Common Sense yang tak berapa nak common.

0 comments

Common sense. Dulu-dulu aku rasa common sense ni dia macam built in. Semua orang patut ada. Tapi nowadays, common sense ni macam hilang. Tak tau hilang ke mana. Macam susah nak jumpa orang yang ada common sense. Belajar la tinggi mana pon, kerja la pangkat besar mana pon, lilit serban tebal mana pon, tapi kalau tak ada common sense, you deserve no respect. Dari sekecik-kecik benda sampai hal-hal yang besar. Dekat bawah ni aku share sikit senario-senario lack of common sense yang aku sendiri pernah experience/ pernah baca/ shared to me.


Si A & B berkawan. Bekerja di daerah sama. Stay dekat rumah makcik A yang kosong. Makcik A cakap duduk je la. Tolong bayar bil api dan elektrik pon cukup dah. Tak payah bayar sewa. B kerja gaji RM 3000. A tengah praktikal, elaun bulanan dalam RM 450. Tapi tiap-tiap bulan B tak pernah tolong restock groceries. Not a single cent. Walaupun almost hari-hari A masak dan B makan bersama-sama dengan A makanan yang dimasak tu. Kadang-kadang siap tapau bawak bekal makan dekat ofis. Jimat kekdahnya. Mungkin sebab B rasa tu rumah makcik A, so A yang kena keluar belanja semua-semua tu. Dapat dekat aku, memang hamun la aku bagi 😈


C (lelaki) & D (perempuan) dan mempunyai anak. Disebabkan C dan D tinggal sebumbung dengan parents si D, mungkin both of them rasa the parents boleh tolong tengok-tengokkan anak mereka yang kecik tu walaupun tak pernah dinyatakan secara official untuk babysit si cucu tadi. The parents jenis yang selalu pastikan everything in order. Maksudnya barang-barang dapur sentiasa ada, barang-barang elektrik dalam rumah always function accordingly, rumah selalu bersih dan kemas (disapu, dimop, dibasuh etc.). Sebab dah terbiasa parents yang settlekan hal-hal rumah dan anak, C&D jadi selesa. Lepas tangan on benda-benda yang bagi C&D mungkin kecik. Alah..tolong tengok cucu kejap masa aku siapkan kerja/mandi/makan. Alah. tolong belikan ikan ayam sayur bagai. Kan aku hulur duit jugak. Dalam tanpa sedar, both parents sebenarnya rasa macam dipelakukan seperti orang gaji sebab tolong itu sikit, tolong ini sikit. In the end, bila perasaan "macam orang gaji" tu dipendam dengan sangat lama, akan timbul rasa nak marah, rasa tak puas hati benda-benda kecik. Sebaiknya kalau dah berkeluarga; be it baru kawen ke, apatah lagi kalau dah beranak pinak, usaha la untuk hidup sendiri, pindah keluar duduk rumah sendiri. Belajar selesaikan masalah sendiri. Mak-mak ayah kita dulu-dulu pun pernah struggle, pernah susah, pernah berdikari. Memang lumrah orang tua-tua nak tengok anak menantu cucu hidup senang, selesa, cukup serba serbi. Sebab tu kadang- kadang bila tengok cucu belum mandi, dia tolong mandikan, tolong suap makan. Tapi dia sendiri perlukan rehat, perlukan me-time dia. Dari muda dah bersusah payah besarkan anak, apa salahnya bagi dia rehat di usia-usia senja ni. To be honest, lepas kehilangan arwah mak secara mengejut, aku memang selalu prepare for the worst. Selagi aku boleh susahkan diri sendiri, aku cuba untuk tak susahkan abah walau macam mana sekali pun. Dulu-dulu tak pernah tau pun pasal confinement lady bagai, sebab dalam kepala, kalau beranak nanti nak mak jagakan. Little did i know, Allah lagi sayangkan mak dan mak dah selamat bawah jagaan Dia. Dari start pregnant memang dah start saving untuk hire confinement lady.


Tumpang kereta kawan pergi ke ofis yang sangat dekat. Walaupun hari-hari kita nak hulur duit minyak, tapi kawan tu menolak, pandai-pandai la fikir. Bukannya owh, aku dah bagi, dia yang taknak ambik. Kalau dia tolak duit minyak, maybe boleh belanja dia makan ke, tolong belanja basuh kereta ke. Macam-macam lagi yang kita boleh sumbang untuk bantu mudahkan urusan kawan kita tu.


Ada banyak lagi situasi harian kita yang kita boleh relate dengan common sense. Dia lebih kurang macam ability to read between the lines lah kot. Atas diri sendiri. Nanti la free-free kita sambung lagi. Ngantok!


Kebizian

0 comments
Inilah reason untuk.kebizian melampau aku..


Muhammad Umar B. Muhammad Yusri. Dah 2tahun 3 bulan. Baru recover dari HFMD setelah seminggu kena kuarantin minggu lepas. Nasib baik takde drama nak hantar pengasuh minggu ni. Semoga Umar sentiasa sihat dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t. Semoga akhlak Umar seteguh akhlak Saidina Umar al-Khatab.

Muhasabah

0 comments
Lama sangat rasanya tak menulis. Tuntutan kerja & tanggungjawab kepada keluarga. Klise alasan pon. Tapi kadang-kadang rindu nak menulis. Tak dapat banyak, sikit pon jadi lah. Aku bukan blogger tegar pon.

Lately rasanya banyak isu-isu semasa yang sedikit sebanyak boleh bukakkan mata kita.. Sudden death arwah abam and  ashraf sinclair (al fatihah dibaca).. Untuk orang lain aku tak tau. Tapi untuk aku sikit sebanyak memang terkesan. Bring back memories. Memories bring back you.. Gittewwww.. Sebab arwah mak pon lebih kurang macam tu la jugak kisahnya. Cuma dia bukan pergi dalam tidur. Tapi start dengan demam, then lung infection, organ failure then habis nafas. Semua ni hapened in only 2 days. Jumaat pagi bawak ke hospital (red zone). Jumaat malam ke icu. Ahad 8.05 pagi dia hembuskan nafas terakhir dengan kami semua adik bradik (except edi, balik rumah mandi, salin baju), menantu, abah dan tok (emak kepada mak) ada di sisi arwah. On one side, memang aku terkilan sebab tak sempat bercakap dengan arwah masa saat- saat akhir mak. Masa aku sampai penang jumaat tengah malam, dia dah tak sedarkan diri di wad icu. Tapi on another side, aku bersyukur, mak tak perlu suffer lama untuk tanggung sakit. Cepat Allah ambik dia. Few months jugak aku jadi kurang rasional. First month after she left, memang hari-hari aku nanges. Rasa lost. Rasa entah lah. Gelap dunia. Aku cuma doa mohon aku kuat untuk adik-adik & abah.


Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan. Memang bukan senang. Sampai sekarang pun, kadang-kadang kalau aku rindu sangat, memang basah mata. Rindu tapi tak boleh nak bercakap dengan orang yg kita rindu tu.

Pasal corona.virus ni pulak, makin hari kes makin bertambah. This past few weeks, aku banyak guna public transport untuk ulang alik rumah-ofis. Peak hour pagi/petang time orang pergi/balik kerja tu boleh imagine la macam mana situation sardinnya dalam tren tu. Nak tak nak memang kena hadap. Sentiasa jaga kebersihan and jangan lah jadi selfish. Kalau rasa tak sihat, tolong lah pakai mask or better elakkan crowds untuk prevent infection to orang lain. Cover mulut bila bersin/batuk etc.


Untuk newly formed cabinet, selamat maju jaya. Jalankan amanah yang diberi dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Nothing much to comment. Sebab i am not into politic pon. Doa yang baik-baik je la untuk kesejahteraan semua orang. Nak bergaduh tak puas hati sana sini pon buat apa. Tak boleh bawak masuk kubur pun.

Ok. Till.next time..

Whatsapp Groups

0 comments

Aku ada few whatsapp group yang rasanya each of them discuss different things.

 1)      XOXO – geng sekolah menengah. Dalam 9  to 10 orang je kot rasanya. Group members consist of mak orang, bini orang, single ladies, mom-to-be. So discussed topics usually random. Based on situation. Kadang-kadang bincang pasal hadiah kawen, tempat nak lepak untuk gathering, port nak makan-makan, life masing-masing, share resepi menu masakan, share tips nak handle anak meraagam perut kembong, update terkini dalam labor room dan macam- macam la. Dah kawan almost 16 tahun. Most of the members dalam group ni adalah roommate aku masa Langkawi dulu. So perangai masing-masing dah dalam poket. Kalau sekali berjumpa memang rasa tak cukup jam nak bercakap itu ini. Time zone pon lain, ada yang dekat UK, Qatar, Malaysia etc.
 
2)      BIMBOnotallowed – yang ni geng masa degree. Kepala masuk air semua. Masing-masing lead different life. Group members pon macam-macam. Ada mak orang, bini orang, student, orang minyak dan pelancong. Discussed topics pon random. Pasal akasia, novel pon boleh jadi berjela-jela nak baca. Biasanya kitorang share daily routine dalam group ni. Kadang-kadang ada jugak gathering kecik-kecik. Group ni pon most of them adalah roommate aku masa degree dulu. Tiap hari ada ja topic nak share. Kadang- kadang meriah, kadang sunyi sepi. Kalau sunyi sepi tu busy la tuh dengan anak, dengan rumahtangga, dengan study, dengan kerja, dengan family.

3)      SuperMummies – yang ni bukan group mumia. Group members ni semua colleague masa company lama aku dulu kat Kelantan. Semua department lain-lain and pada mulanya memang tak berapa rapat pon. Pernah bercakap. Sembang gitu-gitu ja. Then create group, jadi kamceng. Every Friday memang kami buat gathering sendiri kat kantin sebab rehat agak lama. Semua ni mak orang except aku. Mostly topics yang ada dalam tu pasal anak-anak la. Macam-macam tips aku belajar. Haha. Ilmu free. Pasal kerja, pasal business. Pasal tak puas hati dengan boss. Even aku dah resign pon dorang ni semua masih aktif. Share resepi bento pagi-pagi.

4)      Puak Kg. Teras – yang ni group family belah husband. Memang tak ada specific topic. Kebanyakan chained message dalam ni. And reminders untuk sama-sama beringat. Group members consist dari pelbagai lapisan umur. Dari yang senior sampai la yang masih bersekolah.


5)      Family tok mail – yang ni belah family aku. Sama jugak group members consist dari pelbagai lapisan umur. Dari yang senior sampai la yang muda-muda. Biasanya update tarikh nak buat kenduri, inform kematian sedara-sedara terdekat, update banjir, update result exam. Mujur lah zaman aku exams da abes. So budak-budak ni yang masih sekolah, nasib lah.
 
6)      WJ Tups Team – yang ni memang totally group business. Tupperware. Entah macam mana aku terjebak. Tapi aku pasif dealer. Haha. Selalunya kalau ada offer ke special item of the month memang laju aku dapat tau. Sebenarnya join untuk beli kegunaan sendiri. Untuk berbisnes tu part time ja pon. Kalau rajin lebih sikit and banyak masa, aku jual la.


7)      BCS 05/08 – yang ni group satu batch masa degree dulu. Yang ni memnag consist of macam-macam la. Discussed topic pon tak berapa random. Usually, pasal carrier opportunities yang banyaknya. Jemputan kahwin, akikah/birthday anak. Yang ni pon aku pasif member. Kadang-kadang share pasal berita terkini. Tu je la pon.


So, tak kisah lah apa yang dibincangkan, as long kita tau matlamat penubuhan group. jangan la dalam group kerja tiba-tiba bincang gossip artis.

 

Burger Bakar Tok Janggut

0 comments
Aku tak ingat sama ada pernah blog pasal ni or tak. Tapi rasa-rasa macam tak pernah. Ok lah dulu masa lepas kawen, aku & mr. yuX sempat berniaga part time jual burger bakar (home made patty), cheezy benjo etc. Cuba sebaik mungkin untuk hasilkan produk home-made sebab konon-konon nak lain dari orang lain. Ada lah jugak dekat setahun berniaga. Letih tak payah cakap. Tapi puas hati. Both kami memang zero knowledge & zero experience pasal bisnes. Tapi sebab minat punya pasal, proceed jugak. Dan sebab nak cari pengalaman. Alhamdulillah, dalam persiapan nak setup bisnes tu, Allah temukan dengan ramai orang yang baik-baik dan senang berurusan. Dugaan tu ada jugak, tapi simpan buat sebagai pengajaran. Pengalaman dan pengajaran yang sangat berguna untuk masa depan.
Siang masuk ofis macam biasa. Balik kerja siapkan barang berniaga. Lepas maghrib keluar berniaga sampai la ke tengah malam. Balik kemas-kemas barang niaga. Pengsan. Esok paginya bangun pergi kerja pulak. Hectic. Memang takdak life. Weekend kami busy restock barang atau pun buat patty. Setiap hari pikir macam mana nak improve bisnes. Sambutan sangat menggalakkan. Mungkin jugak kebetulan lokasi gerai yang betul-betul tepi jalan besar berhampiran HUSM kubang kerian & berdekatan mydin. Memang tempat tumpuan.
 
proses grill patty
 

Beef jumbo double cheezy spicy

beecken

jumbo

ayam & roti
 
 Bermula dengan sebijik khemah yang berapa kali entah besi patah-lepas tu ikat dengan dawai sebab kena tiup angin kencang masa hujan lebat, kami diberi rezeki untuk membina sebuah proper stall. Designed 100% by mr. yuX. And again, ditemukan dengan tukang yang boleh provide stall tu untuk kami. Alhamdulillah. Siap stall, dia siap bawak tolong pasang sekali kat tapak berniaga. Owh lupa, kami menyewa di sebelah kedai makan D’Village. Sebelah RHB bank nak masuk ke mydin kubang kerian. Sepanjang berniaga, memang macam-macam la hal yang jadi, masalah bekalan eletrik terputus, kable lampu kena curi, macam-macam la. Tapi tu la yang seronok nak ingat pon.
Gerai BBTJ

gerai BBTJ lagi
 

Set

cheezy benjo
 
 
 
Lepas lebih kurang setahun, kami decide untuk rehat sekejap. Sebab memang letih sungguh-sungguh. Tapi dah lama rehat, paham-paham la bila nak start balik tu macam mana. So lepas tu dapat idea baru, since budak-budak kat kilang lama dulu adalah antara regular customer kami jugak dia orang bagi idea untuk bawak burger jual dekat kilang. Rutin kembali berubah tapi tak lah sesibuk dulu. Manageable lagi la. Alhamdulillah bila buat delivery macam tu, sambutan boleh tahan. Tak menang tangan jugak. Stall yang ada tu kami decide untuk jual kepada orang lain. So prepare daripada rumah ja. Sewa tapak pon tak payah bayar. Save banyak dekat situ.
Sebenarnya rindu nak berniaga datang balik. Dah dekat setengah tahun tinggalkan bisnes burger bakar, lately mr. yuX bagi bagi hint macam nak start  balik. So bermula dengan sesi promotion bagi kawan-kawan rasa dulu. Feedback Alhamdulillah. Memberansangkan. Proper planning belum buat. Tunggu bagi tenang-tenang sikit hal kerja ni, baru plan balik macam mana.
Fb page : Burger Bakar Tok Janggut
 

SABAR. ye, sabar!

0 comments

 
It is not about dealing with my own feeling.
It is not about I could not face the fact that she is gone.
It is not about denying His fate.

 

But…

It breaks my heart when I stepped into their bedroom seeing them sleeping and cuddling her picture album.
It breaks my heart when they asked me to come home and cook for them just because they miss her cooking.
It breaks my heart when they texted me in the midnight saying that they missed her so much.
It breaks my heart when they call her cell phone so that her picture appear on their screen.
It breaks my heart whenever they said it feels like she is still around.

 

I promised her to always be there for them whenever they need her just like she always did.
I promised her to take a good care of them until my last breathe.
I promised her to be her strongest daughter.
I promised her to be a good sister to them.

 

I thought it would be easy to start a new life without her being around.
I thought it would be easy pretending to be okay.
I thought time would easily heal.

 
No matter how far we were distanced, we know that Allah is taking a very good care of you.
No matter how hard life treat us, we know that Allah knows best.
No matter how fast time flies, you would always be in our heart.
No matter how far we go, you will never be forgotten.


Al Fatihah for our dearest mom. May 14th 1964 – Sept 07th 2014. May Allah forgives her shortcoming, grant her the highest rank of Jannah among His righteous servants and grant her ease and comfort in the grave.

 I've been missing you so much for 178 days.

 

87 hari.

0 comments
Satu ketika dahulu.
Aku rasa mak aku manusia paling garang dalam alam semesta.
Pantang salah sikit, memang kena la.
Aku pulak suka menjawab.
Dah kena marah. Sentap.
Abah pun sama. Macam singa.
Salah aku atau salah adik-adik, aku lah yang kena.
Sebab? Tak pandai jaga adik supaya jangan buat salah.
Apakah??

 
Masuk Form 1. Aku dapat masuk asrama.
Kadang-kadang teringat telur mata mak goreng.
Makan dengan nasi panas-panas tambah kicap.
Pon boleh jadi punca homesick.
Bukan lah lauk asrama tak sedap.
Tapi yang mak masak jugak paling mantap.
 

Habis sekolah, aku masuk matrik.
Nasib baik dekat sejengkal.
Tiap minggu tak pernah tak balik.
Bukan homesick sangat pun. Siapa tak suka balik rumah sendiri kan.
Mak suka masak banyak-banyak.
Paksa aku bawak balik asrama. Suruh jamu kawan-kawan katanya.
Bila aku cakap kawan-kawan puji kata sedap.
Lagi la dia masak lagi banyak.
OK lah mak, janji mak happy. Kawan-kawan happy.

 
Sambung ijazah paling jauh.
Tiba-tiba malam aku nak bertolak mak nangis.
Aku senyap. Tak pernah pulak dia macam tu.
Tapi pujuk hati sendiri. Semua OK saja.

 
Start bekerja, aku duduk jauh lagi.
Masa tu baru lah rasa hazab hidup sendiri.
Iya lah dah kerja tak kan nak mintak duit mak abah lagi.
Belajar berdikari.
Baru la reti bergayut dengan mak tiap-tiap hari.
Kadang-kadang sehari sampai dua tiga kali.
Dari soal kerja, rumah sewa, nasi lemak naik harga semua aku cerita.
Tapi mak OK ja. Dia suka.

 
Masa aku nak kawen, dia la paling happy.
Saja aku bagi dia pilih warna baju pengantin.
Aku dah kurang suka menjawab.
Janji mak suka. Aku OK ja.

 
Masa raya sama-sama hari tu  pon mak OK ja.
Cuma asyik komplen lauk dia masak tak menjadi.
Tapi lalu tekak aku, aku rasa sedap ja.
Mana pernah mak aku masak tak sedap.
Habis raya, aku nak balik KL.
Sebelum subuh dia bangun dan masak.
Beriya nak aku bawak bekal.
Takut sangat anak menantu dia lapar.
Sampai KL baru aku makan bekal.
Punya lah banyak dia bekalkan.
Dari tengah hari cukup ke makan malam.

 
Sebulan lepas raya. Adik sms cakap mak sakit.
Tiba-tiba dia jatuh.
Sedang tenat pun masih nak bergelak, berborak, melawak.
Dua hari bertarung di ICU. Mak dijemput oleh-Nya.
Perginya tenang. Muka mak paling tenang yang aku pernah tengok.
Aku cuma harap perangai SABAR dan TABAH mak tu turun dekat aku.
Tak kira sebesar mana pun dugaan.

 

Hilang.

0 comments

Dulu kecik-kecik.
Aku rasa rumah ni besar.
Duit sikit.
Janji makan pakai cukup.
Hati senang.
Petang-petang kayuh basikal pusing kampung.
Main tuju tin, jengkek, galah panjang, guli  macam-macam.
Senja balik. Kena marah balik lambat.
Tapi suka. Boleh jalan-jalan riang ria.

 
Lepas tu bila besar sikit.
Aku rasa rumah ni macam kecik sikit.
Tapi aku duduk jauh.
Duit ada sikit-sikit.
Janji makan pakai cukup.
Hati senang.
Cuti sekolah atau cuti sem lepak rumah.
Perasaan paling malas mesti lah waktu kemaskan beg nak balik asrama.
Kalau boleh nak bawak asrama balik rumah.

 
Sekarang dah besar sikit-sikit.
Aku rasa rumah ni kosong.
Aku masih duduk jauh tapi mak dah pergi lagi jauh.
Duit ada lah sikit.
Janji makan pakai duit belanja abah adik-adik cukup, tu pun dah cukup bagi aku.
Hati rindu. Sangat. Tapi kena kuat.
Cuti hujung minggu kadang-kadang aku balik.
Kalau boleh nak cuba cukupkan apa yang tak cukup.
Seboleh mungkin.
Tapi mustahil.
Sebab kehilangan ini tak akan pernah berganti.
Sampai mati.
Dan kalaulah redha itu semudah ABC.

Pulau Redang

2 comments
Ok. Mari tulis review pasal Pulau redang. Aku tak pernah pergi pulau. Maksud aku pergi bercuti-cuti snorkeling semata. Pulau Langkawi tu tak termasuk la. Sebab lagi banyak aktiviti shopping dekat mall  kot daripada aktiviti laut. So, early April hari tu kitorang plan macam nak pergi jalan-jalan. Tapi tak ada idea ke mana. Plan asal ingat nak jalan-jalan kat Terengganu ja habiskan weekend. Tapi suddenly yux came out with the idea pergi pulau. Buat research sikit dan tanya kawan-kawan mana yang pernah pergi, kitorang decide pergi Redang. Thanks a lot to nana and che ton for the very helpful infos. Aku call and book package semua 5 days before the trip. Since da book pon lambat, Alhamdulillah ada 1 lagi room available untuk 2 pax 3D2N package. So dapat Redang Reef Resort. RM455/ pax inclusive 3 snorkeling trip, 2x lunch, 2x breakfast, 2x dinner/bbq, 2x tea break, boat transfer and accomodation. Tiket untuk ke Marine Park bayar kat sana masa nak ambik snorkeling gear and life jacket. RM5 for adult, snorkeling gear + life jacket RM30 untuk sepanjang kat sana. Quite reasonable bagi aku.

So, on 11th April, kami bertolak dari Kota Bharu around 5.30 pagi. Singgah subuh di Masjid area Penarik. Dalam lebih kurang 7.15 macam tu, sampai la Dataran Syahbandar, K. Terengganu. Called agen dari Redang Reef tu, Encik Mazlan, dia cakap around 8 pagi dia akan sampai. Sebab masing-masing da lapar dan tak ada sebiji kedai pun yang bukak area situ, menapak sikit. Jumpa satu  kedai nasi lemak situ. Done makan minum semua, gerak balik ke jetty dalam 7.50 camtu. Tunggu En. Mazlan. Feri dari Syahbandar ke Redang ni 3x sehari. 9 pagi, 11.30 pagi dan 3 petang. Kami berebut nak ambik yang pagi sebab boleh relax-relax sikit sampai sana. Alhamdulillah, dapat yang trip pukul 9. Tapi sebab ramai, feri penuh ja dia terus jalan. Pukul 8.30pagi dah gerak. Dalam feri dia pasang fast n Furious 6. Tak sempat aku nak mengantuk dok hadap cerita tu. Sedar-sedar pukul 10.15 dah sampai. Dia berhenti tengah-tengah.. Rupanya kena pindah bot. Tukar bot lain untuk bawak kami ke tepi pantai. Sampai tepi pantai, ada berderet kereta angkut beg tu. 1 resort 1 kereta kot. Untuk angkut beg-beg kita. Dia pegang kertas. So, cari la resort masing-masing. resort dia sebelah-sebelah ja. Tak risau kalau sesat pun.

Sampai-sampai ja, dia panggil briefing. Mr. Johnny namanya. Dia explain sikit-sikit pasal aktivity sepanjang 3 hari tu. Isi borang, ambil kunci. Check in. Pukul 10.45 masa tu. Lunch pukul 12.00. So lepak-lepak bilik sekejap. Salin baju, jalan-jalan sementara tunggu makan. Gambar bilik aku tak sempat snap sebab excited tengok air laut crystal clear tu. Menggigil lutut nak turun. Bagi aku yang tak berapa cerewet ni, bilik tu OK. 2 katil double, heater, air cond, bilik air bersih, rak, meja solek. TV tak ada. Tak penting sangat pun. Kami dapat bilik yang agak tinggi. Dekat bukit-bukit. Semua Ok except the part aku nampak seekor biawak besar sun-bathing 6 7 meter je dari pintu bilik. haiyyyyaaa..Aku ni penggeli binatang-binatang merayap macam tu. Takpa la. as long jangan masuk bilik aku sudah. Rupanya dekat situ ja sarang dia sebab petang tu nampak dia merangkak masuk lubang tak jauh dari spot dia sun-bath tu. Buat la apa pun, janji jangan kacau aku sudah.

hammock merata-rata.



Lunch masa first day tu dia bagi kari ayam, ikan goreng, kubis goreng, air oren, ayam stew kot dengan cendawan hitam tu. Sedap la makanan dia. Dan dihidangkan secara buffet. Buah tembikai sekali. Snorkeling at 2 pm. Kami tak join sebab letih and panas gila kot. So lepas lunch, tidur sekejap. Then, salin baju jalan-jalan tepi pantai. Pukul 4.30 tea break. Makan mihun goreng, maggi goreng, nasi impit, kuah kacang.  air milo, teh boleh bancuh sendiri. Gula creamer, susu pekat provided. Selesai tea break, sambung jalan-jalan dekat pantai area situ. Dekat sini no restriction nak jalan dekat pantai resort lain pun. Suka hati lah.Dah puas jalan, balik siap-siap untuk dinner pulak. Dinner first day tu kami diserved dengan grilled lamb. Sedap hoiii.. bertambah-tambah aku makan lamb tu. Ada nasi goreng, fries, coleslaw, buah, lauk-pauk. Banyak la jugak. Sedap pun sedap. Malam tidur awal. Sebab letih bertolak pagi buta tu tak habis lagi.


Dekat sini banyak coral and gamat. Ikan pun banyak. Belakang resort ja yang ni.


Dinner first day. Ada grilled lamb sedap gila.



Yang nampak bumbung tu Laguna Resort. Dekat ja.

Second day, pagi-pagi turun breakfast. Mihun goreng. Roti Bakar. Milo panas. Sedap. Then tunggu sunrise tepi laut atas hammock. Memang la heaven kan. Jalan-jalan main pasir. Around 9a.m tu, turun reception, sewa snorkeling gear semua. 9.30 gerak ke jetty. Nak ke Redang Marine Park. Naek bot nelayan yang open tu. Best la. Rasanya lebih kurang setengah jam jugak kot nak ke Marine Park tu. Sampai-sampai ja daripada jetty tu da boleh nampak ikan berduyun-duyun ok. Terkinja-kinja la aku kat situ  tak sabar nak turun. Ramai la dekat situ sebab dari resot lain pun semua kumpul kat situ. Kenyang la ikan-ikan weh. Tak sabar-sabar aku nak turun. Kami debagi 45 minit untuk snorkeling dalam designated area. Coral, segala macam jenis ikan, macam-macam colour. Air jernih. Memang sangat cantik. Oh, ikan-ikan sini makan roti. Most kedai koperasi dekat Redang ni jual roti tu. Sebungkus Rm2 je. Borong la banyak mana pon. Memang available everywhere. Dalam pukul 11 lebih kami gerak balik. Ngam-ngam je pukul 12 sampai resort. Balik salin baju kering, turun lunch. Memang lapar gila. Aku makan licin. Ada sayur, ayam masak apa eh. Aku tak ingat. Lepas makan, naek tidur. Snorkeling session petang, aku tak join. Salah satu sebabnya, ibu jari kaki aku luka sebab kena coral masa snorkeling dekat Marine Park tu. Memang berdenyut-denyut je kena air masin. Sementara tunggu tea break tu, jalan ke resort-resort sebelah pergi spa. Foot reflexology seround sampai terlena aku. Ngam-ngam ja siap, balik resort untuk tea break. So petang tu lepas tea break decide untuk snorkeling dekat pantai tepi resort je. Oo.. Redang Reef ni dia isolated sikit daripada resort-resort lain sebab tu dia ada pantai sendiri. Kalau resort-resort lain macam Laguna, Redang Beach Resort, Pelangi, Mutiara semua tu kena share pantai. Sebab dia sebelah menyebelah. Harga pun lain-lain untuk setiap resort. Geographically, kalau aku, aku prefer Redang Reef ni sebab pantai-pantai dia pun ada coral and gamat yang sangaaaaat lah banyak. Dan yang penting tak payah nak berebut-rebut dengan orang lain. Snorkeling dekat tepi pantai ja. Air sekerat lutut pun ada macam-macam ikan, ikan pari pun ada, yu pun ada, ikan warna biru, belang-belang, bawal putih. Semua pun ada la. Mula-mula tak ada, tapi bila bawak roti dalam air, berebut-rebut pulak nak makan. Heaven la. Dah letih-letih snorkeling. Naik siap mandi untuk dinner. dinner second day ni makan itik panggang. Sedap rupanya itik panggang ni. Ada la nasi goreng, sayur, ikan tenggiri, macam-macam la. Kenyang. Malam lepas isya', turun jalan-jalan dekat pantai depan Laguna. Ada live band. Lepak-lepak situ, jalan dekat Redang Beach Resort. Melawat gift shop dia. Best jugak. Malam pun ramai ja lepak tepi pantai. Tengok bintang. Penat. balik tidur.


Ni atas jambatan nak menghala ke Laguna.


Breakfast second day. Nasi lemak, mihun goreng, roti bakar, milo panas. Sambal kurang menyengat sikit.


Sunset dari atas jambatan.


Sunrise second day. Dari belakang resort.


Third day, bangun pagi-pagi bersiap-siap barang. Sebab 9.30 da kena check out. Lepas breakfast. Jalan tengok sunrise. Shopping sikit. Balik kemas-kemas. Check out. Bot pukul 11am gerak dari Redang ke K.Terengganu. Pukul 12 lebih sampai ke jetty Kuala Terengganu. Jalan Pasar Payang. Lunch. Terus gerak balik Kota Bharu. Letih tapi puas hati. Hajat untuk repeat trip memang berkobar-kobar. Tapi kena ambil more than 3 days la. Baru puas hati betul.


Ini no filter. Tengah hari buta. Bot tu get ready nak bawak orang pergi diving.


Bumbung hijau tu Redang Reef cafe.


Ini pun atas jambatan. T/hari. Actually dalam air tu ada ikan pari tengah berenang.


Resort-resort ni semua tutup bulan oktober sampai March every year. Sebab masa tu ombak kuat dan musim tengkujuh. Dan info lain jugak yang aku dapat, dia cakap bulan Jun banyak white sharks kalau pergi snorkeling. White shark malaysia ni katanya tak makan daging. Dia makan udang, sotong dan ikan-ikan kecil ja. So selamat ja untuk snorkeling unless kau bawak udang or sotong la. Memang cari pasal. Brader tu jugak cakap, kalau kaki ke bleeding masa snorkeling tu, shark ni tak akan attack. Dia buat donno ja. Wallahualam lah yang tu. White shark ni boleh membesar sehingga 7 kaki panjang.


Jambatan


Ini pantai depan Sari Pacifica. Best jugak sini. Tapi banyak bot parking.




Ini pun no filter from atas jambatan.


Laut.





Ini belakang resort. Dekat hammock tadi. Sini pun ada ikan.


Pak kassim tunggu ikan kaloi tak timbul-timbul


Kantin redang reef.


Haa. Sini pun banyak ikan masa snorkeling petang-petang. Even dekat air paras lutut ja.


Dinner second day. Ada itik panggang.


Ini lepak-lepak dalam Redang Beach Resort. Dekat Souvenir shop dia.



Breakfast last day sebelum check out.


Milo panas sambil tunggu sunrise.


Jalan ambil angin. Brader tu cakap jambatan ni dah berapa kali roboh bila time musim tengkujuh. Ombak kuat.


Sunrise.


Dah nak balik. Ni lah lori angkut beg. Mati-mati aku ingat nak angkut orang tapi kecik sangat. Ni dia tengah tunggu pengunjung baru. Kami tengah tunggu bot kosong. Nak balik ke K. Terengganu.


Dilema

0 comments
Perjalanan hidup perlukan perubahan. Masih berfikir untuk menentukan hala tuju sebenar. Perlukah terus bertahan di sini dalam keadaan yang sangat menguji kesabaran. ya, betul. Cabaran menguatkan kita. Cabaran mematangkan kita. Namun, persekitaran perlu diambil kira, hati insan-insan tersayang perlu dijaga. Sampai bila harus begini. Dijajah dalam merdeka. Tawakkal. Ya Allah, berikan petunjuk pada hamba-mu ini dalam memilih yang terbaik. Jauhkan aku dari segala perkara yang haram dalam melaksana kan pekerjaanku.



PEACE!!

Al fatihah

0 comments
Untuk arwah tok wan yang selamat kembali ke rahmatullah pada tanggal 09 may 2013. semoga ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. Amin.

070712

2 comments
almost a year, baru berKESEMPATAN nak update pasal kawen nikah etc. haih..basi da pon. Better late than never. Dulu tunang dpt notice 5 hari sebelum majlis..kawen plak sebulan setengah sebelum majlis. tercungap jugak nak buat preparation. Tambah pulak di perantauan macam aku nih. cuti weekend lari balik penang. tengok pelamin, tengok decoration bilik. memang takdak time langsung nak berangan ka, nak compare ka..memang tengok terus kena decide woh. Less than a month, itu ja yang mampu aku buat. kalau nk survey nak compare nak pilih, memang tak kawen la aku. sebulan setengah tu lah nak beli barang hantaran, tu la nk decide color baju, tu la cr goody bags, tu la nak cari photographer, tu la nk fitting, tu la nak kira bajet, tu la nk booking canopy, tu la nak cari tudung, tu la nk bli baju nikah, nk pi tempah lagi,. pening!. serius! angan-angan nak gubah bekas hantaran sendiri terkubur di tengah jalan. Last2 bawak majalah pengantin, pi kedai tunjuk design mana, bagi duet. tak dan dua hari, siap 9 bekas. memang aku pasrah ja macam mana pon bentuk dia. mujur bukan kena musim orang kawen. Alhamdulillah  sangat puas hati dan selesai jugak semua. so dinasihatkan bakal-bakal pengantin sila la buat preparation awal- awal.


majlis nikah sama sehari dengan kenduri. selesai akad berlari-lari tukar baju. Make up semua. dan dengan tiba-tiba TNB buat lawak. boleh plak black out time-time tu. padahal bukan musim election pon. nasib baek sat saja. Alhamdulillah selesai semua. benda paling aku runsing kalo makanan tak cukup. Alhamdulillah lagi. cukup semua.. Plan awalnya yang konon-konon nak panggil 5 6 ratus orang ja, abah aku kata 5 6 ratus tu adik beradik kita saja cek oi. gulppp.. end up dekat 2000 orang. sebab tu la aku takut sangat kalau ada yang tak dapat makan. penat orang mai jauh-jauh. Dari pagi sampai ke malam tak surut-surut. Apa nak buat ayahanda nak masak sendiri untuk kenduri anak dia. Redha la. Terima kasih yang tak terhingga kepada adik beradik saudara mara kaum kerabat yang sampai tak tidoq dok prepare mamcam-macam.


 selesai akad. bila tengok make up ni rasa macam nak celup muka dalam kolah orang ambik wuduk. haih. ada ka patut orang nak nikah dia boleh p make up serupa aku nak buat opera cina.



Terima kasih banyak kepada pengapit pengantin pompuan si bidan terjun yang aku tarik tiba-tiba sebab pengapit aku hilang pi cedok lauk. 


majlis bertandang @ Kelantan 14072012

Bila April tiba..hati mula berkata...

5 comments


After 6years 7months 14days. Engaged! 15042012













Wedding Feb

0 comments
In February, Che pa punya turn pulak. Tapi gambar pengantinnya takdak la pulak. so gambar2 attendees je la yang ada..=) congrats to che pa & hubby..next!!!