16 Jun 2011
Luahan penyokong The Red Warriors
30 Apr 2009
FAM belum terima surat
| LAUTAN MERAH...penyokong Kelantan memenuhi tempat duduk Stadium Nasional yang menjadi 'gelanggang sendiri' Red Warriors sejak perlawanan dialih ke situ. |
“Kafa adalah ahli gabungan FAM dan tiap-tiap ahli gabungan yang dikenakan tatatertib boleh mengemukakan rayuan walaupun ada beberapa perkara berkaitan tatatertib tidak boleh dirayu.
29 Apr 2009
Isu Kafa: Terserah kepada FAM

"KITA serahkan kepada budi bicara FAM".
Itu komen ringkas daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek (gambar) ketika diminta mengulas mengenai kemelut yang menimpa Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) ekoran penggantungan daripada beraksi di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, laporMUSTAPA LAKAWA.
Kelmarin, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menimbang semula penggantungan itu kerana ia akan menyebabkan persatuan bukan sahaja terpaksa menanggung denda daripada FAM, malah kerugian dari segi kos pengurusan dan pengangkutan.
Menurut Annuar, rusuhan yang berlaku pada 7 April lalu bukanlah kesalahan Kafa kerana kejadian tersebut berlaku di luar stadium.
Begitupun, Shabery yang turut bersimpati dengan nasib Kafa menjelaskan bahawa segala keputusan mengenai isu itu terletak di tangan FAM.
"Buat masa ini, saya tidak mahu mencampuri keputusan FAM kerana ia melibatkan dasar persatuan. Kita serahkan kepada budi bicara persatuan itu.
"Saya juga sedar akan permasalahan yang dihadapi Kafa ekoran daripada tindakan tersebut.
"Namun, kalau boleh, kita tidak mahu insiden ini (penggantungan) menemui jalan buntu dan akhirnya menyebabkan bola sepak kehilangan penyokong," jelas Shabery ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya semalam.
Pada insiden 7 April lalu, arena bola sepak negara tercemar apabila penonton Kelantan bertindak merusuh dengan merosakkan kenderaan termasuk dua buah kenderaan dibakar di pekarangan stadium berkenaan.
Akibat daripada insiden itu, pasukan Kelantan yang turut dikenali dengan gelaran Red Warriors tidak dibenarkan bermain di gelanggang sendiri.
Hukuman penggantungan itu sekali gus menyebabkan Kafa kerugian ribuan ringgit kerana terpaksa menanggung kos pengurusan dan pengangkutan pemain setelah pasukan tersebut terpaksa bermain di luar Kelantan.
28 Apr 2009
Skuad Kijang makin mewah
Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN daripada pemain Kelantan bersorak kegembiraan selepas mendapat bonus dan tajaan ke Old Trafford di Kota Bharu semalam.
Ganjaran itu termasuklah perbelanjaan duit poket untuk pemain yang akan dibawa berkunjung ke Old Trafford selama 13 hari pada 12 hingga 24 Ogos nanti.
Seramai 40 orang pemain dan pegawai serta 30 penyokong akan dibawa dalam siri lawatan itu yang turut melibatkan kunjungan ke Leeds dan
Namun Presidennya, Tan Sri Annuar Musa memberitahu, siri lawatan itu bukanlah hanya semata-mata untuk 'makan angin' saja sebaliknya beberapa siri perlawanan persahabatan turut dirancang.
Ujarnya, ia bertujuan melengkapkan persiapan Wira Merah dalam misi mengejar dua lagi piala iaitu Liga Super dan Piala
"Kita akan mengadakan perlawanan bersama sebuah pasukan tempatan di Leeds dan
"Saya akan pergi ke
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemberian bonus dan replika tiket penerbanganke Old Trafford di Kampung Kraf, Kota Bharu semalam.
Beliau yang melahirkan rasa bangga terhadap tahap persembahan skuad Kijang pada perlawanan Piala FA itu menyifatkan anak buah kendalian Peter James Butler itu bermain dengan penuh gentleman.
Menurutnya, satu transformasi telah berlaku dalam bola sepak negeri ini yang satu ketika hanya beraksi dalam Liga FAM, kemudian di Liga Perdana, mula mengorak langkah sedikit demi sedikit sehingga beraksi di Liga Super.
"Sekarang, kita masih lagi dalam pemburuan dua piala yang penting, Liga Super dan Piala
Kelantan Kini Beralih Tumpuan
Oleh Wan Faizal Ismayatim
bhsukan@bharian.com.my

ANNUAR (kanan) menyerahkan replika tiket penerbangan ke Old Trafford sebagai ganjaran muncul naib juara Piala FA kepada pemain Red Warriors, semalam.
"Kafa akan mengemukakan rayuan kepada FAM agar dapat beraksi di Kota Bharu mulai Jun nanti dan kami sedang mengatur aksi persahabatan termasuk menentang pasukan bawah 23 tahun Brazil dan Selangor ketika liga berehat dua minggu awal Jun nanti, bagi membuktikan Stadium Sultan Muhammed IV selamat digunakan," katanya.
Sumber : Berita Harian Online
27 Apr 2009
The Red Warriors melancong ke Old Trafford
KEPULANGAN pemain Kelantan dari perlawanan akhir Piala FA disambut penyokong setia di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, semalam.DI SEBALIK gagal membawa pulang Piala FA, skuad Kelantan tetap ceria apabila mendapat ganjaran daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang bakal membawa mereka ke Old Trafford, gelanggang keramat kelab gergasi Inggeris, Manchester United.
Pengurus pasukan, Azman Ibrahim, berkata ganjaran ke Old Trafford diberi kepada pemain kerana Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa sudah berjanji memenuhinya jika mereka mara ke perlawanan akhir itu.
"Sebenarnya, sebaik mara ke perlawanan akhir, pemain Kelantan sudah meraih ganjaran ke Old Trafford dan mereka dijangka ke sana Ogos depan. Selain itu, pemain juga akan menerima bonus penghargaan," katanya ketika mengetuai kepulangan pasukan Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, petang semalam.
Meskipun tewas, namun kepulangan pemain The Red Warriors tetap diraikan oleh penyokong fanatik mereka apabila disambut lebih 50 orang yang mengambil peluang bersalaman dengan mereka sebaik keluar dari balai ketibaan kira-kira jam 5.30 petang.
Seluruh pasukan Kelantan jelas kecewa gagal membawa pulang Piala FA untuk memenuhi impian menggunung rakyat negeri ini terutama ribuan penyokong yang sanggup membanjiri Stadium Nasional, Bukti Jalil, malam kelmarin untuk memberi sokongan.
"Kami berterima kasih kepada penyokong dan melahirkan rasa kecewa kepada mereka kerana gagal memenuhi harapan dengan membawa pulang Piala FA itu.
"Namun begitu, Kelantan sudah mencapai sasarannya dan selepas ini kami akan menumpukan kepada Liga Super dan Piala Malaysia pula. Pemain akan berehat selama tiga hari, sebelum menyambung semula latihan Selasa ini," katanya.
Bharian
Kelantan tetap ke Old Trafford

![]() |
JAMES BUTLER |
KELANTAN tetap ke Old Trafford meskipun gagal menjulang Piala FA.
Memenuhi janji yang perlu dikotakan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tetap menghadiahkan ganjaran kepada skuad Kijang untuk mengadakan lawatan ke tempat di mana kelab gergasi dunia, Manchester United beraksi.
Ganjaran ini pasti membangkitkan semula semangat pemain yang luntur ekoran kegagalan merangkul kejuaraan Piala FA buat julung kalinya selepas menunggu 39 tahun apabila tumpas 1-4 kepada Selangor melalui penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin.
Rupa-rupanya, perancangan itu telah lama dibuat oleh pengurusan Kafa tanpa pengetahuan pemain dan dijangkakan mereka akan berlepas ke destinasi tersebut Ogos nanti.
Hari ini, satu majlis penyampaian tiket kapal terbang akan berlangsung dan ia akan disempurnakan oleh Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman Ibrahim berkata, skuadnya mencapai sasaran awal untuk melayakkan diri beraksi di pentas akhir piala berprestij itu dan ia merupakan satu hadiah buat peminat.
Justeru katanya, penghargaan perlu diberi kepada pemain atas usaha keras itu untuk terus memberi fokus dalam kancah saingan Liga Super dan Piala Malaysia nanti.
"Kita sasarkan masuk akhir, menang merupakan satu bonus, jadi ganjaran ini tetap diberikan dengan harapan semangat pemain tidak pudar," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu, semalam.
Pasukan yang digelar Wira Merah ini tetap mendapat sambutan daripada kira-kira 100 peminat setia yang menunggu ketibaan mereka meskipun tidak bergelar juara.
Mengulas mengenai perlawanan kelmarin, Azman menyimpulkan nasib tidak menyebelahi anak buahnya apabila perlawanan itu berakhir dengan sepakan penalti meskipun pada awalnya mendahului menerusi gol Norfarhan Mohamad yang dijaringkan pada minit ke-92 dalam masa tambahan.
Menolak tanggapan skuad kendalian Peter James Butler itu tidak berlatih untuk membuat sepakan penalti bagaimanapun katanya, kebanyakan pemain agak keletihan selain dihantui kecederaan seperti Khalid Jamlus dan Che Hishamuddin Hassan.

"Kalau diikutkan, Norfarhan antara pemain yang akan mengambil sepakan tetapi kita terpaksa keluarkan dia awal sebab cedera.
"Semua pemain sangat letih, puas juga dipujuk untuk mengambil penalti sebab ada di antara mereka menolak," jelasnya.
Secara keseluruhan menurutnya, pemain telah mempersembahkan permainan yang terbaik dan berjaya mengejutkan Selangor dengan corak permainan pantas dan mengelirukan.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada ribuan penyokong setia Kelantan yang memenuhi separuh daripada kapasiti penonton di stadium berkenaan untuk memberikan sokongan.
26 Apr 2009
Kelantan gagal penuhi impian
fadzrie@bharian.com.my
SELANGOR menggunakan pengalaman beraksi di pentas saingan besar untuk menuai satu lagi hasil besar apabila menjulang Piala FA buat kali kelima selepas menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Apapun, anak didik K Devan jelas tidak memenangi mudah ketika lawan bergelar The Red Warriors itu - yang membuat penampilan pertama di final sejak 1970 - memberi saingan sengit sehingga ke minit terakhir permainan masa tambahan sebelum Merah Kuning dapat mengesahkan pingat kejuaraan.
Dengan Kelantan menampakkan gemuruh, berikutan penampilan pertama dalam final piala domestik selepas kemarau 39 tahun, skuad Merah Kuning mengambil kesempatan dengan melancarkan beberapa siri serangan ke pintu gol dengan habuannya adalah tiga sepakan sudut dalam empat minit pertama.
Ancaman Selangor berterusan selepas itu dengan Safee Sali melakukan lambungan tepat di luar kotak penalti lawan pada minit kelima, namun penjaga gol, Shahrizan Ismail bertindak cemerlang menafikan percubaan itu.
Selepas mengekang ancaman bahaya bertali arus itu, Kelantan menemui rentak dengan percubaan pertama hadir menerusi Ezrie Shafizie Sazali minit ke-21 yang melakukan rembatan dari jarak 25 meter dan hanya sedikit melepasi palang gol.
Disuntik keyakinan, The Red Warriors nyaris berada di depan, namun rembatan Indra Putra Mahayuddin dari jarak 30 meter terkena palang gol Selangor.
Selepas rehat, Kelantan memiliki peluang awal di babak kedua, apabila sepakan percuma kapten pasukan, Badhri Radzi minit ke-48 tepat ke jangkauan Mohd Rizal Fahmi, tetapi tandukannya melepasi gol lawan.
Peluang terbaik Selangor hadir menerusi sepakan voli Rudie Ramli minit ke-67, namun Shahrizan sekali lagi bertindak cemerlang mendakap kemas percubaan itu.
Pasukan bimbingan Peter Butler itu terus menghadirkan ancaman menerusi percubaan tepat Ahmad Ezrie Shafizie (minit ke-73) dan Mohd Norfarhan Mohammad (minit ke-82), tetapi penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad bertindak cemerlang menyelamatkan keadaan buat mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Sumber : Berita Harian Online
23 Apr 2009
MAKLUMAT UNTUK PENYOKONG
PERTANDINGAN AKHIR PIALA F.A. 2009 di STADIUM BUKIT JALIL
LALUAN BAS/KERETA KE STADIUM : Penyokong kelantan - Lebuhraya KESAS-keluar susur awan kecil-tuju ke games village-ambil jalan merah cegar-terus ker tempat letak kereta F ( dekat stadium hoki)
TETAMU DI RAJA KELANTAN : Yang Mulia Tengku Temenggong
KARNIVAL TM : TM akan mengadakan satu karnival do perkarangan stadium bermula awal pagi sehingga wisel permainan ditiup. Sila datang awal dan menikmati karnival bersama TM ini.
PINTU MASUK PENYOKONG KELANTAN : Pintu Kuning dan Merah. Jika awal, boleh masuk duduk di bahagian astaka dengan tiket yang ada ( RM15).
PINTU DI BUKA : JAM 4.30 Petang. Sila masuk awal untuk mengelakkan kesesakan. Pintu masuk akan dikawal ketat oleh Rela dan Polis. Frisking badan ( pemeriksaan barang larangan )akan dia adakan oleh Polis. Penyokong wanita akan di frisk oleh Polis wanita.
LARANGAN DAN KESALAHAN
1. Botol air
2. Banner bercorak komersil ( iklan syarikat atau barang jualan ).
3. Mercun ; AKTA LETUPAN 1967. Larangan membawa/memiliki/membakar mercun. Kesalahan jenayah sivil dan tangkapan yang tidak boleh dijamin sehingga di bawa ke mahkamah. Hukuman Maksimum 7 tahun penjara, RM10,000 atau kedua dua.
4. Berkelakuan tidak sopan : Undang undang kesalahan kecil. Tangkap tanpa waran dan denda Maksimum RM300
TIKET STADIUM :
Sudah mula dijual oleh kedua pasukan di pusat pusat jualan. Tempoh jualan ialah sehingga hari Jumaat jam 6 petang atau sehingga kehabisan tiket.
Di bukit Jalil, tiket di jual pada hari Sabtu jam 10 pagi di kaunter tiket KUNING
WARNA JERSEY : Kelantan Merah / Selangor Kuning
Lain lain info akan di muatkan dari masa ke semasa.
PEMAIN DAN PEGAWAI : Akan tiba di Kuala Lumpur hari Khamis pagi. Penerbangan AirAsia. Pasukan akan menginap di Kuala Lumpur International Hotel. Kesemua pamain yang berdaftar seramai 27 orang dan 8 pegawai akan berada di Kuala Lumpur.
LATIHAN DAN PERSIAPAN : Sessi latihan ringan akan di adakan di Padang Kelab AMAN jalan Ampang pada hari Khamis jam 5 petang. Latihan padang di Stadium ialah pada jam 8.45 malam hari Jumaat.
Sumber:official Site KAFA
Kelantan ghairah tunggu penentuan
![]() |
PEMAIN pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin (dua dari kiri) dan rakan sepasukan menjalani latihan di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu, semalam sebagai persiapan menghadapi perlawanan akhir bola sepak Piala FA, Sabtu ini. |
Skuad Kijang yang akhirnya berjaya meredah halangan untuk melangkah ke Stadium Nasional, Bukit Jalil merebut Piala FA, turun padang memulakan sesi latihan, semalam sebagai persiapan menanti hari paling getir.
Mereka kelihatan cukup bersemangat untuk mencipta sejarah peribadi, juga sejarah bagi persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan negeri kerana inilah pertama kali masuk ke perlawanan akhir Piala FA sejak ia diperkenalkan.
KAFA sudah pun menjanjikan mereka ke Old Trafford dan beberapa siri perlawanan persahabatan di lubuk Manchester United dan beberapa insentif lain biarpun berdepan dengan kekangan kewangan setelah Kelantan tidak lagi dibenarkan menjadi tuan rumah.
Presidennya, Tan Sri Anuar Musa yang berhempas pulas memikul bebanan bagi menjayakan misi ini menyifatkan, kemenangan bakal menjadi satu kebangkitan baru dalam arena bola sepak Kelantan.
Kerajaan negeri pula cuba menokok lagi semangat mereka dengan janji imbuhan kecemerlangan RM30,000 bagi membawa pulang piala kebanggaan itu untuk tontonan rakyat kelantan.
Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Fattah Mahmood menyatakan ia merupakan sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri bagi menghargai jasa pemain dan pengurusan mengharumkan nama negeri dalam sukan yang diminati umum ini.
"Kita pandang ke hadapan dan tinggalkan perkara yang buruk yang sudah berlaku di belakang. Buktikan kita adalah yang terbaik dan kita ada ciri-ciri untuk berjaya," katanya.
Tentunya apa yang lebih penting kini ialah keseluruhan tumpuan pemain terarah sepenuhnya terhadap perjuangan akhir itu, Sabtu ini di tengah sokongan padu penyokongnya yang menaruh harapan menggunung.
Soal bola sepak Kelantan sejak sehari dua kini mengisi banyak perbualan seharian masyarakat tanpa mengira sesiapa, mengatasi cerita politik yang tidak berkesudahan.
Keghairahan untuk mereka berduyun-duyun memberi sokongan di stadium barangkali boleh dilihat dengan jualan tiket yang hampir mencecah 10,000 daripada 20,000 yang diperuntukkan kepada KAFA sepanjang dua hari lalu.
Berpuluh-puluh buah bas yang disediakan oleh pelbagai pihak, malah termasuk dari selatan Thai bagi kemudahan membawa mereka untuk memenuhi sebahagian daripada ruang stadium itu kelak.
Namun, KAFA menasihatkan para peminat supaya mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala FA di kaunter yang sah - di Stadium Sultan Muhammed IV, Wisma KAFA dan Majlis Sukan Negeri agar mereka tidak terpedaya oleh sebarang sindiket yang menjual tiket palsu.
Penolong Setiausahanya, Arif Hassan memberitahu, saranan tersebut dibuat supaya para penyokong mendapatkan tiket yang sah dan mengelakkan diri daripada tertipu dengan sindiket yang menjual tiket palsu.
Kaunter-kaunter tiket akan ditutup pukul 4 petang hari ini.
utusan
90,000 penonton bakal banjiri Stadium Nasional

di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.
"STADIUM Nasional di Bukit Jalil diramal penuh dan kami meletakan sasaran 90,000 penonton menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dengan Kelantan, Sabtu ini."
Demikian jelas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang yakin penyokong kedua-dua pasukan akan membanjiri stadium berkenaan pada perlawanan akhir piala berprestij itu kelak.
Keyakinan itu adalah berdasarkan dua pasukan tersebut adalah antara pasukan yang mempunyai penyokong paling ramai dalam liga tempatan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Che Mat Jusoh berkata, jumlah kehadiran yang mereka sasarkan itu tidak mustahil untuk dicapai memandangkan kedua-dua pasukan mempunyai penyokong setia yang agak ramai.
"Saya harap peminat kedua-dua pasukan ditambah dengan peminat berkecuali bola sepak tanah air yang lain akan hadir menyaksikan perlawanan akhir yang dijangka menarik ini.
"Saya sasarkan 90,000 orang penonton akan hadir menyaksikan perlawanan akhir itu Sabtu ini dan seterusnya kita akan buat rekod tersendiri.
"Tengok sajalah, kelab penyokong Kelantan pun mencari bas sampai ke Terengganu untuk membawa penyokong mereka ke Bukit Jalil.
"Ia tidak mustahil kerana pertemuan kedua-dua pasukan dalam Liga Super di Shah Alam sebelum ini juga mencecah 40,000 penonton dan di Bukit Jalil dua minggu lalu 20,000 penonton yang hadir," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Final Piala FA 2009 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.
Che Mat yang juga Naib Presiden FAM turut mahu melihat perlawanan akhir Sabtu ini sebagai satu perlawanan yang menarik biarpun ia tidak lagi menampilkan kelibat pemain import.
"Ini pertama kali perlawanan akhir tanpa pemain import. Jadi kita nak tengok bagaimana sambutan penonton terhadap perlawanan ini nanti.
"Cuma saya harap penyokong kedua-dua pasukan tidak membuat kacau dan sentiasa mengikut arahan polis demi kelancaran sebelum, semasa dan selepas perlawanan," jelasnya.
Sementara itu, Komander Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Datuk Roslan Ahmad berkata, mana-mana individu yang dilihat membakar mercun tidak akan terlepas daripada tindakan mereka.
"Sesiapa yang dikenal pasti dan didapati melakukan kesalahan tersebut akan ditangkap serta merta.
"Kita akan tempatkan 1,279 anggota termasuk FRU, Pasukan Gerakan Am (PGA), trafik, unit pengesan dan juga detektif bagi memastikan perlawanan akhir kali ini berjalan lancar," katanya pada sidang media yang sama.
Berhubung laluan trafik, Roslan berkata, bas-bas penyokong Kelantan boleh diletakkan di Parking F di Stadium Hoki Nasional manakala bas-bas penyokong Selangor di kawasan Family Parking juga berdekatan dengan Stadium Hoki.
"Kita harap penyokong kedua-dua pasukan dapat mematuhi arahan trafik supaya tidak berlaku kesesakan," katanya.
Kosmo
22 Apr 2009
Ribuan penyokong Kelantan ke Bukit Jalil
KOTA BHARU - Lebih 40,000 penyokong Kelantan dijangka memenuhi ruang Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk bersama menyaksikan sejarah bola sepak negeri itu tercipta dalam perlawanan akhir bola sepak Piala FA pada Sabtu ini.
Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Haron Ali berkata, keghairahan rakyat Kelantan begitu memuncak dan begitu ramai yang akan memberi sokongan padu bagi menjadikan impian menjadi juara suatu kenyataan.
''Mereka bukan sahaja dari negeri ini tetapi juga yang berada di Kuala Lumpur serta negeri-negeri lain untuk sama-sama merasai bahang perlawanan, memberi sokongan dan meraikan kemenangan," ujarnya.
Katanya, pihak kelab sendiri berusaha menyediakan lebih 40 buah bas dari beberapa negeri untuk membawa para penyokong dengan begitu ramai membuat tempahan.
''Malangnya para pengusaha bas mula menaikkan harga sewaan sekitar RM2,600 hingga RM2,900 sehingga kami terpaksa membatalkan semua tempahan itu kerana ia membebankan penyokong.
''Kami meminta maaf kerana masalah ini. Pengusaha menaikkan harga dengan tiba-tiba sedangkan semasa perlawanan separuh akhir kedua di Negeri Sembilan, harga sewaan sekitar RM1,900 dan RM2,000 sahaja.
''Ini bermakna penyokong terpaksa membayar RM80 termasuk tiket berbanding RM60 sebelum ini. Kita batalkan tempahan semalam kerana bimbang akan dianggap cuba meraih keuntungan," ujarnya kepada Utusan Malaysia.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Mohd. Noor Yaacob ketika dihubungi kesal dengan tindakan para pengusaha bas itu.
''Ia akan turut menjejaskan persediaan KAFA untuk menarik seramai mungkin penyokong Kelantan Stadium Nasional sedangkan mereka sepatutnya turut bersama membantu dan bukannya mengambil kesempatan meraih keuntungan lebih besar.
''Mereka seolah-olah tidak menunjukkan semangat untuk bersama-sama menjayakan harapan seluruh rakyat Kelantan dan kami berharap mereka akan mempertimbangkan semula kadar bayaran itu," katanya.
Menurut beliau, ini akan membolehkan lebih ramai penyokong Kelantan menyertai perjalanan yang membawa misi bersejarah dalam arena bola sepak negeri.
Sementara itu, Mohd Noor memberitahu, pejabat KAFA memperuntukkan 20,000 keping tiket menyaksikan perlawanan akhir itu yang boleh dibeli di Stadium Sultan Muhamad Keempat Kota Bharu, di Wisma KAFA dan Majlis Sukan negeri.
Habuan RM30,000 menanti Kelantan

PEMAIN Kelantan dijanjikan habuan RM30,000 oleh kerajaan negeri sekira- nya berjaya membawa pulang Piala FA selepas skuad Wira Merah melangkah ke perlawanan akhir merebut piala idaman itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, hadiah yang ditawarkan itu merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada semua pemain sekiranya menjuarai Piala FA.
Menurutnya, kerajaan negeri sangat berbangga dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemain Kelantan pada musim ini apabila berjaya mencatat sejarah melangkah ke perlawanan akhir Piala FA.
"Walaupun hadiah yang ditawarkan tidak seberapa seperti kerajaan negeri lain tetapi yang penting kami tetap menghargai kejayaan pasukan Wira Merah," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang peringkat ketiga Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia 2009 (JM '09) di Tanah Merah semalam.

Abdul Fatah berkata, beliau percaya pemain Kelantan mampu melakukan kejutan menjuarai Piala FA seterusnya mencipta sejarah bagi pasukan itu apabila pertama kali memenangi piala tersebut.
Jelasnya, walaupun pasukan Selangor merupakan antara pasukan yang kuat pada musim ini, namun beliau menaruh kepercayaan pemain Kelantan dapat menewaskan pasukan Gergasi Merah itu.
"Saya mengharapkan pemain Kelan- tan tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk membawa pulang Piala FA seterusnya mencipta sejarah pasukan Kelantan yang pertama dapat menjulang Piala FA," ujarnya.
Dalam pada itu, Abdul Fatah juga mengharapkan penyokong Kelantan dapat memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini bagi memberi sokongan padu kepada pemain-pemain Kelantan.
Katanya, sokongan tersebut akan dapat membangkitkan semangat juang pemain Kelantan sepanjang perlawanan itu berlangsung kelak.
20 Apr 2009
Pengumuman Jualan Tiket Final piala FA
Selangor awasi Indra, Farhan
KELIBAT bekas penyerang kebangsaan yang kini menyarung jersi Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohamad menghadirkan gelisah yang bukan sedikit di hati pengendali skuad Selangor, K Devan yang menyifatkan dua pemain itu sebagai ancaman paling besar buat pasukannya.
Perlawanan akhir Piala FA bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, dan Devan menganggap kedua-dua pemain itu boleh menghancurkan impian Gergasi Merah untuk membawa pulang gelaran pertama musim ini.
“Indra Putra dan Norfarhan adalah dua pemain yang mampu mengubah keputusan perlawanan. Itulah yang saya bimbangkan. Mereka mampu menjaringkan gol walaupun di tempat lawan. Apatah lagi kali ini kami akan bermain di gelanggang berkecuali.
“Apa yang saya perhatikan, Kelantan mempunyai motivasi cukup tinggi untuk menghadapi final Piala FA musim ini. Inilah peluang mereka mencipta sejarah kerana sudah lebih 30 tahun mereka tidak menang gelaran utama di liga tempatan.
“Motivasi seperti itulah yang memainkan peranan penting. Bagi saya, semangat, keinginan untuk menang dan motivasi adalah tiga faktor utama bakal menentukan siapa bakal bergelar juara.
“Kalau sekadar mempunyai pemain hebat yang mampu mempamer taktikal bagus, ia tidak akan banyak membantu kerana kali ini, anda memerlukan lebih daripada itu jika mahu merangkul Piala FA,” kata Devan.
Walaupun bimbang, Devan mengakui beliau mahu menang bagi menyempurnakan sasaran Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang meletakkan sekurang-kurangnya satu piala untuk anak buahnya musim ini.
Kali terakhir Selangor memenangi Piala FA ialah pada 2005 dan cubaan mereka untuk mengungguli gelaran itu musim lalu dikecewakan Kedah pada perlawanan akhir.
Menyedari Kelantan mempunyai motivasi yang lebih baik untuk mencipta sejarah tersendiri, Devan tidak mahu berlengah sebaliknya mula menumpukan usaha meningkatkan faktor serupa kepada pemain mulai hari ini.
“Dalam tempoh lima atau enam hari ini, saya akan memberitahu anak buah saya supaya tidak terlalu memandang rendah keupayaan lawan selain perlu mempunyai motivasi yang tidak kurang berbanding lawan.
“Pertemuan kali ini langsung tidak serupa dengan pertemuan Liga Super sebelum ini. Kami menang sekali dan seri sekali sepanjang bertemu Kelantan musim ini tetapi bagi saya, perlawanan akhir Piala FA adalah jauh lebih sukar,” katanya.
credit:Hmetro
Tahniah Red Warriors

BAGUS...pemain Kelantan bersalaman dengan penyokong setia
di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
KEPULANGAN pemain pasukan Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, petang semalam, disambut meriah kira-kira 100 penyokong selepas layak ke final Piala FA menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin.
Kelantan yang sebelum ini tidak pernah layak ke final, berazam tidak akan pulang dengan tangan kosong apabila bertemu Selangor yang menewaskan Perlis 2-1 dalam satu lagi perlawanan.
Sebelum ini, skuad Red Warriors itu tewas 0-1 pada perlawanan pertama di Stadium Sultan Muhammad IV sehingga mencetuskan rusuhan. Bagaimanapun, kekalahan itu berjaya ditebus dengan kemenangan bergaya di Paroi.
Kelantan layak ke final berdasarkan kiraan gol di tempat lawan walaupun mencatat agregat 2-2, hasil jaringan Mohd Norfarhan Mohamad dan Indra Putra Mahayuddin.
Pemain Kelantan yang tiba jam 4 petang semalam disambut meriah sebelum menaiki bas sambil diiringi anggota polis serta kereta penyokong yang turut mengibarkan bendera Kelantan ke Stadium Sultan Muhammad IV.
Kapten, Muhamad Badri Radzi, bangga kerana Kelantan kini sudah mencatat sejarah apabila layak ke final Piala FA buat kali pertama.
Katanya, pasukan akan berjuang habis-habisan bagi membawa pulang piala itu walaupun sedar lawan kali ini bukannya mudah apatah lagi Selangor pernah menewaskan Kelantan 3-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam sebelum seri 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum ini.
Katanya, melihat pada perlawanan serta rakan sepasukan yang kini begitu bersemangat, tidak mustahil Piala FA kali ini akan berjaya dibawa pulang ke Kota Bharu sebagai hadiah kepada penyokong yang tidak pernah putus-putus memberikan sokongan padu.
“Saya berharap penyokong akan datang beramai-ramai ke Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 25 April ini bagi memberikan sokongan padu agar menjulang piala itu.
“Walaupun sedar terpaksa berhadapan Selangor yang kini semakin gagah, saya yakin tidak mustahil boleh dijinakkan,” katanya.
credit: Hmetro
di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Kelantan yang sebelum ini tidak pernah layak ke final, berazam tidak akan pulang dengan tangan kosong apabila bertemu Selangor yang menewaskan Perlis 2-1 dalam satu lagi perlawanan.
Sebelum ini, skuad Red Warriors itu tewas 0-1 pada perlawanan pertama di Stadium Sultan Muhammad IV sehingga mencetuskan rusuhan. Bagaimanapun, kekalahan itu berjaya ditebus dengan kemenangan bergaya di Paroi.
Kelantan layak ke final berdasarkan kiraan gol di tempat lawan walaupun mencatat agregat 2-2, hasil jaringan Mohd Norfarhan Mohamad dan Indra Putra Mahayuddin.
Katanya, pasukan akan berjuang habis-habisan bagi membawa pulang piala itu walaupun sedar lawan kali ini bukannya mudah apatah lagi Selangor pernah menewaskan Kelantan 3-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam sebelum seri 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum ini.
Katanya, melihat pada perlawanan serta rakan sepasukan yang kini begitu bersemangat, tidak mustahil Piala FA kali ini akan berjaya dibawa pulang ke Kota Bharu sebagai hadiah kepada penyokong yang tidak pernah putus-putus memberikan sokongan padu.
“Saya berharap penyokong akan datang beramai-ramai ke Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 25 April ini bagi memberikan sokongan padu agar menjulang piala itu.
“Walaupun sedar terpaksa berhadapan Selangor yang kini semakin gagah, saya yakin tidak mustahil boleh dijinakkan,” katanya.
The Red Warriors disambut bagai wira
LEBIH 100 penyokong Kelab Persatuan Bole Sepak Jajahan Kota Bharu menyambut kepulangan Pasukan The Red Warrior di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam. |
KEJAYAAN mencipta sejarah menjejaki pentas akhir Piala FA musim ini, menguatkan lagi tekad pemain Kelantan untuk membuktikan pengharaman bermain di gelanggang sendiri, bukan penghalang untuk mereka terus mencipta sejarah.
Kemenangan 2-1 menundukkan Negeri Sembilan malam kelmarin, dengan aggregat 2-2 sebelum layak ke pentas final atas kelebihan jaringan di tempat lawan, memberi amaran awal kepada Selangor betapa Kelantan kini semakin bersemangat untuk meratah lawannya itu dalam aksi kemuncak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu nanti.
Kapten Kelantan, Badhri Radzi, berkata kemenangan ke atas Negeri Sembilan itu membuktikan pengharaman bermain di gelanggang sendiri tidak memberi kesan kepada pemain The Red Warriors yang kini menanam tekad untuk mencipta sejarah baru iaitu membawa balik Piala FA ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini nanti.
"Gelanggang lawan ini turut sama membawa 'semangat keramat' sama seperti Stadium Sultan Muhammad IV," katanya sebaik saja pasukan Kelantan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam.
Walaupun belum lagi dinobatkan sebagai juara Piala FA, ketibaan pasukan The Red Warriors itu disambut bagaikan wira oleh lebih 100 penyokong mereka dari Persatuan Bola Sepak Jajahan Kota Bharu.
Malah lebih hebat lagi, bas yang membawa pasukan berkenaan diiringi sebuah kereta peronda polis serta beberapa kenderaan penyokong, sambil mengibar bendera Kelantan dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), ke Stadium Sultan Muhammad IV.
Badhri berkata, dengan keadaan pemain yang kini semuanya berada dalam situasi semangat juang yang tinggi, bermain di Stadium Nasional nanti tidak akan memberikan sebarang masalah kerana pernah bermain di padang berkenaan.
"Apa yang kami harapkan nanti pada perlawanan akhir itu ialah sokongan penuh dari penyokong Kelantan sama ada dari Kelantan yang pergi dari sini atau yang sudah tinggal di Lembah Klang," katanya.

