Showing posts with label Tentang Dia. Show all posts
Showing posts with label Tentang Dia. Show all posts

Monday, October 29, 2012

♥♥Happy Besday Papa♥♥

24/10/1977..Hari lahir suami saya - Mohd Khir b Salleh [MKS].

Sebenarnya saya ingat besday dia..tak pernah lupa tarikh2 penting dalam hidup ni. Biasalah..orang pompuan. Pavlova ni saya beli sehari sebelum besday dia, ingat nak sambut time detik 12 malam..tapi...

Tu lah, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan. Nak jadikan kan cite..saya demam lepas balik keje tu. Malam pergi klinik, dapat mc 2 hari [rabu & khamis]. Balik rumah terus tido. Tak sedar pon masa berlalu ke 12a.m..pavlova masih tidak dijamah..hehe.

Pagi rabu tu saya pergi ofis jugak, walaupon dapat mc 2 hari. Sebab pagi tu saya ada meeting, so kena attend jugak. Ingat nak balik awal..tapi my ED yang datang meeting pon demam jugak, and dia still attend meeting tanpa banyak songeh..so sebagai pekerja, agak malulah jugak. Terpaksalah saya duduk kat bilik meeting dengan ber-sweater & stokin, dah macam orang tengah berpantang pon iye.

Habis meeting dengan kol 1p.m jugak..so saya terus balik rumah. Sambung tido, tido dan tidooo.

Malam tu, baru sempat saya kuarkan pavlova ni..sambutlah jugak kecil-kecilan. Buat syarat sebagai mengingati besday teman hidup saya ni.
Buahnya macam dah tak fresh..sebab sehari duduk dalam freezer [tapi masa beli tu fresh tau!]. Kali ni saya beli kat Kak Su, saya pernah tempah kek besday waiz yang ke-2. Kiranya ni kali kedua saya makan pavlova..hari tu dah makan sekali.
Macam biasa..si awe ni yang terlebih eksaited. Papanya so-so je..dia bukannya makan makanan pelik2 macam ni. Tapi sebab bini dah belikan..dia jamahlah jugak. Berani dia tak rasa!! Hahaha..
Nak cover line diri sendiri..suap banyak2 kat anak. MKS makan 2-3 suap je kot. Balance tu saya & waiz yang abiskan..hehe.

Saya memang suka beli makanan yang MKS tak leh makan..nanti saya boleh bolot makan sorang2, ngeee..lari.
Una tak boleh makan lagi..so gigit toys je ye.

Happy besday papa..we love you.

Tuesday, October 16, 2012

Taska & Helmet Merah

Tak ingat samada dah cite kat korang yang waiz dah duduk kat taska. Ish..baru beranak dua kali, penyakit pelupa makin menjadi-jadi! Banyak sangat urat putus..tu lah pengorbanan seorang ibu.

Iye..waiz dah tak duduk rumah tokmi. Tukar dengan una. Tapi kadang-kadang saya hantar jugak waiz kat rumah tokmi especially hari Sabtu. Saya dengan MKS kan kerja hari Sabtu..taska waiz pulak tutup [Jumaat & Sabtu]. 

Tapi kalau tokmi tak boleh jaga..saya atau MKS terpaksalah amik cuti. Dahlah cuti tak berapa nak ada kan..kena potong gaji, hukhuk.

Sekarang kitaorang hantar waiz kat Taska Permata..alah taska Rosmah tu. Hantar pukul 7.30am hingga 5.30pm. Bayarannya RM180.00 sebulan. Mula-mula pendaftaran kena bayar RM50.00..tambah lagi yuran kelab RM5 sebulan. Bukan main lagi...duduk taska je, ada jugak yuran kelab!

Waiz suka duduk taska dia ni..hari2 kejut dia, ikut mood lah..kadang2 nangis, kadang2 okey. Nangis tu pon sebab kesejukan kena air time tukar pampers dan baju. Masuk kete, bagi susu..senyap. Bila tanya dia..waiz nak pergi mana? "olah [sekolah]"..jawabnya.

Tak pernahlah dia menangis melalak kat depan pintu..biasanya masuk pintu sekolah dengan senang hatinya. Berbeza masa aku hantar nursery dulu tu. Mungkin sekarang ni dia dah besar sikit..dah jadi abang. So pandai berdikari.

Disebabkan taska Permata ni bawah kelolaan Rosmah dan kerajaan..so kemudahan & fasilitinya memang lengkap lah berbanding nursery biasa tu. Cikgu-cikgunya berpengalaman..bukannya budak lepasan SPM yang tengah tunggu result tu! Time budak2 tido..dia pun tumpang tido sama. Mulalah ada kes baby mati tersedak susu lah..itu lah ini lah..haai. 

Hari-hari ada je aktiviti cikgu2 taska waiz ni buat..jadi tak lah bosan. Ada masa tengok tv, dengar radio, belajar, main, macam-macamlah. Tak lah makan tido je. 

Makanan pon okey..tak lah asyik makan nasi goreng & bihun je kan. Saya tengok hari tu ada pelbagai menu..bijiran, roti, nasi, mee..completed. Yang bagusnya..budak2 dia ajar makan sendiri [yang pandailah]. Macam waiz yang biasa makan sendiri..memang okeylah. Duduk kat kerusi & meja..memang bagus. Nursery dulu tu..sorang cikgu duduk pegang satu pinggan, kemudian..di suap sorang-sorang. Satu pinggan & sudu..kongsi 10-15 orang budak [saya tengok dengan mata sendiri tau!]..saya yang besar ni tengok pon tak lalu nak makan tau. Ini kan waiz yang cerdik pandai tu!

Time tido..budak2 kat taska waiz ni di bagi satu katil khas..kecik je, katil getah. So baring sorang satu kat katil tu..tak ada lah berlonggok kat satu tilam/toto. Pendek kata..taska waiz yang baru ni memang best. Ni pendapat saya lah..bersesuaian dengat bajet RM180.00 tu. Kena berterima kasih kat Datin Rosmah lah yer sebab wujudkan Taska Permata ni..kehkeh.
Oh ya helmet ni saya beli dengan harga RM30. Sebab taska waiz dengan kedai MKS kena lintas jalan besar dan jauh sedikit..so saya beli helmet ni untuk keselamatan waiz. Kadang-kadang saya pergi kerja naik motor jer..so time nak amik waiz, kenalah naik motor jugak.
Tapi bila lama tak naik motor..helmet pon tak terguna. Jadi budak cerdik pandai ni guna helmet dia untuk naik mainan kat kedai papanya. Bijak tak? Budak sekecik ni pon tau betapa pentingnya keselamatan..naik motor kena pakai helmet!

p/s: Saya rasa dah tiba masanya waiz untuk diaperless..tapi mcm tak sanggup nak basuh berak kencing dia kalau tak dan nak gi toilet nanti. Waiz umor 2 thn 10 bulan..cadangan?

Monday, September 24, 2012

Faith - Lee Min Ho

Sekarang ni kalau ada masa..aku layan cite korea ni - FAITH. Tengok kat sini. Baru je layan..ni pon tengok episod 2.
Cite ni macam Rooftop Prince jugak..orang zaman dulu datang ke zaman sekarang. Sama lah jugak cite ni. Cuma yang ni bezanya, pahlawan [bodyguard raja] yang pergi ke zaman sekarang sebab nak cari doktor untuk ubatkan queen yang tercedera. Tak lah sekelakar cam rooftop prince tu. Tapi aku tengok sebab ada jejaka kacak ni....

v


v


v


v


v

Lee Min Ho....pelakon Boys over Flower, City Hunter, Personal Taste. Hensemnyaaa...aww


Saturday, September 22, 2012

HELP

We're sorry, but you have exceeded your photo upload quota. For more information, check out this.

Sape ada problem macam ni? Arggh..tensionnya. Sekarang gambar profile aku dah jadi macam anon tau. Sape tau cam mana nak settle problem ni..plezzz

Saturday, May 26, 2012

6 Tahun

Hampir tak ingat..kalau tak kerana reminder dalam phone ni, ntah ingat ke tidak..hehe.

Hai..dah makin hampir tarikh bersalin ni, makin pelupa di buatnya. Hari tu ntah macam mana tertinggal segugus kunci [kunci ofis+rumah+kereta] kat kedai nasi lemak Kak Yah depan ofis aku ni.

Masa masuk ofis..cari-cari kunci tak jumpa. Ingatkan tertinggal kat dalam kereta MKS. Tertunggu-tunggu jugak kot2 MKS hantar kunci tu..tapi tak de pulak. Aku pon tak lah call dia tanya pasal kunci tu, sebab kebetulan ada kunci spare [kunci ofis] kat dalam wallet.

Nasib baiklah Kak Yah tu prihatin..dicarinya siapa punya kunci yang tertinggal kat kedai dia tu. Sampai hantar ke ofis aku..hiks. Nasib baik lah. Kunci2 lain tu aku tak kisah sangat kalau hilang..tapi kalau kunci ofis, takut jugak. Dapat kat orang yang tak bertanggungjawab? Datang rompak ofis aku malam2 buta nanti..tak ke haru!

Hishh..tengok, aku nak cite pasal lain..dah melalut cite pasal kunci! Kejap benor dah lupa tujuan & niat asal..hiks.

Sebenarnya..hari ni 26hb Mei adalah ulangtahun perkahwinan aku dengan MKS yang ke-6 tau. Tak ada lah nak bermadah atau berjiwang-jiwangnya, sebab MKS bukan baca pon blog ni. Aku pon tak reti lah nak berrrrr-romatis bagai ni. MKS pon tak wish apa2 pagi tadi..so aku pon senyap je lah. Gile cool kitaorang kan. Agak2 kalau orang lain mesti dah sentap!

Tak pelah..balik kerja nanti aku try hint2 kat dia kot2 dia nak belanja makan kan..hehe. Hadiah? Ni baby dalam perut ni hadiah untuk dia..hadiah & anugerah yang paling berharga.

p/s: kan syok kalau baby ni kuar sama date dengan anniversary kitaorang. Emm..


Sincerely...

Monday, March 12, 2012

Samsung Galaxy y

Sehari sebelum balik kampung...hp MKS rosak lah pulak. Apa lah nasib yer..hari tu kereta kancil, ni hp pulak. Hp ni antara benda pentinglah jugak dalam hidup MKS..susahlah kalau tak ada hp kan. Nak tak nak..kenalah beli jugak.

Entah macam mana..boleh termakan dengan pujukan aku untuk beli Samsung Galaxy y ni..hiks. Aku suruh dia beli hp yang murah2 jer dulu..sebab nak guna banyak duit untuk balik kampung kan. Kalau ikutkan MKS..dia tak suka pon hp tu, macam budak2 je katanya. Berangan nak pakai hp RM2 ribu...ongkosnya tak de. So pakai jelah hp tu bang..

Baru sehari pakai hp tu..dah merungut. Susahlah..kecik lah..terus nak jual pulak. Sekarang ni MKS tengah mengayat aku..ajak tukar hp pulak. Cis..sabor jelah. Aku ni manusia paling lembab guna touch screen..dah lah tak penyabar, kena baling ke dinding aje hp tu karang. So tak nak lah tukar-tukar ni...pandai2 awak lah MKS..hehe


Sincerely...

Wednesday, January 11, 2012

PERINGATAN!

Ish tengok lama-lama, seram pulak kan? Tapi memang betul pon. Bukan orang yang merokok sahaja yang terdedah kepada penyakit/kematian. Tapi orang2 sekitar yang menghidu asap rokok tu jugak berpotensi mengalami penyakit sepertimana orang yang menghisap rokok tu! Kot2 lagi teruk dari org yang menghisap rokok tu!

Aku ni bernasib baik sebab sekarang MKS tak merokok. Dulu b4 kawin dengan aku, dia kata pernahlah jugak merokok. Tapi bukan lah penghisap rokok tegar..hisap suka2 jer [boleh yer orang lelaki ni suka2 jer nak hisap rokok..x de kerja lain ek?]. Pastu masa nak kawin aku buatlah syarat, kalau nak jugak kawin dengan aku..kena berhenti hisap rokok. Kalau hisap jugak..aku sumpah sakit dada [boleh pulak main2 sumpah..memang tak matured langsung masa tu!]

Alhamdulillah..sepanjang kitaorang kawin memang dia tak hisap rokok. Kalau dia merokok..tak tau lah macam mana nak hidup bersama. Sesak nafas weiii! Tapi pernah jugak dia kantoi 1-2 kali merokok. Ada tu sebab kawan dia offer rokok..aku memang rasa macam nak lempang2 jer kawan dia tu. Tau dah MKS tu tak merokok..apa hal ko nak ajak dia hisap rokok jugak. Memang masa tu..aku jeling maut lah kat kawan MKS. Pastu terus bebal2 kat MKS..tak bagi dia kawan dengan orang tu..hehe.

Kali kedua kantoi masa kat kampung aku. Aku nampak dari jauh berasap jer mulut MKS. Mana dia rembat rokok tu pon aku tak tau. Samada dia amik rokok abah aku atau abang aku. Tak pon dia beli sendiri. Mata aku yang menengok masa tu macam nak terkeluar bila tengok laki sendiri merokok. Memang panas hati..kat situ jugak berperang. Pantang betul bila janji dikhianti..cewah.

Tulah..setakat ni dua kali jer MKS kantoi dengan aku. Tapi kat belakang aku..tak taulah berapa kali dia pernah merokok kan. Aku bukannya 24 jam melekat dengan dia. Tapi aku percaya..kalau nak merokok sendiri memang tak lah. Biasanya mesti ada anasir2 jahat yang merasuk dan menghasut MKS. Lagi pun manalah cukup duit kalau nak beli rokok. Harga rokok pulak bukannya murah. Dari membazir beli rokok..baik simpan duit beli benda lain. Setuju?

Habit buruk aku..tiap balik kerja, aku ni dah macam cikgu disiplin pon ada. Dah macam anjing pengesan pon iye..hidung ni laju jer kesan bau2 pelik cam rokok ker, bau perfume lain ker. Mula lah soal selidik cam polis. Lagi satu kalau MKS merokok, lepas tu mesti dia sakit dada macam semput gitu. So kalau tiba2 malam tu dia sakit dada..terus tanya "abang merokok yer?..jgn macam2 yer, nanti terkena sumpahan saya..hiks"

Tapi apa yang aku buat semua ni untuk kebaikan kami jugak. Kitaorang ni dah lah kurang bersenam..so kenalah jaga kesihatan. Nampak macam aku ni kejam sangat buat MKS macam tu. Hakikat sebenarnya aku sayang kat dia, sebab tu aku tak suka dia merokok.

Bagi aku..orang yang merokok tu sengaja memakai kain kapan di badan mereka sendiri! Tu pendapat aku jer..sori pada sesiapa yang terasa.

p/s: emo tulis n3 ni, sebab masa mkn kat kedai tadi ada orang sebelah meja tu hisap rokok berkepuk-kepuk asapnya! Tak tau ke kalau orang preggy or semput/asma duduk kat sebelah! Hisap rokok dengan bangganya..cittt. Nasib baik aku tak amik rokok tu..sumbat2 dalam lubang idung ko!



Sincerely...

Saturday, December 10, 2011

Kerusi Urut

Ni kat Giant...

Mungkin dah lama ada..tapi aku baru perasan. Agak lama jugaklah tak jejak kaki ke Giant. Lately..susah sikit nak pergi ke tempat orang ramai. Sebab b4 ni waiz demam..aku pon demam jugak. So memang banyak duduk rumah...ni baru nak keluar dari sangkar semula..eh.

Ada 2 kerusi urut kat tempat playground Giant ni. Satu lagi aku perasan ada kat surau Giant di tingkat bawah. Tak test pon..sebab time ni tengah monitor si budak kecik tu main. Tak boleh tinggal walau sesaat..kang hilang, naya pulak! MKS je yang try..dia kata sedap & best.
MKS test RM1 untuk 4 minit..pejam2 mata jugak lah time duduk kat kerusi urut tu. Membayangkan amoi China urut ka? Jangan macam2 ya bang!
Bang..beli lah kerusi ni, letak kat rumah..hiks. Tak payahlah saya penat2 sental/urut badan awak. Sakit tangan mengurut badan orang lelaki ni. Ish..nak bagi pahala pon tak nak ke widadi?



Sincerely...

Wednesday, December 7, 2011

Teringin Mengembara..

Baru2 ni aku ada baca blog saudara aku..seronok sis ni berjalan dari Tapah ke CH..Pastu ke Kota Bahru. Kemudian singgah ke Kuala Terengganu..then ke Johor pulak. Singgah lagi di PD. Wah..memang dah cuti2 satu malaysia ni. Teringin jugak nak travel cam tu..pusing2 Malaysia pon tak pe. Sebab kalau ikot budget mana lah ada duit nak pusing negara2 omputih tu..tak pelah, maybe one day..pasang angan2.

Tak abis jeles dengan sis ni pusing2 satu Malaysia..baca pulak kat wall abang sepupu aku. Start 6hb dia & isterinya ada trip ke Europe, Paris, Switzerland, Netherland, Rep. Czech dan Belgium. Wah...terlopong mulut aku baca status dia. Kalau ada lalat atau langau masuk dalam mulut pon..ai tak sedar, hiks. Dalam hati...bestnya tengok orang berjalan sana sini. Bilalah aku nak dapat peluang macam tu yer.

Kalau ikotkan perangai aku..aku ni jenis yang lasak. Suka mengembara..suka try benda yang aku tak pernah buat lagi. Tapi bila dah kawen ni..jadi slow sikit lah. Sebab MKS tak suka sangat jalan2 ni..tak suka dengan benda yang dia tak biasa, benda yang dia tak pasti. Kiranya memang kontra lah dengan perangai aku! Sebab tu lah kitaorang memang jarang travel..sebab MKS takut sesat. Kadang2 tu..aku geram jugak. Yelah kita ni bukan sesat kat hutan..tak de signboard, tak de orang. Sesat kat jalan raya! Kalau tak de GPS..boleh berhenti tanya orang. Tapi..benda tulah yang MKS paling tak suka.

Biasanya kalau kitaorang balik KL..MKS berani pergi Klang [rumah Yong aku], pastu ke Kajang [rumah anak saudara dia], ke Semenyih [rumah Ngah aku & Mak Lang aku]..pastu jalan balik kampung aku [Sabak Bernam]. Lain2 tempat jangan mengade nak suruh dia pergi..kena tunggu orang bawak atau tunjukkan jalan baru dia nak pergi! Nak harapkan aku...hehehe, memang tak jumpa jalan lah. Sebab bab2 jalan & nombor ni..memang aku susah sikit nak hafal. Tapi sekurang-kurangnya aku ni beranilah jugak. Biarlah sesat..kuar masuk tol pon. Bukannya mati..kalau sesat kat highway!

Kalau di ikutkan jugak..abah aku tu pon bukannya reti jalan2 kat Malaysia ni. Tapi dia jenis gamble jer..tak jumpa destinasi nak dituju..patah je balik rumah. Susah apa. Abang2 aku yang duaorang tu pon cam tu jugak perangainya..bukannya reti sangat. Tapi kalau dah pusing2 tu..sampai jugak tempat nak dituju. Yang penting berani! Tak pe kalau sesat 2-3 kali..tu sebagai pengajaran & pembelajaran.

Nasib baiklah zaman aku bujang dulu..puas jugak berjalan ke sana sini. 3 tahun duduk UiTM Arau..sempat jugaklah jelajah Penang, Kedah & Perlis. Langkawi tu boleh dikatakan setiap tahun mesti pergi. Kelantan & Terengganu pon selalu pergi. Sebab aku selalu ikot rombongan mak & abah [persatuan peniaga melayu]. Banyak kali jugak pergi Kelantan. Johor..aku selalu pergi Batu Pahat jer, sebab melawat abang arwah mak. Tapi adalah singgah tempat orang beli pasu seramik tu..apa ke nama tempatnya. Sarawak pon pernah pergi sekali..tu pon sebab Yong aku kawin dengan orang Sarawak..hehehe.

Sekarang..bila dah kawen ni, duduk Kuala Terengganu jer lah. Terengganu ni pon aku tak abis explore lagi! Satu pulau pon tak pernah pergi! MKS tu takut nak naik bot..macam2 alasan bila ajak ke pulau. Katanya..kita pergi jer Pulau Kambing..tak pon Pulau Rusa. Grrr...geram betul! Teringin jugak nak jejak kaki ke Cameron Highland..sejuk jer. Tapi MKS tak suka pulak pergi tempat sejuk. Nanti jatuh sakit pulak. Johor bahru pon aku tak pernah pergi lagi. Satu lagi..Sabah! Emm...one day, insyaallah.



Sincerely...

Monday, October 24, 2011

34!

Hampir terlupa..ish ai ni memanjang asyik lupaaaaa jer! Berapa banyak wayar aku yang terputus masa beranakan si waiz tu, hihi. Lepas kelahiran waiz memang aku sedar aku jadi pelupa. Ke banyak makan semut? Ni yang bila aura nak sambung belajar datang..pikir enam ratus kali samaada otak aku ni mampu ke nak ingat perkara2 yang aku belajar nanti.

Hari ni ulang tahun kelahiran MKS yang ke-34. Ingat pon sebab ada reminder kat hp ni. Dah makin tua laki ai ni..hiks. Emm..nak belanja dia apa lah yer. MKS ni tak kisah pon kalau ada kek atau tidak..tapi bab hadiah tu. Mak aih..melampau demand-nya! Nak Galaxy Tab lah..agak2 gaji bini RM10K?

Apa-apa pon aku doakan MKS di berikan kesihatan supaya boleh cari rezeki untuk isteri dan anak2nya. Dan semoga tercapailah apa2 sahaja impian yang dihajatinya [kecuali nak kawin lain!].


Sincerely...

Tuesday, October 18, 2011

Tak Serik-Serik..

Malam hari tu MKS ajak pergi Klinik Pakar Hashim lagi. Aku ingat dia dah serik nak pergi. Sebab kan hari tu dia pergi cek jantung kena RM250. Rupa-rupanya tak serik lagi laki aku ni. Katanya tak nak jumpa doktor..nak beli ubat jer. So MKS assume..mungkin murah sikit. Mungkin okey..mungkin..

Sekali ko..beli ubat saje RM170. Aku rasa macam nak gelakkan dia jer..tapi kesian pulak. Gelak dalam hati jer lah. Hope lepas ni MKS sedar..cari klinik lain lah. Bukan aku kata Klinik Hashim tu tak bagus, tapi orang kebanyakkan cam kitaorang ni baik pergi hospital kerajaan je kot..hiks. Atau sebenarnya MKS kena set fikiran dia boleh hidup tanpa ubat2 yang banyak tu.

Kalau korang tengoklah beg ubat MKS..segala mak nenek ubat ada! Sampai kadang2 tu aku rasa cam MKS ni ketagih ubat jer. Dia selalu fikir dia sakit..sakit..sakit. Walaupon kadang2 tu memang dia betul2 sakit. Tapi aku tak sukalah dia ikutkan sangat perasaan dia tu. Sebab aku ni jenis kalau sakit..mesti set kat minda sendiri.."aku tak sakit..aku sihat". Kalau dah teruk sangat..terpaksa jumpa doktor, makan ubat..baru aku buat. Sebab aku tau..aku boleh kawal perasaan dan minda aku sendiri..hehe.

p/s: Itulah perbezaan aku dengan MKS

Sincerely...

Sunday, October 9, 2011

Jangan Baik Sangat!

Perangai MKS yang aku tak tau nak komen macam mane..samada tindakannya betul atau tidak. Berpra-sangka baik, lembut hati, pemurah..bagus ke perangai macam ni? Tapi kalau dah sampai orang amik kesempatan..bagus ke kalau kekalkan perangai macam tu?

Macam ni..hari jumaat lepas, time Maghrib..ada orang datang rumah kitaorang. Bila aku tanya, katanya kawan MKS. So aku panggillah MKS..dia jumpa orang tu, sembang 5 minit..pastu MKS naik atas rumah, amik wallet. Macam biasalah..aku memang familiar sangat situasi macam tu. Macam2 orang datang jumpa MKS nak pinjam duit. Aku tak kisah lah sangat..sebab tu duit MKS, hak dia nak bagi kat sape or pinjam kat sape. Lagipon kita tak tau..mungkin orang tu dalam kesusahan.

Lepas kawan MKS tu balik..aku tanyalah [okey..sifat2 biasa seorang isteri..si busybody!]. Tanya macam polis..sape tu, nak apa, kenapa datang time2 Maghrib ni. MKS kata orang tu bukan kawan dia..pernah jumpa pon sebab orang tu dulu pernah servis aircond kitaorang. Katanya nak pinjam duit sebab kena saman dengan polis. So MKS bagi pinjam RM50. Emm..ntah iye ke tak. Tak pelah..mari kita berpra-sangka baik macam MKS.

Keesokkan hari [sabtu], MKS call aku kat ofis..katanya jangan balik rumah lagi. Amik waiz kat rumah pengasuh dulu..pastu pergi duduk rumah Kak Nah [kakak MKS].

Tiba2 bagi arahan macam tu..mestilah ada benda yang tak kena kan? MKS cakap orang yang datang hari jumaat tu ada kat rumah. Nak pinjam duit lagi. MKS dah rasa tak sedap hati..so dia telefon boss tempat servis aircond tu. Boss tu cakap orang tu dah lama berhenti kerja, pastu siap pesan kat MKS jangan layan sangat orang tu. Sebab dia ada main 'benda'. Apa maksud 'benda' tu pon aku tak tau..isap dadah ke, mengedar dadah ke, mencuri ke..ntah.

Okey..aku dah dah cuak. MKS pulak memang tak nak jumpa orang tu lagi. MKS dah call..cakap dia balik lambat. Tapi orang tu still tunggu kat rumah kitaorang dari pukul 4 petang sampai 8 malam! Berkampung kat tangga rumah aku tau. Abang ipar MKS kat sebelah rumah tu dah pesan suruh balik..dia still tunggu! Seram tak? Dah macam kitaorang ni pulak yang pinjam duit dari along...lari2, takut nak balik rumah. Padahal?

Pukul 9malam tu..bila kitaorang balik rumah, orang tu dah tak ada. Tapi motor dia tinggal kat rumah kitaorang. Siap parking sebelah motor aku lagik! Apa niat dia pon aku tak tau..mungkin sebagai alasan untuk dia jumpa dengan MKS nanti. Rasa hidup ni macam dah tak selamat pulak. Aku dah bebel2 kat MKS ni, kesian..berdarah telinga dia dengar syarahan aku..suruh dia settled perkara ni. Dan sebagai pengajaran kat dia..jangan mudah kasihan kat orang yang kita tak kenal. Dunia sekarang banyak sangat orang amik kesempatan pada kita.

p/s: Tak taulah hari ni aku kena 'lari-lari' ke tak..takut orang tu tunggu kat rumah jer.

Sincerely...

Monday, October 3, 2011

Tengok Bil Baru Betul2 Sakit Jantung

Dari petang semalam MKS kata sakit dada..x boleh bernyawa katanya. Nak pengsan pon ada jugak. Dia ajak aku pergi klinik pakar Hashim. Tapi aku banyak kerja pulak..so aku bawak MKS pergi malam tadi. Lepas Maghrib terus pergi klinik. Kitaorang orang 1 yang dapat jumpa doktor.

MKS request nak cek jantung dia..so doktor pon buat lah. Guna lah alat yang aku pon x tau apa namanya. Kuar graf kat kertas. Doktor kata jantung okey. Cuma tekanan darah dia rendah, paras gula pon rendah. Tu yang selalu rasa nak pengsan. Doktor pon cakap yang MKS ni berpantang sangat..tu yang jadi sakit. Tapi memang betul pon..MKS x makan serai, bunga kantan, daun kesum (sebab tu dia x mkn laksa penang), halia..banyak lah lagi. Silap2 haribulan..esok lusa dia x bagi aku letak bawang jugak!

Okey..sambung cite, bila dah amik ubat semua..nak bayar lah. Tengok bil RM250! Hahaha..nak sangat pergi pakar kan..bayarlah sambil urut dada. Masuk kete..terus bunyi, ni baru betul2 sakit jantung. Dah lah semalam tu MKS baru abis RM200 lebih jugak sebab tukar satu tayar kereta kancil campur buat aligment tayar. Haish..duir gaji baru masuk..kuar laju jer.. mcm air yer.

Saturday, October 1, 2011

Mandy Mandy

Panjangnya nasi...ni mesti guna beras Faiza Basmathi..hehe.

Okey..sekarang kat Terengganu pon dah ada kedai makanan arab tau. Setahu aku.. 1 ada kat area Wakaf Tembesu, 1 lagi kat area Batu Buruk. Yang aku pergi ni kat area Batu Buruk.

Mula2 ingat nak teman MKS makan. Sebab aku ni bukannya suka sangat makan nasi mandy ni. Tapi bila tengok MKS makan..macam sedap jer. So aku pon order sama! Tapi bila dah makan..x ada lah sedap mana pon. Biasa2 jer..

Kebetulan masa makan kat situ, my manager pon ada. Dia makan sorang2 jer..so kitaorang duduk kat sebelah meja dia. MKS pon kenal my manager ni..so biar MKS jer yang sembang2..hehe.

Portion nasi mandy kat sini tak ada lah banyak sangat..tapi still tak abes yer. So MKS yang tolong perabiskan nasi ai tu. Hehehe..iyer, MKS memang kuat makan!
Ni lah Restoren al-Fateh..sebelah dengan stesen minyak shell Batu Buruk. Dah ada signboard besar lagi..sape tak nampak, memang buta!

Oh Ya, yang bestnya..manager aku yang bayarkan makanan kitaorang! Alhamdulillah..selamat duit aku! [sebab MKS yang mintak aku belanja makan kat kedai tu]


Sincerely...

Wednesday, September 21, 2011

Ganjaran Yang Tak Di sangka

Ingat x kelmarin aku cite MKS jumpa HP orang? Mula2nya owner HP tu nak amik kat kedai MKS. Tapi disebabkan MKS ada kerja kat bandar..so MKS offer diri nak hantar ke owner HP tu. Dekat jer pon..kat Wisma Tenang.

Memang betul tekaan aku..lelaki & indian..hehe. Hebat tak? Indian tu ucap terima kasih kat MKS. Sebab biasanya..kalau orang lain yang jumpa, dah lama rembat. Indian tu pon ingat memang tak ada harapan nak jumpa HP dia lagi. Dia tak kisah kalau HP dia hilang..tapi yang dia kisah isi2/data2 kat dalam HP tu. Yelah..sesetengah orang suka simpan maklumat dalam HP. HP tu dah macam diari. Memang susahlah kalau hilang semua maklumat tu. Contact number lagik..emm.

So indian tu hulurlah duit ke MKS sebagai hadiah..tapi MKS tolak awal2. Katanya ikhlas..[baik jugak hubby ai ni yer]. Tapi indian tu masukkan jugak duit tu dalam saku MKS. Kata orang..rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari..kan? Alhamdulillah..

Dengan duit tu jugaklah MKS belanja aku mengurut semalam, hehe. Terima kasih sayang..


Sincerely...

Monday, September 5, 2011

Mari Beramal

Korang..kalau ada pakaian atau barangan yang tak guna/pakai [yang elok lah]..pastu tak tau nak bagi kat sape, bolehlah hantar kat Yayasan Amal Malaysia (YAM) ni yer. Aku tak tau lah samada YAM ni ada kat tempat lain or tak. Tapi kalau kat Terengganu ni..tempatnya betul2 kat depan Restoren Sri Wangsa Cawangan Jalan Kuala Berang.

Hari tu MKS kemas gobok [almari] dia, so banyaklah baju2 yang dah tak muat. Nak bagi kat saudara mara, baju MKS ni baju cap ayam jer. Diaorang tu mana lah pakai kan. Daripada di buang kat tong sampah..hantarlah kat YAM ni. Lagipon dekat jer kat rumah aku. B4 ni pon kitaorang biasa dah hantar baju2 kat situ..
Masa ni awal pagi..tak bukak lagi. MKS letak jer kat depan pintu. Sebenarnya aku pon tak pasti barang2 yang kita bagi ke YAM ni diaorang buat apa. Sedekah pada orang yang memerlukan ker, jual balik ker. Tak kisahlah..sebab barang2 tu pon kita tak guna dah.
Rasanya no. tel tu 010-6218426..


Sincerely...

Wednesday, August 31, 2011

Patriotik Katanya..

Ni kat kete MKS..dia kata:

"Orang lain kibar bendera masa bulan ogos jer, tapi dia kibar sepanjang masa. Ni baru dikatakan patriotik".

Oh ada bau2 keriakkan dan kebanggaan di situ. Abaikan..

Sebenarnya beberapa kali jugak lah aku khianat (memperdajalkan) ke MKS..aku pernah cabut bendera tu. Tapi dia jumpa pulak..terus pasang balik. Aku cabut lagi..tak jumpa, dia beli baru! Eh bukan aku tak cintakan bendera Malaysia..tapi memang aku tak suka letak apa2 barang kat atas dashboard tu. Menyemak jer..mengganggu pandangan pemanduaan aku jer,hiks.

Before ni lagi lah macam2 benda kat atas dashboard tu. Penyu ada..pewangi..kertas memo lah..kereta mainan waiz ada..semua aku buang! Hahaha..

Tu belum sticker yang di tepek kat cermin kereta. Penuh satu cermin kereta kat tempat sebelah pemandu tau. Ishh rimas!

Tapi nak buat camno..kete dia, bukan kete aku. Menumpang buatlah cara menumpang..huhu.

Apa-apa pon tujuan aku karang entry ni nak ucapkan "selamat menyambut hari kemerdekaan". Merdeka Raya lah kita ek...


Sincerely...

Monday, August 29, 2011

Rambut Raya

Rambut dah panjang..kena lah potong kan? Hari tu teman MKS pergi potong rambut. Dia ni kalau potong dengan mamak tak nak..geli katanya. Tak berapa nak sedar..kulit tu pesen2 mamak jugak, hihi. Kalau ajak potong kedai amoi..laju jer naknya.

Tapi kali ni aku suruh potong kat kedai Wakaf Mempelam jer..orang melayu. Masa tu tak ada orang, MKS orang 1st. Sekejap jer..kena RM7.00.
Budak ni mula2 takut nak masuk sebab ada banyak rambut kat lantai. Dia ingat rambut tu semut. Tak tau nape budak tu takut sangat dengan semut..sampai gambar semut pon takut!

Lama2 baru tunjuk perangai sebenar..abis digeledahnya laci tukang rambut tu. Tolak kerusi lah..aduh pening. Waiz tak pernah gunting rambut lagi..sayang dengan rambutnya. Lagi pon rambutnya tak panjang2 pon..takat tu jer. Kalau kena gunting..tak tau lah macam mana pe'elnya nanti..


Sincerely...

Friday, August 19, 2011

Babai MAXIS..Welcome CELCOM

Baru-baru ni MKS terminate broadband maxis dia. Services makin lama makin lembab..bil pulak tiba2 bertambah. Sampai beratus..MKS kata tiap2 bulan dia bayar, tapi asyik ada kos tunggakan jer. Entah ye ntah idok dia bayar..hehe. Last2 dia terminated broadband tu.

3-4 hari tanpa berukband..tak senang duduk di buatnya. So MKS ajak beli broadband baru. Kali ni try guna Celcom Broadband pulak. Mula-mula guna ni laju lagi..kita tengok sebulan akan datang..Okey ke idok.



Sincerely...

Saturday, August 13, 2011

Versi Kuali - Sahur ke-11

Ni yang aku malas nak masak kari ni..bila MKS rasa sedap, asyik request kari jer. Hari tu dah masak kari ikan. Ni untuk sahur ke-11 [khamis] dia nak kari ayam pulak. Katanya hari2 nak sahur kari..ayoo..muntah kari lah aku!

Nak jadi isteri kari mithali kenalah tunaikan hajat suami. Kan meleleh anak dalam perut MKS tu...eehhh!
Macam biasalah..gambar terus dari dapur sebagai bukti memang aku yang masak kari tu. Hahaha..keji tak?


Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal