merupakan perkembangan mental yg penting selain tumbesaran fizikal maka wajarlah ianya diberi nutrient yg cukup agar ia berkembang dengan baik.

Jadi dengan pengambilan Scott’s® Emulsion, tiada lagi masalah kekurangan nutrisi walaupun Rayyan tak makan ikan (penyumbang terbesar Omega 3 DHA), tapi Rayyan boleh perolehinya dari sesudu Scott’s® Emulsion yg saya berikan stp pagi. Scott’s®  Emulsion ada 2 perasa iaitu oren dan original, perasa kegemaran Rayyan haruslah yg perasa oren hihihi.


Melihat kepada perkembangan anak2 saya setakat ini, saya rasa saya telah membuat pilihan yg baik dengan memberikan mereka supplement tambahan sesudu Scott’s® Emulsion setiap hari, mereka telah membesar dengan sihat dan cerdas.


I love Scott’s® Emulsion ! 


Lihat lah betapa aktif nya mereka berdua ni. Memang tak dinafikan sebagai ibu saya perlukan kuasa superpower utk membuat aktiviti bersama mereka setiap hari. Setiap hari adalah new day to learn new things for them. Scott’s®Emulsion membantu mereka kekal sihat dan membina kecerdasan minda.

Untuk menghargai pengguna Scott’s® Emulsion yg setia dan menghargai ibu2 yg percaya dengan kebaikan nutrisi yg diberikan,  Scott’s® Emulsion melancarkan pencarian “Scott’s® Top 10 Most #Momazing Moments” di Malaysia.


Semua ibu bapa jom join contest anjuran Scott’s® Emulsion ni..


Ok macam mana cara nak join?


Semudah 3 langkah sahaja.

Langkah 1: Ambil Gambar anak2 yg bagi anda ianya adalah #Momazing
Langkah 2: Upload ke laman social and Twitter/FB/Instagram bersama caption anda… dan jgn lupa hashtag #Momazing #ScottsMY
Langkah 3: Hantarkan butir peribadi ke  Scott’s®  Malaysia Facebook account

Kesemua akaun yang digunakan T(witter, Facebook atau Instagram) haruslah disetkan sebagai PUBLIC.

So apa lagi, jom join dan jadiklah antara 10 most #Momazing parents in Malaysia. Marilah berkongsi #Momazing moment and dan hashtag #Momazing #ScottsMY.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari Facebook Scott’s® Malaysia di www.facebook.com/scottsmalaysia atau laman web http://www.scottsmomazingmy.com

JOM!!!!


Thursday, August 29, 2013

ada 5 ketol kat blog ni rupanya

Lama tak hapdet sbbnya laptop rosak.... smlm bru lah org IT datang tukar motherboard... Now dah ok, keje plak melambak nk disiapkan.. due seme bulan depan...

Maklumlah bulan 10 nk bersalin, so boss suh siapkan cepat2....
Smlm update satu entri saja la usha Nuffnang... Tengok2 ada la 5 ketol BE tgh running... Jumlah wang terkumpul skang pun dah leh rembat Coach seketol hahahha.. Tapi takmo la, nk simpan... Tahun depan masuk umah kita beli TV baru guna duet Nuffnang kihkihkih...


Lepas ni kene rajen la update... yo yo je...
Kita ni bukan tak tau perangai sndiri, mmg blogger tenggelam timbul haha.. Tak tegar langsung!

Tq Nuffnang!!!



Monday, April 15, 2013

Di saat2 tak lalu ni la, die bg kemain banyak ha


Apa yg tak lalu.?
Mcam biasa, perangai kita bila peknen.. Menyampah tengok blog sndiri hahaha. Apa punya penyakit daaaa...

Entri pun kejap ada kejap takde...
Tapi di saat2 kita gini la tetibe nengok ada BE 4 ketol.. huii banyaknye.. So gagah2 gak la menaip entri kan...
Fuhh cepat la duet cukup target...  Ibu mandong mengidam PANDORA hahahahhahaha...
Kalau dah cukup target boleh cash out beli pandora ney.... 


Friday, January 4, 2013

BE pertama 2013.. Tekiu nuffNang!


Alhamdulillah... Rezeki tahun baru.. Heheh dapat 1 BE baru dari Nuffnang.... Semoga tahun ni blog suam suam kuku ni akan meriah dengan BE hehehheheh....

Saya janji akan update blog setegar dulu kecuali kalau peknen sebab kalau peknen saya ada penyakit. Penyakit takleh tengok PC, rasa nak muntah hahhaa.. Kalau korang pasan masa peknen rayyan mana saya update sangat. Hikssss...

Thanks Nuffnang, lebiu!


Wednesday, December 12, 2012

Tekiu Nuffnang!!!!!


Alhamdulillah.. Sejak 2, 3 bulan ni Nuffnang tak putus2 bagi blog kecil aku ni BE... Walaupun visitor blog kita ni tak banyak, dan jumlah duet Nuffnang pun takde la membiak sangat.. Tapi kita tetap happy menulis....

Sebab menulis ni sebahagian dari jiwa kita. Kadang2 tu ada la entri yg kosong sbb bizi dengan keje kan. Menulis ni hanya part time je. Tapi minat tu tak pernah ilang. Tak kesah pun ada orang baca ke tak. Sbb kita ni menulis blog utk diri sendiri, kenangan masa hadapan... T____T

Rasanya next year boleh la cashkan ni, lepas la bt gi holiday hikhikhik.....


Saturday, November 5, 2011

my Happiest Moment

HAPPY atau dengan bahasa melayunye adalah KEGEMBIRAAN...

Gembira, bahagia ini semua adalah perasaan subjektif.
Setiap individu ada definisi tersendiri dengan perkataan gembira ni..
Ada orang gembira bila banyak duit.
Ada orang gembira bila sihat.
Ada orang gembira bila dapat makan McDonald.
Ada orang gembira bila ada kereta besar..

Apa makna gembira pulak bagi saya??
Saya gembira bila berada di samping orang tersayang..

Bila pulak the happiest moment saya??
Happiest moment saya ialah pada tarikh 5 May 2010.
Iaitu ketika saya percutian bulan madu bersama suami yang saya cintai di Pulau  Krabi, Thailand....

Kenapa bagi saya saat itu adalah yang paling gembira???
Ada banyak sebab..
Maybe saya boleh listkan satu per satu sebagai kenangan di hari tua...

1. Sebab saya bersama orang yang saya cinta, suami sayalah!!!
This is my the other half, he just completed my life and make me HAPPY!


2. Honeymoon time, mestilah segalanya indah kan? Bukannye sekarang ni dah tak indah..
Out of all the time we have gone through together, the honeymoon time was the best and memorable moment... We are very happy that time even though that time I was having very bad morning sickness...

The HAPPIEST MOMENT in my life... 
Tengok la gaya!!!
Lupe sebentar keseksaan morning sickness...


3. Sebab pada masa tu kami bukan hanya honeymoon berDUA tapi berTIGA..
 There was little tiny khalifah Allah in my womb, he's only 3 months old that time...


Now, he's already 1 years old....
 Its just PERFECT & COMPLETE honeymoon that make me the happiest women in this world...

4. Because I got a chance to honeymoon at my dream island... Krabi was my dream during my teenagers..
It just give me DOUBLE HAPPINESS when I got a chance to go there with my love one during our honeymoon!!!!

Rasanye itu dah cukup menggambarkan betapa gembiranya saya ketika percutian bulan madu nie...
Picture tell thousand word right?

Just look how happy we are!!!!


Thursday, September 15, 2011

Cek Nuffnang yang ke-3


Di kala tengah fening memikirkan poket yang kering ngan kene menyeberang laut lagi..
Sampai plak cek nuffnang nie..
Ni chek  ke 3 aku cash out..
Since 2007 aku berblog...
Total aku dah dapat dalam RM 1k++ kut...
Ok la kan..
Sape nak bagi ko duet dengan hanya menulis belog saja huhuhu..
Lagi pun UV blog aku ni sket je.. Setahun mengumpul baru la  dapat beratus2..
Takde la cam belog pemes ames yang UVnye beribu2 sehari...
Beside aku tulis pun saja2..
Biar Rayyan baca.. HAHHA motip ?? Suh anak baca belog sendiri..

Cash out 1st aku beli hape eh?
oooo buat persiapan kawen..
Cash out kedua..
Persiapan baby ritu masa peknen Rayyan... Kuikuikui..
Cash out ketiga konon asalnye nak masuk dalam akaun Rayyan..
Tapi tak jadi la anak oiiii..
Mama nak guna bulan depan nak menyeberang laut nie...
Huhuhu...

Sekian, tu saja.. 


Friday, March 25, 2011

Jom register Churp Churp... Menjana pendapatan sambil berblogging

Takat ni alhamdulillah incomenye dah ada lah 6 hengget lebey, boleh la kan.. Ada lg long journey tok cash out.. Hehehe

Churp Churp ni kira cam nuffnang gak la, kiter kene pomot iklan die.. Kalau ada yg klik dapat la kiter income...

Ala bukannye susah pun, sesambil kiter berblog, berFB, berTWITTER segala gunakanlah medium dan platform yang ada ni tok pomot.. SIkit2 lama2 jadik bukit...

Nak join CHurp Churp?? Klik sini... or link bawah ni


How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

BE ke dua tahun nie...


Pagi nie sneyum meleret2 je bila bukak nuffnang.. Hehehe dah dapat BE baru setelah lama BE menyepi dari blog nie.. Hahaha ni la datang aura berblog ni... Nak upkan traffic....

Mekaseh Nuffnang...

Tuesday, July 8, 2008

NuffNang

Salam..
Nampak tak Ads yang ader kat tepi page blog aku nie..
Haaa tu dia, aku blaja buat ni dari Ceera, thanx ye Ceera..Doakan aku berjaya seperti ko jua!!!
Haaa... Leh la aku p beli Big Apple lagik pasni heheh..
Kekawan yang lawat blog, sila lah buat survey tuh ye hikhikhik..

















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails