KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label #ALLAH. Show all posts
Showing posts with label #ALLAH. Show all posts

Monday, 14 October 2013

DAP GAGAL SEMBAH ANWAR DI MAHKAMAH!!!

MB yakin DAP telah mengadap Brader Anwar Bin Ibrahim dan meluahkan kekecewaan kerana tidak dapat menggunakan khalimah Allah dalam kitab Kristian. Sumber MB juga menyatakan Brader Anwar Bin Ibrahim tidak menjangkakan keputusan ini memihak kepada umat ISLAM kerana jika dilihat dalam pola keputusan Mahkamah sebelum ini, umat ISLAM selalu tewas.

Dalam penghakimah sebentar tadi di Mahkamah Istana Kehakiman Putrajaya, Hakim bg kes kalimah ALLAH :

1. Dato' Haji Mohd Zawawi
2. Dato' Abdul Aziz Bin Abd Rahim
3. Dato' Seri Hj Mohamed Apandi

Hakim sebulat suara mengarahkan pihak roman katolik tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dlm akhbar terbitannya.

Tuesday, 16 April 2013

ANTARA CALON-CALON YANG BUAT ANWAR KECUT!!!


Ini antara calon-calon yang tidak dijangkakan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim. 


Lepas ni rasa-rasa mana Brader Anwar Bin Ibrahim mahu lari yer? Oh yer... Jangan lupa ada lagi calon bebas yang nak lawan dengan Brader Anwar Bin Ibrahim ini... Papagomo bakal menyengat Brader Anwar Bin Ibrahim.

Friday, 12 April 2013

MUSTAPHA ALI BUAT KENYATAAN!!! AWAS ANWAR!!!


Apa sudah jadi? MB sebelum ini tidak mahu mengulas isu video ini. Tetapi bila kebenaran terserlah, MB mengambil keputusan untuk mengulasnya. 

Malam tadi MB perhatikan rancak macai-macai Puak Brader Anwar Bin Ibrahim berbunyi mengatakan ini semua permainan UMNO. Malah pagi tadi Husam Musa berkata video itu palsu dan tidak perlu menyiasatnya. Kenapa?

Harus diingatkan wahai rakyat Malaysia, Brader Anwar Bin Ibrahim telah menyemai di dalam diri atau mencipta suatu prepsepsi bahawa setiap isu yang memberi kesan negatif kepada puak Brader Anwar Bin Ibrahim ini semuanya palsu dan fitnah UMNO.

Adakah dengan kenyataan dari Mustapha Ali ini bakal menundukkan macai-macai ini untuk memohon maaf?  Sedarlah wahai rakyat Malaysia. Jika ia benar jangan di tidakkan.

Ini kata pemimpin PAS. Bukan UMNO!!!

AWAS!!! Menurut sumber daripada blogger PAS BERUK , berkemungkinan Mustapha Ali masih belum berkahwin dengan wanita terbabit. Terdapat dakwaan Mustapha Ali sedang berusaha untuk kahwin di sempadan siam atau secara tertutup dengan segera. Sijil Pernikahan mungkin akan di cetak tarikh sebelum video terbabit di rekodkan. Dakwaan ini dikuatkan setelah Mustapha Ali gagal menunjukkan dokumen perkahwinan terbabit hari ini!!! Harus diingatkan kepada mereka yang bersubahat dengan Mustapha Ali ini, berdosalah kamu!!!


Wednesday, 10 April 2013

FITNAH TUN M TELAH MENINGGAL!!! CELAKA MEREKA INI!!!

Terkejut MB membaca msg yang sahabat MB maklumkan kepada MB sebentar tadi.
Begitu terdesak puak Brader Anwar Bin Ibrahim hingga tergamak melakukan ini.

Buat rakyat sekalian. Mohon sebarkan kepada seluruh rakyat bahawa Tun Mahathir masih hidup dan sihat! Mohon rakyat sentiasa mendoakan kesihatan Tun Mahathir dan mendoakan BN dijauhkan dari fitnah-fitnah jahat seperti ini!

Monday, 8 April 2013

BUKTI BARU DI DEDAHKAN KEJAHATAN ANWAR!!! HINDU TURUT DIHINA!!!


Kenapa agenda mesyuarat ini di arahkan supaya JANGAN DISEBARKAN??? Kata telus. Mana ketelusannya? 

rujuk maklumat lanjut di sini.

Saturday, 6 April 2013

ULAMA AKHIR ZAMAN BEGINIKAH?


MB terkilan bilamana agama dipermainkan. Kerana kepentingan politik, pelbagai fatwa dikeluarkan. Nabikah Nik Aziz ini?


Hari ini kalau di peringkat mahasiswa ramai cerdik pandai bab agama. Tetapi masing-masing takut untuk menegur Nik Aziz. Yang mereka tahu menghina dan mengutuk kerajaan BN.


Malah calon GM13 yang di angkat tinggi menghafal 30 Juzu' Al-Quran secara terang-terangan biadap dan bersikap kurang yang merosakkan imej ISLAM mendiamkan diri segala fatwa-fatwa palsu yang dikeluarkan oleh Nik Aziz. Mengapa takut menegakkan kebenaran agama?




Thursday, 4 April 2013

PENDEDAHAN DEMI RAKYAT!!!




Banyak analisa dibuat oleh pelbagai pihak termasuk di luar negara merumuskan Barisan Nasional akan menang dalam PRU kali ini. Pihak pelabur juga menaruh keyakinan tinggi terhadap Barisan Nasional. Buktinya, pasaran saham tidak terjejas walau sedikit pun apabila Dato' Seri Najib Tun Abd Razak umumkan pembubaran Parlimen pada pagi tadi. Kebiasaannya, di mana-mana negara pun, jika pembubaran dibuat ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi pasaran saham. Para pelabur juga cenderung mengambil langkah berhati-hati. Tp hal ini tak berlaku di Malaysia sekaligus membuktikan keyakinan tahap tinggi pelbagai pihak terutamanya para pelabur asing terhadap demokrasi cara Malaysia yg kita amalkan di sini.

Namun begitu, jika kita telitikan corak permainan pembangkang, strategi perang psikologi mereka begitu berimpak. Sejak dari awal lagi mereka menyebarkan propaganda bahawa Pakatan Rakyat akan menang besar dan Putrajaya akan jatuh. Barisan Nasional kononnya akan kalah teruk. Terbaru, kenyataan oleh Tuan Guru Nik Aziz kononnya UMNO berada dalam keadaan yg amat tenat. Permainan-permainan sebegini pastinya akan memujuk psikologi rakyat yg kurang berfikir dan mengkaji sehingga menjadi persepsi kekal bahawa Pakatan Rakyat akan menang. Lebih dahsyat dari itu, mereka sudah pun berasakan Pakatan Rakyat sudah menang sebelum PRU 13 berlangsung lagi. Inilah salah satu bentuk perang psikologi ampuh yg dilancarkan oleh pembangkang ke atas rakyat Malaysia. Tanpa sebarang ukuran yg absah, mereka menanam persepsi tersebut hingga akhirnya menjadi satu kepercayaan dan keyakinan.





Permainan ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Dlm satu kenyataan oleh YB Nurul Izzah yg perlu kita berikan perhatian, beliau menyatakan sama ada Pakatan Rakyat menang atau kalah, revolusi tetap akan berlaku. Kenyataan ini diterbitkan ketika negara sedang kalut dgn cubaan melancarkan BERSIH 3.0 dahulu. Apakah ertinya? Kita juga perlu ambil berat dgn kenyataan Anwar Ibrahim yg sering menyeru dalam siri ceramahnya supaya rakyat berhimpun di Kuala Lumpur selepas menunaikan tanggungjawab mengundi masing-masing. Kononnya, beliau mendakwa, SPR akan mengumumkan kemenangan Pakatan Rakyat menjelang jam 7 malam pada hari 
pengundian dan seluruh penyokong diminta berhimpun di Kuala Lumpur utk meraikan kemenangan tersebut.



Apakah muslihatnya?

Pada malam sebelum tanggal 9 Januari 2012, Anwar pernah mengumpulkan sejumlah anak muda di rumahnya. Dlm pertemuan itu, Anwar telah meniupkan semangat revolusi sempena gerakan kebangkitan rakyat yg berlaku di Timur Tengah. Anwar turut membacakan puisi khususan membangkitkan semangat juang anak-anak muda di hadapannya. Malam itu diibaratkan sebagai malam keramat yg amat penting kpd Anwar sendiri. Kenapa? Ini kerana, keesokan harinya, iaitu pd 9 Januari 2012, Anwar akan hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan perbicaraan kes Liwat 2 membabitkan bekas pembantunya, Saudara Saiful Bukhari Azlan. Pd malam tersebut, perancangan sudah diatur dgn anggapan Anwar akan didapati bersalah dan akan dihantar ke penjara sekali lagi. Justeru, bg memastikan perkara tersebut gagal, satu gerakan revolusi akan dilancarkan dgn nama Revolusi Bunga Raya atau Revolusi 901 yg bertujuan membebaskan Anwar secara revolusi.

Dgn kuasa Allah, segala perancangan jahat tersebut akhirnya gagal dan Anwar tidak berjaya menggunakan jalan pintasnya untuk berkuasa.

Hal ini mendedahkan kpd kita akan muslihat Anwar pada hari pengundian kelak. Tujuan utama Anwar menyeru rakyat berhimpun di Kuala Lumpur sebenarnya bukanlah untuk meraikan kemenangan. Anwar tahu Pakatan Rakyat tidak mungkin akan menang dlm PRU kali ini. Justeru bg memastikan Barisan Nasional tidak kembali ke Putrajaya, satu operasi huru-hara akan dijalankan. Rakyat yg telah dihasut mempercayai bahawa Pakatan Rakyat akan menang pasti dgn mudah juga boleh dihasut utk memberontak sekiranya keputusan yg diumumkan oleh SPR kelak tidak memihak kpd mereka. Inilah strateginya.





Pertama, kita kena lihat secara logik. Adakah SPR mampu menyelesaikan pengiraan undi dgn begitu cepat bg membolehkan keputusan diumumkan seawal jam 7 petang? Tidak pernah berlaku sedemikian hal dalam sejarah negara kita. Kedua, kenapa mesti berkumpul di Kuala Lumpur, tetapi bukan Putrajaya? Jawapannya, kerana Kuala Lumpur ialah pusat tumpuan baik dlm kalangan rakyat Malaysia mahupun dunia. Jika demonstrasi, rusuhan atau revolusi dijalankan, seluruh dunia akan melihat kpd Malaysia dan ini akan membantutkan usaha Barisan Nasional utk kembali berkuasa.

Adakah kita masih boleh percaya dgn setiap kata yg terbit dari mulut Anwar Ibrahim!

Wednesday, 3 April 2013

PAS HARUS SEDAR AKAN INI!!! KHUSUS UNTUK PAS!!!


DAP adalah lebih berbahaya dari Parti Komunis Malaya.

Taktik DAP amat halus dan licik. Tidak mudah untuk menghadapi strategi DAP ini tanpa jati diri yg kukuh dan kebijaksanaan dalam berpolitik. Ini kerana DAP adalah komunis dalam bentuk yg baru iaitu satu organisasi politik yg berjuang mengikut perlembagaan. Cara untuk menumpaskan mereka mestilah juga melalui perlembagaan iaitu pilihanraya.

Sudah berapa ramai umat Melayu Islam yg telah tertipu dan terpesona dengan pelbagai helah yg disajikan oleh penganut komunis itu. Dan setiap kali itulah maruah Melayu Islam diinjak-injak dan dipermainkan sewenang-wenangnya oleh parti rasis itu.(Tanya Karpal Singh)

Dengan memakai songkok dan lengkap berbaju Melayu semasa berkempen di kawasan Melayu, menggunakan ayat al-Quran dan hadis sebagai modal politik serta berceramah ala ulama agung di dalam masjid adalah strategi licik yg mampu mengkhayalkan umat Melayu.

Mereka bukannya ikhlas mahu membela nasib Melayu dan bumiputera. DAP hanya mahu memusnahkan pemerintahan Melayu Islam/peribumi di negara ini dan menggantikannya dengan kerajaan Cina. Peganglah satu perkara - DAP atau org Cina sama sekali tidak akan senang duduk selagi mereka tidak dapat menguasai Malaysia. Mereka kini sedang giat berusaha ke arah itu. Persoalannya apakah satu hari nanti mereka mampu menduduki tampuk pemerintahan negara? Hanya masa yang mampu menjawabnya.

Apakah peranan kita sebagai umat Melayu Islam?

Friday, 29 March 2013

ISLAMKAH PAS DAN PKR JIKA BEGINI???


Bila seorang ulama yang di sayangi oleh rakyat meninggal dunia... Apa kata mereka?



Wednesday, 27 March 2013

FAHMI REDZA DAN VIDEO SEKS NIK AZIZ!!!!

MB telah merujuk kepada risikan dalaman MB didalam kumpulan fahmi redza. Dakwaan menyatakan bahawa fahmi redza telah diarahkan mengedit beberapa video pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang sedang berasmara. Fokus utama adalah kepimpinan PAS dan Nurul Izzah. Antara tujuannya :


1-Bagi meraih undi simpati kepada Pakatan Rakyat kerana melibatkan ulama Pas.
2-Bertujuan memastikan rakyat tidak mempercayai video seks yang sebenar dan tulen yang bakal dikeluarkan oleh papagomo.
3-Bagi mengalakkan golongan lgbt menyokong anwar.

MB melihat video tersebut sangat teruk dilakukan editnya. Ia sengaja dilakukan sebegitu bagi memudahkan rakyat menuding jarinumnonyang melakukannya.

AWAS!!! Ini adalah permainan reverse psiychology dan Gerak Saraf Perang Saraf daripada Pakatan Rakyat. Umno harus bersedia dengan serangan fitnah BRADER ANWAR BIN IBRAHIM INI!

Bukti lebih jelas bahawa video ini dikeluarkan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim ialah pada malam tadi dia telah keluarkan beberapa video yang menceritakan video-video yang obama telah edit bagi spin video seks nya dengan mahasiswa. sejurus video itu dikeluarkan di twitter Brader Anwar Bin Ibrahim ini, video nik aziz ini disebarkan. Ini satu strategi yahudi Brader Anwar Bin Ibrahim. Malah sanggup mengarahkan fahmi redza mereka video seks nurul izzah!

Nanti rakaman arahan Brader Anwar Bin Ibrahim selepas ini!!!

Tuesday, 26 March 2013

KATA-KATA KERAMAT YANG PALING ANWAR TAKUT!!!!


Kuala Lumpur, 25 Mac - Dalam keadaan musuh menyerang bertalu-talu dan anggota pasukan komando VAT69 ini membalas tembakan mempertahan diri dan negara, dalam insiden 1 Mac lepas, Kpl Mohamad Asrul Osman tidak sedar rakan di sebelahnya gugur dalam pertempuran selama sejam itu.

Beliau berkata laungan 'Allahhuakbar' menjadi perisai ketikadiserang musuh yang jaraknya agak dekat dalam insiden pencerobohan pengganas militan di Lahad Datu, Sabah.

"Ketika pertempuran saya meniarap bersebelahan arwah (Sjn Sabaruddin Daud, 46)...Kami diserang bertalu-talu dan angin daripada tembakan itu memang jelas dirasai betul-betul di sebelah telinga saya.

"Saya tidak sangka tembakan itu mengenai Sabaruddin dan hanya mengetahuinya apabila saya menepuk belakang beliau untuk berundur, tetapi beliau sudah kaku ketika itu," katanya kepada Bernama, di sini hari ini

Mohamad Asrul, 33, berkata beliau cedera pada cuping telinga dan kolar pakaian seragamnya koyak rabak dalam pertempuran yang turut mengorbankan ASP Zulkifli Mamat.

"Meskipun hati sebak melihat rakan gugur, ia tidak menjadi kekangan pada saya untuk meneruskan perjuangan demi membela tanah air," katanya.

Semangat juang yang ditunjukkan pasukan keselamatan negara itu berjaya membunuh 15 musuh.

Beliau berkata kira-kira pukul 5 petang hingga keesokannya harinya (2 Mac) semua pegawai dan anggota diletak dalam keadaan siap siaga bagi menumpaskan pengganas.

"Sehingga kini saya masih terbayang kejadian menimpa Allahyarham," katanya.

Beliau berkata pengalaman bertempur dengan pengganas yang merupakan pengalaman pertama baginya itu, mendidiknya menjadi lebih berani dan sanggup mempertaruh nyawa sendiri demi menjaga kedaulatan negara.

"Saya masuk Komando pada 2003, insiden pencerobohan di Lahad Datu memberi peluang kepada saya merasai sendiri apa apa yang telah orang lama ceritakan mengenai pertempuran dengan komunis dan bagaimana perasaan bertempur dalam
situasi sebenar," katanya.

Mengambil pendekatan untuk tidak merisaukan orang tersayang, Mohamad Asrul berkata beliau memberitahu ibunya bahawa beliau sedang mengikuti kursus.

"Isteri saya pula hanya dimaklumkan bahawa saya terlibat dalam pertempuran ini tetapi tidak pernah memberitahunya apa yang saya lalui termasuk kecederaan yang saya alami," katanya.- BERNAMA

APA ANDA DAPAT DARI NURUL IZZAH!!!


Apa yang anda dapat bila Nurul Izzah menjadi ahli Parlimen?


Sanggupkah anda gadaikan Islam???

Monday, 25 March 2013

AL-FATIHAH....


25 Mac 2013 : Hari ini hujan lebat membasahi bumi mengiringi pemergian kekasihNya. 

1) Tuan Guru Haji Ali Kedah : Mengajar Tasawuf (kitab Hikam ) di Masjid-masjid di Alor Setar. Akhlaknya indah. Murabbi selalu cerita mengenainya. 

2) Tuan guru Hj Muhammad Abdullah : Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah.

3) Dr Uthman El Muhammady yg telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur.


Al-Fatihah. ALLAH.. Hasbi rabbi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...